Support My Blog

Sunday, January 30, 2011

ASPARAGUS

ASPARAGUS (Asparagus officinalis Linn) adalah sejenis sayuran dari keluarga LILIACEAE yang berasal daripada kawasan Meditrenean dan tersebar ke Eropah, Asia dan beberapa negara lain didunia. Asparagus adalah tanaman yang digunakan untuk sayuran dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan Kundasang dengan anggaran keluasan CHE direkodkan sekitar 160-175 hektar setiap tahun. Saya pernah terlibat dengan projek tanaman asparagus di Melaka pada pertengahan tahun 1980'an yang melibatkan satu syarikat besar ketika bertugas dengan Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Projek tersebut bagaimana pun gagal berterusan akibat isu harga, tanah dan sistem pemasaran yangg kurang cekap selain dari hasil pengeluaran yang rendah. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai teknologi tanaman asparagus berdasarkan pembacaan dari buku Vegetables : Plant Resources of SEA Region terbitan PROSEA dan pengalaman penulis semasa bertugas di Melaka.

Di kawasan Asia Tenggara asparagus di tanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu di kawasan tanah tinggi dan juga dikawasan tanah rendah. Penanaman asparagus didunia sekitar 150,000 hektar setiap tahun dengan anggaran pengeluaran sebanyak 500,000 metrik tan. Penanaman asparagus paling luas ditanam di kawasan Amerika Utara (52,000 ha) diikuti dengan Eropah (45,000 ha) dan kawasan Asia (20,000 ha) setiap tahun. Tanaman asparagus di Asia Tengara paling luas di usahakan di Thailand (1,800 hektar/tahun) dimana 85% adalah pengeluaran Asparagus Hijau cuma 15% Asparagus Putih. Di Indonesia seluas 1,000 hektar asparagus di tanam setiap tahun dimana 60% untuk asparagus hijau dan 40%asparagus putih. Pucuk atau Tunas Asparagus akan dipetik sebaik sahaja capai ketinggian 16-25 cm dari paras tanah. Asparagus hijau terjadi apabila pucuk yang keluar dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan asparagus hijau diperolehi dengan menimbus pangkal pokok dengan tanah. Lazimnya asparagus putih berada dalam tanah dan mempunyai saiz batang lebih besar berbanding dengan asparagus hijau.

Kandungan pemakanan asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau (Foto kiri) dan asparagus putih (Foto kanan). Setip 100 gm asparagus hijau mengandungi 92 gm air, 2.8 gm protin, 0.2 gm lemak, 2.2 gm karbohiderat, 980 IU Vitamin A, 0.23 gm Vitamin B, 2.2 mg Niacin dan 52 mg Posforan srta 132 kJoule tenaga. Kandungan zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Kajian penulis menunjukkan berat setiap 1,000 biji benis asparagus adalah 40 gram. Tanaman asparagus merupakan pokok renek, diocecious, tumbuh menegak atau merambat dengan potensi ketinggian sehingga 2 meter. Daun asparagus halus berbentuk seperti jarum dari batang yang tidak bercabang. Batang sasparagus tumbuh dari pangkal rumpun berbentuk rebung (spears) atau tunas pucuk keluar atas tanah. Jika di biarkan akan terus mengeluarkan daun dan meninggi seperti batang berkayu lembut. Bunga asparagus berbentuk unisexual, kecil, tubular-campanulate dan menghasilkan buah kecil seperti berry berwarna hitam dalam 1-6 biji benih.

Penanaman asparagus menggunakan biji benih yang perlu dismai dahulu dalam tapak semaian. Pembiakan menggunakan kaedah lain seperti keratan, kultur tisu didik dan sebagainya kurang berjaya. Pilih varieti asparagus yang mampu menghasilkan hasil tinggi, rintang penyakit dan mendapat permintaan pasaran terbaik. Penyediaan kawasan atau tanah disyorkan membina batas tanaman diatas tanah yang gembur dan pastikan mempunyai saliran yang baik untuk elakkan banjir. Benih yang siap sedia ditanam dengan jarak 1.5 m x 0.3 meter. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 bersama baja organik dengan kadar disyorkan adalah penting untuk mempastikan pengeluaran tunas dan mempunyai sistem pengairan sempurna. Kawalan rumpai mesti dijalankan dengan manual (cabut dengan tangan atau tajak) bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan kurangkan persaingan. Elakkan menggunakan racun rumpai dikawasan penanaman asparagus.

Di Malaysia tanaman asparagus diserang Bintik Daun pada bahagian daun oleh kulat jenis Stemphylium botryosum, Cercospora parangi atau Phoma asparagi. Kawalan dengan semburan racun kulat seperti Mancozeb pada kadar disyorkan. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium spp) menyerang terutama di kawasan lembab dan terlalu kerap membuat tuaian berlebihan. Kekurangan nutrien baja juga boleh menyebabkan berlakunya serangan layu fusarium. Jalankan amalan pertanian baik seperti disyorkan.

Penuaian asparagus dijalankan selepas 12 minggu (3 bulan) penanaman dengan syarat pertumbuhan pokok subur dan banyak tunas asparagus muncul sepanjang tahun. Penuaian mesti mempastikan 'pokok ibu' atau pokok induk sentiasa subur dan tinggal 3-5 tunas untuk dijadikan pokok. Potong dengan pisau tajam 18-25 cm panjang dari paras tanah kebahagian pucuk untuk asparagus hijau. bgi asparagus putih potong sepanjang 10 cm pucuk dalam tanah sebelum ia muncul di permukaan tanah. Kambus baluk pangkal rumpun tanaman asparagus selepas menuai. Kajian agromomist mendapati purata hasil asparagus adalah klingkungan 1.5 - 1.8 mt/ha di Malaysia, 2.1 mt/ha di Indonesia, 4.4 mt/ha di Thailand. Purata penghasilan asparagus di seluroh dunia sekitar 3 mt/ha.

Pucuk asparagus yang di tuai masih aktif mmenjalani proses 'respiration' menyebabkan ianya perlu di pasarkan segra atau di masukkan dalam bilik sejuk untuk mengekalkan kessegarannya. Penyimpanan asparagus dalam keadaan suhu sejuk 2 darjah celsius dengan kelembapan yang tinggi mampu mengekalaan selama 4 minggu. Saya suka makan asparagus dengan memasak goreng atau tumis bersama ikan bilis, bawang, cili api dan di makan panas-panaas. Di Hotel dan Restoran 5 bintang hidangan asparagus di masak dengan tepung jagung sebagai hidangan istimewa. Tanaman asparagus di Malaysia perlukan perhatian khusus jika hendak di perluaskan. Harga asparagus hijau di Kundasang Sabah RM 50 - RM 60.00 sekilogram dan Asparagus Putih RM 60.00-RM89.00 sekilogram.

TANAM ASPARAGUS......PENJAGAAN SUKAR....
KAWASAN SESUAI.....BUKAN DIATAS BELUKAR....
DULU DI MELAKA POPULAR....PETANI ENGKAR...
KINI TINGGAL SEJARAH....KAJIAN DI TERUSKAN...


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...