
Dalam menternak lebah paling penting adalah keujudan makanan semulajadi lebah keran adalah debunga dan nektar daripada mayang kelapa yang ditanam di sekeliling Haif Lebah. Haif Lebah adalah kotak yang diperbuat daripada papan kayu berukutan 1-2 kaki panjang x 1 kaki tinggi dan 1 kaki lebar bergantung kepada kesesuaian dan mengandungi para-para serta penutup. Terdapat pintu utama untuk lebah keluar dan masuk haif. Lazimnya haif lebah akan dicat warna putih untuk memudahkan lebah mencari rumahnya. Haif ini diletakkan diatas tiang kayu setinggi 3-4 kaki atas tanah dan sapu tiangnya dengan minyak atau racun serangga untuk elakkan semut , lipas dan perosak lain masuk kedalam haif terutama apabila simpanan madu telah banyak.
![]() |
Burung berek-berek |
![]() |
Tebuan musuh lebah. |
Persatuan Penternak Lebah Negeri Johor yang kurang aktif masa kini perlu di gerakan semula. Selain daripada latihan teknikal dan perkhidmatan pengembangan kepada penternak lebah, program subsidi peralatan atau haif lebah peru di berikan kepada penternak. Kaedah perlabelan, kawalaan kualiti, pembungkusan dan pemasaran perlu di kawal agar kejadian penjualan MADU TIRUAN dapat dibenteras. Laporan dari Universiti Malaya pada 2005 melalui terbitan Jurnal mendapati, lebih 65% madu lebah di pasaran Malaysia adalah madu tiruan! Awas, madu tiruan mungkin mengandungi bahan-bahan yang membawa kerosakan bukan perubatan. Kaedah untuk menyediakan madu tituan memang mudah, murah dan nampak macam original kerana orang ramai tidak pernah kenal akan kualiti madu asli. Semuga akan lebih ramai rakyat Malaysia yang meminati aktiviti penternakan lebah madu di negara kita. Wasallam.
Related articles:
1. Agrobased Industry in Malaysia (Click here)
2. Bee Keeping Equipments (Click here)
3. Coconut (Click here)
4. Penduduk dunia (Klik disini)
5. Lebah Keran (Klik disini)
6. Lebah Tualang (Klik disini)
7. Madu Lebah (Klik disini)
8. Bisa Gigitan serangga (Klik disini)
9. Rumput Israel (Klik disini)
10. Nektar (Klik disini)
11. Semut (Klik disini)
Muar, Johor,
Malaysia
(Pakar Lebah satu ketika dulu - updated 26 November 2012)