Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG TENTANG BUAH RAMBUTAN. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG TENTANG BUAH RAMBUTAN. Show all posts

Sunday, March 16, 2025

SEMBANG TENTANG BUAH RAMBUTAN (PART 4)

BUAH RAMBUTAN (Nephellium lappaceum) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapindaceae yang mana ia ditanam untuk menghasilkan buah yang selalunya ia dimakan segar. Luas tanaman rambutan 2024 di Malaysia kini seluas 12,372 hektar dengan anggaran hasil pengeluaran sekitar 54,286 metrik tan (Sumber: Booklet statistik tanaman Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Keluasan tanaman rambutan dilaporkan pada 1980'an adalah mencecah lebih 40,000 hektar. Pokok rambutan selalunya ditanam di kawasan keliling rumah dimana ia dahulu di bantu penanaman oleh Jabtaan Pertanian Malaysia di bawah Program Agriculture Input Diversification (AID) dimana benih ditanam di kawasan kebun dan keliling rumah. Kini petani tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana ujud faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim yang hampir serentak dengan jumlah yang banyak. Rambutan adalah sejenis buah tropika bermusim yang mana ia berbuah daripada bulan Julai hingga September setiap tahun dan ia bergantung kepada lokaliti dan varieti. Di Malaysia terdapat banyak jenis rambutan yang ditanam diantaranya seperti Rambutan Anak Sekolah (R196), Rambutan Mas Gading (R156), Rambutan Deli Baling, Rambutan Gula Batu dan beberapa varieti lagi. Walau pun pokok rambutan di negara kita banyak hasilnya setiap tahun tetapi ada kalanya ia tidak dituai kerana harga jualan yang murah. Bagaimana pun di negara jiran Thailand pula pokok rambutan dijaga dan dituai seterusnya dieksport ke Malaysia setiap tahun sejak sekian lama. Buah rambutan kurang mendapat sambutan dikalangan golongan muda menjadikan ia kurang potensi pasaran. Bagi penulis blog yang sudah 18 tahun menulis blog dan di baca oleh hampir 40 juta pembaca ada sekitar 20 artikel mengenai rambutan. Bagaimana pun semasa off-season harga runcit rambutan mampu mencecah RM12.00 sekilogram. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah buah rambutan dilaporkan di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.  


Bagi penulis blog selalunya makan atau di jamu dengan Pajeri Nanas atau Pajeri Terung atau Pajeri Mangga akan tetapi semasa bertugas di Pahang pernah di jamu dengan sejenis hidangan unik iaitu Pajeri Rambutan. Masa itu tidak teringat untuk penulis blog sebagai Pengarah Pertanian Pahang untuk mendapatkan resepinya dan kemudian mencarinya sendiri di internet rupanya memang ada. Ujirasa makanan ini dimana r
asanya sedap dan manis lebih sedap daripada pajeri yang lain kerana ia menggunakan buah yang segar dan manis diman ia akan dapat menambahkan lagi koleksi makanan semasa buah rambutan jatuh harga ketika ada lambakkan. Bagi penulis blog kalau sesiapa mencuba resipi ini tidak akan menyesal malah akan 'teringat-ingat' bila habis musim rambutan nanti. Mungkin setelah teringin membuat pajeri rambutan terutama bila buah banyak dan murah boleh membuatnya di rumah kerana cara membuatnya adalah cama dengan jenis paceri lain kecuali bahan asasnya sahaja. Petua hendak bagi lebih sedap dengan memperbanyakan lagi bahan kerisek kelapa dimana ia memberikan rasa lemak yang hebat. Jika ingin membuatnya sendiri perlu ada bahan iaitu biji atau isi rambutan (di buang kulitnya), bawang kecil 10ulas (hiris), 2 biji cili padi (bagi pedas), 2 biji bawan putih, daun kari, rempah empat sekawan dan garam serta gula. Cara-cara untuk  buatnya pertama buhah durian di buang kuit luar dan biji didalanya dan dibasuh bersih kemudian di toskan. Dalam kuali di sediakan minyak masa untuk menumis semua bahan ramuan dan apabila matang boleh di bubuh dengan serbuk kari dan dikacau rata. Apabila kari masak makan boleh di masukkan buah rambutan (pastikan untuk gunakan rambutan segar dan jangan di rebus dulu). Tunggu air rambutan menjadi kering sedikit sebelum memasukkan masukkan santan kelapa. Sebaiknya santan tersebut di tuag dengan kadar separas buah rambutan dan renehnkan. Apabila airnya sudah kering sedikit maka dimasukkan kerisik kelapa secara berpeingkat dimana kalau hendak rasa lebih mantap di banyakkan lagi. Kemudian di masukkan gula merah ikut kesesuaian dimana jumlahnya perlu disesuaikan dengan kemanisan buah rambutan itu sendiri. Ia juga bertujuan untuk pekatkan kuah pajeri rambutan yang dimasak dan akhir sekali bubuh garam dan perisa sesuai. Setelah cukup masak matikan api dan ujirasa sebelum dihidangkan bersama nasi putih.


Salah satu makanan dari rambutan yang pernah ujirasa semasa bertugas di Muar, Johor dahulu adalah Rambutan Asam Boi yang enak sekali rasanya. Resepi ini merupakan respei yang paling mudah membuatnya bagi penulis blog dan enak sekali rasanya sesuai di buat dari buah rambutan segar dipetik dari pokok di kampong atau dibeli sahaja. Kalau biasanya resepi seperti ini di buat dari buah mangga, 
kedondong atau jambu untuk membuat jeruk asam boi akan tetapi sesuai juga sesekali untuk buat kelainan dengan mencuba resepi rambutan asam boi pula. Tunggu bila ada musim buah rambutan maka bolehlah cuba membuatnya sebab bagi penulis blog yang memang suka makan jeruk pasti akan jatuh cinta dengan rasa jeruk rambutan yang manis, masam dan pedas ini. Apa pun perlu ada bahan-bahan iaitu buah rambutan (jumlah ikut jumlah hendak di makan), Asam boi, Serbuk asam boi, Limau kasturi, Cili padi, Garam dan gula. Cara-cara membuatnya iaitu pertama dengan mengupas buah rambutan, basuh bersih dan toskan. Kemudian di masukkan isi rambut ke dalam mangkuk dan diletakkan juga asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Apa puang penting adalah menggaul sehingga rata. Kemudian di buang biji limau kasturi serta diperahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan tadi dan mesti ia digaul sebati. Petua paling penting adalah dengan memasukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam untuk ia sejk dan bertindakbalas. Setelah di keluarkan dari petu sejuk maka rambutan asam boi ini sedia untuk dinikmati. 


Menarik hasil kajian menggunakan kulit buah rambutan untik di sembangkan akan kajian tersebut. Salah satu kajian yang dirujuk ini be
rtujuan untuk dapat mengetahui kesan antioksidan dari ekstrak kulit buah rambutan (Nephelium lappaceum L.) terutama kaji akan pentingnya dalam melembabkan kulit dan menentukan formulasi 'body lotion' yang paling efektif. Kulit buah rambutan mengandungi bahan zat antioksidan yang kini memang saintis tahu ia berpotensi memberikan manfaat bagi kesihatan kulit. Beberapa penyelidikan dalam menguji aktiviti penting antioksidan ekstrak kulit daripada buah rambutan dengan berbagai jenis kepekatan (concentration) dijalankan saintis menggunakan kaedah DPPH. Apa pun asasnya dimana aktiviti antioksidan boleh ia diukur dengan spektrofotometer UV-Vis. Ekstrak ini kemudian diformulasikan ke dalam beberapa variasi 'body lotion' yang seterusnya akan dinilai akan profilnya meliputi alanisa bahan Organoleptis, Homogeniti, pH, daya sebarannya, daya kelekatannya, ciri viskositi dan kesan keradangan (iritation effect). Hasil dari data kajian menunjukkan bahwa ekstrak kulit buah rambutan ini mmempunyai atauemiliki aktiviti antioksidan yang berpotensi melembabkan kulit. Dalam beberapa formulasi produk 'body lotion' iaitu dengan penambahan ekstrak ini ianya memenuhi kriteria sediaan yang baik. Produk ekstrak kulit buah rambutan berpotensi sebagai bahan aktif dalam formulasi body lotion dengan efek melembabkan. Penelitian lebih lanjut diperlukan untuk mengoptimalkan formulasi dan menguji efektivitasnya pada manusia. Artikel ini di tulis dalam 4 segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semug atulisan ini memberi maklumat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
BUAH RAMBUTAN... BERBULU KULITNYA...
MAKIN KURANG... JUMLAH KELUASANNYA...
HARGA MURAH... ISU SELALU DI DAKWA....
SEMAKIN MAHAL... MASIH RAMAI MINATNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1446J).
Bersaman 12 Mac 2025).

Saturday, March 15, 2025

SEMBANG TENTANG BUAH RAMBUTAN (PART 3)

BUAH RAMBUTAN (Nephellium lappaceum) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapindaceae yang mana ia ditanam untuk menghasilkan buah yang selalunya ia dimakan segar. Luas tanaman rambutan di Malaysia kini seluas 12,372 hektar dengan anggaran hasil pengeluaran sekitar 54,286 metrik tan (Sumber: Booklet statistik tanaman Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Keluasan tanaman rambutan dilaporkan pada 1980'an adalah mencecah lebih 40,000 hektar. Pokok rambutan selalunya ditanam di kawasan keliling rumah dimana ia dahulu di bantu penanaman oleh Jabtaan Pertanian Malaysia di bawah Program Agriculture Input Diversification (AID) dimana benih ditanam di kawasan kebun dan keliling rumah. Kini petani tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana ujud faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim yang hampir serentak dengan jumlah yang banyak. Rambutan adalah sejenis buah tropika bermusim yang mana ia berbuah daripada bulan Julai hingga September setiap tahun dan ia bergantung kepada lokaliti dan varieti. Di Malaysia terdapat banyak jenis rambutan yang ditanam diantaranya seperti Rambutan Anak Sekolah (R196), Rambutan Mas Gading (R156), Rambutan Deli Baling, Rambutan Gula Batu dan beberapa varieti lagi. Walau pun pokok rambutan di negara kita banyak hasilnya setiap tahun tetapi ada kalanya ia tidak dituai kerana harga jualan yang murah. Bagaimana pun di negara jiran Thailand pula pokok rambutan dijaga dan dituai seterusnya dieksport ke Malaysia setiap tahun sejak sekian lama. Buah rambutan kurang mendapat sambutan dikalangan golongan muda menjadikan ia kurang potensi pasaran. Bagi penulis blog yang sudah 18 tahun menulis blog dan di baca oleh hampir 40 juta pembaca ada sekitar 20 artikel mengenai rambutan. Bagaimana pun semasa off-season harga runcit rambutan mampu mencecah RM12.00 sekilogram. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah buah rambutan dilaporkan di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Dalam portal sinarharian.com menarik kisah '
Kelantan hasilkan cuka rambutan, dokong' untuk produk ini disembangkan. DIlaporkan Kerajaan Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli berjaya menghasilkan cuka daripada rambutan dan dokong bagi mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan itu. Idea itu tercetus selepas Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Tuan Mohd Saripudin yang mendengar keluhan penduduk kampung mengenai lambakan hasil setiap kali musim buah. Apa pun menurut Pegawai Eksekutif Pengeluaran dan Kualiti PKPNK, Hannis Mohd Asri berkata, rasa cuka rambutan dan dokong itu sama sebagaimana yang dihasilkan daripada buah tin serta epal. Mereka mendapat geran daripada kerajaan negeri pada tahun 2019 kemudian selepas itu negara dilanda Covid-19. Pada hujung 2021 mereka mula balik dengan menyiapkan kilang dan sebagainya. Alhamdulillah pada tahun ini cuka rambutan dan dokong telah berjaya dikeluarkan dan masih lagi dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Sebagai permulaan sebanyak 2,500 botol telah dihasilkan untuk diperkenalkan dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri bagi membolehkan mereka mencuba dan merasai sendiri khasiat cuka tersebut dimana cuka rambutan dijual pada harga RM30 manakala dokong RM35 sebotol. Memang kerajaan Kelantan melalui PKPNK dengan kerjasama UMK Kampus Jeli berjaya menghasilkan cuka daripada rambutan dan dokong. Dilaporkan rambutan dan dokong tersebut diperoleh terus dari penduduk kampung tanpa menggunakan orang tengah. Setakat ini kami memperolehi satu tan rambutan dan dokong. Proses untuk menghasilkan cuka berkenaan mengambil masa selama 60 hari. Memang agak besar harapannya agar produk ini mendapat sokongan padu daripada pengguna apabila ia masuk ke dalam pasaran nanti kerana ia juga memperoleh sijil halal.


Dalam kes lain masih juga di Kelantan dimana 'Arang kayu rambutan pun laku bulan Ramadan' agak unik kisahnya. Penulis blog ada menonton di TV dimana Mohd Napi sedang mengisi arang yang siap diproses daripada kayu rambutan di Kampung Padang Mokkan, Peringat, Kota Bharu dan kemudian ada media cetak laporkan dalam kosmo.com. Dilaporkan dimana ada seorang pengusaha kilang arang di Kampung Padang Mokkan, Peringat tidak menang tangan apabila menerima tempahan lebih 10,000 bungkus arang bernilai kira-kira RM27,000 sejak hari pertama Ramadan tahun 2025 ini. Baginya dia perlu mencari dan membeli bekalan kayu pokok rambutan lebih ba­nyak daripada pembekal bagi menampung permintaan pelanggan sehingga hujung bulan ini. Kini jualan arang kayu meningkat hampir tiga kali ganda pada Ramadan kerana peniaga makanan membelinya secara borong untuk ke­perluan memasak lauk-pauk atau kuih-muih. Dia tidak me­nyangka permintaan terhadap arang tahun ini sangat menggalakkan meskipun proses pembuatannya mengambil masa hampir tiga minggu. Dakwanya ada kira-kira 10,000 bungkus arang dengan setiap bungkusan seberat dua kilogram yang dijual pada harga RM2.70 habis dijual sejak minggu lalu. Arang kayu ini diperbuat menggunakan kayu rambutan. Kayu tersebut sesuai digunakan kerana arangnya tahan lama dan bara yang dihasilkan lebih baik yang kilangnya di Kampung Padang Mokkan, Peringat, Kelantan. Produk arang di kilang kecil yang diusahakannya sejak 30 tahun lalu itu mengguna lima buah relau dimana kilang arang itu diusahakan selepas mengambil alih daripada rakannya dan masih mengekalkan kaedah pembuatan bahan tersebut secara tradisional. Proses untuk  pembakaran kayu mengambil masa yang lama untuk ianya dapat menghasilkan arang. Bekalan kayu diperoleh daripada pembekal di Pasir Puteh dan Bachok. Kayu yang dibawa pembekal ke kilang akan diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan arang yang dihasilkan berkualiti dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.


Bagaiman pun paling seronok membaca kisah 'Terkejut harga rambutan di Mekah RM87.61 untuk 750gram' yang wajar disembangkan juga. Dilaporkan dalam portal hmetro.com dimana sudah t
ular di media sosial apabila seorang rakyat Malaysia di Mekah memuat naik gambar harga rambutan yang mahal berbanding harga tempatan. Menurut perkongsian BangChik di akaun Facebooknya, rambutan dengan berat 750 gram itu berharga 72.95 Saudi Riyal bersamaan RM87.61. Berbanding pula dengan harga rambutan di Malaysia dimana kebiasaannya orang ramai boleh mendapatkan dengan harga serendah RM10 bagi setiap kilogram dan mudah didapati di kawasan-kawasan kampung. Dia beritahu jika kalau ada di Malaysia itu makanlah puas-puas sebab di Arab Saudi harga memang sangat mahal sekali. 


Berlainan dengan portal borneopost.com melaporkan dimana '
Rambutan Anak Sekolah Pantu dieksport ke Dubai' sesuai di sembangkan juga. Rambutan Anak Sekolah (R163) dari Sarawak kini menjadi pilihan ekoran kualiti tinggi dan memenuhi kehendak pasaran terutama yang di tanam petani Ruman Nimong, Pantu di Sri Aman kini mendapat permintaan dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Kini FAMA Sarawak akan mengeksport kira-kira 500 kilogram rambutan Anak Sekolah ke Dubai hasil permintaan sebuah pasar raya besar di sana. Rambutan ini merupakan hasil keluaran petani tempatan di bawah Skim Ladang Kontrak dari Rumah Nimong, Pantu di Sri Aman dan usaha ini juga merupakan hasil kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi kerajaan yang lain. Semua kerja memproses dan membungkus dijalankan di FAMA Bahagian Samarahan sebelum dieksport ke Dubai dimana kesemua rambutan dipilih terlebih dahulu mengikut indeks kematangan. Hanya buah dalam kategori indeks 3 dan 4 dengan berat lebih 25 gram sahaja yang sesuai untuk dieksport ke luar negara iaitu kuning kesumba dan merah kesumba. Bagi mencapai tahap kualiti yang dikehendaki maka rambutan perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula dari amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran. Buah sebaiknya dipetik pada waktu pagi dan petang semasa cuaca sejuk dan terus dihantar ke pusat pembungkusan dengan secepat mungkin untuk penyediaan. Apa pun bagi mengekalkan kualiti dan kesegaran buah rambutan disimpan sementara pada suhu 10 hingga 12 darjah celsius dengan kadar kelembapan relatif 90 -  95 peratus selama dua minggu. Semasa proses pembungkusan tersebut dilakukan, buah rambutan perlu melalui empat peringkat iaitu pemilihan buah yang elok, rendaman dalam air berais selama 10 minit, pengeringan dan penimbangan sebelum dibungkus. FAR+MA dakwa rambutan Anak Sekolah juga mendapat permintaan dan dieksport ke Amsterdem, Belanda. Anggaran setiap seminggu sebanyak dua tan rambutan keluaran petani dari Sungai Limo, Lundu dieksport ke Semenanjung Malaysia. Dilaporkan bahawa selain rambutan, hasil pertanian seperti pisang repok dan kelapa juga mendapat permintaan tinggi dari pasaran luar. Artikel ini di tulis dalam 4 segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
BUAH RAMBUTAN... BERBULU KULITNYA...
MAKIN KURANG... JUMLAH KELUASANNYA...
HARGA MURAH... ISU SELALU DI DAKWA....
MAKIN MAHAL... MASIH RAMAI MINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1446J).
Bersaman 12 Mac 2025).

Thursday, March 13, 2025

SEMBANG TENTANG BUAH RAMBUTAN (PART 1)

BUAH RAMBUTAN
(Nephellium lappaceum) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapindaceae yang mana ia ditanam untuk menghasilkan buah yang selalunya ia dimakan segar. Luas tanaman rambutan di Malaysia kini seluas 12,372 hektar dengan anggaran hasil pengeluaran sekitar 54,286 metrik tan (Sumber: Booklet statistik tanaman Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Keluasan tanaman rambutan dilaporkan pada 1980'an adalah mencecah lebih 40,000 hektar. Pokok rambutan selalunya ditanam di kawasan keliling rumah dimana ia dahulu di bantu penanaman oleh Jabtaan Pertanian Malaysia di bawah Program Agriculture Input Diversification (AID) dimana benih ditanam di kawasan kebun dan keliling rumah. Kini petani tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana ujud faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim yang hampir serentak dengan jumlah yang banyak. Rambutan adalah sejenis buah tropika bermusim yang mana ia berbuah daripada bulan Julai hingga September setiap tahun dan ia bergantung kepada lokaliti dan varieti. Di Malaysia terdapat banyak jenis rambutan yang ditanam diantaranya seperti Rambutan Anak Sekolah (R196), Rambutan Mas Gading (R156), Rambutan Deli Baling, Rambutan Gula Batu dan beberapa varieti lagi. Walau pun pokok rambutan di negara kita banyak hasilnya setiap tahun tetapi ada kalanya ia tidak dituai kerana harga jualan yang murah. Bagaimana pun di negara jiran Thailand pula pokok rambutan dijaga dan dituai seterusnya dieksport ke Malaysia setiap tahun sejak sekian lama. Buah rambutan kurang mendapat sambutan dikalangan golongan muda menjadikan ia kurang potensi pasaran. Bagi penulis blog yang sudah 18 tahun menulis blog dan di baca oleh hampir 40 juta pembaca ada sekitar 20 artikel mengenai rambutan. Bagaimana pun semasa off-season harga runcit rambutan mampu mencecah RM12.00 sekilogram. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah buah rambutan dilaporkan di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.



Bagi penulis blog mendapati yang buah rambutan unik dimana ciri pada buahnya mempunyai 'Rambut' dan id disebut atau dinamakan 'Rambutan' sebab ciri khas kulit yang seperti rambut. Selain menawarkan kesegaran memang buah tropika ini ada berbagai khasiat untuk kesihatan yang ada pada buah ini. Merujuk lapoan dimana setiap 100 gram isi rambutan ia dilihat mengandungi zat protein (0.9g), lemak ( 0.1g), Karbohidrat (18.1g), Serat (0.8g), Kalsium (16 mg), Posforus (16 mg),Zat Besi (0.5 mg), Natrium (16 mg), Kalium (104.2 mg), Tembaga (0.17 mg), Zink (0.1 mg), Riboflavin (vitamin B2 sebnayak 0.07 mg, Niasin (0.5 mg) dan Vitamin C (58 mg). Ia juga ada komponen antioksidan, anti-inflamasi, antiviral dan juga unsur antidiabetes. Kehebtan dan khasiat buah rambutan didakwa ia akan membantu Melancarkan Pencernaan bila ada isinya yang mengandungi bahan serat larut tidak air dimana ia tidak menyatu dengan air dan langsung melalui sistem pencernaan. Apa pun sebahagian besar serat tidak larut ini akan terus masuk ke sistem pencernaan dan mebantu fess dalam proses pencernaan di dalam usus untuk mudah dikeluarkan semasa buang air. Ada juga bahan serat larut air pada buah rambutan akan menjadi makanan bagi bakteria baik didalam usus yang berperanan dalam menjaga pencernaan tetap sihat. BUah rambutan juga akan Membantu menurunkan berat badan bila dilaporkan didalam setiap 100 gram daging rambutan mengandung kalori sebanyak 75 kcal dan 0.8 gram serat. Apa pun bahan serat yang tinggi dan kalori rendah ini tidak boleh menyumbang pertambahan berat badan secara signifikan jika diambil dalam jumlah berpatutan. Kebanyakan jenis buah yang kaya serat membuatkan pemakannya merasa kenyang lebih lama menyebabkan nafsu makan pun terkawal berbanding individu yang makan berlebihan boleh menyebabkan berat badan naik cepat. Buah rambutan akan Meningkatkan daya tahan tubuh sebab bahan Vitamin C membantu hasilkan sel darah putih untuk memperkuatkan imuniti dalam melawan kes jangkitan kuman. Saintis dapati yang bahan Geraniin pada kulit rambutan memiliki aktiviti antivirus terhadap virus dengi dimanaia menganggu proses kehadiran virus dan seterusnya ia mengganggu interaksi sel virus di peringkat awal. Agak unik bila makan buah rambutan akan Menurunkan risiko diabetis yang ada didalam kulit buah rambutan. Bahan Geraniin pada kulit rambutan iaitu sejenis polifenol ellagitanin yang memang ia berkemampuan sebagai antioksidan dan antiradang.  Hasil kajian oleh Procedia Food Science (2015) dilaporkan yang  kulit rambutan juga dapat menurunkan kadar gula darah. Saintis gunakan ekstrak etanol kulit rambutan secara oral selama 11 hari pada tikus ada diabetis dan kesannya dimana peratus kadar glukosa darah tikus ini mengalami penurunan sebesar 62%. Kajian lebih lanjut perlu dibuat apakah ekstrak kulit rambutan memiliki manfaat yang sama pada manusia.


Sama dengan beberapa jenis buah tropika lain dimana ia akan Membantu mengawal tekanan darah berpunca bahan Kalium dalam buah rambutan. Kajian dapati dimana setiap 100 gram rambutan mengandung sekitar 104 gram kalium iaitu satu jumlah agak tinggi. Jika dimakan akan ia akan dapat membantu menjaga tekanan darah dalam batas normal dengan berbagai cara seperti melembutkan dinding pembuluh darah, membaiki fungsi otot dan juga seterusnya ini akan menurunkan tekanan darah. Disyorkan pembaca blog anim agro technology untuk mengambil makanan tinggi kalium yang mengandungi kalori rendah seperti rambutan yang boleh mengawal kadar gula darah. Makan rambutan pasti akan Menambahkan Tenaga sebab buah ini mempunyai kandungan kabohiderat yang diperlukan dimana karbohidrat ini merupakan sumber tenaga yang sekaligus unsur utama untuk otak agar dapat berfungsi dengan baik. Karbohiderat ini dipecahkan kepada Glukosa sebagai sumber tenaga dan jika tidak digunakan maka gula ini akan dalam hati sebagai Glikogen digunakan di masa akan datang. Kehebatan buah rambutan dilaporkan ia Mencegah anemia dimana unsur zat Besi (Fe) kurangkan risiko anemia. Dlam rambutan ada zat besi serta vitamin C. Vitamin C ini berfungsi meningkatkan penyerapan zat besi pada tubuh. BUah rambutan sangat disyorkan kepada ibu hamil yang mana mereka cenderung berisiko mengalami kekurangan zat besi karena persediaan darah juga diperlukan oleh janin.


Menarik untuk sembang mengenai '
Rambutan Mutiara' yang merupakan varieti baru hasil penyelidikan MARDI. Apa pun seronoknya penulis blog ada hadir di MARDI Sintok, Kedah semasa pelancaran varieti rambutan tersebut semasa bertugas dulu. Varieti ini dilaporkan ia mempunyai isi yang tebal dan manis, lekang tanpa testa (berkulit berkayu), penampilan buah menarik, bersaiz besar dan tekstur isi yang rangup selain kering. Masa itu seingat penulis blog ada dua klon yang dinamakan Mutiara Merah (AG28) dan Mutiara Wangi (GB44) itu didakwa ia bukan saja diyakini juga mampu menandingi klon rambutan yang ada di pasaran lokal malah mampu menjadikan industri buah tempatan berkenaan di Malaysia akan lebih berdaya saing sekali gus muncul antara eksport utama pada masa hadapan. Antara fokus penting bagi penghasilan rambutan baru itu adalah bagi mengelakkan lambakan dan bekalan buah berterusan, membolehkan pokok berbuah sama ada awal, lewat atau luar musim, berbuah lebat setiap tahun. Ia termasuk mengurangkan masalah penuaian, menghasilkan pokok kerdil atau separa kerdil, membantu industri pengeluaran benih, pokok mudah dibiakkan, kualiti buah yang baik untuk pasaran tempatan dan eksport. Kajian rambutan ini dilaporkan bermula seawal 1980-an lagi apabila MARDI mengumpul dan menyemai kira-kira 10,000 biji benih rambutan daripada dua klon popular pada masa itu iaitu Gula Batu (R99) dan Singapura (R134). Daripada 10,000 biji benih yang disemai MARDI menilai peratusan yang hidup 5,400 anak pokok selepas dipindahkan ke ladang. Setiap satu anak pokok itu dinilai untuk mendapatkan klon yang terbaik dimana dilakukan aktiviti cantasan bebas berperingkat atau penakaian (proses pengasingan) untuk membuang anak pokok yang kurang baik. Penakaian pertama kita jalankan pada anak pokok yang bermasalah seperti mudah diserang penyakit, perosak dan gangguan fisiologi seperti serangan kulat, batang berbonggol-bonggol dan masalah keruping. Pada penakaian kedua MARDI membuang pokok rambutan jantan dan pokok yang mempunyai tempoh 'juvenility' (muda) yang lama. Aktiviti penakaian ketiga ditumpukan kepada ciri pembuahan setiap tahun dan keseragaman masak. Peringkat akhir penakaian ditumpukan kepada kualiti buah yang dinilai daripada segi hasil, kemanisan, kelekangan, tekstur dan pelbagai lagi ciri yang diambil kira bagi mendapatkan rambutan yang terbaik. MARDI laporkan daripada lebih 5,000 anak pokok yang disenarai pendek, hanya beberapa saja menunjukkan ciri-ciri yang amat bagus dan antara dua yang disenaraikan itu adalah Mutiara Merah dan Mutiara Wangi. Rambutan Mutiara Merah dikatakan mempunyai kulit dan rerambut yang merah dan kelihatan cantik berbanding Anak Sekolah (R191) yang mempunyai sedikit hijau di rerambut, manakala Mutiara Wangi memiliki sedikit aroma pada buahnya. Buah Mutiara Merah mempunyai penampilan luaran yang baik, tekstur isi yang kenyal dan kering, aroma buah yang sederhana dan lekang bertesta, manakala Mutiara Wangi pula lekang dengan separuh testa nipis, tekstur yang rangup dan kering, aroma yang ketara serta penampilan buah yang menarik. Kedua-dua klon ini memberikan hasil yang lebih tinggi berbanding Anak Sekolah iaitu sekitar lapan hingga 14% dan mengeluarkan buah lebih awal. Proses penghasilan klon baru ini mengambil masa yang panjang, selepas mengenal pasti klon yang berpotensi ia akan dibiakkan dengan teknik pembiakan vegetatif bagi mengekalkan bahan genetik tanaman itu. Anak pokok yang dihasilkan akan mengeluarkan buah yang sama kualiti dengan induk kelak dan antara teknik yang digunakan adalah cantuman baji dan mata tunas. Masih ramai yang bertanya adakah kita akan dapat hasil yang sama seperti induk jika menanam biji rambutan daripada Mutiara Merah dan Mutiara Wangi ini. MARDI jelaskan ada sesetengah pokok ia boleh berlaku seperti manggis dan dokong apabila biji yang dihasilkan mempunyai genetik yang sama seperti induk, namun bagi kebanyakan buah-buahan berlaku proses persenyawaan benih yang menghasilkan biji (bahan genetik dari induk jantan dan betina). Rambutan klon ini tidak mempunyai masalah serangan perosak dan penyakit yang serius. Serangan perosak dan penyakit jika berlaku hanya minimum sahaja dan ianya boleh dikawal menggunakan racun di pasaran. Artikel ini di tulis dalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semug atulisan ini memberi maklumat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
BUAH RAMBUTAN... BERBULU KULITNYA...
MAKIN KURANG... JUMLAH KELUASANNYA...
HARGA MURAH... ISU SELALU DI DAKWA....
SEMAKIN MAHAL... MASIH RAMAI MINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1446J).
Bersaman 12 Mac 2025).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...