Semua jenis makanan yang berkhasiat itu baik sehingga ia jika diambil secara berlebihan atau masa kurang tepat sebaliknya akan menyebabkan gangguan kesihatan. Apa pun di laporkan masih ujud risiko dan ancaman memakan ikan haruan jika terlalu awal. Risiko pertama adalah Parut Dalaman Melekat (Adhesion) dimana dengan cara pengambilan pada fasa radang awal boleh membuatkan tisu dalam perut atau lapisan rahim bercantum dan melekat secara tidak normal. Kedua di laporkan ada risiko iaitu ia akan Menyukarkan Pembedahan Seterusnya sebab didakwa parut dalaman yang tebal atau melekat boleh merosakkan organ lain dan menyukarkan doktor jika pesakit perlu untuk dia menjalani pembedahan (seperti czer) pada masa depan. Ketiga ada di nyatakan akan risiko Ada Parut Luar Timbul dan Keras dimana adan ada kesan jahitan luar berisiko menjadi keloid, timbul atau tidak cantik akibat pertumbuhan kolagen yang terlalu agresif. Keempat ada risiko Beban Buah Pinggang bagi sesiapa yang ada mengambil ekstrak atau pati pekat secara berlebihan boleh memberi beban kepada individu yang mempunyai masalah buah pinggang. Ada juga panduan bagaimana cara pengambilan ikan haruan yang lebih selamat seperti Menunggu Fasa Sesuai dengan cara mengelakkan pada 1 hingga 2 minggu pertama selepas pembedahan atau bersalin. Kedua perlu ada Tempoh Bertenang iaitu dengan menunggu sekurang-kurangnya 7 hingga 10 hari (untuk pembedahan biasa) atau 6 minggu hingga 2 bulan (untuk bersalin secara caesarean) sebelum mengambil ikan haruan. Ketiga dimana pesakit perlu Memilih Bentuk Semula Jadi atau mengutamakan masakan biasa (seperti sup atau bakar) berbanding pati haruan yang terlalu pekat pada peringkat awal.
Pati Ikan Haruan atau 'Snakehead Fish Essense' atau 'Essense of Haruan' adalah ekstrak atau sup pekat daripada ikan haruan (Channa striatus) yang diproses khas untuk diambil khasiatnya. Pati ikan haruan dihasilkan secara komersial melalui proses pemasteran dan cara pengekstrakan pada suhu tinggi dengan menggunakan teknologi piawaian GMP (Amalan Pengilangan Baik) dan HACCP (Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Kritis). Apa punn cara Proses Moden (Pati Botol) ianya akan di lakukan dengan Pemilihan Bahan dari jenis ikan haruan segar yang dipilih bersama ramuan herba pilihan (seperti gamat, aloe vera, atau ginseng). Kemudian adlah prosess Pemanasan Suhu Tinggi apanila ikan dimasak atau distim pada suhu tinggi untuk mengekstrak protein tulen, asid amino (seperti glisin dan arginin) serta mineral tanpa ianya menggunakan lemak atau kolesterol. Seterusnya adalah Proses Pembungkusan Vakum dimana hasil ekstrak ditapis, diisi ke dalam botol kaca,dan dipek secara vakum. Ini diikuti dengan Proses Steril dimana botol melalui proses sterilisasi ketat supaya tahan lama tanpa bahan pengawet. Dilaporkan jiga kaedah atau cara tradisional (Buatan Sendiri) pati haruan yang di lakukan di kampong. Caranya dengan lakukan proses pembersihan dimana ikan haruan dibersihkan daripada perut dan sisik, kemudian dicuci bersih. Proses kedua adalah dengan dimasak dalam 'Double Boiler;niaitu ikan diletakkan di dalam mangkuk tanpa air atau dengan sedikit air herba, lalu ditudung rapat. Mangkuk itu dikukus atau ditim di atas api perlahan selama beberapa jam sehingga pati air ikan keluar sendiri. Kemudian proses penapisan dimana air ekstrak atau pati ditapis untuk diasingkan daripada isi dan tulang ikan sebelum diminum. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......IKAN HARUAN...ADA RAMAI KENALNYA...
ADA DI MALAYSIA...HEBAT KHASIATNYA...
PARA PEMANCING... SUKA MEMBURUNYA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wipayah Persekutuan Putrajya,
Malaysia.
PARA PEMANCING... SUKA MEMBURUNYA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wipayah Persekutuan Putrajya,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1448Hijrah).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.