IKAN HARUAN (Channa striata) ialah sejenis ikan air tawar pemangsa yang dikenali dengan nama lain sebagai 'Sneakhead Fish' atau 'Striped snakehead Fish' dimana ia selalu juga di panggil sebagai 'Ikan Gabus'. Bagi penulis blog yan mengenali ikan haruan ini sebab ada memancingnya di kawasan rumah dan di sawah padi memang tidak asing dengan jenis ikan ini sejak zaman remaja dulu. Apa pun di kampong dulu ada terdapat juga beberapa spesies sepupu atau variasi tempatan dalam keluarga yang sama (Channidae) yang mempunyai nama panggilan khusus seperti Jenis Ikan Haruan Palas (Channa melasoma) di panggil sebagai 'Black Snakehead', Jenis Ikan Haruan Kedak atau Haruan Todak (Channa gachua) yang di gelar 'Dwarf Snakehead', Jenis Ikan Haruan Bujuk (Channa bankanensis) dan beberapa jenis lagi. Ciri-Ciri utama ikan haruan adalah ia mempunyai bentuk badan panjang, bermulut besar, gigi tajam dan ada sirip dorsal (belakang) yang panjang. Kelebihan ikan haruan ia ada organ pernafasan tambahan yang membolehkan ia hidup di darat untuk jarak dekat atau dalam air yang keruh dan yang cetek. Habitatnya ia suka tinggal di kawasan air tenang seperti lokasis di paya, sawah padi, parit dan bekas lombong. Ikan ini mendapat permintaan baik di percayai ia ada khasiat dan cara kegunaan seperti sebagai penyembuh luka sebab isi ikan haruan sangat kaya dengan protein albumin dan asid amino yang membantu merawat tisu rosak serta mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan atau bersalin. Bagi penulis blog paling sukan memasak sebagai haruan goreng, sup atau sesekali di jadikan haruan bakar kerana isinya yang lembut dan enak. Penulis blog dapati dimana harga pasaran ikan haruan segar atau hidup di Malaysia pada masa ini lazimnya dijual pada kadar RM25 - RM35 sekilogram. Walau bagaimanapun selalunya harga ini boleh berubah mengikut keadaan kualiti ikan, saiz dan lokasi jualan. Pernah buat kajian dimana bagi Ikan Haruan Segar (sudah mati dan sudah siap disiang dijual dengan harga RM30 - RM35 sekilo dimana ada juga sesetengah penjual mengenakan caj tambahan untuk kos membersih dan memotong ikan. Pernah juga penulis blog beli terus dari pemancimg di Segamat dan Melaka dimana ia selalunya lebih murah iaitu sekitar RM10 - RM15 sekilo dikawasan kampong. Berlainan pula kes harga Ikan Haruan Hiasan dimana bagi jenis seperti spesies Channa yang dimport dari Indonesia atau dari India (contohnya Channa Maru, Red Barito, atau Channa Argus) dimana harganya tidak mengikut kilogram tetapi mengikut ekor dan kecantikan corak. Harganya boleh mencecah RM150 - RM3,500 seekor. Artikel pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai banyak fakta menarik tentang ikan haruan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Penulis blog merujuk data antarabangsa dimana negara Vietnam merupakan sebuah negara pengeluar terbesar dan utama bagi ikan haruan (striped snakehead (Channa striata) di dunia. Apa pun ikan haruan Vietnam ialah spesies ikan haruan atau 'striped snakehead' yang diternak dan dikomersialkan secara meluas di negara tersebut, khususnya di kawasan Delta Mekong. Apa pun penulis blog yang pernah membuat lawatan ke Vietam beberapa kali mendapati di mana sebenarnya jenis ikan haruan Vietnam adalah ia sama seperti ikan haruan tempatan di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Di Vietnam ia sudah di jadikan sebagai industri akuakultur dan kini ia adalah salah satu negara pengeluar dan pengeksport utama ikan haruan terbesar di dunia untuk pasaran makanan domestik serta bagi eksport peringkat antarabangsa. Dalam aspek kegunaan dan cara kulinari ia merupakan bahan masakan yang sangat popular dan versatil di wilayah Delta Mekong dimana ia sering dimasak sebagai sup masam, direbus atau digoreng. Vietnam sudah amalkan sebagai industri penternakan moden dan bioselamat dimana sekarang ini ia semakin terus berkembang pesat. Penulis blog maklum dimana walaupun Thailand dulu ia merupakan negara pertama yang ada mengkomersialkan kes penternakan ikan haruan secara sistematik namum negara Vietnam kini mendahului pasaran global dengan pengeluaran skala besar bagi pasaran domestik mahupun eksport. Rantau Asia Tenggara secara keseluruhannya menjadi hub utama pengeluaran ikan haruan ini. Data menunjukkan jika status pengeluaran ikan haruan dunia kini ia didominasi oleh Vietnam, disusuli oleh negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia dan Kemboja. Apa pun kini kawasan penternakan terbesar ikan haruan berada di Delta Mekong di Vietnam dimana ia merupakan antara kawasan paling aktif dan berjaya dalam menghasilkan puluhan tan ikan haruan setahun secara komersial dan bio-selamat. Apa pun berpunca dari peningkatan permintaan makanan dan ubat-ubatan menyaksikan negara seperti China dan beberapa negara di benua Afrika turut mula menternak ikan haruan. Dalam negara Malaysia dimana ada turut menjalankan penternakan ikan haruan, namun jumlah pengeluarannya jauh lebih kecil dan bertumpu khusus kepada industri perubatan (ekstrak untuk penyembuhan luka) dan produk kesihatan berbanding pasaran makanan harian.

Menarik di kongsikan fakta tentang nilai pasaran global bagi komoditi jenis ikan haruan (spesies Snakehead fish) secara spesifik dimana data secara tunggal tidak direkodkan secara berasingan oleh badan analisis utama dunia dan ia sebaliknya ia diletakkan di bawah kategori Pasaran Jenis Ikan Air Tawar (freshwater fish market) atau pasaran akuakultur global. Sebagai gambaran berskala besar dimana keseluruhan Pasaran Akuakultur Global kini dinilai melebihi dari USD 325 bilion atau sekitar RM1,325.6 billion) iaitu satu nilai yang sangat besar dan nilai ikan haruan tidak di ketahui jumlah yang berada didalamnya. Walau bagaimanapun ada laporan akan tend atau dinamika nilai pasaran ikan haruan dunia boleh dilihat secara terperinci menerusi aspek seperti faktor pengeluaran, pasaran niche dan harga dagangan semasa semain baik saban tahun. Sudah di nyatakan diatas dimana peneraju dalam pengeluaran dunia bagi ikan haruan aalah dari negara Vietnam dan Kemboja yang berada di sepanjang Wilayah Delta Mekong dimana ia merupakan lokasi pengeluar terbesar dunia. Sebagai contoh di laporkan dimana negara Kemboja menyumbang sekitar 30.24% daripada jumlah pengeluaran global ikan haruan dan jumlah ini sudah ia menjadikannya antara komponen makanan ruji utama (basic food basket) di negara tersebut. Bagi Thailand pula ia masih merupakan negara pertama yang berjaya mengkomersialkan penternakan ikan haruan secara sistematik. Permintaan dalam negeri atau permintaan domestik di Thailand adalah ia sangat tinggi sehinggakan mereka terpaksa mengimport bekalan tambahan dari Kemboja. Permintaan ikan haruan dan pasaran untuk kegunaann industri Perubatan dan Kosmetik semakin maju contohnya di Malaysia dan sebahagian Asia Tenggara lain dimana kini nilai ekonomi ikan haruan ianya sudah dipacu sepenuhnya oleh industri berasaskan kesihatan. Produk seperti 'Pati Ikan Haruan' dan jenis Ubat-ubatan kapsul dan salap mendapat permintaan tinggi kerana asid amino dan asid lemaknya yang sangat efektif untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pasca-pembedahan atau bersalin. Bagi sektor ikan haruan untuk di jadikana makanan ruji di restroen dimana di Vietnam dan Thailand, ikan haruan diternak secara besar-besaran menggunakan kolam intensif untuk pasaran runcit (sejuk beku atau segar) bagi tujuan masakan harian. Segmen Ikan Haruan sebagai 'Ikan Hiasan' juga semakin berkembang bila ada segmrn pasaran ikan haruan hiasan eksotik (seperti Channa limbata, Channa marulioides, atau spesies hiasan dari India dan Indonesia) yang mempunyai nilai pasaran sangat premium, di mana seekor ikan haruan hiasan gred tinggi boleh mencecah nilai antara RM300 hingga melebihi RM3,500 di peringkat global. Menyentuk tentang struktur harga di pasaran tempatan dan pasaran wilayah dimana harga ikan haruan dikategorikan sebagai kategori 'niche market' yang menawarkan margin keuntungan yang agak tinggi berbanding ikan air tawar lain seperti jenis ikan keli atau jenis ikan tilapia. Sesiapa di Malaysia yang merancang untuk menceburi industri ini perlu faham yamg pasaran haruan dunia tergolong dalam pasaran komoditi dengan berasaskan bioteknologi kesihatan (ekstrak pati) serta sekuriti makanan serantau bagi Asia Tenggara.
Bagi penulis blog sudah mengenai sebahagian spesis ikan air tawar di Malaysia yang pernai memancing dan melihatnya di mana sahaja. Bagaimana pun di laporkan ada terdapat lebih daripada 50 spesies ikan haruan di seluruh dunia di bawah keluarga Channidae atau ia juga dikenali sebagai 'snakehead fish' terbahagi kepada genus Channa di Asia dan Parachanna di Afrika. Diantara jenis-jenis utama atau spesies popular dalam keluarga ikan haruan di peringkat global dan serantau termasuk di Malaysia ia merangkumi Jenis Ikan Haruan Biasa atau Jenis Ikan Haruan Hitam (Channa striata) iaitu spesies paling popular dan banyak ditemui di Asia Selatan serta Asia Tenggara dimana ia sangat terkenal kerana tahan lasak dan hidup di air cetek atau berlumpur. Kedua ada Jenis Ikan Toman atau 'Giant Snakehead' dengan nama saintifiknya adalah Channa micropeltes yang penulis blog sering lihat ia adalah spesies haruan terbesar di dunia dan ia juga dikenali sebagai jenis toman harimau dilaporkan ia mampu membesar dengan saiz yang jauh lebih besar dan agresif. Ketiga adalah Jenis Ikan Bujuk (Channa lucius) iaitu spesies haruan yang gemar mendiami kawasan air berpaya dan meruapakan sebahagian daripada rumpun keluarga yang sama. Keempat ada Jenis Ikan Kerandang atau Jenis Ikan Toman Bunga (Channa marulioides) dimana ia dikenali dengan corak bintik yang cantik pada badan, menjadi buruan pemancing air tawar (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ada juga jenis ke lima iaitu Jenis Ikan Haruan Palas (Channa melasoma)dimana ia berbadan lebih ramping dan gelap serta ia bersifat lebih pemalu serta hidup di kawasan berair dalam atau paya. Keenam ada Jenis Ikan Haruan Kedak atau Ikan Haruan Becat (Channa limbata) dimana ia merupakan spesies berukuran lebih kecil yang biasa ditemui di kawasan berhampiran bukit atau anak sungai.Seterusnya ke enam ada Jenis Ikan Haruan Ruanjuk (Channa bankanensis) iaitu ia merupakan sejenis ikan haruan hutan yang biasa mendiami kawasan perairan yang bersifat sedikit berasid. Akhir sekali ada Jenis Ikan Haruan Northern Snakehead (Channa argus) dimana ia adalah spesies asal Asia Timur (China, Rusia, Korea) yang terkenal kerana keupayaannya bertahan dalam cuaca sejuk melampau. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
IKAN HARUAN...ADA RAMAI KENALNYA...
ADA DI MALAYSIA...HEBAT KHASIATNYA...
PARA PEMANCING... SUKA MEMBURUNYA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wipayah Persekutuan Putrajya,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1448 Hijrah).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.