Support My Blog

Friday, October 16, 2026

IKAN KOD - KENALI DIA (PART 2)

IKAN KOD
atau 'Cod Fish' adalah sejenis ikan air masin daripada genus Gadus (keluarga Gadidae) yang hidup di perairan sejuk seperti Lautan Atlantik dan Pasifik. Bagi penulis blog sudah sejak kecil mendengar iklan poduk 'Minyak Ikan Kod' keluaran Seven Sea iaitu
sejenis produk suplemen kesihatan dan multivitamin yang dihasilkan daripada minyak hati ikan kod (cod liver oil) di Malaysia. Dilaporkan yang kandungan utama produk ini adalah Vitamin A bagi dapat membantu memelihara kesihatan mata dan kulit dan Vitamin D bagi membantu penyerapan kalsium serta menguatkan tulang dan gigi. Produk ini didakwa ia mengandungi Asid Lemak Omega-3 (DHA dan EPA) yang dilaporkan ia baik untuk fungsi otak, jantung dan kesihatan sendi. Bagaimana pun penulis blog belum kenal akan apakah dia jenis ikan ini yang mana sudah di promosikan iklannya sejak lama dulu. Ikan Kod adalah nama umum bagi ikan demersal dari genus Gadus yang tergolong dalam famili Gadidae dimana istilah 'kod' juga digunakan sebagai sebahagian daripada nama umum bagi sejumlah spesies ikan lain dan terdapat satu spesies yang tergolong dalam genus Gadus yang lazimnya ia tidak dipanggil kod (seperti jenis Alaska pollock dan Gadus chalcogrammus). Dilaporkan ada dua (2) spesies kod yang paling umum ialah Jenis Ikan kod Atlantik (Gadus morhua) iaitu spesis ikan yang mendiami perairan sejuk dan kawasan laut dalam di seluruh Atlantik Utara. Spesis Ikan Gadus morhua ini ia sudah dinamakan oleh Linnaeus pada 1758. (Walau bagaimanapun ada terdapat jenis G. morhua callarias iaitu suatu ras bukan migrasi yang hidup dalam saliniti (kemasinan) rendah dan terhad di sebahagian kawasan Laut Baltik). Kedua ada Jenis Ikan Kod Pasifik (Gadus macrocephalus) iaitu spesis ikan kod yang terdapat di bahagian timur dan barat Pasifik utara. Penulis blog kongsikan fakta akan ciri-ciri bagi ikan kod dimana rupanya ia mempunyai tiga sirip punggung, dua sirip anus serta satu garis putih memanjang dari bahagian insang ke ekor. Ciri tekstur dan rasa iaitu isinya berwarna putih, tebal, lembut, gebu dan tidak mempunyai bau hamis atau bau hanyir yang kuat. Hebatnya ikan kod adalah jenis ikan premium yang sangat mahal kerana harganya yang mahal dan popular dalam masakan barat serta sup.  Dalam membuat rujukkan dimana harga ikan kod (cod fish) di pasaran Malaysia biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku (frozen) yang diimport dimana bagi produk isi hiris (steak/fillet) atau produk kepingan berbanding segar sepenuhnya dari laut tempatan kerana ia adalah ikan import dari perairan sejuk. Anggaran harga pasaran semasa mengikut jenis produk Ikan Kod Pasifik (Pacific Cod Fillet) a dijual sekitar RM15.00 bagi peket kecil (kira-kira 300g–400g) satu paket, Bagi Jenis produk Kepingan (Steak Kod Chilean atau Chilean Codfish Steak Cut) ia di jual sekitar RM65.00 - RM68.00 untuk satu keping (beratnya cuma ±220g - 250g) atau sekitar RM131.25 sehingga RM262.50 bergantung pada gred dan berat pek. Bagi jenis produk Kepingan per Kilogram pula di laporkan harga satu kilogram ikan kod boleh mencecah antara RM145.00 - RM244.50/kg mengikut jenis (seperti jenis ikan kod Chilean Cod atau Silver Cod/Toothfish). Menarik juga akan khasiat kesihatan ikan kod berbanding ikan lain dimana ia mengendungi bahan Omega-3 dan Omega-6 yang baik untuk perkembangan otak dan kesihatan jantung. Ia juga ada zat Vitamin A dan vitamin D yang membantu kesihatan mata, kulit, serta menguatkan tulang dan gigi. Memang ada zat protein tinggi dan rendah lemak dan sesuai untuk individu yang sedang berdiet atau menjaga kesihatan. Ikan Kod juga ia sebagai makanan popular di beberapa bahagian dunia. Ikan ini mempunyai rasa yang lembut serta isi putih yang padat dan berlapis. Hati kod diproses untuk menghasilkan minyak hati ikan kod, yang merupakan sumber lazim bagi vitamin A, vitamin D, vitamin E dan asid lemak omega-3 (EPA dan DHA). Scrod merujuk kepada kod Atlantik muda atau haddock. Di United Kingdom, kod Atlantik merupakan antara bahan paling lazim dalam ikan dan kentang goreng atau ada dihidangkan iaitu bersama-sama haddock dan plaice. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan untuk kenal akan ikan kod sebagai bahan rujukkan semua.


Cara tangkapan ikan kod (cod fish) dilakukan melalui beberapa kaedah utama sama ada bagi cara tangkapan yang berskala komersial industri besar-besaran mahupun cara tangkapan secara rekreasi atau tangkapan cara tradisional. Apa pun perlu di fahami dimana habitat asal dan memandangkan ikan kod hidup di kawasan air sejuk dan dalam (seperti di Lautan Atlantik Utara dan juga Lautan Pasifik) serta gemar berada berhampiran dasar laut maka cara dan teknik tangkapannya disesuaikan dengan habitat ikan kod tersebut. Beeberapa kaedah utama tangkapan ikan kod bagi Kaedah Komersial (Skala Besar) nelayan akan menggunakan jenis Pukat Tunda Dasar (Bottom Trawling) dan cara ini merupakan salah satu kaedah paling utama (Sila lihat foto disebalah). Kapal nelayan dengan ukuraj kapal yang bersaiz besar akan menurunkan pukat berat yang ditarik menyusuri dasar laut untuk mengaut ikan kod yang sedang mencari makan di kawasan tersebut. Cara ini nelayan akan mendapat pelbagai jenis ikan lain semasa pukat tunda ini melalui dasar laut dan akan dibuat pemilihan semua dan penggreddan apabila ikan ini di naikkan kedalam kapal dan di masukkan kedalam kotak penyimpanan sejukbeku dalam kapal tersebut. Kedua pula ada Kaedah Tangkapan 
Rawai (Longlining) dimana selalunya teknik ini menggunakan satu tali utama yang sangat panjang (boleh mencapai berbatu-batu) panjangnya yang dilengkapi dengan ratusan atau ribuan mata kail berumpan (seperti sotong atau ikan kecil). Tali ini akan ia ditenggelamkan ke dasar laut dan dianggap lebih mesra alam berbanding pukat tunda kerana ia lebih selektif hanya kepada jenis ikan kod dan seumpamanya yang berada di dasar laut. Ketiga adalah Kaedah Jaring Hanyut atau Alat Jaring Insang (Gillnets) dimana jenis jaring yang diletakkan secara menegak di dalam air pada kedalaman tertentu dimana jika ada ikan kod yang lalu di kawasan air tersebut maka ia akan tersangkut pada bahagian insang mereka. Keempat cara tangkapan ikan kod adalah melalui Kaedah Bubu atau Jenis Perangkap Besar (Pot or Trap Fishing) dimana para nelayan komersial juga menurunkan sangkar besi berselaput jaring yang diisikan umpan ke dasar laut. Ikan kod akan masuk ke dalam perangkap tetapi sukar untuk keluar semula. Kaedah ini menjaga kualiti ikan kerana ikan terperangkap tanpa mengalami kecederaan fizikal. Berlainan pula dengan kes Kaedah Rekreasi atau Bersukan Memancing (Skala Kecil) dimana mereka akan gunakan Cara atau Teknik Menggoyang Umpan (Jigging) dan para ahli pemancing menggunakan tali kail dengan gewang atau jenis umpan tiruan yang berat. Umpan tersebut akan dijatuhkan ke dalam air lalu disentap-sentap (dinaik-turunkan) secara berulang kali untuk meniru pergerakan mangsa hidupan laut dimana ia sekali gus menarik perhatian ikan kod. Kategori ini juga boleh Memancing dari Pantai (Shore/Beach Casting) terutama dibeberapa negara-negara beriklim sejuk, pemancing melakukan lontaran jarak jauh dari tebing atau pantai berbatu. Teknik ini memerlukan kemahiran tinggi kerana ikan kod pada musim sejuk biasanya berada agak jauh dari pesisir pantai.  Umpan Kegemaran iaitu bagi pancingan rekreasi selalu gunakan jenis umpan hidup atau segar seperti cacing laut besar (lugworm/ragworm), sotong atau ketam kecil sering digabungkan menjadi satu 'koktel umpan' yang sangat digemari ikan kod. Terkini dimana kebanyakan kapal moden dilengkapi dengan teknologi penjejak ikan (fish finder), sonar, dan GPS bagi mengesan kedudukan kawanan ikan kod dengan tepat di perairan dalam sebelum pemancing dan nelayan komersil akan memulakan tangkapan mereka.


Penulis blog akan paparkan fakta trntang beberapa jenis produk berasaskan ikan kod (cod fish) di pasaran terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Produk Makanan Berasaskan Isi ikan Segar atau Ikan Sejukbeku dan Produk Suplemen Kesihatan yang diekstrak daripada organ ikan kod tersebut. Apa pun yang menarik bagui penulis blog dan memahami akan beberapa senarai produk ikan kod yang biasa ditemui di pasaran dan pertama Produk Makanan (Seafood dan Masakan) dimana ikan kod sangat popular dalam dunia masakan premium kerana ia mempunyai jenis tekstur seperti dagingnya yang tebal, lembut, berlemak dan kurang tulang. 
Di pasar raya atau kedai pembekal makanan laut selaluny aproduk ini ia biasanya dijual dalam bentuk seperti Produk Isi Fillet (Cod Fillet) iaitu kepingan daging ikan kod yang telah dibuang tulang, sama ada dipotong nipis atau tebal. Sangat sesuai untuk hidangan bayi (baby-friendly) atau dikukus. Ada dijual Potongan Keping (Cod Steak atau Round Cut) dimana potongan ikan berbentuk kepingan bulat bersama tulang tengah. Selalunya jenis ini ia sering digunakan untuk masakan panggang, goreng kuali (pan-sear) atau stim gaya Cina.  Ketiga ada Produk Ikan Kod Sejuk Beku (Frozen Cod) yang mana ia dijual dalam bentuk blok atau bungkusan vakum bagi mengekalkan kesegarannya. Antara jenis yang premium termasuklah Norwegian Atlantic Cod dan Chilean Silver Cod atau Seabass. Keempat dalam kategori ini ada Produk Fish and Chips dimana di restoran barat sering isi ikan kod sering disalut tepung dan digoreng rangup untuk dijadikan hidangan fish and chips tradisional. Kategori kedua dari ikan kod adalah Produk Suplemen Kesihatan sebabnya oleh kerana ikan kod hidup di laut dalam yang sejuk maka iaamat kaya dengan khasiat asid lemak tak jenuh dan vitamin. Khasiat ini diekstrak menjadi produk kesihatan. Pertama ada Produk Mangled Hati Ikan Kod (Cod Liver Oil) iaitu sejenis minyak yang diekstrak khusus dari hati ikan kod. Bezanya dengan minyak ikan biasa ialah minyak hati ikan kod sangat kaya dengan Vitamin A (untuk mata dan imuniti) serta Vitamin D (untuk tulang) secara semula jadi, selain mengandungi Omega-3 (DHA & EPA). Kedua ada Produk Kapsul Gel Lembut (Softgel Capsules) iaitu jenis suplemen minyak hati ikan kod yang dikapsulkan untuk memudahkan orang dewasa atau warga emas menelan tanpa rasa hanyir. Jenama terkenal di farmasi contohnya ialah Seven Seas Cod Liver Oil yang sudah lama di jual di pasaran Malaysia. Ketiga ada Produk Susu Emulsi (Emulsion) iaitu jenis cecair seumpama susu pekat (biasanya berperisa buah-buahan seperti oren) yang dirumus khusus untuk kanak-kanak bagi membantu dalam proses tumbesaran, kesihatan tulang, dan perkembangan otak. Produk paling ikonik dalam kategori ini yang ada di jual di Malaysia dan diiklankan ialah Scott’s Emulsion.


Dalam pada itu apabila menyentuh tentang mitos ikan kod (cod fish) masih ujud kepercayaan yang selalunya merujuk kepada 'Mitos Ikan Keli dan Ikan Kod' atau 'Catfish and Cod Myth' yang sangat terkenal dalam beberapa budaya popular iaitu dikaitkan dengan asal-usul istilah penipuan internet iaitu catfish.  Dilaporkan masih terdapat juga beberapa mitos budaya lain mengenai ikan ini. Pertama ada Mitos Ikan Kod dan Ikan Keli (The Catfish & Cod Myth) dimana mitos ini menceritakan tentang kaedah penghantaran ikan kod hidup dari kawasan laut (seperti Alaska) ke pasaran komersial di pasaran jauh. Mengikut cerita lama, apabila ikan kod dihantar dalam tangki air yang besar secara bersendirian, ikan kod akan menjadi lesu, malas bergerak, dan dagingnya menjadi pucat serta lembik sebaik tiba di destinasi. Bagi mengatasi masalah ini, nelayan akan memasukkan seekor ikan keli (catfish) ke dalam tangki yang sama. Kehadiran ikan keli yang agresif akan sentiasa mengacau dan mengejar ikan kod, sekali gus memaksa ikan kod untuk terus aktif bergerak. Hasilnya, daging ikan kod kekal segar dan berkualiti tinggi. Kisah ini menjadi inspirasi kepada istilah 'Catfish' atau 'penipuan identiti dalam talian' apabila didalam kehidupan digital, catfish dianggap sebagai individu yang 'mengacau' atau membuatkan hidup orang lain sentiasa berwaspada sama seperti peranan ikan keli terhadap ikan kod. Kedua ada Mitos Ikan yang Membina Dunia dan Simbol Keagamaan dimana di dunia Barat (Eropah dan Amerika Utara) dimana jenis ikan kod mempunyai status yang hampir mistik dalam sejarah kerana kepentingannya dalam budaya kelangsungan hidup manusia. Di Portugal, ikan kod masin digelar sebagai 'fiel amigo' bermakna 'sahabat setia' dan wujud mitos dan tradisi lama di mana pada hari Sabtu sebelum sambutan Easter dimana masyarakat akan melakukan 'upacara pengebumian ikan kod' secara khusus sebagai tanda tamatnya tempoh berpuasa. Ketiga ada Mitos Sacred Cod yang berlaku di Massachusetts, USA dimana terdapat satu replika ikan kod kayu besar yang digantung dinamakan 'Sacred Cod' sebagai satu mitos politik tempatan percaya bahawa selagi patung ikan kod itu ada, negeri tersebut akan sentiasa makmur dan kaya. Keempat ada Mitos Kepala Ikan dalam Masyarakat Melayu (Secara Umum) dimana walaupun bukan spesifik kepada ikan kod sahaja, dalam masyarakat Melayu terdapat mitos yang kuat mengatakan bahawa kanak-kanak dilarang makan kepala ikan kerana boleh menyebabkan mereka menjadi lembap atau 'bodoh'. Faktanya dimana ini hni hanyalah mitos orang tua-tua dahulu (kemungkinan besar kerana bahagian kepala mempunyai banyak tulang kecil yang berbahaya kepada kanak-kanak). Hakikatnya, minyak hati ikan kod (cod liver oil) dan bahagian kepala ikan sebenarnya sangat kaya dengan Omega-3, DHA, dan Vitamin A/D yang sangat membantu kecerdasan otak kanak-kanak. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 iaitu sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ianya edukatif. Wasallam!!!...

IKAN KOD ....IKAN POPULAR DIDUNIA...
HARGA MAHAL...HEBAT KHASIATNYA...
MINYAK IKAN KOD...ADA DI MALAYSIA...
BACA ARTIKEL...TAHU AKAN FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 JamadilAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...