Kayu Oak (Oakwood) merupakan sejenis kayu yang bernilai dimana ia adalah kayu yang kuat dan tahan lasak dimana ia mempunyai ketumpatan tinggi iaitu sekitar 0.75 g/cm³ serta tahan terhadap serangan serangga dan kulat kerana kandungan bahan tanin yang tinggi. Apa pun ciri khas kehebatan lain kayu oak adalah coraknya dimana ia ada 'Corak Ira Menarik' dan ia juga mempunyai tekstur dan ira (grain) yang jelas serta ketara. Ia mempunyai warna pelbagai dan berjulat dari warna kuning air muda, coklat keemasan sehingga kepada jenis warna kemerahan bergantung kepada spesiesnya seperti White Oak atau Red Oak (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog buat tinjauan akan harga kayu oak dimana ia biasanya berada sekitar RM30.00 per unit kecil atau kepingan kayu pepejal, manakala bagi produk siap seperti pintu atau perabot maka harganya bermula daripada kira-kira RM833.00 ke atas bergantung pada saiz, ketebalan dan jenis oak (seperti White Oak atau Red Oak). Di pasaran rantau ini dilaporkan iaitu harga kayu oak dikategorikan agak tinggi kerana ia merupakan produk atau jenis kayu import dari negara atau kawasan yang beriklim sederhana (Eropah atau Amerika) yang jarang tumbuh secara semula jadi di Malaysia. Apa pun kegunaan lazim bagi kayu oak adalah dala industri pembuatan perabot (furniture) dan ia sangat kerap digunakan untuk perabut seperti kerusi, meja dan kabinet. Selain itu ia menjadi pilihan menjadi Lantai (Flooring) sebab ia memang tahan calar dan halus untuk kegunaan harian di rumah. Agak unik sebab kaui oak juga merupakan sejenis kayu sesuai di buat 'Tong Minuman' atau dinamakan 'Barrel' dimana tong ini selalu ia digunakan untuk menyimpan dan mematangkan wiski, bourbon atau wain kerana ia kalis cecair secara semula jadi dan memberi aroma khas. Ada di laporkan dimana kayu oak ia menjadi pilihan bagi tujuan pembinaan dan aktiviti senibina seperti ada digunakan untuk panel dinding, rangka bangunan serta kerja-kerja perkapalan dan sebagainya.
Support My Blog
Saturday, October 10, 2026
POKOK DAN KAYU OAK - APA DIA
POKOK OAK (Genus: Quercus) ialah sejenis pokok besar atau pokok renek dalam keluarga Fagaceae yang terkenal kerana kayunya yang keras dan ia mempunyai jangkahayat yang panjang serta mempunyai buahnya yang unik. Dalam beberapa rujukkan di nyatakan jika pokok Genus Quercus ini adalah dari genus pokok renek malar hijau dalam keluarga Fagaceae dimana ada terdapat sekitar 500 spesies genus ini yang masih wujud di dunia. Spesies-spesies tersebut tersebar di banyak kawasan beriklim sederhana tumbuh di beberapa lokasi luar kawasan-kawasan tropika seperti di Amerika, Asia, Eropah, Afrika Utara. Kawasan Amerika Utara mempunyai bilangan spesies yang terbesar ada sebanyak 90 di Amerika Syarikat dan 160 spesies di Mexico dan ada 109 spesies daripadanya adalah sudah endemik. Negara China merupakan negara kedua terbesar taburan pokok oak dengan kira-kira ada lebih 100 spesies pokok oak di sana. Mengenali akan ciri-ciri penting pokok Oak dimana ada kira-kira 500 - 600 spesies di seluruh duniayang kebanyakannya tumbuh secara semula jadi di Hemisfera Utara (seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia). Di Malaysia di laporkan dimana tumbuhan yang didakwa oa satu kumpulan atau kerabat dengan keluarga pokok oak omo adalah oa dikenali sebagai Pokok Mempening atau lebih di kenali dengan nama Pokok Berangan (Lithocarpus atau Fagaceae). Dilaporkan dimana pokok Oak ini menghasilkan buah khas berbentuk kacang bertopi yang dipanggil Buah Acorn (biji ek) yang menjadi sumber makanan penting bagi haiwan liar seperti tupai, rusa dan burung belatuk. Penulis blog yang pernah ke China beberapa kali melihat dimana ciri buah oak dikenali sebagai acorn (atau biji oak) ia berbentuk bulat atau tirus menyerupai gasing dengan warna coklat gelap atau warna perang apabila masak. Pada bahagian atas buah oak ia mempunyai kelopak khas atau topi (cup) dengan isinya ia berwarna krim pucat (Sila lihat foto paling bawah sekali). Buah oak mengandungi Asid tanik yang tinggi dimana jika dimakan mentah dalam jumlah yang banyak oleh haiwan ternakan (seperti lembu atau kuda) dilaporkan ia boleh menyebabkan keracunan, masalah pencernaan atau kerosakan ginjal. Bagaimana pun buah oak boleh dimakan manusia akan tetapi ia perlu direndam dan diproses terlebih dahulu untuk membuang rasa pahit dan asid taniknya terlebih dahulu. Oak telah menjadi bahan pilihan selama beribu tahun, jauh sebelum kebangkitan pengeluaran perabot perindustrian. Di Eropah zaman pertengahan dilaporkan dimana kayu oak dihargai kerana kapasiti strukturnya dalam pembinaan kapal, pembingkaian katedral dan juga pembinaan istana. Ketahanan dan ketahanan semulajadi terhadap ancaman dan kerosakan kulat menjadikannya tidak ternilai di mana panjang umur adalah yang paling utama. Dalam seni hiasan dilaporkan oak digunakan secara meluas dalam perabot dan panel yang ia diukir terutamanya dalam reka bentuk Tudor dan Gothic. Apa pun umumnya dimana kegunaan kayu oak ia sangat kuat dan tahan lasak dan ia sering digunakan dalam kerja pembuatan perabot, lantai, dan pembinaan. Dilaporkan ada spesies tertentu seperti Jenis Pokok Oak Gabus (Quercus suber) yang kulit luarnya dikupas untuk menghasilkan gabus dan ia di ambil dan digunakan untuk penutup botol dan penebat tanpa membunuh pokok tersebut. Artikel pada subuh ini dengan suhu sejuk dari Tingkat 10, Oakwood Hotel, Cameroon Highland saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" beberapa fakta mengenai pokok dan kayu oak untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca semua.
Merujuk beberapa sumber dimana masih tidak ada data statistik rasmi khusus untuk maklumat jumlah pengeluaran kayu oak dunia secara keseluruhannya kerana organisasi perhutanan antarabangsa seperti FAO (Food and Agriculture Organization) lazimnya akan mengira pengeluaran kayu dunia berdasarkan kategori umum seperti Jenis Sawnwood (Kayu Bergergaji) atau Jenis Roundwood (Kayu Balak) dan data ini ia tidak mengikut spesies pokok kayu yang ditebang secara spesifik. Jenis kayu bergergaji (juga dikenali sebagai sawn timber atau lumber) ialah kayu balak yang telah diproses dan dibelah menggunakan mesin gergaji menjadi kepingan papan, tiang, atau tiub segi empat mengikut saiz standard bagi kegunaan industri. Ia di kelaskan mengikut Teknik Potongan Gergaji dan cara balak itu dipotong akan menentukan rupa bentuk urat (ira) kayu dan kestabilannya. Pertama ada jenis Cara Gergaji Biasa (Plain Sawn atau Flat Sawn) iaitu kaedah memotong log secara selari yang paling popular dan jimat. Potongan ini menghasilkan corak 'catedral' atau beralun yang cantik pada muka papan akan tetapi ia lebih mudah untuk cepat melengkung jika terkena kelembapan. Kedua ada Jenis Gergaji Suku (Quarter Sawn) dimana balak dibelah kepada empat bahagian terlebih dahulu sebelum digergaji secara jejari. Kaedah ini menghasilkan urat kayu jenis lurus yang sangat stabil dan tidak mudah mengecut.Ketiga ada Jenis Gergaji Rift (Rift Sawn) iaitu kayu digergaji secara serenjang dengan gelung pertumbuhan pokok. Teknik ini menghasilkan papan yang paling stabil dengan urat lurus yang seragam akan tetapi ia akan menghasilkan sisa kayu (waste) yang paling banyak. Kayu balak ialah istilah umum bagi batang pokok besar dari dalam hutan yang ditebang untuk diproses menjadi kayu gergaji, papan, atau bahan binaan. Dilaporkan jumlah pasaran global untuk spesies kayu keras premium ini ia masih boleh dianggarkan melalui data eksport perdagangan antarabangsa dan dominasi negara pengeluar. Berdasarkan data dari pihak perdagangan global World Bank WITS dimana jumlah eksport produk kayu oak dunia (sawn atau chipped lengthwise) yang direkodkan mencecah lebih daripada 4.3 juta meter padu (m³) setahun. Negara pengeluar utama Kayu Oak dan juga ada membekal kayu oak dunia hampir sepenuhnya dikuasai oleh kawasan Hemisfera Utara. Amerika Syarikat (USA) ia merupakan pengeluar dan pengeksport kayu oak terbesar di dunia dengan mengeksport sekitar 1.5 juta meter padu (m³) kayu oak setahun (terdiri daripada spesies Red Oak dan White Oak) dengan nilai pasaran hampir $1 bilion. Ia diikuti dari negara Kesatuan Eropah (EU) yang secara kolektif mampu mengeksport sekitar 2.1 juta meter padu (m³) kayu oak setahun. Negara pengeluar utama di Eropah termasuk Perancis (sekitar 371,000 m³) dan Croatia (sekitar 234,000 m³). Di laporkan dimana sebagai analisa perbandingan dengan hasil pumlah kayu dunia dibuat bagi memberikan gambaran berskala, jumlah pengeluaran keseluruhan bagi produk kayu gergajian global (sawnwood) adalah sekitar 445 juta meter padu (m³) setahun di mana kayu oak (kayu keras premium) memegang peratusan bahagian pasaran yang kecil namun bernilai sangat tinggi berbanding kayu lembut industri seperti jenis kayu pain.
Dilaporkan dimana yayu oak adalah sejenis kayu keras premium yang sangat popular dalam industri pembuatan kerana sifatnya yang mampat, berat, tahan lama serta mempunyai corak urat kayu yang sangat cantik dan ada harga premium. Bagi penulis blog percaya dimana secara amnya, produk berasaskan kayu oak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kegunaannya yang pertama adalah Produk Perabot Rumah dan Pejabat (Furniture) dimana disebabkan kayu oak sangat kukuh dan mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap calar dimana ia menjadi pilihan utama untuk perabot premium. Kebanyakan jenama perabot terkenal seperti IKEA menggunakan jenis white oak kerana warnanya yang estetik dan kalis kelembapan. Ia ada di gunakan sebagai perabot ruang tamu dan dalam bilik tidur, katil tidur, meja kopi, meja TV, kerusi dan almari untuk simpan pakaian. Kayu oak juga dijadikan perabot dapur seperti jenis meja makan, kerusi makan dan juga kabinet dapur (kitchen cabinet). Kedua kayu oak di jadikan Produk Bahan Kemasan Lantai (Flooring) disebabkan ciri ketumpatan kayu oak yang tinggi menjadikannya bahan lantai komersial dan kediaman yang sangat tahan lasak daripada kesan pijakan. Ketiga dimana kayu oak juga dijadikan Sebagai Lantai Kayu Pepejal (Solid Hardwood Flooring) dari jenis 'lantai mewah' daripada kepingan kayu oak asli sepenuhnya. Ia juga id jadikan Jenis Lantai Kejuruteraan (Engineered Oak Flooring) iaitu satu jenis gabungan lapisan kayu lapis di bawah dan lapisan atas menggunakan venir oak asli (European Oak kerap digunakan untuk jenis ini kerana kestabilan dimensinya). Ketiga kayu oak di jadikan Produk dan Bahan Binaan sertaBahan Pertukangan (Joinery or Millwork) dimana kayu oak amat digemari oleh arkitek dan pereka dalaman kerana memberikan suasana semula jadi yang hangat. Ia di buat Kusen (Bingkai) dan juga Produk Pintu sebagai jenis 'Pintu Utama' rumah dan tingkap kerana kayu oak kurang memekar atau mengecut akibat cuaca. Ia juga dijadikan Panel Dinding (Wall Panelling) sebab panel kayu 3D atau hiasan dinding untuk ruang pejabat dan rumah mewah. Keempat dimana kayu Oak dijadikan Produk Khusus & Industri Alkohol (Cooperage) sebab ciri-ciri kandungan tanin yang kaya dalam kayu oak memberikan kelebihan unik untuk industri minuman dan makanan. Unik seperti para diatas dimana kayu oak di jadikan Tong Kayu Oak (Oak Barrels) yang sudah lama ia dgunakan secara meluas di Eropah dan Amerika untuk proses penuaan (aging) minuman seperti wiski, wain (wine) dan brandy. Kayu oak memberikan aroma vanila dan warna yang khas pada minuman tersebut. Ada juga produk Gabus Botol (Cork Stopper) dimana ia dihasilkan khas daripada kulit pokok cork oak (Quercus suber) untuk menutup botol minuman. Dalam pada itu bagi bahan Serpihan Kayu Oak (Oak Chips) dimana ia selelu di gunakan untuk proses menyalai (smoking) makanan seperti daging, ikan, dan keju bagi memberikan aroma barbeku yang premium. Sebagai fakta tambahan dimana ada dua Jenis Utama Kayu Oak yang menjadi pilihan semasa membeli produk kayu oak yang boleh di tempah oleh peminatnya. Pertama ada Jenis Oak Putih (White Oak) dimana ia d ilaporkan lebih padat, kalis air dan sangat tahan reput. Sesuai untuk lantai, tong wain, dan perabot luar (outdoor). Jenis kedua adalah Jenis Kayu Oak Red Oak (Oak Merah) diman jenis ini ia mempunyai liang pori yang lebih besar dan ton warna kemerahan. Ia lebih mudah menyerap pewarna kayu (stain) tetapi kurang kalis air, jadi ia lebih dikhususkan untuk perabot dalaman (indoor). Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang sangat edukatif. Wasallam!!!...
Labels:
POKOK DAN KAYU OAK - APA DIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.