Support My Blog

Friday, October 9, 2026

UBI KAYU DAN FAKTA PENTING (PART 4)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Bagi penulis blog mendapati jika ubi kayu atau juga dikenali sebagai 'Singkong' di Indonesia ia adalah sejenis tanaman berubi yang menjadi sumber karbohidrat penting bagi jutaan penduduk dunia. Menyentuh tentang khasiat dan fakta manfaat ubi kayu sebagai sumber tenaga sebab ianya kaya dengan karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga yang berpanjangan. Bahan serat dalamnya juga akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan memberi rasa yang kenyang lebih lama. Ubi kayu memang ia bebas gluten dimana amat sesuai dijadikan pilihan makanan bagi individu yang ada mengalami alahan atau intoleransi gluten. Ia juga ada zat iaitu zat mineral dan vitamin seperti kalsium, kalium, magnesium serta vitamin C untuk sokongan kesihatan tubuh. Apa pun penulis blog paparkan fakta dimana ubi kayu ia tidak boleh dimakan mentah sebabnya kulit dan isi ubi kayu mengandungi sebatian toksik 'Linamarin' yang boleh menghasilkan asid hidrosianik (cyanide). Ia perlu dimasak dengan betul dimana penulis blog sebelum merebusnya iaitu kulitnya mesti dikupas sepenuhnya, dicuci dan dimasak (direbus, digoreng atau boleh di dibakar) sehingga empuk sebelum dimakan bagi tujua iaitu akan menghilangkan racun. Kegunaannya adalah pelbagai iaitu selain direbus atau dibuat kerepek dan tapai, ubi kayu diproses menjadi tepung kanji serta bahan industri lain. Apa pun di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,554 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 44,868 metrik tan pada tahun 2025 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2026). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 840 hektar menghasilkan 18,420 metrik tan pada tahun 2025 diikuti dengan Negeri Sarawak (533 hektar menghasilkan 7,289 mt) dan Negeri Selangor (322 hektar menghasilkan 5,553 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai banyak fakta penting tentang ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Memang ramai kalangan umum kata menanam ubikayu senang sahaja asalkan pacak maka ia akan tumbuh dan berhasil. Bagaimana pun memang ada banyak l
angkah wajib perlu dilakukan seperti amalan agronomi yang tepay dan betul sehingga petani mampu menuai hasil ubikayu. Cara menuai pokok ubikayu juga ada kaedah tertentu agar ia mendapatkan ubi yang berkualiti dan menjana pendapatan petani. Pertama adalah perlu di kenalpasti Tanda Kematangan iaitu pokok ubi kayu sudah mencapai usia matang, lazimnya antara 9 hingga 12 bulan selepas ditanam iaitu apabila daun bahagian bawah mula menguning dan gugur (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya 'Dipotong Batang' pokok iaitu bahagian batang utama dan tinggalkan sedikit pangkal (kira-kira 30 cm dari aras tanah) untuk memudahkan pengusha memegang atau mencabut atau menarik pokok tersebut dari tanah. Perlu juga untuk 'Menggemburkan Tanah' iaitu dengan menggunakan serampang atau cangkul kecil untuk menggemburkan tanah di sekeliling pangkal pokok secara berhati-hati supaya ubi di dalam tanah tidak patah atau terluka. Kemudian barulah boleh 'Menarik Pokok Ubikayu' secara perlahan-lahan dengan memegang pangkal batang yang dipotong tadi dan tarik pokok ke atas secara perlahan-lahan sehingga semua umbisi ubi kayu terkeluar. Langkah seterusnya adalah 'Membersihkan Dan Keringkan' atau membersihkan sisa tanah pada ubi dan elakkan daripada membasuhnya jika hendak disimpan lama. Seeloknya ubikayu ini 'Dijemur' atau letakkan di tempat yang teduh seketika. Apa pun perlu tahu akan cara menyimpan ubi kayu segar supaya tahan lama di dalam peti sejuk adalah dengan merendamnya di dalam air bertapis di dalam bekas kedap udara. Penulis blog kongsikan fakta dan langkah-langkah menyimpan ubikayu agar tahan lama dan ada harga. Pertama dengan cara mengupas kulit ubi kayu sehingga bersih menggunakan pisau tajam dan perlu di basuh bersih. Membasuh ubi di bawah air mengalir untuk membuang sebarang kotoran dan getah dan kemudian ia dipotong saiz sesuai. Cara memotong ubikayu ini sebaiknya ia mengikut saiz yang anda sukai dan masukkan ke dalam bekas bertutup rapat. Kemudian ia direndam dengan air iaitu menuangkan air tapis ke dalam bekas sehingga ubi tenggelam sepenuhnya. Simpan di bahagian chiller peti sejuk dan ditutup bekas dengan kemas dan simpan di bahagian pendingin (chiller) peti sejuk dan bukan di bahagian sejuk beku (freezer). Perlu lakukan 'Tukar Air' dengan menggantikan air di dalam bekas setiap 2 hari sekali untuk tujuan mengekalkan kesegaran dan mengelakkan ubi daripada rosak.


Memakan ubi kayu dilaporkan ia didakwa memang mempunyai banyak khasiat termasuk menjadi 'Sumber Tenaga' yang baik kerana amat kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat. Banyak laporan yang kata dimana khasiat ubiKayu bila ia dimakan adalah sebagai Sumber Tenaga yang tinggi zat karbohidrat kompleks untuk membekalkan tenaga. Ia juga mampu untuk 'Melancarkan Penghadaman' sebabnya ia kaya dengan serat yang membantu kesihatan usus dan dapat mencegah sembelit. Memakan ubikayu boleh ujud 'Rasa Kenyang Lebih Lama' sebab bahan serat memang ia akan membantu mengawal selera makan dan sokong pengurusan berat badan. Makanan ubikayu juga 'Bebas Gluten' dan ia amat sesuai untuk semua individu yang mempunyai alahan atau intoleransi gluten. Ubi kayu di laporkan ia mengandungi vitamin C, kalsium, zat besi, dan kalium yang baik untuk imuniti serta tulang. Bagaimana pun dilaporkan sebagai peringatan dimana ubi kayu mentah mengandungi toksin sianida (linamarin) dan goitrogen. Penulis blog ingatkan agar penggguns mempastikan ia perlu dikupas kulit dengan bersih, dipotong kecil, direndam dan dimasak sehingga betul-betul empuk sebelum dimakan bagi menghilangkan racun. Jangan ambil secara berlebihan. Memang ada unsur 'Ancaman Makan Ubikayu' dimana ancaman utama memakan ubi kayu ialah risiko keracunan sianida dan gangguan fungsi tiroid jika ia tidak dikupas, direndam atau ia tidak dimasak dengan betul. Ada beberapa ancaman atau risiko atau bahaya memakan ubikayu dan paling mengancam adalah Kes Racun Sianida (cyanide) dimana ubikayu mentah mengandungi sebatian semula jadi bernama linamarin dan lotaustralin (glikosida sianogenik) yang bertindak balas menghasilkan hidrogen sianida. Toksin ini boleh menghalang sel badan menggunakan oksigen dimana selelunya jika ada kesan 'Keracunan Akut' ia akan menyebabkan sakit kepala, pening, loya, muntah dan dalam kes teruk boleh membawa kepada kegagalan pernafasan atau boleh lumpuh atau kes-kes kematian. Fakta berkaitan dengan Isu Kandungan Goitrogen dimana bahan ini dilaporkan ia boleh menghalang penyerapan iodin oleh kelenjar tiroid dan mengganggu fungsi normal tiroid jika diambil berlebihan. Ubikayu memang ia Tinggi Karbohidrat dimana jika berlaku kes pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan peningkatan paras gula dalam darah. Penulis blog nyatakan kaedah atau cara mengurangkan Toksin UbiKayu iaitu amalan 'Mupas Kulit' atau bahagian kulit ubi kayu mengandungi paling banyak toksin dan kemudian perlu merendam di dalam air bersih selama beberapa jam atau semalaman sebelum dimasak. Per,u di masak Hingga Empuk dan pastikan ia direbus atau dimasak sehingga betul-betul empuk bagi membuang sebahagian besar kandungan sianida dan boleh di makan dengan sambal tumis atau kelapa parut (Sila lihat foto disebelah). Jangan makan ubi kayu secara mentah sebab akan menyebabkan keracunan.


Masih ada kepercayaan atau Mitos  mengenai ubi kayu dimana yang paling dominan adalah Mitos dimana Ia Boleh Menyebabkan Kes Angin dan Kembung Perut yang teruk yang mana mitos ini menyebabkan ramai peminat ubikayu akan menjauhi makanan enak ini. Ia juga sering dilarang daripada diambil oleh wanita dalam pantang atau individu tertentu. Penulis blog akan kupas mitos pertama iaitu Mitos Pantang Larang Makan Ubi kayu Punca Angin yang dikategorikan sebagai makanan berangin yang boleh merosakkan sistem pencernaan atau didakwa ia juga akan menyebabkan bayi kembung perut jika diambil oleh ibu menyusu. Faktanya dimana kamanan ubikayu sebenarnya adalah sumber karbohidrat kompleks dan serat yang baik untuk sistem pencernaan jika dimasak dengan betul. Apa pun jika makan kabohiderat seperti ubikayu, keledek, keladi selalunya akan ada sedikit angin dalam perut yang di buang melalui kentut atau sendawa. Kedua ada Mitos Akan Bahaya Racun dalam Ubikayu sebab masih ramai yang percaya ubi kayu boleh dimakan begitu saja mentah-mentah dari pokok. Apa pun faktanya dimana ubi kayu mentah mengandungi sebatian linamarin yang boleh membebaskan racun sianida. Ia mesti dikupas dahulu dan perlu dibasuh dan mesti dimasak  sehingga empuk atau diproses untuk menghilangkan toksin tersebut sebelum selamat dimakan. memang u
bi kayu ianya memang tidak asing lagi bagi mereka yang tinggal di kampung. Walaupun hari ini ianya tidak sepopular dahulu akan tetapi suatu masa dahulu orang tua-tua pernah bergantung dengan pokok ajaib ini untuk menyambung hidup semasa Jepun menjelalah Tanah Melayu. Malah pokok ini bukan digunakan bahagian ubinya sahaja malah daunya turut menjadi sumber makanan yang menyelerakan. Bagi penulis blog mendapati di Malaysia ubi kayu digunakan terutamanya sebagai sumber makanan samada daripada ubinya mahupun daun yang digunakan sebagai bahan masakan. Pucuk ubi kayu yang direbus dan dimakan bersama apa juga sambal sememangnya antara hidangan popular masyarakat tempatan. Apa pun biasanya menjadi bahan campuran kepada masakan seperti ikan, daging ataupun daun ubi sendiri dengan kaedah ia dicampur sedikit ikan bilis atau udang. Bagi hidangan yang lebih eksotik seperti sambal daun kayu, daun ubi juga merupakan antara bahan yang terpilih sebagai salah satu ramuannya. Berbanding dengan ubinya yang digunakan untuk pelbagai kegunaan. Sebagai hidangan ianya boleh direbus dan dimakan begitu sahaja. Malah ianya lebih sedap sekiranya dimakan dengan kelapa parut dan taburan garam ataupun gula. Terdapat banyak kuih-muih yang menggunakan ubi sebagai bahan utamanya seperti lepat ubi, bingka ubi, ubi ketuk, kerepek dan talam ubi. Pengat ubi juga merupakan antara hidangan yang sedap disediakan dengan ubi. Ubi juga akan melalui proses pemeraman dan penapaian tapai ubi.


Fakta menarik dimana ubikayu selepas diproses dan dijadikan tepung atau berbentuk bijian ianya masih digunakan untuk tujuan penyediaan makanan seperti dicampur di dalam bubur atau pengat. Tepung ubi boleh digunakan sebagai pelikat masakan bagi menggantikan tepung jagung.  Malah terdapat kuih yang dihasilkan daripada biji sagu ubi ini. Tepung ubi juga menjadi bahan campuran di dalam proses pembuatan makanan yang lain seperti keropok dan kuih-muih tradisional yang lain. Di Malaysia ubi kayu memainkan peranan yang penting dalam resepi masakan masyarakat yang menjadi warisan masakan Malaysia yang kaya dan tersendiri, merangkumi khazanah warisan budaya. Kini sudah ramai kalangan golongan muda kurang gemar ubi kayu dimana ada laporan kajian di UPM oleh Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin mendapati ubi kayu tidak dapat dinafikan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia iaitu dengan aplikasinya yang meluas dalam amalan masakan yang merangkumi generasi semasa.  Walaubagaimanapun golongan muda sekarang mungkin ada di antara mereka yang kurang gemar memakan ubi kayu dengan adanya makanan moden lain yang menjadi pilihan. Walau pun zaman berubah begitu juga cita rasa manusia maka bagi penuis blog tidak hairanlah jika kini generasi muda kini tidak mengenali makanan warisan yang pernah menjadi kegemaran nenek moyang, mungkin juga ibu bapa kita suatu ketika dahulu.  Sebaikn\knya bagi penulis blog mencadangkan agar diberi pendedahan kepada generasi muda berkaitan ubi kayu kerana mereka sudah tidak dapat menikmati atau suka ubi kayu seperti masyarakat dulu kala. Bagi golongan muda perlu dilibatkan dalam asas proses penanaman dan pemperosesan ubi dengan memberi mereka peluang untuk menyaksikan sendiri penanaman, penjagaan dan transformasi ubi kayu menjadi bahan makanan yang lazat. Perlu ada kempen seperti memperkenalkan variasi masakan ubi kayu yang menarik dan inovatif untuk menarik minat generasi muda. Contohnya, hadirkan ubi kayu dalam bentuk snek moden seperti keropok ubi kayu berperisa, keropok ubi kayu cheesy atau keropok ubi kayu pedas. Apa pun kepentingan ubi kayu dimana ia masih memainkan peranan penting dalam ekonomi kerana ia berfungsi sebagai tanaman ruji bagi banyak komuniti. Penanaman dan pemprosesannya menyediakan peluang pekerjaan, menyumbang kepada pembangunan luar bandar dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan. Ia boleh lagi menjadi sumber rezeki yang boleh dipercayai dan boleh diakses kerana ubi kayu meningkatkan keterjaminan makanan dengan menyediakan bekalan karbohidrat dan nutrien penting yang stabil, terutamanya di kawasan di mana tanaman lain mungkin menghadapi cabaran akibat keadaan iklim. Asas kepada fleksibiliti ubi kayu patut diberi perhatian kerana ia mendapat aplikasi dalam pelbagai industri. Daripada cara pemprosesan makanan, pengeluaran makanan haiwan, dan farmaseutikal kepada industri biofuel dan kanji, ubi kayu menunjukkan kepentingannya dalam pelbagai sektor. Ubi kayu mempamerkan kebolehsuaian yang luar biasa kepada keadaan persekitaran yang pelbagai, menjadikannya tanaman berharga yang boleh berkembang maju dalam iklim yang mencabar dan tanah terpinggir. Sebenrnya dengan pelbagai manfaat ini maka ubi kayu tidak hanya dianggap sebagai ubi biasa. Ia memainkan peranan penting dalam aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Kelestarian dan pemeliharaan warisan budaya adalah sangat penting untuk masa depan.  Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang sangat edukatif. Wasallam!!!...
TANAMAN UBI KAYU... TAPIOCA CASSAVA...

ADA BANYAK JENIS...IA MAKANAN UTAMA...
PELBAGAI KHASIAT... BANYAK PRODUKYA...
MEMBACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1448 Hijrah).
Posted from:
Room 1036, Oakwood Hotel,
Cameroon Highland, 
Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...