Pokok bakau yang tumbuh meluas adalah 'Hutan Bakau' dimana selelaunya berada sebagai hutan paya bakau atau paya bakau ialah tanah bencah subur yang ditemui di pesisir zon antara berbani. Hutan bakau banyak tumbuh di latitud tropika dan juga kawasan subtropika lantaran bakau tidak tahan pada suhu beku. Terdapat sekitar 80 spesies bakau yang mana kesemuanya tumbuh di lokasi tanah yang kurang oksigen di mana airnya juga ia bergerak perlahan membenarkan ada mendapan terkumpul. Penulis bloh pernah tinggal di kawasan hutan bakau di Muar, JOhor, Malaysia yang mana ia biasanya dilindungi dan kawasan hutan bakau simpan yang telah diwartakan diurus oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini dilaporkan dimana di Malaysia mereka mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun. Kepentingan hutan pokok bakau memang ia merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang akan digunakan dalam penanaman semula hutan bakau bagi dapat melindungi persisiran pantai. Ia jarang dijadikan arang dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah. Hutan bakau juga merupakan sumber balak kayu bakau yang tahan bagi pembinaan di kawasan lecah dan dalam air. Kayu bakau tanah mampu berendam dalam air tanpa rawatan rumit dan tahan lama. Dilaporkan dimana hutan bakau penting sabagai tempat anak ikan berlindung dimana sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar maka apa yang terjadi adalah pada keseluruhan populasi ikan dan juga industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. Selain itu apa yang penulis blog tahu dimana hutan bakau turut digunakan oleh beratus jenis burung hijrah sebagai tempat perlindungan untuk bertelur dan berehat. Selain itu, ia menjadi habitat penting bagi pelbagai jenis haiwan kekerang seperti ketam nipah dan udang. Di Sabah yang mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, hutan bakau juga merupakan habitat bagi kera bekantan. Hutan bakau juga bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang berceranggah membantu mengukuhkan dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau biasanya tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air dimana dengan itu membenarkan bendasing dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendap membentuk kawasan berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan dilaporkan menghasilkan pantai baru. Memang hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh di lokasi pesisiran kuala dimana dilakukan menanam semula anakbenih kayu bakau yang agressif di Malaysia dan Indonesia.
Menyingkap akan rekod mengenai jumlah keluasan (litupan) hutan bakau di seluruh dunia adalah sekitar 14.7 - 15 juta hektar (atau sekitar 147,000 kilometer persegi) mengikut data daripada kajian oleh pihak 'Global Mangrove Watch dan The State of the World's Mangroves' yang terkini. Jika istilah 'pengeluaran' kayu bakau pula mereka laporkan ia merujuk kepada kapasiti hasil atau jumlah sumbangan ekosistem bakau dunia dimana ia merangkumi aspek-aspek utama yang pertama kaitan dengan Isu iaitu Jumlah Pengeluaran dan Penyerapan Karbon (Karbon Biru) dimana penyimpanan Karbon Tinggi dari kawasan hutan bakau dunia menyimpan karbon yang setara dengan lebih 21 bilion tan CO2. Ciri kecekapan tinggi dari pokok bakau mampu menyerap karbon 2 - 5 kali lebih tinggi berbanding hutan hujan darat yang sudah cukup matang. Sebatang pokok bakau hasil kajian didapati secara purata boleh mampu menyerap sekitar sebanyak 12.3 kg CO2 setahun. Selain itu di laporkan dimana nilai perkhidmatan ekosistem bakau diancam dan dianggarkan mencecah sehingga USD894 bilion (RM3,653.96 billon) iaitu nilai secara global. Perlu di ketahui jika ia juga bertindak sebagai 'Kilang Ikan Dunia' dimana hutan bakau bertindak sebagai tempat pembiakan dan asuhan bagi lebih 3,000 spesies ikan, udang, ketam dan kerang-kerangan. Ia dilaporkan dapat menyokong mata pencarian sekitar 4.1 juta nelayan kecil di seluruh dunia. Peranan pokok bakau didala industri pengeluaran produk fizikal seperti produk kayu dan produk arang bakau sudah lama di komersilkan dan sudah meluas dieksploitasi sama ada ia secara lestari di sesetengah tempat yang bertujuan untuk menghasilkan arang kayu berkualiti tinggi, kayu bakau untuk binaan (tiang rumah dan membuat bot), tiang cerucuk bangunan serta jeinis produk Tanin untuk dijadikan bahan pewarna kain atau jaring. Menarik rekod mengenai perkaa ini dimna negara pengeluar dan keluasan hutan bakau terbesar dunia dimana lebih daripada 60% hutan bakau dunia tertumpu di beberapa buah negara sahaja iaitu Indonesia, Brazil dan Malaysia. Negara Indonesia masih merupakan sebuah negara mempunyai jumlah hutan pokok bakau terbesar di dunia dengan merangkumi sekitar 20 - 23% daripada jumlah keseluruhan dunia (kira-kira 3.4 juta hektar). Ini diikuti dengan negara Brazil yang dilaporkan ia mempunyai sekitar 1.4 million hektar (kira-kira 10%) dan ketiga adalah Malaysia yang juga termasuk dalam senarai negara utama yang kaya dengan bakau iaitu dengan keluasan rasmi sekitar 586,548 hektar. Keluasan pasaran hutan bakau dunia dianggarkan sekitar 137,760 - 140,000 kilometer persegi iaitu dengan data satelit terkini daripada laporan State of the World's Mangroves 2026 menunjukkan trend penurunan global mula mendatar dan mengalami sedikit peningkatan bersih hasil pemulihan semula jadi. Walau bagaimanapun didakwa dimana ekosistem pasaran pokok bakau ini masih terus ia menghadapi pelbagai isu pasaran dan ancaman yang kritikal. Apa pun menyentuh tentang keluasan global dimana ia masih meliputi kawasan pesisir pantai tropika dan subtropika di lebih 100 buah negara dan 'Gergasi Bakau Dunia' adalah negara Indonesia dengan ia memegang pasaran terbesar iaitu sekitar 23% daripada jumlah keseluruhan dunia (kira-kira 3 juta hektar).
Menarik juga membincangkan fakta dan isu pasaran pokok bakau dunia yang mana sealuya akan ujud konflik iaitu diantara aktiviti eksploitasi ekonomi komersial dan isu nilai pemuliharaan alam sekitar. Ancaman pertama adalah Isu Tebusan Tanah untuk Akuakultur dimana ada banyak di laporkan aktiviti pembersihan hutan bakau secara besar-besaran didorong oleh pasaran udang komersial (penternakan udang) dan kolam ikan yang merosakkan hidrologi semula jadi (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog dapati dimana hutan bakau sering ditebang dan diubah suai menjadi kolam ternakan akuakultur, khususnya kolam ternakan udang (seperti udang harimau) dan kolam ternakan ikan air masin atau payau (seperti ikan kerapu dan siakap). Apa pun aktiviti penukaran ini dilakukan bagi tujuan komersial kerana kawasan pesisir pantai atau muara yang berlumpur dianggap sesuai untuk industri akuakultur. Namun begitu, kemusnahan hutan bakau akibat dijadikan kolam ini boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar seperti hakisan pantai dan kemerosotan hasil tangkapan nelayan. Kedua persaingan dan Permintaan Komoditi Pertanian dimana berlaku kes penukaran zon bakau kepada estet pertanian pesisir pantai seperti ladang kelapa sawit dan sawah padi (terutama di Asia Tenggara). Dalam kes seperti Aktiviti Pembalakan dan Industri Arang adlah serius dimana penghasilan kayu bakau sering dieksploitasi secara komersial untuk pasaran bahan binaan, ceracak, kayu api dan pengeluaran arang batu. Ketiga ada Isu Pasaran Karbon Biru (Blue Carbon) dimana walaupun bakau bernilai tinggi dalam pasaran kredit karbon kerana mampu menyerap karbon 2 - 4 kali ganda berbanding hutan hujan dimana hampir 70% projek pemulihan gagal akibat masalah teknikal, pembiayaan dan pengurusan komuniti tempatan. Ada Isu Pencemaran dan Kes Impak Pelancongan apabila dilaporka masaalah ada dan ujud lambakan sisa plastik pasaran dan pelepasan enjin bot pelancong yang tidak terkawal merosakkan struktur akar serta mematikan anak pokok bakau. Isu sisa plastik di hutan bakau merupakan antara ancaman alam sekitar yang kritikal kerana ekosistem ini secara semula jadi bertindak sebagai 'perangkap sampah. Akar pokok bakau yang rapat dan berselirat sangat mudah memerangkap beg plastik, botol minuman, dan sisa domestik yang dibawa oleh arus pasang surut air laut atau aliran sungai. Ia sebabkan kes pencemaran terbuka dan menjadi tapak sampah haram dimana di Malaysi sudah banyak sungai dicemari longgokan sisa plastik jenis domestik dan industri akibat perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab (Sila juga lihat foto paling bawah sekali). Lambakan plastik yang melekat pada dahan dan mendap di lantai hutan boleh menyelimuti akar pneumatofor (akar bernafas) pokok bakau dimana ia akan menyekat pengambilan oksigen dan boleh menyebabkan pokok bakau mati. Ada kes 'Kesan Mikroplastik' kepada banuak jenis hidupan liar sebab bahan plastik yang terdedah kepada cuaca akan terurai menjadi mikroplastik. Hidupan akuatik seperti ikan, udang dan ketam sering tersalah anggap sisa ini sebagai makanan. Bahan kimia toksik daripada plastik ini kemudiannya memasuki rantaian makanan manusia. Ada isu seperti ia akan Menjejaskan Mata Pencarian Nelayan: dan juga apabila ekosistem rosak, pembiakan hidupan akuatik terganggu. Sisa plastik yang berselerak juga sering tersangkut pada jaring nelayan, sekali gus menjejaskan pendapatan beratus nelayan pantai. Akhirnya dimana berlaku pencemaran yang seterusnya ia akan merebak ke laut dimana sampah plastik yang tidak disekat di hutan bakau akhirnya akan dihanyutkan semula oleh arus ke laut lepas dan mengotorkan kawasan persisiran pantai yang lain. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!....
POKOK BAKAU .....ADA BANYAK JENISNYA...Menarik juga membincangkan fakta dan isu pasaran pokok bakau dunia yang mana sealuya akan ujud konflik iaitu diantara aktiviti eksploitasi ekonomi komersial dan isu nilai pemuliharaan alam sekitar. Ancaman pertama adalah Isu Tebusan Tanah untuk Akuakultur dimana ada banyak di laporkan aktiviti pembersihan hutan bakau secara besar-besaran didorong oleh pasaran udang komersial (penternakan udang) dan kolam ikan yang merosakkan hidrologi semula jadi (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog dapati dimana hutan bakau sering ditebang dan diubah suai menjadi kolam ternakan akuakultur, khususnya kolam ternakan udang (seperti udang harimau) dan kolam ternakan ikan air masin atau payau (seperti ikan kerapu dan siakap). Apa pun aktiviti penukaran ini dilakukan bagi tujuan komersial kerana kawasan pesisir pantai atau muara yang berlumpur dianggap sesuai untuk industri akuakultur. Namun begitu, kemusnahan hutan bakau akibat dijadikan kolam ini boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar seperti hakisan pantai dan kemerosotan hasil tangkapan nelayan. Kedua persaingan dan Permintaan Komoditi Pertanian dimana berlaku kes penukaran zon bakau kepada estet pertanian pesisir pantai seperti ladang kelapa sawit dan sawah padi (terutama di Asia Tenggara). Dalam kes seperti Aktiviti Pembalakan dan Industri Arang adlah serius dimana penghasilan kayu bakau sering dieksploitasi secara komersial untuk pasaran bahan binaan, ceracak, kayu api dan pengeluaran arang batu. Ketiga ada Isu Pasaran Karbon Biru (Blue Carbon) dimana walaupun bakau bernilai tinggi dalam pasaran kredit karbon kerana mampu menyerap karbon 2 - 4 kali ganda berbanding hutan hujan dimana hampir 70% projek pemulihan gagal akibat masalah teknikal, pembiayaan dan pengurusan komuniti tempatan. Ada Isu Pencemaran dan Kes Impak Pelancongan apabila dilaporka masaalah ada dan ujud lambakan sisa plastik pasaran dan pelepasan enjin bot pelancong yang tidak terkawal merosakkan struktur akar serta mematikan anak pokok bakau. Isu sisa plastik di hutan bakau merupakan antara ancaman alam sekitar yang kritikal kerana ekosistem ini secara semula jadi bertindak sebagai 'perangkap sampah. Akar pokok bakau yang rapat dan berselirat sangat mudah memerangkap beg plastik, botol minuman, dan sisa domestik yang dibawa oleh arus pasang surut air laut atau aliran sungai. Ia sebabkan kes pencemaran terbuka dan menjadi tapak sampah haram dimana di Malaysi sudah banyak sungai dicemari longgokan sisa plastik jenis domestik dan industri akibat perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab (Sila juga lihat foto paling bawah sekali). Lambakan plastik yang melekat pada dahan dan mendap di lantai hutan boleh menyelimuti akar pneumatofor (akar bernafas) pokok bakau dimana ia akan menyekat pengambilan oksigen dan boleh menyebabkan pokok bakau mati. Ada kes 'Kesan Mikroplastik' kepada banuak jenis hidupan liar sebab bahan plastik yang terdedah kepada cuaca akan terurai menjadi mikroplastik. Hidupan akuatik seperti ikan, udang dan ketam sering tersalah anggap sisa ini sebagai makanan. Bahan kimia toksik daripada plastik ini kemudiannya memasuki rantaian makanan manusia. Ada isu seperti ia akan Menjejaskan Mata Pencarian Nelayan: dan juga apabila ekosistem rosak, pembiakan hidupan akuatik terganggu. Sisa plastik yang berselerak juga sering tersangkut pada jaring nelayan, sekali gus menjejaskan pendapatan beratus nelayan pantai. Akhirnya dimana berlaku pencemaran yang seterusnya ia akan merebak ke laut dimana sampah plastik yang tidak disekat di hutan bakau akhirnya akan dihanyutkan semula oleh arus ke laut lepas dan mengotorkan kawasan persisiran pantai yang lain. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!....
HUTAN POKOK BAKAU... IAPENTING DIJAGA...
BERNILAI TINGGI...IA SEMAKIN PUPUS PULA...
BACA ARTIKEL...MEMANG HEBAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1448H).
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1448H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.