CARA POTONGAN LOBAK MERAH ada pelbagai jenis bergantung kepada kegunaan dan jenis masakkan. Bagi penulis blog dimana LOBAK MERAH (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi sayuran lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 - RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai cara-cara memotong Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan pembaca bog ini semua.
(1) POTONGAN RONDLLES
Pertama adalah Jenis Potongan Lobak Merah Cara Rondelles atau 'Hiris Bulat' dimana cara ini dimana dipotong lobak merah secara melintang membentuk bulatan. Apa pun kaedah potongan ini adalah ia sesuai untuk masakan seperti masak merah, masak kicap atau sayur campur. Lazimnua cara potongan roundless (atau lebih dikenali sebagai round) pada lobak merah bermaksud lobak merah tersebut dipotong bulat. Bagi penulis blog yang suka buat potongan cara ini sebab ia mudah dimana umumnya bahawa istilah 'roundless' di sini biasanya merujuk kepada teknik potongan bulat (round) atau disebut juga sebagai 'Potongan Duit Syilling' atau 'coin cut' di mana lobak merah dipotong melintang mengikut bentuk asalnya yang bulat tanpa dibuang bahagian sisinya. Ia cara potong yang paling mudah sekali dimana ia adalah cara mudah untuk membuat potongan ini dengan langkah pertama membersihkan lobak iaitu dengan membasuh lobak merah dengan bersih dan kupas kulitnya menggunakan pengupas (peeler). Kemudian mesti di buang kedua-dua hujungnya dengan memotong dan membuang kedua-dua bahagian hujung lobak merah (bahagian atas dan bawah). Ia boleh di potong melintang iaitu dengan meletakkan lobak merah secara melintang di atas papan pemotong. Perlu di pegang lobak dengan kemas da ia kemudian dipotong cara melintang dari hujung ke hujung mengikut ketebalan yang anda mahukan. Teknik ini ada 'Beberapa Variasi Ketebalan' yang boleh disesuaikan iaitu Jenis Potongan Nipis (1mm - 2mm) diman ia adalah sesuai untuk ulam, salad atau hiasan. Kedua Jenis Potongan Sederhana (3mm - 5mm) iaitu ia sangat popular untuk masakan sayur goreng kilas (stir-fry) atau sup cepat masak. Ketiga Jenis Potongan Tebal (1cm ke atas) yang mana ia sesuai untuk masakan yang mengambil masa lama seperti sup rebusan (stew) atau memanggang (roasting) supaya lobak tidak hancur.
Potongan Oblique atau 'Serong' atau 'Potongan Golek' ini dengan cara memotong secara menyerong dan kemudian putarkan lobak sedikit sebelum potong semula. Bagi penulis blog cara ini ia dapar menghasilkan bentuk bucu tajam dengan permukaan luas, sangat sesuai untuk sup ayam atau tomyam kerana cepat meresap rasa kuah. Cara potongan oblique lobak merah dimana ia juga dikenali sebagai 'roll cut' atau 'potongan guling' adalah cara memotong sayuran berbentuk silinder seperti lobak merah dengan menghasilkan ketulan berbentuk segi tiga atau baji yang mempunyai dua sisi bersudut. Memang unik cara potongan ini dimana cara membuat potongan Oblique Lobak Merah pastikan memegang pisau bersudut dan diletakkan lobak merah di atas papan pemotong. Pegang pisau pada sudut kira-kira 45 darjah dan buat potongan serong yang pertama. Kemudian dipusingkan lobak merah dan selepas setiap potongan perlu di pusingkan lobak merah kira-kira 90 darjah atau suku pusingan ke arah pemotong. Seterusnya di ulang-ulang langkah tersebut dengan mengekalkan sudut pisau yang sama (45 darjah) dan potong lagi dan perlu diteruskan sehingga habis serta diulang proses memotong dan memusingkan lobak merah sehingga ke hujung. Beberapa ciri kelebihan cara potongan Oblique ini ia memberikan luas permukaan lebih besar dimana cara ini membolehkan bahan menyerap rasa lebih baik ketika proses glazing, memanggang, atau merebus. Ia memang dimasak dengan sekata dan cepat sebab saiz ketulan yang hampir sama membantu sayur masak dengan seimbang tanpa cepat hancur. Dalam aspek seni di lihat ia memang menarik secara visual serta memberikan rupa yang lebih berseni dan kemas berbanding potongan bulat biasa.
(3) POTONGAN JULIENE
(3) POTONGAN JULIENE
Cara potongan Julienne atau 'Batang Mancis' adalah cara potongan panjang, nipis dan halus seperti batang mancis. Sesuai untuk salad, popia atau tumis yang cepat masak. Cara potongan Julienne lobak merah ialah teknik memotong lobak merah secara memanjang, halus dan seragam berbentuk seperti batang mancis (biasanya berukuran kira-kira 3 mm × 3 mm × 5 cm). Menarik bagaimana cara memotong Julienne Lobak Merah iaitu dimulakan dengan mengupas dan membersihkan dulua dimana mesti dikupas kulit lobak merah terlebih dahulu dan basuh bersih. Kemudian ia di potong pendek kepada beberapa bahagian (biasanya kira-kira 5 cm panjang) supaya mudah dikendalikan. Perlu diratakan tapak duli sebelum menghiris sedikit pada salah satu sisi lobak merah supaya ia mempunyai permukaan yang rata di atas papan pemotong dan tidak bergolek. Seterusnya di hiris nipis (kepingan) atau potong lobak merah secara melintang kepada kepingan nipis. Potong jadi batang mancis dan kemudian ia disusun semua kepingan tersebut bertindih barulaj ia kemudian hiris memanjang semula menjadi jalur halus seperti batang mancis. Ada juga kaedah moden alternatif lebih pantas iaitu dengan cara juga boleh menggunakan 'Alat Peeler Julienne iaitu sejenis alat khusus atau 'pengupas khas' atau 'mandoline' untuk menarik dari atas ke bawah bagi mendapatkan hasil yang cepat dan sama saiz. Hasil potongan ini paling sesuai di jadikan Makanan Popia sama ada jenis popia basah atau popia kering (Sila lihat foto dibawah sekali).
Cara Potongan Batonnet atau 'Potongan Batang' atau 'Potongan Stik' adalah jenis potongan berbentuk segi empat tepat yang lebih tebal (seperti saiz ubi kentang goreng atau crudités). Apa pun jenis potongan ini ai sesuai untuk ianya dipanggang (roasted) atau dimakan bersama sos cicah. Bagi penulis blog yang suka cara potongan ini dimana cara potongan batonnet bagi lobak merah ialah potongan berbentuk jalur segi empat tepat yang panjang dan tebal (seperti bentuk batang mancis yang besar atau saiz kentang goreng atau french fries) yang mudah dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Beberapa sumber rujukkan dari pakar masakan menyatakan ada beberapa jenis ukuran standard Potongan Batonnet Lobak Merah seperti dengan Jenis Ketebalan kira-kira 6 mm x 6 mm (atau antara 0.5 cm hingga 1 cm) dengan panjang kira-kira 6 cm hingga 7.5 cm (atau sehingga 8 cm). Apa pun lazimnya ia hampir sama dengan potongan julienne akan tetapi batonnet jauh lebih tebal (julienne lebih halus seperti mancis kecil, berukuran 3mm x 3mm). Cara memotong Batonnet dengan mengupas dan juga membasuh atau cuci bersih lobak merah dan buang kulitnya. Kemudian ia dipotong pendek lobak mengikut panjang yang dikehendaki (sekitar 6 hingga 7.5 cm). Bagi membentuk blok sebaiknya dipotong bahagian tepi lobak supaya ia menjadi bentuk blok empat segi yang kemas. Kemudian menghiris cara menegak dan hiris blok tersebut secara memanjang dengan ketebalan kira-kira 6 mm dan di jadikan jalur. Perlu di susun kepingan tadi dan hiris semula dengan ketebalan 6 mm untuk menghasilkan batang-batang kecil yang seragam. Kegunaan cara potongan ini ia dijadikan hidangan sampingan (crudités) bersama sos pencicah atau hummus dan untuk masakan panggang (roasted vegetables) dimana selalu ia dijadikan asas potongan untuk menghasilkan dadu kecil (brunoise).
Cara potingan Dadu atau 'Brunoise' atau 'Small Dice' atau 'Medium Dice' ia merupakan jenis potongan berbentuk kiub kecil atau sederhana. Apa pun cra potongan ini ia sesuai untuk sup, rencah nasi goreng, sos atau stew. Cara potongan dadu lobak merah ialah teknik memotong lobak merah berbentuk kiub kecil atau sederhana sama rata (biasanya berukuran ¼ inci untuk small dice atau ½ inci untuk medium dice). Cara-Cara Memotong Dadu Lobak Merah dimulakan dengan mengupas dan bersihkan atau dibuang kulit lobak merah dan potong bahagian hujung atas serta pangkalnya. Perlu di buat permukaan rata iaitu dengan memotong lobak merah secara memanjang supaya ia mempunyai tapak yang stabil dan tidak bergolek di atas papan pemotong. Kemudian dipotong kepingan memanjang (planks) dan dihiris lobak merah memanjang mengikut ketebalan yang dikehendaki (contohnya ¼ inci). Seterusnya di potong jalur (sticks/batonnet) dan disusun kepingan tadi dan potong lagi secara memanjang membentuk jalur-jalur kecil. Pelru juga di potong melintang (dadu) iaitu denngan memegang kumpulan jalur tersebut dan hiris melintang bersudut 90 darjah untuk menghasilkan bentuk dadu yang kemas. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan untuk di baca dan di fahami kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam.....







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.