Dilaporkan dimana lobak merah kaya dengan beta-karotena, vitamin A, vitamin C, serat dan zat kalium yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Pertma di laporkan khasiatnya adalah ia Menjaga kesihatan mata sebab ia kaya dengan beta-karotena yang ditukar kepada vitamin A di dalam badan untuk menyokong penglihatan dan kesihatan retina. Ia juga akan Membantu Menguatkan sistem imuniti seseorang sebab ada kandungan vitamin C dan antioksidan membantu melawan jangkitan serta menguatkan daya tahan badan. Lobak merah didakwa akan Menyokong kesihatan jantung dengan cara membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan mengawal tekanan darah melalui kandungan kalium serta serat larut. Terbaik sebab khasiatnya juga Melancarkan sistem pencernaan sebab ia tinggi dengan serat yang membantu melawaskan pembuangan dan mencegah sembelit. Ia dilaporkan juga Memperbaiki kesihatan kulit: Antioksidan dan beta-karotena membantu melambatkan penuaan kulit serta melindunginya dari kerosakan. Khasiatnya juga Mengawal paras gula darah dimana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah dan sesuai diambil dalam kadar yang terkawal dimana memakan lobak merah memberikan pelbagai khasiat penting untuk kesihatan tubuh. Bagaimana pun masih ada ancaman dan kesan sampingan memakan lobak merah. Pertama akan ada Kes Karotenemia (Kulit Bertukar Oren) dimana jika berlaku pengambilan beta-karotena yang terlalu banyak (seperti makan 10 biji lobak sehari atau ratusan gram secara berterusan selama beberapa minggu) boleh menyebabkan kulit, terutamanya pada tapak tangan dan tapak kaki, berubah warna menjadi jingga atau kekuningan. Keadaan ini tidak membawa maut dan akan pulih jika pengambilan dikurangkan. Kedua ada ancaman Alahan Makanan dimana ada bagi sesetengah individu yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap protein tertentu dalam sayuran dimana individu tersebut ia boleh mencetuskan reaksi alahan seperti gatal-gatal, bengkak pada bibir atau muka atau timbul masalah pencernaan. Ancaman ketiga lobak merah adalah akan ujud Masalah Penghadaman dimana lobak merah mengandungi serat yang tinggi. Pengambilan lobak merah iaitu secara berlebihan secara mendadak boleh menyebabkan kembung perut, kekejangan, atau gas bagi individu yang mempunyai sistem penghadaman sensitif. Ada ancaman iaitu Mitos Membetulkan Rabun dimana walaupun kaya dengan vitamin A yang penting untuk kesihatan mata secara umum, memakan lobak merah tidak boleh merawat atau membetulkan masalah rabun jauh atau rabun dekat.
Menarik fakta dimana ada banyak resepi makanan sedap dan mudah yang boleh disediakan menggunakan lobak merah (carrot) di seluruh dunia. Bagaimana pun di Malaysia penulis blog paparkan beberapa antaranya yang pertama adalah Resepi Telur Goreng Lobak Merah dimana bahan utama adalah lobak merah (diparut halus), telur, bawang merah, garam dan sedikit minyak. Cara membuatnya dengan menumis bawang yang dihiris dan kemudian di masukkan parutan lobak merah sehingga agak lembut. Kemudian boleh di pecahkan telur dan kacau rata bersama garam sebelum ia matang dan diangkat untuk dinikmati. Kedua ada Resepi Cucur Lobak Merah Rangup dimana bahan utama disediakan lobak merah parut, bawang merah hiris, tepung naik sendiri, tepung beras, garam dan air. Cara membuatnya dengan menggaul semua bahan menjadi adunan pekat yang boleh disenduk dan ia kemudian goreng dalam minyak panas sehingga keperangan dan rangup dan angkat ditoskan minyak dan di makan (Sila melihat foto paling bawah sekali). Ketiga paling selalu penulis blog makan adalah Resepi Nasi Lobak Merah (Nasi Carrot) dimana disediakan bahan utama iaitu beras basmathi, jus lobak merah (atau lobak dikisar), susu cair, rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga), halia, dan bawang. Cara sediakan resepi ini dengan menumis bahan hiris dan rempah, masukkan air serta jus lobak merah bersama susu cair dan kemudian masak bersama beras sehingga kering. Makanan ini sesuai dihidangkan bersama ayam masak rendang atau ayam mask tomato dan penagai laukpauk lain. Keempat yang popular adalah Resepi Kek Lobak Merah (Carrot Cake) iaitu bahan utama perlu ada adalah lobak merah parut halus, tepung gandum, telur, gula perang, mentega cair dan kacang pecan atau walnut. Membuatnya dengan mengadun semua bahan basah dan kering sehingga sebati, masukkan lobak parut serta kekacang, kemudian bakar atau kukus sehingga masak. Kelima ada Resepi Bebola Lobak Merah (Makanan Snek atau Kudapan) dimana disediakan bahan jus lobak merah yang diperas, badam sangai, kurma cincang, kismis, serbuk koko dan bijan. Cara membuatnya dengan menggaul semua bahan, gentel menjadi bebola kecil sebesar bola pingpong, dan salutkan dengan bijan atau kelapa kering.
Dalam siri artikel ini penulis blog kongsikan akan keenakan dan cara menyediakan Minuman Jus Lobak Merah. Apa pun jus lobak merah susu biasanya menggunakan susu pekat manis, susu cair, atau susu segar bergantung kepada citarasa pengguna. Bagi membuatnya disediakan bahan-bahan iaitu bagi 1 Hidangan terdiri dari 2 batang lobak merah (dipotong kecil), 2 - 3 sudu besar susu pekat manis (atau sesuaikan mengikut tahap manis), 150ml - 200ml air sejuk atau air masak, sedikit susu segar atau susu cair (pilihan jika mahu lebih lemak berkrim) dan ais secukupnya. Cara untuk membuatnya dengan mengisar lobak merah dab boleh di masukkan potongan lobak merah bersama air sejuk ke dalam mesin pengisar, kemudian kisar hingga halus. Kemudian ia di tapis jusnya dengan menapis jus lobak merah menggunakan penapis untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus (jika menggunakan pengisar biasa). Seterusnya dicampurkan susu iaitu dengan memasukkan susu pekat manis (serta susu cair atau susu segar jika guna) ke dalam jus lobak merah dan perlu di kacau hingga sebati. Ia siap di hidangkan dan jika suka yang lebih enak di masukkan ketulan ais ke dalam gelas dan di tuang jus lobak merah susu tadi dan ia sedia untuk ianya di nikmati sebagai minuman yang enak dan berkhasiat. Jus lobak merah dengan susu kaya dengan khasiat kerana kandungan karotenoid (beta-karotena) dan antioksidan di dalam lobak merah bersifat larut dalam lemak. Lemak yang terdapat di dalam susu membantu penyerapan nutrisi tersebut ke dalam aliran darah dengan lebih optimum berbanding minum jus lobak merah kosong. Dilaporkan dimana khasiat Jus Lobak Merah Bersama Susu ia baguks untuk Kesihatan Mata sebab ia kaya dengan vitamin A dan beta-karotena yang membantu memperbaiki penglihatan, mencegah rabun malam serta melindungi kesihatan mata. Minuman ini juga bagun untuk tujuan Kesihatan Kulit dan Anti-Penuaan bila kandungan antioksidan dan vitamin A membantu melembapkan kulit, mengurangkan garis-garis halus, serta memberikan kesan kulit yang lebih berseri. Ia didakwa akan Menguatkan Sistem Imun: Dibekalkan dengan vitamin C dan antioksidan daripada lobak merah untuk memperkuatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan penyakit.Ia juga didakwa bagus untuk Kesihatan Tulang: Susu membekalkan kalsium manakala lobak merah menyumbang nutrien sokongan untuk menguatkan tulang dan gigi. Minum jus lobak merah akan Melancarkan Sistem Penghadaman sebab ia tinggi dengan serat daripada lobak merah yang membantu melawaskan sistem pencernaan dan mencegah sembelit. Pastinya minuman ini Memberi Tenaga dengan gabungan gula semula jadi daripada lobak merah serta protein daripada susu memberikan sumber tenaga tambahan yang menyegarkan. Petua lian dimana dengan cara penggunaan susu segar adalah lebih digalakkan berbanding susu pekat manis bagi mengawal pengambilan gula yang ia berlebihan. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LOBAK MERAH ...JENIS UMBISI DIA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK MATA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA MANA...
BACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1448H).
POHON DOA KESEMBUHAN ANAK SAYA ABDUL HALIM... AMIN






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.