Support My Blog

Friday, October 30, 2026

FAKTA RACUN RUMPAI BERKESAN (Part 1)

RACUN RUMPAI
atau 'Herbicide' atau 'Weedicide' ialah campuran bahan kimia yang digunakan khusus untuk mengawal, membantutkan, atau memusnahkan pertumbuhan rumpai dan tumbuhan yang tidak dikehendaki. Dalam dunia pertanian dan perkebunan, racun ini sangat penting untuk mengelakkan rumput liar daripada ianya bersaing dengan tanaman utama untuk mendapatkan baja, air, dan cahaya matahari serta menjadi perumah perosak serta penyakit. Bagi penulis blog mendapati secara ringkasnya iaitu racun rumpai dibahagikan kepada beberapa kategori utama mengikut cara tindakan dan sifatnya yeng pertama Ia Selalu Mengikut Cara Tindakan (Bagaimana Ia Membunuh) dengan ujudnya Jenis Racun Sentuh (Contact) dimana ia hanya membunuh bahagian tumbuhan yang terkena semburan secara langsung (seperti daun dan batang). Akarnya tidak mati, jadi rumput boleh tumbuh semula dengan cepat. Kesannya sangat pantas (layu dalam beberapa jam). Contoh bahan aktif atau jenama seperti Paraquat (Gramoxone), Glufosinate-ammonium (Farmsola, Troy 15). Kedua adalah Jenis Racun Sistemik atau Racun Serap dimana racun ini diserap melalui daun atau batang dan dibawa ke seluruh sistem tumbuhan termasuk sehingga ke akar. Sifatnya membunuh secara menyeluruh. Kesannya agak lambat (mengambil masa 1 hingga 3 minggu), tetapi rumput mati tempoh lama.Contoh bahan aktif/jenama: Glyphosate (Roundup, Ecomax), Triclopyr (Garlon, Tri-Ester). Keiga adalah Jenis Racun Pra-Cambah (Pre-emergence) yang disembur pada permukaan tanah selepas pembersihan untuk menghalang biji benih rumput daripada bercambah dan contohnya seperti Diuron dan Jenis Atrazine. Racun di kelaskan juga Mengikut Sifat Pemilihan (Tumbuhan Apa Yang Mati) dimana ada Jenis Racun Rumpai Selektif (Memilih) dimana ia hanya membunuh spesies rumpai tertentu sahaja tanpa merosakkan tanaman utama. Contohnya terdapat jenis racun yang hanya mampu bagi membunuh rumput berdaun lebar tetapi tidak membunuh atau ia selamat untuk jenis tanaman daun tirus seperti  padi. Jenis racun ini contohnya Racun 2,4-D Amine dan Racun Ally (Metsulfuron-methyl). Kedua ada Jenis Racun Tidak Selektif (Tidak Memilih) yang akan membunuh sebarang tumbuhan atau hijau-hijauan yang terkena semburannya secara terus dimana ia perlu digunakan dengan berhati-hati supaya tidak terkena pokok tanaman yang ada di kebun dimana antara racun jenis ini adalah Racun Glyphosate dan Paraquat. Setiap jenis pembungkusan dan pembotolan racun akan di sertakan label yang menjelaskan secara teknikal dan langkah-langkah keselamatan dan maklumat lain. Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira kupas mengenai fakta penting racun rumpai untuk bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Produk racun komersil yang di jual dan di luluskan oleh pihak berkuasa (LPRMP) perlu melalui proses pendaftaran yang ketat sebelum ia di jual kepada semua pengguna. Memang ada beberapa jenis  Formulasi Racun Rumpai iaitu ia adalah campuran bahan kimia komersial yang sedia untuk dijual dan digunakan oleh pengguna, yang terdiri daripada gabungan Bahan Aktif (Active Ingredient) dan Bahan Lengai (Inert Ingredient). Bahan aktif berfungsi untuk membunuh atau mengawal rumpai dimana b
ahan aktif (atau perawis aktif) dalam racun rumpai ialah komponen kimia utama yang bertindak secara biologi untuk membunuh, merencat, atau mengawal pertumbuhan rumpai. Fakta penting mengenai Bahan Aktif fungsinya adalah ia akan menganggu proses penting dalam tumbuhan seperti fotosintesis, pembahagian sel, atau sistem hormon sehingga rumpai mati. Bahan aktif hanya merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan kandungan dalam sebotol racun. Baki kandungannya adalah bahan lengai (seperti agen pelekat, pelarut, atau air) yang membantu untuk menyebarkan atau melekatkan racun pada daun. Kandungan bahan aktif ia wajib dinyatakan pada 'Label Racun' iaitu mengikut undang-undang (diselia oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak atau LRMP di Malaysia) dimana pada setiap botol racun wajib pengeluar bagi menyenaraikan nama bahan aktif berserta peratusan kepekatannya. Penulis blog kongsikan beberapa contoh Bahan Aktif Yang lazim digunakan seperti Jenis  Glyphosate iaitu sejenis bahan aktif dalam racun sistemik tidak selektif (contoh jenama seperti Roundup) yang diserap ke seluruh pokok hingga ke akar. Kedua ada Jenis Bahan Aktif Paraquat (Dichloride) sejenis bahan aktif dalam racun sentuh yang bertindak cepat membunuh bahagian yang terkena semburan. Jenis 
2,4-D sebagai jenis bahan aktif yang bersifat selektif untuk membunuh rumpai berdaun lebar tanpa merosakkan tanaman tertentu seperti padi. Ketiga dilaporkan ada Jenis Bahan Aktif  Metsulfuron-methyl iaitu sejenis bahan aktif jenis sistemik yang sering digunakan untuk mengawal rumpai berdaun lebar. Istilah 'Bahan Lengai' pula di jadikan sebagai bahan seperti pelarut, air, pelekat, atau ejen pembasah yang ditambah untuk memastikan racun rumpai tersebut stabil, mudah disimpan, selamat dikendalikan, dan berkesan semasa disembur. Bahan Lengai (atau perawis lengai) dalam racun rumpai ialah komponen bukan racun yang ditambah ke dalam formulasi produk untuk membantu meningkatkan kestabilan, keberkesanan, keselamatan, serta cara ia disembur, bukannya bahan yang membunuh rumpai itu sendiri. Fungsi Bahan Lengai pertama adalah sebagai 'Pelarut' dan pembawa (solvent atau carrier) bagi membembantu mencairkan bahan aktif (seperti glyphosate) supaya mudah larut air atau sebati.  Kedua sebagai 'Agen Pembasah' atau 'surfactant' bagi membolehkan cecair racun melekat lebih lama dan meresap sekata pada daun atau permukaan rumpai tanpa mudah tertanggal. Ketiga ia adalah sebagai 'Pengekal kualiti' dan memanjangkan tempoh simpanan (shelf-life) produk di dalam botol dan mengelakkan racun daripada rosak akibat cahaya matahari. [Keempat bahan lengai ini sebagai 'Kawalan semburan' iaitu bagi mengurangkan buih yang berlebihan atau mengelakkan nosel pam semburan daripada tersumbat. Apa pun dijelaskan bahan lengai bukan bermaksud 'tidak bahaya' walau dinamakan 'lengai' atau ia tidak bertindak balas secara kimia terhadap perawis aktif akan tetapi ia tidak semestinya tidak toksik. Sesetengah bahan lengai atau bahan pembantu (adjuvants) tetap mempunyai risiko kepada kesihatan manusia atau alam sekitar. Label racun biasanya hanya akan mereka menyenaraikan peratusan keseluruhan bahan lengai tanpa mendedahkan nama kimia penuh setiap komponen tersebut atas sebab kerahsiaan perniagaan pengeluar (Sila lihat foto disebelah). Pengguna perlu membaca dan fahami apa ditulis label sebelum menggunakan sebarang jenis racun.


Dilaporkan dimana terdapat beberapa 'formulasi racun rumpai' yang ada dijual dipasaran dimana ia terbahagi kepada Jenis Cecair, Formulasi Kering atau Pepejal (Kering). Pertama Jenis 
Formulasi Cecair (Liquid Formulations) dimana jenis ini dilaporkan ia adalah jenis yang paling popular dan banyak digunakan kerana mudah dibancuh dengan air. Ciri-iiri am Formulasi Racun Cecair dimana ia memang mudah disukat dan dicampur serta ia biasanya akan lebih cepat larut atau tersebar dalam air berbanding bentuk serbuk. Formulasi ini senang digunakan dan diurus srta ia mudah disembur amat sesuai digunakan dengan pam atau alat penyembur. Aspek lain dimana ada 'Risiko pemendapan' dimana ada jenis seperti EC dan SC yang memerlukan cara pengacauan yang baik supaya bahan aktif tidak mengumpul di bawah tong semasa membancuh sebelum disembur. Ia berada pada 'Kepekatan tinggi' dan selalunya akan dilabel dengan kod dan peratusan bahan aktif pada bahagian akhir nama produk. Antara jenis-jenis formulasi racun rumpai cecair yang biasa digunakan di pasaran pertama Jenis Pekatan Terlarut (Soluble Concentrate - SL) iaitu jenis cecair jernih dan lutsinar dimana apabila dicampur dengan air maka ia akan larut sepenuhnya membentuk larutan yang jernih. Kelebihan SL ini ia tidak menyumbat muncung pam (nozel) kerana tiada zarah pepejal terampai dan contoh jenis racun rumpai dipasaran berasaskan Glyphosate iaitu jenis racun serap (Sila lihat foto disebelah). Kedua ada Jenis Pekatan Teremulsi (Emulsifiable Concentrate atau EC) dimana jenis ini adalahjenis cecair pekat berasaskan minyak atau pelarut organik. Ciri jenis ini apabila dicampur dengan air, ia bertukar menjadi warna putih susu (emulsi). Kelebihannya adalah ia sangat berkesan menembusi lapisan lilin pada daun rumpai kerana kandungan minyaknya dan kekurangan ia mempunyai bau pelarut yang kuat dan boleh merosakkan komponen getah pada pam jika tidak dibasuh segera. Ketiga ada Formulasi Jenis Ampaian Pekat (Suspension Concentrate atau SC) iaitu jenis cecair pekat yang agak pekat (seperti susu atau krim) di mana bahan aktif pepejal halus terapung di dalam cecair dasar. Ia perlu digoncang dengan baik sebelum dituang. Apabila dicampur air, ia membentuk ampaian keruh dan ciri kelebihannya ia kurang berbau dan kurang merengsa kulit kerana tidak menggunakan pelarut organik yang keras. Keempat ada Formulasi Emulsi, Air di dalam Minyak (Emulsion, Water in Oil - EO) dimana bahan aktif cecair atau minyak yang tersebar di dalam cecair berasaskan air. Bila di campur air ia berwarna putih keruh apabila dicampur air. Kelebihannya ia kurang berhabuk dan mengurangkan risiko racun melayang (drift) ke tanaman sebelah semasa disembur. Faktanya dimana ciri-ciri am bagi semua Racun Rumpai Cecair ia Homogen (Seragam) sebab bahan aktif diagihkan secara sekata di dalam botol (asalkan belum luput atau rosak). serta mudah dikendali dan ia tidak menghasilkan debu atau habuk semasa dituang dimana ini akan mengurangkan risiko hiduan racun oleh pengguna. Apa pun kebanyakan formulasi cecair (terutamanya EC dan SC) cenderung mendap jika disimpan lama, jadi ia wajib digoncang sebelum digunakan.


Kedua ada Jenis Formulasi Kering atau Formulasi Pepejal (Dry Formulations) dimana formulasi ini perlu dibancuh dengan air menjadi ampaian atau ditabur terus ke tanah. Jenis pertama adalah Formulasi  Butiran (G - Granule) dimana ia adalah berbentuk butiran kecil porous (seperti tanah liat atau pasir) yang diselaputi racun serta ia biasanya ditabur terus ke tanah tanpa dicampur air (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog yang membuat banyak tinjauan di kebun sayur dan buah-buahan di seluruh negara dan luar negara dapati r
acun rumpai jenis granule (butiran) ialah racun rumput yang diformulasikan dalam bentuk pepejal kering atau butir halus berpasir, berbeza dengan racun cecair biasa. Ciri utama racun ini adalah keupayaannya untuk melepaskan bahan aktif secara perlahan (slow-release) terus ke tanah atau melekat pada daun yang basah untuk kawalan rumpai jangka panjang. Ciri-ciri am racun rumpai granule dimana lazimnya ia bebentuk Fizikal dan Sifat Pelepasan sebagai Jenis 'Berbentuk Butiran Kering' atau ia kelihatan seperti pasir kasar atau butiran baja. Ia lebih mudah disimpan kerana tidak mudah tumpah atau bocor seperti racun cecair. Ia jenis 'Pelepasan Perlahan (Slow-Release)' dimana butiran ini akan larut secara berperingkat apabila terkena air hujan atau kelembapan tanah, memberikan kesan perlahan tetapi bertahan lebih lama di dalam tanah. Apa pun cara ia bertindak dimana racun butir ini selalunya terbahagi kepada dua jenis mengikut cara tindakanya iaitu Jenis Jenis Pra-muncul (Pre-emergent) dan Jenis Pasca-Muncul. Jenis Pra-muncul bercirikan iaitu ia sangat popular untuk jenis granule sesuai ia ditabur di atas tanah untuk menghalang biji benih rumput daripada terus bercambah. Ia membentuk lapisan pelindung pada tanah. Sementara itu Jenis Pasca-muncul (Post-emergent) ia adalah untuk membunuh rumput yang dah tumbuh, butiran ini perlu melekat pada permukaan daun rumpai yang basah (contohnya selepas embun pagi atau selepas disiram) supaya bahan aktifnya dapat diserap masuk ke dalam sistem tumbuhan.  Apa pun ciri kelebihan rcun jenis ini ia 'Kurang Risiko Hanyutan Angin (Low Drift)' kerana bentuknya yang berat dan berbutir, ia tidak akan ditiup angin ke pokok hiasan atau tanaman berhampiran semasa ditabur. Ini menjadikannya lebih selamat digunakan di celah-celah pokok berbanding racun semburan cecair. Jenis formulasi ini adalah Mesra Pengguna (Sedia Digunakan) dimana kebanyakan racun granule jenis tabur boleh digunakan terus menggunakan alat penabur (spreader) tanpa perlu dibancuh dengan air, sekali gus mengurangkan risiko terkena kulit. Dipasaran ada terdapat juga jenis granule jenis larut air atau 'water-soluble granule' yang perlu dibancuh terlebih dahulu). Apa pun dilaporkan racun granule ini ia sangat bergantung kepada 'Kelembapan atau Memerlukan air' atau kelembapan untuk bertindak dimana jika ia ditabur pada musim kemarau atau tanah yang terlampau kering maka keberkesanan butiran tersebut tidak akan larut dan menjadi kurang berkesan.  Seterusnya ada formulasi 
Butiran Berserak Air (WDG / Water-Dispersible Granule) iaiu ia berbentuk butiran kering tetapi akan pecah dan larut apabila dimasukkan ke dalam air. Jenis racun rumpai butir terserak air atau lebih dikenali sebagai Water Dispersible Granules (WG / WDG) adalah formulasi racun berbentuk pepejal kering yang direka khusus untuk pecah dan bercampur secara sekata apabila dimasukkan ke dalam air. Ciri-ciri utama racun jenis ini termasuk  ia hadir dalam bentuk fizikal berbutir: Hadir dalam bentuk granul atau pelet kecil yang padat, bukan berbentuk cecair mahupun serbuk halus. Ia larut secara ampaian iaitu apabila dicampurkan dengan air, butiran tersebut akan pecah dengan cepat dan berserak secara sekata membentuk larutan ampaian untuk disembur dan ia kurang berdebu (Low dust): Formulasi ini jauh lebih selamat untuk dikendalikan oleh petani berbanding racun jenis serbuk (WP) kerana ia tidak menghasilkan debu kimia yang boleh terhidu semasa dituang atau dibancuh. Tahap kepekatan bahan aktif yang tinggi: Biasanya mengandungi peratusan perawis aktif yang tinggi (seperti kandungan 20% ke atas), menjadikannya sangat efektif walaupun dalam kuantiti penggunaan yang kecil. Ia juga mudah disimpan dan diangkut: Disebabkan bentuknya yang kering dan kompak, ia mengurangkan risiko kebocoran cecair, menjimatkan ruang penyimpanan, serta lebih ringan untuk dibawa ke ladang. Contoh racun rumpai terkenal di Malaysia yang menggunakan formulasi WG ini adalah racun jenis Metsulfuron-methyl (seperti jenama Ally 20DF atau Kenlly 20 WG).


Seterusnya ada Jenis Fprmulasi Serbuk Bancuh (WP - Wettable Powder) iaitu ia sejsni serbuk halus yang tidak larut sepenuhnya tetapi membentuk ampaian apabila dikacau dengan air. Racun rumpai jenis bancuh WP (Wettable Powder atau Serbuk Bancuh) adalah sejenis formulasi racun dalam bentuk serbuk halus yang perlu dicampur dan dikacau dengan air sebelum disembur. Serbuk ini tidak larut seperti gula, sebaliknya ia membentuk satu ampaian (suspension) cecair yang keruh di dalam tangki semburan. Ciri utama racun rumpai jenis WP ia berbentuk serbuk halus: Kelihatan seperti tepung atau debu halus dan ia tidak larut sepenuhnya: Apabila dicampur air, ia tidak menjadi jernih. Ia bertukar menjadi cecair putih mendak atau keruh (sifat ampaian). Ia mudah mendak: Jika dibiarkan lama tanpa dikacau, serbuk racun akan tenggelam dan mendak ke dasar tangki. Cara gunakan dengan ia perlu sentiasa dikacau dimana pengguna perlu mengacau campuran dengan kerap (atau menggunakan alat penyembur yang ada sistem pengacauan automatik) supaya kepekatan racun sentiasa sekata semasa menyembur. Risiko nozel tersumbat sebab ada sifat serbuknya boleh menyumbat bahagian penapis (strainer) atau muncung penyembur (nozzle) jika tidak dikacau dengan betul atau jika air yang digunakan kotor. Ia ada risiko habuk semasa membancuh: Kerana bentuknya yang berdebu, ia mudah berterbangan ditiup angin semasa dituang, Ia juga menyebabkan risiko terhidu adalah lebih tinggi berbanding racun cecair. Apa pun antara kelebihan Jenis WP adalah ia kurang diserap oleh kulit: Berbanding formulasi cecair berasaskan minyak (seperti EC), racun jenis WP kurang meresap masuk melalui kulit jika terkena secara tidak sengaja. Jenis ini ia mudah disimpan dan diangkut: Tiada risiko kebocoran cecair dan biasanya mempunyai jangka hayat penyimpanan yang lama jika disimpan di tempat yang kering. Bagaimana pun ia kurang merosakkan tanaman (Kurang Fitotoksik): Biasanya lebih selamat pada daun tanaman berbanding racun yang mengandungi pelarut petroleum yang kuat. Ciri kekurangan Jenis WP sebab ia sukar disukat dimana cara mengukur berat serbuk (menggunakan penimbang) adalah lebih rumit berbanding menyukat cecair menggunakan silinder penyukat. Ia akan meninggalkan kesan putih: Selepas semburan kering, ia kerap meninggalkan sisa tompokan putih seperti bedak pada permukaan daun. 
Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca keduanyauntuk rujukkan semua pembaca setia blog ini. Semuga rujukkan ini ia menjadi maklumat berguna dan bermanafaat. Wasallam!!!....
RACUN RUMPAI... BANYAK JENISNYA...
JENIS SENTUH...SISTEMIK PUN ADA...
BENYAK FORMULASI...BANYAK JENAMA...
BACA ARTIKEL.... AMAT BERGUNA FAKTA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...