Support My Blog

Sunday, August 2, 2026

JENIS-JENIS RUMPUT POPULAR SI MALAYSIA (PART 2)

RUMPAI (Weeds) merupakan spesies tumbuhan renek sama ada ia rendah atau tinggi dan sama ada ia tumbuh menegak, melata mahupun yang menjalar bebas dan muncul di tempat-tempat yang tidak dimaksudkan untuknya. Rumpai pada penulis blog bukanlah tanaman yang sengaja ditanam tetapi muncul secara sendiri atau dibawa oleh pelbagai vektor (pembawa) tanpa disedari dimana ia menganggu petani. Semasa belajar di universiti dahulu, subjek rumpai menjadi salah satuu subjek kegemaran penulis blog kerana ia melibatkan banyak aktiviti mengutip banyak jenis rumpai untuk dijadikan koleksi. Umumnya rumpai boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RUMPAI PEROSAK, RUMPAI BERSIFAT NEUTERAL dan RUMPAI BERGUNA. Namun biasanya kualiti sifat-sifat rumpai ini akan berubah mengikut keadaan tertentu. Kesan pertumbuhan rumpai menganggu pertumbuhan tanaman kerana ia bersaing dengan tanaman dari segi sumber makanan, ruang tumbuh, persaingan cahaya matahari dan paling tidak baik kerana ia boleh menjadi perumah kepada patogen yang menyebabkan serangan perosak dan penyakit.  Jenis rumput yang utama dan paling biasa di Malaysia ialah seperti Jenis Rumput Lembu (cow grass), Jenis Rumput Filipina (Philippine grass) dan Jenis Rumput Bermuda. Apa pun jenis Rumput Lembu (Cow Grass) dengan nama botaninya adalah sebagai Axonopus compressus adalah berharga paling murah, tahan lasak dan mudah dijaga dimana ia ada rumbuh dan sesuai untuk tepi jalan, lereng bukit dan padang terbuka. Kedua Jenis Rumput Filipina (Philippine Grass) dengan nama botaninya Zoysia matrella adalah jenis rumput yang berdaun halus, rapat dan cantik berbentuk seperti karpet hijau dimana jenis ini ia sesuai untuk laman rumah dan juga di kawasan landskap yang mendapat cahaya matahari penuh. Ketiga adalah Jenis Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) iaitu jenis rumut yang tahan panas dan lasak dan ia sering digunakan di padang bola sepak dan padang golf. Keempat ada jenis rumput iaitu Jenis Lalang (Imperata cylindrica) yang ramai kenal merupakan sejenis rumput liar berdaun tajam yang dianggap sebagai rumpai di kawasan terbuka atau terbiar. Diladang kawasan tanaman kelapa sawit (Elaies guineensis) yang dikatakan lasak pun akan terencat pertumbuhannya jika banyak rumpai tumbuh disekelilingnya apa lagi kalau ada selaput tunggul yang melilitnya. Paling teruk dimana jika ada jenis rumpai yang agresif dan invasif dimana ia juga mampu menghalang pertumbuhan tanaman serta ianya sukar dikawal seperti rumput israel, rumput miang mexico dan beberapa lagi. Memang semua orang sama ada sebagai orang awam, pegawai, penduduk perumahan awam, pengusaha pertanian dan jurutera perlu mengenali dan juga mengetahui ilmu mengenai rumpai. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai jenis rumput atau rumpai yang popular di Malaysia perlu dijadikan bahan bacaan semua.


Jenis 
Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) adalah sejenis rumput hiasan dan padang yang popular di Malaysia sebab ia memang jenis yang sangat tahan lasak dan selalunya ia akan subur di kawasan panas. Dilaporkan jeni rumput ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Jenis Common Bermuda dan Jenis Bermuda Hibrid. Pertama iaitu Jenis Common Bermuda ialah rumput hiasan dan padang, dicitakan oleh Cynodon dactylon, boleh dibiakkan melalui biji benih dimana ia mempunyai warna hijau muda serta tekstur daun sederhana kasar. Jenis ini ia juga dikenali juga sebagai 'Rumput minit' atau 'Rumput kawat' berdasarkan kepada penciriannya. Cara pembiakannya dimana ia mudah ditanam menggunakan biji benih (berbeza dengan jenis hibrid yang steril). Paling hebat sebab ciri ketahanan dimana ia adalah jenis sangat tahan panas, kemarau dan dari ancaman pijakan kaki yang kerap. Pertumbuhan rumput jenis ini ia membiak secara agresif melalui batangnya yang akan merayap atas tanah melalui 'stolon' dan struktur rizom yang akan menjalar didalam tanah. Ia sesuai di tanam dikawasan lapang, sisi jalan, padang amatur dan sesuai di halaman rumah. Ia juga memang jenis yang memerlukan cahaya matahari penuh dan tidak membiak dengan baik di tempat teduh. Paling perlu di lakukan adalah ia perlu kerap dipotong dan dibaja kerana sifat tumbuhannya yang cepat merebak di lokasi. Kedua adalah Jenis Rumput Hibrid Bermuda iaitu sejenis rumput tiruan atau kacukan khas yang tahan lasak, halus dan cepat pulih dimana ia sering dipakai di padang bola dan padang golf. Contoh jenis utamanya ialah Tifway 419, Tifdwarf, dan Greenlees Park. Ciri penting jenis ini sebagai jenis yang tahan lasak dan ia sesuai untuk kawasan yang kerap dipijak atau aktiviti sukan berat. Cara pembiakannya ia tidak mampu untuk menghasilkan benih subur dimana ia ditanam melalui keratan atau kepingan rumput (sod/sprigs). Mempunyai tekstur daun lebih halus dan rapat berbanding dengan jenis rumput Bermuda biasa. Antara varieti popular adalah varieti Tifway 419 sebagai salah satu pilihan utama untuk padang bola sepak dan gelanggang di Malaysia kerana cepat pulih sendiri daripada rosak. Varieti kedua adalah varieti Tifdwarf dimana dilihat yang pada permukaan sangat halus serta ia kerap digunakan di kawasan putting green padang golf. Ketiga ada Varieti  Greenlees Park iaitu ia adalah kultivar popular untuk landskap dan padang di rantau ini. Kesemuanya adalah jenis yang tahan lasak dan sesuai untuk kawasan yang kerap dipijak atau padang permainan. Jenis ini memang suka cahaya matahari penuh dan tidak boleh hidup subur di tempat teduh. Ia juga memang cepat tumbuh semula jika rosak.  


JENIS RUMPUT LALANG
(Imperica cylindricaialah sejenis tumbuhan popular tumbuh liar di Malaysia iaitu daripada keluarga rumput yang mempunyai nama saintifik Imperata cylindrica, juga dikenali sebagai alang-alang atau cogongrass. Ia adalah sejenis tumbuhan yang diketegorikan sebagai Rumpai di kalangan pekebun dan pertanian. Lalang dari keluarga Poaceae mempunyai rizom yang cepat membiak dan terdapat di Asia, India, Micronesia, Australia dan Negara-negara Afrika. Lalang juga dipanggil sebagai Congograss atau Kunai Grass yang tumbuh dengan ketinggian 0.6 - 3.0 meter. Lalang mampu tumbuh di mana ada tanah, cahaya matahari dan air serta cepat membiak dan merupakan satu masalah kepada petani. Artikel ini saya tulis menceritakan perkara berkaitan tumbuhan lalang berdasarkan pengalaman penulis sebagai pegawai pertanian hampir 30 tahun. Penulis blog yang puluhan tahun terlibat sektor pertanian mendapati dimana lalang mudah membiak terutama dikawasan lapang di Malaysia dengan mudah melalui bunga lalang (Lihat foto sebelah) yang diterbangkan oleh angin. Bunga lalang yang berwarna putih serta ringan apabila matang akan gugur dari tangkainya dan diterbangkan angin beberapa kilometer sehingga jatuh ketanah. Apabila keadaan sesuai benih lalang tumbuh secara rumpun dan akarnya mempunyai rizom yang cepat membiak. Rizom atau akar lalang ini mampu membiak dalam tanah terutama dalam keadaan tanah lembut selepas hujan. Sebenarnya lalang mampu tumbuh diatas pelbagai jenis tanah di Malaysia seperti tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Liat apa lagi tanah mineral yang subur. Walau pun kawasan lalang telah terbakar setiap kali pada musim kemarau, namun rizom akar lalang dalam tanah akan terus tumbuh dengan lebih subur apabila tiba waktu hujan. Akar atau rizom lalang terletak dalam tanah yang sukar untuk di musnahkan. Akar lalang jika di gigit akan mengeluarkan rasa manis.  

 
Jenis Rumput Mutiara (Pearl Grass) dengan nama botaninya sebagai 
Hedyotis corymbosa Lamk adalah jenis rumput yang popular di Malaysia dalam kategori rumput pilihan. Ia mempunyai bentuk daun lebih cerah, cantik dan tahan kawasan separa teduh (bawah pokok). Jenis ini ia sesuai untuk laman rumah kecil yang kemas. Ia merupakan sejenis rumput liar daripada keluarga Rubiaceae yang mudah kita jumpa dimana-mana. Rumput mutiara ini juga mempunyai persamaan dengan nama Oldenlandia corymbosa. Saya cuba mengaitkan ciri-ciri rumput ini dengan perkataan 'mutiara' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Pearl Grass' dimana ia mungkin dari segi bentuk daunnya yang mempunyai bentuk seperti mutiara.  Rumput ini mempunyai ciri tumbuh menegak atau condong dengan ketinggian sekitar 15 - 50 cm. Ia amat suka tumbuh dikawasan yang agak lembab dengan sinaran matahari yang mencukupi. Kita mudah menjumpai rumput ini ditepi jalan, ditepi pagar sekolah/pejabat, dikawasan padang dan banyak lokasi lagi. Tumbuhan ini memang mempunyai banyak cabang dengan tumbuh merimbun dikawasan tanah subur (Lihat foto sebelah). Ia lazimnya tumbuh bersendirian dengan batang sedikit dikawasan tanah kurang subur atau agak kering sedikit. Bentuk batangnya adalah bersegi dengan ruas agak pendek dan berwarna hijau kecoklatan sehingga kelabu. Daunnya bersaiz kecil sekitar 2-5 cm panjang berwarna hijau pucat dan mempunyai susunan bersilang. Jika diteliti, daun meruncing dihujung dengan adanya sehelai rambut yang pendek saiz dihujungnya. Dibahagian sepanjang tepi daun juga terdapat seakan sisik-sisik kecil dan tangkai daun adalah pendek. Bagi penulis blog dimana rumput mutiara (nama saintifik sebagai Oldenlandia corymbosa adalah sejenis rumput liar yang banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional kerana sifat antioksidan, anti-radang, dan khasiat lain yang membantu melancarkan pencernaan dan dapat juga menguatkan imuniti. Tumbuhan ini tumbuh subur di kawasan tropika dan subtropika yang lembap seperti di pinggir selokan atau sungai, serta mengandungi senyawa bioaktif seperti fenol, saponin, tanin, flavonoid, dan terpenoid. Di antara beberapa ciri dan kelebihan rumput ini adalah pertama ia bersifat Antioksidan dimana ia dilaporkan mengandungi pelbagai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas serta ia mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes dan kanser dan juga mampu melambatkan penuaan sel badan. Rumput ini khasiat kedua adalah sebagai bahan Anti-radang dengan cara membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan menjaga kesihatan hati. Ketiga dimana ia akan meningkatkan Imuniti secara membantu menguatkan sistem imuniti badan untuk melawan jangkitan bakteria dan virus. Khasiat lain adalah termasuk dapat membantu didalam cara mengurangkan masalah pencernaan dan menyokong kesihatan otak. Kajian makmal melaporkan jika diantara zat aktif dalam jenis rumput mutiara adalah mengandungi sejenis zat unik seperti bahan iaitu Asid ursolate dan Asid oleanolate yang berpotensi mencegah dalam perkembangan sel kanser. Kegunaan Tradisional dimana rumput mutiara ini ada yang digunakan sebagai sejenis ubat tradisional di negara-negara seperti China dan India untuk merawat demam. Dijadikan juga sebagai bahan makanan iaitu pada dunnya yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimasak bersama sayuran lain. Ciri rumput ini dimana ia boleh tumbuh dengan baik di tanah yang lembap dan boleh ditemui di pinggir tebingan sungai. Perlu awas jika penggunaan rumput mutiara perlu berhati-hati terutamanya bagi wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayinya serta individu yang mengambil ubat-ubatan sebab dilaporkan memang ada kesan ke atas komplikasi ubat yang belum terbukti sepenuhnya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang mana sebaiknya di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
BANYAK JENIS...RUMPAI DI MALAYSIA...
CEPAT MEMBIAK...ADA YANG BERGUNA...
JENIS POPULAR...ADA LIMA SEMUANYA...
BACA ARTIKEL...BARU DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Safar 1448H).

Saturday, August 1, 2026

BUNGA TANJUNG - FAKTA MENARIK

BUNGA TANJUNG
 (Mimusops elengi) adalah sejenis bunga kecil berwarna putih kekuningan yang sangat wangi dimana di Malaysia ia popular digunakan sebagai hiasan rambut atau untuk hiasan sanggul tradisional dan sebagai bahan wangian. Apa pun bunga tanjubg ia 
bukan sahaja dikagumi kerana aromanya yang harum, malah ia sering dijumpai dalam pelbagai karya seni corak tradisional seperti batik, songket dan ukiran kayu. Di samping itu lazimnya ia turut diabadikan dalam seni tempatan termasuk sastera, filem dan lagu sebagai salah satu simbolik warisan adat pusaka Melayu. Salah satu lagu tradisional yng popular adalah lagu berjudul 'Bunga Tanjung' dimana liriknya ringkas iaitu 'Bunga tanjung putih berseri,  Kembang jelita harum baunya, Gagah sungguh pohonmu berdiri, Tegap rimbun gagah perkasa, Harum jelita si bunga suci, Idaman dara gadis rupawan, Sangat sombongnya bungamu menari, Melenggang-lengok di hujung dahan' yang merdu. Ia merupakan sebuah Melayu klasik yang popular dan ia sering dikaitkan dengan nyanyian asal atau versi popular oleh seniman seperti Datuk Ahmad Jais dan Datok Sarifah Aini dan Eddy Solitonga. Ia adalah lagu berirama malar segar atau  'evergreen' yang bertemakan kasih sayang dan memang sering didendangkan dalam rentak irama Melayu asli atau pop genre tradisional. Liriknya berkisar tentang keindahan bunga tanjung yang dikaitkan dengan perasaan rindu atau cinta. Apa pun lagu ini sering didengar dalam majlis-majlis perkahwinan atau rancangan radio klasik di Malaysia. Bagi yang belum tahu sebenarnya bunga ini juga pernah disenarai pendek untuk ia dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada akhir tahun 1958. Meskipun tidak terpilih namun bunga yang berwarna putih kekuningan ini kekal sebagai bunga rasmi bagi negeri Selangor sejak zaman awal Kesultanan Selangor. Apa pun dengan nama saintifik bagi bunga tanjung adalah Mimusops elengi atau didalam bahasa Inggeris ia adalah dikenali dengan nama seperti 'Spanish Cherry' dan 'Red Coondoo'. Apa yang penulis blog lihat dimana kalangan generasi milaneal agak kurang kenal akan buga tanjung diman kini pokok bunga tanjung sering ditanam untuk meredupkan sesebuah kawasan kerana pohonnya yang berdaun rendang. Dalam keadaan biasa pokok bunga tanjung ia boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter tetapi kalau di tanam di sekitar rumah ia di cantas dengan ketinggian 1 - 2 meter sahaja. Di beberapa lokasi dimana ada pihak berkuasa tempatan yang menanam pokok bunga tanjung di kawasan Taman Rekreasi dan kawasan premis pejabat dan ia juga dijumpai sebagai sejenis tanaman tepi jalan dan perkarangan laman rumah. Pada masa yang sama, ia juga boleh dijumpai tumbuh secara liar di hutan atau tumbuh di kawasan berbatu dan tepi pantai. Pokoknya yang rendang memang ia sering ditanam sebagai jenis pokok teduhan, manakala daun dan kulit kayunya digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat sakit kepala, demam dan cirit-birit sebagai kaedah perubatan tradisional. Kenal ciri-ciri bunga tanjung dimana ia beraroma (berbau wwangi) dan ia sangat harum dan tahan lama dimana ia sering direndam dalam minyak kelapa sebagai pewangi rambut. Dari segi rupa dimana saiznya kecil, berbentuk bujur, kelopak halus, dan berwarna putih krim yang bertukar menjadi coklat/kuning apabila kering (Sila lihat foto diatas). 
Aspek kegunaan pula ringkasnya ia dijadikan hiasan sanggul, campuran bunga rampai dan bahan dalam beberapa rawatan perubatan tradisional. Ia juga sering dijadikan inspirasi motif kraf Melayu seperti ukiran kayu dan corak kain, melambangkan kehalusan budi. Artikel subuh ini pada 24 Ramadan 1447H saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta menarik tetag Buga Tajung sebagai baha rujukkan pembaca semua.


Pokok Bunga Tanjung ini t
ergolong dalam keluarga Sapotaceae dimana asalnya ia adalah sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di tepi pantai, kawasan berbatu dan dalam hutan. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter dan boleh menghasilkan batang atau kayu balak sepanjang 15 - 20 meter. Pokok tanjung menghasilkan banir yang sangat kecil atau besar sehingga 2 meter tinggi dalam keadaan biasa. DIlihat pada bahagian daun pokok tanjung adalah dari jenis ringkas diman ia mempunyai susunan bersilang-seli dan bahagian tepi daun beralun-alun dan bengkok ke atas. Daunnya licin dan ia berkilat. Bunganya pula ada jenis dwijantina dimana dilihat yang bunganya berwarna putih dan bercampur kuning. Apa pun lazimnya bunganya ini dihasilkan secara tunggal atau dalam jambak kecil. Pokok bunga tanjung dilaporkan ia ada buah dimana buahnya jenis beri berbentuk bujur telur. Apa pun selalunya sebelum matang, buahnya berwarna hijau dan ia kemudian akan bertukar kepada warna oren dan merah setelah masak. Apabila matang dimana buahnya rasa manis dan mempunyai kandungan bahan 'Astringen'. Astringen ini adalah bahan yang boleh bertindak sebagai agen yang boleh mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Dalam pada itu bunga pokok tanjung mengandungi bahan minyak mudah meruap manakala bijinya pula ia mengandungi minyak tidak boleh meruap. Kulit pokok bunga tanjung ia ada banyak mengandungi unsur tanin dan sedikit alkaloid sementara pada pokoknya pula mengandungi saponin. Bahagian kayu yang diambil daripada pokok bunga tanjung adalah dalam kategori sungguh keras, kuat dan berkualiti tinggi. Spesies tanaman ini disukai oleh ramai orang kerana ia mepunyai haruman yang manis dan segar dimana aroma ini adalah memberikan keselesaan. Selain itu ada di laporkan kalau bunga tanjung juga ia merupakan bunga wilayah Yala di Thailand. Dalam pada itu bunga tanjung adalah sejenis pokok hiasan yang sangat popular di Malaysia kerana keharuman bunganya yang tetap wangi walaupun setelah kering.


Pokok
Bunga Tanjung ialah pokok malar hijau yang rendang dan berkayu keras, mencapai ketinggian 9 -18 meter dimana ia sering dijadikan peneduh. Ciri utamanya ialah ia dapat menghasikan bunga kecil berwarna putih krim, berbau sangat wangi, berbentuk bintang dan mekar waktu senja. Ia juga menghasilkan buah kecil berbentuk bujur yang bertukar jingga apabila masak dan dilaporkan ia juga boleh dimakan. Dijelaskan lagi akan ciri-ciri terperinci pokok bunga tanjung terutama Bahagian Bunga dimana ia emang berbau sangat harum dan wangi, bertahan lama walaupun telah kering dengan ukurannya bersaiz kecil (kira-kira 1.2 cm). Ia juga berbentuk seperti bintang serta selalunya ia berwarna putih atau krim dan biasanya mekar pada waktu senja dan mengeluarkan bau wangi. Pokok bunga tanjung adalah dari jenis pokok malar hijau (sentiasa hijau), berkayu keras dan tumbuh rendang dimana di kawasan taman rekreasi, di tpi jalan dan premis bangunan akan ditanam agar menjadikannya pokok peneduh yang baik. Daunnya berbentuk bujur berwarna hijau berkilat dan rimbun. Apa pun pokok bunga tanjung ini akan menghasilkan buah bila matang dimana buahnya selalu berbentuk bujur kecil (seperti bola ragbi kecil) dengan panjang sekitar 3 cm. Selalunyanya buah yang masih muda ia berwarna hijau dan bertukar menjadi jingga atau merah apabila masak dimana dilaporkan ia mempunyai rasa yang manis dengan ada sedikit kelat. Kegunaan: Bunga sering digunakan sebagai hiasan rambut, hiasan kepala tradisional, dan dalam upacara keagamaan. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat ruam, sakit kepala, dan cirit-birit. Tanaman pokok bunga tanjung memerlukan banyak cahaya matahari penuh dan air secara sederhana. Paling orang suka pokok bunga tanjug ini sebab keharuman dan baunya yang manis dan sangat harum sering dikaitkan dengan pelbagai lagu tradisional dan puisi Melayu. Dalam perubatan tradisional dimana air rebusan kulit kayu atau bunganya sering digunakan dalam rawatan cara tradisional untuk merawat sakit gigi atau sebagai ubat kumur. Pucuk mudanya juga ia boleh dimakan sebagai ulaman yang enak bersama sambal dan nasi putih. Dilaporkan dimana reka bentuk bunga ini sering dijadikan inspirasi dalam seni kraf tangan seperti ukiran kayu atau barang kemas di Habib Jewels. Ada lagenda tersendiri bung aini iaitu kisah rakyat atau legenda yang mengaitkan bunga ini dengan kesetiaan dan penantian seperti kisah Gadis Bunga Tanjung di Kedah.


Dalam industri kraf dimana 
Bunga Tanjung selalu ia di jadikan bahan rujukkan. Bunga tanjung bersifat bulat dan kecil dimana kelopak bunga ini halus dan panjang dengan berwarna putih dan berbau wangi menjadi kesukaan ramai. Selalunya bunga tanjung ini sering digunakan sebagai hiasan tradisional bagi kaun wanita zaman dahulu dengan cara memakainya pada sanggul. Sanggul atau 'kundai' atau 'ban rambut' ialah gaya rambut di mana rambut ditarik ke belakang, dipintal dan dibalut menjadi bentuk bulat dan ia biasanya di belakang kepala, atas kepala atau di tengkuk. Ia diikat menggunakan getah, penyepit, atau pin, serta sering digunakan untuk dilihat kekemasan atau fesyen tradisional. Jenis dan Ciri sanggula ada banyak bentuk sama ada ia boleh jadi bulat, tinggi (seperti donat), atau sanggul rendah yang longgar. Apa pun selalunya penggunaan untuk majlis rasmi, tarian tradisional atau santai dan ada gunakan bunga tanjung sebagai hiasan dan aroma wangi. Bunga Tanjung adalah bunga klasik berbau harum yang sering dijadikan hiasan sanggul tradisional Melayu yang boleh melambangkan keanggunan, kesopanan dan budi pekerti halus wanita. Bunganya yang putih kekuningan, kecil, dan berbau wangi sering dirangkai atau dicucuk pada sanggul, di samping digunakan dalam majlis adat dan bunga rampai. Apa pun dalam kegunaan tradisional dimana hiasan sanggul dengan gunakan Bunga Tanjung sering dirangkai menjadi rantai atau dicucuk menggunakan tali pada sanggul dimana ia juga seringkali menggunakan batang pisang sebagai tapak. Memang kelebihan bunga tanjung adalah bau atau aroma bila ciri keharuman bunga ini digunakan sebagai pewangi semula jadi pada rambut. Ia mnjadi simbolik apabila didalam budaya Melayu ia dikaitkan dengan keharuman budi dan keanggunan, malah menjadi motif popular dalam seni ukiran dan tenunan. Ia popular dalam majlis pernikahan dan adat istiadat, serta pernah menjadi calon bunga kebangsaan Malaysia.  Selain di Malaysia, bunga tanjung juga dikenali dalam tradisi lain sebagai simbol kesetiaan iaitu seperti dalam hiasan pengantin Sunda. Keharuman bunganya pula digunakan sebagai pewangi. Bunga Tanjung juga berguna mengandungi minyak pati yang berwarna kuning muda kehijauan yang boleh digunakan dalam perawatan. Motif Bunga Tanjung lahir dari sifat kelopaknya yang membujur dan menganjur keluar. Biasanya terdapat anatra 12 hingga 14 belahan kelopak. Setiap 3 kelopak bercantum dalam bentuk empat penjuru. Motifnya diolah dari sudut empat penjuru itu menjadi empat persegi dengan petak-petak kecil seperti membentuk kelopak bunga. Motif Bunga Tanjung biasanya terdapat dibahagian badan kain yang disusun sama ada secara corak bertabur atau bercorak penuh. Motif Bunga Tanjung boleh digunakan di bahagian kepala kain dan punca kain. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUNGA TANJUNG... APA BENDA...
BUNGA KECIL...WANGI AROMA...
ADA DITANAM...PENEDUH JUGA...
BACA ARTIKEL... JUMPA FAKTA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(25 Ramadan 1447H).

Friday, July 31, 2026

KUNYIT - APA HENDAK TAHU


KUNYIT
 (Curcuma longa syn Cucurma domestica) ialah sejenis tumbuhan herba saka daripada keluarga halia (Zingiberaceae) yang berakar kuning terang. Ia merupakan rempah masakan utama terutamanya bagi jenis masakkan kari dan bahan penting dala berikan pewarna kuning semula jadi. Kunyit ini ia popular sebagai ramuan ubat tradisional untuk merawat keradangan, masalah pencernaan dan mencantikkan kulit kerana ujud kandungan kurkumin (cucurmin). 
Kurkumin (curcumin) ialah fitonutrien aktif utama yang terdapat di dalam kunyit (Curcuma longa) dan herba temulawak (Curcuma xanthorrhiza) dimana bahan ini ia ada sebanyak 2-5% sahaja dalam kunyit dan merupakan sebatian polifenol yang memberikan warna kuning terang pada kunyit. Kunyit terdiri daripada rizom (batang bawah tanah) yang berwarna oren terang atau kuning di dalam dan coklat nipis di luar dimana ia akan di tuai dalam beberapa bulan selepas penanaman. Kepentingan kunyit yang utama ia di gunakan didlam banyak jenis msakan di Malaysia dan seluruh dunia sebab ia akan memberi warna kuning keemasan dan rasa sedikit pahit atau sedikit pedas (earthy) pada makanan seperti masakan kari, nasi kunyit, sup dan pelbagai resepi jenis masakan Asia Selatan (India) dan juga di Asia Tenggara. Kegunaan dalam banyak jenis masakan dimana ia selalu digunakan secara meluas untuk memberi warna kuning asli, rasa berlemak, dan aroma unik kepada kari, gulai, dan nasi kuning. Khasiat kesihatan kunyit sebagai sejenis herba penting adalah disebabkan i mengandungi bahan kurkumin sejenis bahan aktif yang kaya dengan antioksidan dan unuknya ia juga adalah bersifat anti-keradangan. Ia sering digunakan untuk dapat mengurangkan sakit sendi (osteoartritis), mengatasi masalah penghadaman seperti kembung perut, meningkatkan imuniti badan. Apa pun kegunaan lain bagi kunyit dimana bahagian daun dan bunga kunyit juga digunakan dalam masakan sebagai ulam atau penambah aroma kepada makanan yang lebih enak jadinya. Jenis Kunyit Biasa adalah ia berbeza dengan Jenis Kunyit Putih (Curcuma zedoaria) yang sering digunakan khusus untuk perubatan tradisional. Kunyit adalah bahan penting dalam sistem perubatan tradisional dan ia digunakan sebagai ubat pembersih dalaman badan (jamu), untuk mencantikkan kulit, serta melegakan sakit perut dan keradangan. Kunyit selalu di ambil bahagian Rizom atau rimpang (akar) dimana ia biasanya diparut segar atau dijadikan serbuk, manakala daun kunyit juga popular sebagai ulam atau penambah aroma dalam masakan seperti rendang. Penulis blog dapati dimana pada tahun 2026) dimana harga kunyit hidup di Malaysia adalah sekutar RM10 - RM15 sekilogram bergantung pada tempat dan kualiti. Di laporkan ia ada dijual secara ats talian dimana di portal Lazada dan Shopee ia dijual sekitar RM7.90 hingga RM13.69 sekilogram terus sampai rumah. DIlaporkan berlainan dengan harge Jenis Kunyit Hitam (segar) yang jauh lebih mahal mencecah sekitar RM80 sekilogram. Bagi produk daun kunyit ia berharga RM2 - RM3 sehelai di kawasan tertentu terutama semasa hari perayaan. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis apa hendak tahu pasal kunyit untuk bahan rujukkan semua.


Beberapa laporan meyatakan dimana ada terdapat beberapa jenis kunyit yang popular di Malaysia terutamanya dalam kegunaan masakan dan perubatan tradisional. Jenis utamanya ialah Jenis Kunyit Kuning (Kunyit biasa), Jenis Kunyit Putih, Jenis Kunyit Merah dan Jenis Kunyit Hitam. Jenis pertama yang biasa di jual adalah Jenis Kunyit Kuning (Curcuma longa) dimana ia adalah jenis yang paling biasa digunakan dalam masakan kari yang memberi warna kuning dimana ubi berwarna oren kekuningan. Ia juga di panggil sebagai 'K
unyit Kuning Kampung' yang isinya berwarna kuning pekat atau pun warna jingga, bersisik pada kulitnya dan selalunya berbentuk memanjang. Jenis ini ia mengandungi sebatian kurkumin yang memberikan warna kuning terang dan ia sangat popular dalam masakan dan perubatan tradisional. Kedua adalah Jenis Kunyit Putih (Curcuma zedoaria): Ubinya berwarna putih atau kuning muda, sering digunakan dalam perubatan tradisional dan mempunyai aroma yang lebih kuat daripada kunyit kuning. Dilaporkan dimana kunyit putih yang paling umum dikenali juga dikenali sebagai 'temu putih' diana ia adalah sejenis herba tradisional dengan rimpang berwarna putih kekuningan, beraroma campuran mangga dan kunyit. Ia sering digunakan untuk kesihatan (rawatan anti-kanser dan membantu masalah pencernaan) dan bukan untuk masakan harian. Jenis ketiga adalah Jenis Kunyit Hitam (Curcuma caesia) adalah sejenis kunyit yang jarang ditemui dimana isinya berwarna hitam kebiruan dan sangat popular dalam perubatan tradisional. Melihat keunikannya dimana isinya berwarna ungu gelap, kebiruan atau berwarna kehitaman dengan mempunyai aroma yang wangi dan tajam. Pokoknya mempunyai daun yang sering mempunyai jalur ungu tua di tengah dimana cri ini ia berbeza dengan daun bagi jenis kunyit biasa. Keempat ada Jenis Kunyit Merah (Curcuma rubescens) iiaitu jenis kunyit  yang mempunyai warna isi yang lebih pekat dan merah, sering dianggap mempunyai khasiat tinggi. Pokok Kunyit Merah ia mempunyai batang berwarna merah gelap daunnya berwarna hijau dan merah ditengahnya dimana daunnya lebih kecil dan memanjang daripada kunyit yang lain. Antara khasiat yang terdapat pada Kunyit Merah ini adalah seperti merawat penyakit cacing pada kanak-kanak,menambah selera makan untuk kanak-kanak,merawat penyakit kulit seperti kudis dan ruam,mengatasi masalah obesiti dan kegemukan, membantu dalam mengembalikan kecergasan badan terutama kepada wanita selepas haid dan nifas,merawat sakit perut yang memulas-mulas,membuang angin di dalam badan dan merawat semput.


Apa yang pembaca blog hendak tahu mengenai khasiat dan kehebatan mengenai kunyit yang k
aya dengan kompaun aktif kurkumin yang bertindak sebagai agen anti-radang dan bahan antioksidan yang kuat, memberi manfaat besar seperti mengurangkan sakit sendi (arthritis), membantu meningkatkan kesihatan jantung, bantu merawat masalah pencernaan (maag/kembung) dan ia meningkatkan sistem imun, serta menjaga kesihatan kulit dan otak. Dalam pada itu kunyit khasiat utamanya adalah sebagai bahan Anti-Radang dan Sakit Sendi sebab kandungan kurkumin yang tinggi membantu meredakan keradangan kronik dan mengurangkan bengkak atau sakit sendi. Ia juga menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan bilamana kunyit membantu merawat pedih ulu hati, meredakan gejala Irritable Bowel Syndrome (IBS), perut kembung, dan ulser perut. Ia juga menjaga akan Kesihatan Jantung dan mengawal Kolesterol serta membantu didalam usaha menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan menjaga kesihatan kardiovaskular. Kunit merupakan jenis herba yang kaya dengan bahan Antioksidan dimana ini akan tingkatkan tahap imuniti serta mampu melawan radikal bebas yang merosakkan sel dan meningkatkan sistem imun badan. Kunyit dilaporkan bahan yang jaga Kesihatan Kulit dimana selalu ia digunakan untuk mencerahkan wajah, mengatasi masalah jerawat, dan merawat keradangan kulit. Siapa sangka jika kunyit yang mudah di dapatkan ia menjaga fungsi Otak dan juga fingdi mental sebab bahan kurkumin berpotensi meningkatkan memori dan mengurangkan gejala depresi. Cara ambil kunyit boleh di pelbagaikan daripada di gunakan dalam masakkan atau ada pengguna yang akan meminum jus kunyit sebagai air rebusan (air kunyit) atau digunakan sebagai bahan masakan harian. Walaupun kunyit berkhasiat perlu waspada sebab pengambilan suplemen kunyit berdos tinggi perlu dirujuk kepada doktor, terutamanya bagi individu dengan masalah pundi hempedu atau yang mengambil ubat cair darah. Kunyit antara jenis herba mempunyai pelbagai khasiat kesihatan terutamanya kerana kandungan kurkumin yang bersifat anti-radang dan antioksidan yang kuat. Dalam perubatan tradisional dan moden di laporkan kunyit akan dapat mengurangkan Keradangan (Anti-inflamasi) dimana ia sangat efektif untuk meredakan sakit sendi atau arthritis. APa pun menarik fakta dimana kunyit dapat membantu didalam usaha meningkatkan memori dan berpotensi mengurangkan risiko penyakit Alzheimer serta kemurungan. Kunyit sebagai bahan ada sifat antiseptik semula jadinya didakwa ia juga akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada badan.



 
Cara Menanam Kunyit Dalam Pasu dengan cara yang betul memerlukan ilmu yang sesuai dan praktikal. Ini kerana pokok kunyit ini kalau tidak ditanam dengan betul bukan sahaja akan kurang subur dan tidak berhasil tetapi akan mencacatkan permandangan dikawasan rumah. Memeng perlu membuat rujukkan dalam internet atau bertanya kepada jiran atau kawan sebelah rumah untuk ianya mendapatkan ilmu pengetahuan, mendapatkan benih tanaman dan cara amalan agronomi yang betul (Sila lihat foto disebelah). Umbisi kunyit adalah sejenis herba yang sentiasa dekat dengan jiwa masyarakat Melayu. Daun dan ubinya boleh di jadikan perencah dalam masakan. Ubinya juga ada khasiat tersendiri dalam perubatan tradisonal Melayu. Ia adalah antara satu ramuan penting dalam pembuatan jamu untuk kesihatan wanita. Kunyit segar ini mudah dibeli dipasar dan pasar malam dengan harga berbeza mengikut jenis dan kualiti. Oleh itu kalau ada kawasan yang luas dikawasan keliling rumah anda memang boleh sahaja tanam terus atas tanah yang telah di gemburkan. Tapi untuk mereka yang tinggal di bandar yang kekurangan tanah atau dimana dihalaman rumah dah habis di simen maka kaedah alternatif yang boleh di gunakan adalah menanam di dalam pasu. Kalau hendak menggunakan pasu boleh guna pasu biasa atau pasu plastik atau bekas plastik minyak masak dengan media tanaman yang dijual dipremis semaian. Dalam usaha menanam kunyit dalam pasu pokok kunyit ini, biasanya umbisinya tidak mahu membesar seperti menanam di kebun. Bagaimana pun jika kena cara amalan agronominya yang betul maka ia tidak lagi menjadi masalah. Kalau anda menanam kunyit dalam pasu dan tiada umbisinya pun tidak mengapa kerana boleh di petik daunnya untuk kegunaan masakan juga. Apa yang penting dimana apabila hendak memasak rendang, anda boleh tinggal petik sahaja daun kunyit di hujung halaman yang masih segar dan selamat dimakan. Kalau hendak membeli kunyit atau daun kunyit pun di pasar memang mahal dengan kos minyak, masa digunakan dan kuantiti yang dibeli. Lagipun penggunaan daun kunyit dan umbisi kunyit biasanya hanya sedikit sahaja untuk memasak dan tidak selalu. Kalau membeli dengan kuantiti banyak pula dan hanya sedikit digunakan atau disimpan akan kering atau rosak dan akhirnya dibuang begitu sahaja membazir. Kalau hendak tanam kunyit dalam pasu pastikan ada 3 perkara iaitu Pasu, Media Tanaman dan Benih Kunyit. Pilih benih kunyit tua yang sihat, tidak berpenyakit dan saiz yang sesuai untuk dijadikan benih. Sebaiknya pilih benih ubi kunyit yang mempunyai tunas besar berwarna keputihan di hujung ibu kunyit atau ia adalah mata tunasnya. Warna putih-putih itu sebenarnya menunjukkan ubi kunyit itu bersedia untuk tujuan mengeluarkan daunnya. Pastikan menyediakan saiz pasu sesuai dan media tanaman seperti jenis tanah campuran (3:2:1) yang sesuai. Tanah yang bagus untuk diisi dalam pasu adalah tanah yang mana ia mempunyai campuran tanah pasir, tanah bakar dan sabut kelapa @ cocopeat. Penulis bloh syorkan agar membeli sahaja tanah di nursery bunga atau di pasaraya bahagian barang-barang perkebunan. Masukkan tanah ke dalam pasu dan buat lubang dalam kedalaman 2 - 3 inci. Masukkan benih kunyit tadi dan pastikan mata tunas ibu kunyit tadi yang berwarna keputihan menghala kebahagian atas. Ia kemudian ditimbus dengan paras tanah dan pastikan sentiasa disiram tetapi jangan berlebihan air sehingga akan menebabkan benih busuk. Kebiasaaanya mata tunas kunyit tadi akan mengeluarkan tunas berdaun untuk tumbuh dalam masa 1-2 minggu. Pasu yang ada pokok kunyit boleh juga anda letakkan di bawah pencahayaan yang optimum. Tapi untuk rumah teres atau kondominium di bandar, anda boleh meletakkannya di bawah tempat separa berbumbung seperti di tepi balkoni atau bucu bumbung. Kalau letak di tempat yang terlalu teduh menyebabkan daun yang tumbuh tidak akan lebar dan lazimnya ia akan tumbuh kecil dan kurus sahaja. Pastikan air siraman tidak bertakung kerana pokok ini tidak suka tanah yang lembap. sebaiknya di siram 2 kali sehari di awal pertumbuhan. Bila pokok dah besar maka bolehlah di siram hanya sekali sehari samada di awal pagi atau petang. Bagaimana pun penulis blog gunakan 'plant gel' dalam media tanaman dan tidak perlu disiram selalu dan kalau ditinggalkan tanpa disiram berminggu pun pokok tidak akan mati kerana gel tersebut mampu menyimpan air. Kaedah pembajaan pula cukup sekadar baja organik di awal penanaman. Penulis blog berkongsi sedikit idea tentang penanaman pokok kunyit dalam pasu untuk rujukkan dan bacaan pembaca blog anim agro technology kali ini. Memang amat seronak melihat pokok kunyit dalam pasu tumbuh membesar depan mata dan mengeluarkan hasil serta dapat pula merasa nikmatnya. Wasallam!!!...
 
HERBA KUNYIT... BERKHASIAT DIA...
MUDAH DI TANAM... DI RUMAH ANDA...
SEDAPKAN MAKANAN...KUNING WARNA...
MENBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Syawal 1447H)

Thursday, July 30, 2026

BUBUR PULUT HITAM - ENAKNYA!

BUBUR PULUT HITAM
adalah sejenis makanan lokal sebagai jenis makananpencuci mulut tradisional masyarakat Melayu yang rasanya manis dan berlemak. Ia diperbuat daripada beras pulut hitam yang direbus sehingga kembang dan akan lembut dimana ia kemudian digaul bersama santan dan sesuai dimaniskan dengan gula Melaka atau gula kabung. Apa pun makanan kuliner Bubur Pulut Hitam adalah sejenis makanan masyarakat Melayu yang popular dan digemari hingga ke hari ini. Memang kena beli beras pulut hitam dengan harga sekitar RM10 - RM15 sekilogram bergantung kepda lokasi jualan. Apa pun pulut hitam hampir menyerupai beras padi tetapi bijirin ini berbeza dari segi rupa, warna tekstur,dan rasa. Bagi penulis blog akan cuba dapatkan hasil segar pulut hitam yang ditanam sekitar Melaka dimana ia adalah lebih segar dan wangi serta lebih lembut. Beberapa pesawah di sekitar Melaka masih ada menanam padi pulut hitam ini. Cara membuat bubur pulut hitam ini akan menentukan citarasa 
hidangan ini dimana umumnya rasanya berlemak masin (daripada santan) dan manis (daripada gula Melaka) dengan mempunyai tekstur pulut yang kenyal dan lembut bergantung kepada berapa lama memasknya (lagi lama lagi enak dan lembut). Lazimnya bubur ini akan menggunakan bahan seperti beras pulut hitam, santan pekat, daun pandan (untuk bau wangi) serta sedikit garam (pemberi rasa lemak) dan sebaiknya guna gula Melaka. Khasiatnya dimana makanan pulut hitam memang ia kaya dengan serat dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Apa pun sebagai rujukkan dimana pulut hitam adalah sejenis beras pulut yang berwarna ungu gelap atau hitam. Ia popular di Malaysia untuk dijadikan pencuci mulut yang manis dan enak berkrim seperti Bubur Pulut Hitam, yang dimasak dengan daun pandan, gula Melaka, dan santan. Ia juga kaya dengan antioksidan dan serat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Pulut hitam pada dasarnya mempunyai teksturnya melekit, kenyal dan berlemak apabila dimasak bersama santan. Ada jenis beras pulut tang unpolished (tidak dibuang kulit bran) dan ini menjadikannya kaya dengan pelbagai nutrien seperti zat vitamin B, zat besi dan antosianin (antioksidan). Penulis blog kongsikan petua memasak bubur pulut hitam dimana untuk melembutkannya dengan cepat disyorkan agar beras pulut hitam perlu direndam beberapa jam (atau dalam semalaman lamanya) sebelum direbus sehingga kembang. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai bubur pulut hitam untuk bahan bacaan semua.


Dalam beberapa tinjauan di laporkan dimana secara asasnya ada terdapat beberapa jenis beras pulut hitam yang digunakan untuk membuat bubur dan kuihmuih. Jenis pertama adalah Jenis Pulut Hitam Panjang dimana jenis ini paling sesuai dan popular digunakan untuk membuat bubur kerana teksturnya yang lebih lembut dan mudah kembang apabila dimasak. Beras 
Pulut Hitam Panjang ialah jenis beras Pulut Hitam jenis asli yang biasanya digunakan khusus untuk membuat bubur pulut hitam atau pencuci mulut sama ada di tanam di Malaysia atau diimport dari luar negara seperti dari Thailand. Biji benihnya lebih tirus dan panjang berbanding pulut hitam yang digunakan untuk membuat ketupat (yang berbentuk sedikit pendek dan lebih gemuk). Beran jenis ini ia mempunyai ciri teksturnya lebih keras dan berselaput dengan kulitnya menjadi sedikit kenyal dan sedap dikunyah apabila dimasak lama. Hebat sebab apabila dimasak ia akan menghasilkan warna ungu gelap atau kehitaman yang cantik bagaimana pun di laporkan dimana ia perlu dimasak lebih lama (atau direndam terlebih dahulu) supaya kembang dan lembut. Kedua ada Jenis Beras Pulut Hitam Separuh Putih dimana jenis ini dilihat biji pulut ini biasanya lebih pendek iaitu ia separuh hitam dan separuh putih. Ia lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih seperti ketupat dan dari segi variasi hidangan pula jenis ini ia dikategorikan berdasarkan bahan tambahan atau cara masak dijadikan makanan. Jenis ketiga ada Jenis Beras Bubur Pulut Hitam Asli dimana ia hanya akan digunakan sebagai bubur pulut hitam sesuai ia dimasak bersama daun pandan serta dimaniskan dengan gula melaka atau gula perang. Terbaik dan selalunya ia dihidangkan iaitu bersama kuah santan pekat yang berlemak. Keempat dilaporkan ada Jenis Bubur Pulut Hitam Campur Kacang Merah dimana makanan ini di jadikan pulut hitam dicampur bersama kacang merah yang direbus empuk untuk kemudina ia akan memberikan tekstur dan rasa yang lebih pelbagai. Selain masak bubur pulut hitam di rumah lazimnya makanan ini ada dijual di beberapa lokasi dimana harga bubur pulut hitam di kedai atau gerai sekitar antara RM2.50 hingga RM5.00 bergantung pada saiz bekas dan lokasi. Apa pun jika suka memasaknya sendiri, harga bahan mentah (beras pulut hitam) di pasaran pula sekitar RM5.00 hingga RM10.00 untuk pek 500g atau 1kg. Uniknya ada produk Bubur Pulut Hitan yang Sedia Dimakan (Siap Masak) dijual dengan harga sekitar RM2.50 hingga RM5.00 sebekas dan ada produk Pek Segera (Ready to Eat) yang dijual sekitar RM6.50 hingga RM8.00 sepaket.
 

Beberapa laporan menyatakan jika bubur Pulut Hitam ialah pencuci mulut tradisional yang manis dan berkrim yang mana ia dimasak dengan merebus beras pulut hitam sehingga lembut, kemudian diperisakan dengan gula Melaka, daun pandan dan santan berlemak. Membuat bubur ini agak mudah sebab ia hanya perlukan beberapa langkah sahaja. Perlu disediakan bahan-bahan membuat bubur pulut hitam sepert bagi bahan bubur disediakan 1 cawan beras pulut hitam, 5 hingga 6 cawan air (untuk merebus), 1 ketul kecil gula Melaka, 3 sudu besar gula pasir, 1 helai daun pandan (disimpul) dan juga secubit garam. Bahan disediakan untuk buat kuah santan adalah seperti 1/2 cawan santan pekat, secubit garam dan juga 1 sudu kecil tepung jagung sebagai pilihan bertujuan untuk pekatkan sedikit kuah bubur. Cara memasaknya dengan merendam beras pulut hitan dan ia dibersihkan pulut hitam dan rendam sekurang-kurangnya 3 - 4 jam (atau semalaman) supaya lebih cepat empuk. Kemudian toskan pulut dan masukkan ke dalam periuk bersama 5 cawan air dan daun pandan. Rebus dengan api sederhana sehingga pulut kembang, lembut dimana kuah menjadi sedikit pekat. Apabila pulut sudah kembang maka ia sesuai untuk masukkan gula Melaka, gula pasir dan secubit garam. Kacau sehingga gula larut sepenuhnya dan tutup api. Cara masak Kuah Santan dimana didalam periuk berasingan, campurkan santan pekat, sedikit garam dan tepung jagung. Ia perlu dikacau sentiasa dengan api perlahan sehingga kuah mendidih sedikit, kemudian tutup api. Akhir sekali adalah bagaimana cara menghidangkan bubur pulut hitam dimana boleh di cedok pulut hitam ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah santan pekat di atasnya dimana ia sedia untuk dimakan.


Beberapa kajian menuatakan yang makanan bubur pulut hitam kaya dengan antioksidan (antosianin), serat tinggi dan pelbagai nutrien yang memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh. Apa pun dilaporkan antara khasiat utamanya termasuklah ia mampu Mencegah Penyakit Kronik sebab ada pigmen gelapnya mengandungi antioksidan tinggi yang membantu melawan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan menjaga kesihatan jantung. Makan bubur ini ia akan membantu Melancarkan Penghadaman sebab kandungan serat yang tinggi membantu mencegah sembelit dan memberi rasa kenyang lebih lama. Ia bagus untuk Kesihatan Mata sebab ia kaya dengan karotenoid yang melindungi kesihatan retina dan dapat Membantu Mengawal Gula Darah dimana ia akan memperbaiki sensitiviti tubuh terhadap insulin. Sesiapa suka makan bubur pulut hitam juga ia Mencegah Anemia iaitu dengan membekalkan zat besi yang penting untuk bentu dalam pembentukan sel darah merah. Bubur Pulut Hitam adalah makanan yang kaya dengan antioksidan (anthocyanin) dan serat yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun masih lagi ada 'ancaman' atau risiko yang boleh timbul iaitu ia bergantung kepada cara ia dimasak dan tahap kesihatan individu. Bagi mereka yang berisiko bahan gula  dan kalori yang berlebihan dilaporkan jika bubur pulut hitam lazimnya dimasak bersama santan dan gula Melaka atau gula putih. Pengambilan yang kerap boleh menyebabkan lonjakan kalori, berat badan berlebihan, dan peningkatan risiko diabetes. Pernah juga di laporkan ada masalah penghadaman boleh berlaku sebab beras pulut adalah sejenis pulut (makanan glutinous) yang bersifat kenyal dan lambat hadam. Bagi orang atau  individu yang mempunyai perut sensitif atau masalah gastrik, ia boleh menyebabkan perut kembung, senak atau pedih ulu hati. Waspada dengan isu lonjakan gula dalam darah kepada pesakit Diabetis sebab walaupun pulut hitam berkhasiat, sifat pulut itu sendiri melepaskan glukosa lebih cepat berbanding nasi putih biasa. Pesakit kencing manis juga diingatkan agar perlu mengawal jumlah kuantiti yang diambil dan mengelakkan penggunaan gula berlebihan.


Menarik dalam portal sinarharian.com dimana 'Tiga jenis bubur jadi rebutan penduduk' dimana di Kuala Selangor bukan sekadar bubur lambuk, malah bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam turut menjadi tarikan utama kepada penduduk di Kampung Jaya Setia. Pihak JKKK ada membuat inisiatif yang selalu dijalankan secara gotong-royong itu mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat yang teruja menikmati juadah kegemaran mereka mengikut selera masing-masing. Mereka membuat penyediaan pelbagai jenis bubur yang mana ia bertujuan memastikan lebih ramai penduduk kampong agar dapat menikmati juadah berbuka. Selalunya ada yang suka bubur lambuk, tetapi ramai juga terutama kanak-kanak yang gemar bubur kacang hijau dan pulut hitam kerana rasanya lebih manis. JKKK ada sediakan ketiga-tiganya supaya setiap penduduk ada pilihan apabila berbuka nanti. Program yang diadakan di Masjid AL Hasanah, Kampung Jaya Setia bermula jam 8 pagi itu menyaksikan penduduk berganding bahu memasak, membungkus dan mengagihkan bubur kepada masyarakat setempat. Ada sebanyak empat kawah membabitkan sebanyak 3,000 pek disediakan bagi tujuan memasak tiga jenis bubur berkenaan. Selain diagihkan kepada penduduk Jaya Setia pihak JKKK juga turut mengedarkan di beberapa kampung lain antaranya di Jeram, Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Memang selalunya tidak semua orang sempat memasak juadah berbuka, jadi bila ada program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu. Program seperti ini diharap diteruskan setiap tahun bagi memupuk semangat kejiranan dan berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna sebagai bahan rujujjan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
BUBUR PULUT HITAM...ENAKNYA....
PULUT DIRENDAM..MASAK LAMA...
BANYAK KHASIAT... MAKAN BERPADA...
MEMBUAT SENDIRI..MUDAH SAHAJA...

By,
M Anem.
Seenior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Zulhijjah 1447H).

Wednesday, July 29, 2026

SIREH DAN FAKTA PENTING (PART 3)

DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Piperaceae yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu meningkatkan kesihatan manusia. Daun Sireh juga adalah merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India pula lama telah menggunakan daun sireh dalam banyak acara-acara berkait keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh terdiri dari seperti Sirih Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' (Thailand). Penanaman sireh mudah dilakukan dikawasan rumah secara kecil-kecilan atau ditanam dalam kebun secara komersil. Penulis merujuk kepada statistik perangkaan tanaman Jabatan Pertanian Malaysia dimna ia tidak menunjukkan keluasan tanaman sireh tetapi telah menganggarkan ia sekitar 150 CHE (crop hectrage equivalent) pada tahun 2025. Apa pun pokok sireh (atau sirih) adalah sejenis pokok menjalar dari keluarga Piperaceae (keluarga lada) yang popular dalam perubatan dan budaya tradisional Melayu. Daunnya berbentuk hati, kaya dengan minyak pati, dan terkenal dengan khasiat antibakteria, anti-radang, serta digunakan sebagai bahan mandian atau minuman herba. Secara tradisinya, daun sirih sangat sinonim dengan amalan memakan sirih (dikunyah bersama pinang dan kapur), dijadikan hantaran perkahwinan, dan bahan untuk adat istiadat. Selain itu dilaporkan daun ini juga sangat terkenal dengan pelbagai petua kesihatan antaranya ia menjaga kebersihan mulut, merawat masalah kulit, mengatasi isu seperti keputihan dan boleh melegakan batuk dan selesema. Penulis blog analisa harga daun sireh di pasaran Malaysia biasanya ia bergantung pada kuantiti yang dibeli. Bagi jenis daun sireh segar untuk 100 helai berharga antara RM4.50 hingga RM12.00. Apa pun jika daun sireh ini ia dibeli secara runcit dimana ia boleh didapati sekitar RM0.20 - RM1.00 sehelai dimana bagi pek 100 helai (Ikat/Pek) ia dijual sekitar harga RM4.50 - RM12.00 dan bagi harga runcir sehelai di jual sekitar RM0.20 - RM1.00. Dalam pada itu ada dijual produk  Serbuk Daun Sireh yang dijuak sekitar RM13.00 - RM15.00 bagi pek 100 gram serbuk sireh dan kalau hendak menanam ada anakbenih sireh yang di jual sekitar RM6.00 - RM19.00 sepokok di nurseri. Artikel kali ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting daun sireh untuk bahan rujukkan pembaca semua.


Daun sirih apa yang penulis blog tahu ia memang sejenis herba yang amat sarat dengan mitos perubatan dan budaya tradisional. Antara mitos utamanya ialah dimana ia didakwa mengeringkan rahim atau memandulkan wanita serta didakwa mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Selain itu dari sudut budaya pula dimana kegunaan daun sirih dianggap lambang kesopanan dan adat resam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu sehingga kini ia masih di jadikan salah satu budaya membuat sireh junjung untuk majlis perkahwinan dan adat istana. Di paparkan beberapa mitos dan fakta sebenar tentang daun sirih untuk di jadikan bahan rujukkan semua. Pertama ada Mitos Dimana Daun Sireh Akan Mengeringkan Rahim atau Menyebabkan Sukar Mengandung sedangkan faktanya dimana menurut pengamal perubatan memang masih tiada bukti saintifik yang menunjukkan amalan memakan atau meminum rebusan sirih boleh merosakkan atau mengeringkan rahim dan boleh pula ia menyebabkan mandul. Istilah '
Mandul' adalah suatu keadaan ketidakupayaan seseorang untuk hamil atau menghasilkan zuriat walaupun telah melakukan hubungan intim secara kerap tanpa perlindungan. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor kesihatan yang mempengaruhi kesuburan wanita (seperti masalah ovulasi) atau lelaki (seperti masalah kualiti sperma. Jenis Kemandulan Wanita ia selalunya berkaitan dengan gangguan ovulasi (contohnya PCOS), masalah tiub fallopio, atau ketidakseimbangan hormon. Jenis Kemandulan Lelaki pula ia biasanya berpunca daripada kuantiti sperma yang rendah, pergerakan sperma yang lemah, atau masalah hormon. Kedua ada pula Mitos Cara Merawat Keputihan dan Menguatkan Organ Intim dengan daun sireh dimana fakta sebenar adalah daun sirih memang mempunyai ciri dan sifat antimikroba dan antibakteria. Namun dengan mencuci organ intim secara berlebihan dengan air sirih boleh membunuh bakteria baik dan mencacatkan keseimbangan pH yang kesan akhirnya mengundang jangkitan kulat.  Ada juga ketiga iaitu  Mitos Guna Daun Sireh Bagi Mengubati Batuk, Sakit Tekak dan Penyakit Lain dimana faktanya walaupun dikatakan akan dapat membantu melegakan tekak atau bengkak ringan, ia bukanlah ubat penyembuh untuk penyakit kronik seperti batuk atau masalah dalaman. 


Keempat ada 
Mitos Daun Sireh Ia Baik untuk Kesihatan Gigi dimana faktanya cara mengunyah sirih sering kali dicampur dengan kapur dan pinang. Tabiat ini sebenarnya merosakkan gigi serta akanmenyebabkan gusi mengecut dan berisiko tinggi menyara kanser mulut. Apa pun aktiviti seperti Makan Sirih atau ia disebut 'Menginang' adalah tradisi mengunyah daun sirih bersama bahan-bahan seperti buah pinang, kapur sirih, gambir dan tembakau. Ia bertindak sebagai perangsang ringan yang memberikan rasa hangat dan menyegarkan mulut namun ia kini dikaitkan dengan risiko kesihatan serius seperti kanser mulut. Tradisi ini akan gunakan bahan-bahan seperti Daun Sirih iaitu jenis daun beraroma yang menjadi pembalut utama serta Buah Pinang yang diambil dri biji dari pokok pinang yang dikunyah untuk memberi kesan stimulasi. Ada bahan Kapur Sirih yang mengandungi kalsium yang disapu pada daun untuk mengeluarkan rasa serta bahan Gambir dan Tembakau iaitu sebagai bahan tambahan yang memberikan rasa kelat atau perisa tambahan. Lazimnya cara dan proses mengunyah daun sirih disapu dengan sedikit kapur dan diletakkan hirisan pinang serta gambir dimana daun tersebut dilipat atau digulung dan ia akan dikunyah perlahan-lahan serta akan menghasilkan air liur berwarna kemerahan. Dilaporkan yang air liur ini biasanya diluahkan ke dalam bekas khas yang dipanggil ketur. Apa pun dalam tradisi ini ada ciri kepentingan budaya dimana dalam Alam Dunia Melayu dan Nusantara tradisi makan sirih juga ia merupakan lambang adat, budaya dan kesopanan. Tepak sirih menjadi simbol untuk memuliakan tetamu dan alat penting dalam adat istiadat perkahwinan, seperti majlis merisik dan meminang. Aspek Risiko Kesihatan dimana menurut pakar perubatan, amalan mengunyah sirih dan pinang sudah pun ia diklasifikasikan sebagai bahan karsinogenik (penyebab kanser) dimana tabiat jangka panjang boleh menyebabkan kes seperti kanser mulut, gigi dan gusi rosak atau berubah warna menjadi merah kehitaman serta ujud masalah kesihatan kardiovaskular dan pencernaan.


Dalam portal hmetro.com dengan kisah bertajuk 'Sirih gading tahan lasak' wajar ditulis semua untuk ianya dikongsikan. Ruangan deko dalam berita tersebut dinyatakan
berkenaan beberapa tanaman hiasan popular di kalangan masyarakat di Malaysia. Ia dijadikan tanaman untuk tujuan menghiasi sudut dalaman atau dijadikan penyeri laman rumah. Kini dilaporkan dipilih satu lagi tanaman hiasan yang mudah untuk ditanam dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Tumbuhan hijau menjalar yang satu ini sering anda lihat menghiasi taman dan tandas awam, pejabat, ruang kediaman atau pagar dan pintu laman. Bentuk daunnya seakan-akan daun sirih tetapi ada antaranya jenis bertompok putih, membuatkan tumbuhan hiasan ini digelar sirih gading. Sirih gading atau nama lainnya 'Golden pothos' atau 'Money plant' menjadi pilihan kerana ia adalah memang tahan lasak. Hanya berbekalkan air biasanya tanaman sirih gading mampu untuk terus hidup subur dan menjalar hingga ke beberapa meter ukurannya selain dipercayai mempunyai pertumbuhan yang begitu pantas sekali. Bagi penulis blog yang ada beberapa pasu jenis sireh ini dirumah endapati dimana selain keindahannya, sirih gading sering kali dipilih menjadi hiasan kerana keberkesanannya menjadi penyerap kepada wap kimia seperti toksik udara dalam ruang umum yang dikeluarkan elemen tertentu termasuk penutup lantai, bahan pencuci, pelekat dan bahan binaan. Selain itu, daunnya berbentuk hati, bertangkai dan berwarna belang kuning cerah hingga kuning pucat. Daun tumbuh berselang-seling di batangnya. Di habitat asalnya, tanaman ini tumbuh menjalar pada batang pohon lain. Dilihat dimana tanaman ini mampu tumbuh setinggi 20 meter dengan batang berdiameter hingga 4cm. Kemampuan bertahan hidup sirih gading yang luar biasa membuatkan ia mampu dalam menumbuhkan akarnya dari hujung batang yang baru dipotong. Tanaman ini menarik diletakkan di ruang dalaman rumah seperti di dalam balang kaca lutsinar dengan sedikit isian air. Biarkan beberapa minggu supaya dedauannya mula menjalar keluar dari balang dan berjuntaian sedikit. Perlu selalu dicantas bahagian yang terlalu panjang supaya ia tumbuh seimbang. Bagi hiasan halaman pula letakkan pohon ini berhampiran pagar atau tembok yang membolehkan dedaunnya memanjat, sekali gus menghasilkan sentuhan seni taman semula jadi. Daun yang tumbuh sihat dan kelihatan berkilat dan bersinar. Sementara penyelenggaraannya juga tidak sukar. Jika ditanam di dalam ruang kediaman, ia hanya perlu dikeluarkan sesekali untuk mendapatkan cahaya matahari supaya warna daunnya tetap menarik. Tahukah anda betapa hebatnya sirih gading ini hingga disenaraikan antara 15 tanaman hiasan yang begitu efektif dalam menyerap racun.


Kisah menarik mengenai kejayaan 'UMP Hasilkan sanitizer daun sireh' memang wajar untuk dikongsikan kali ini. Beberapa media tempatan memberikan laporan mengenai d
aun sirih yang suatu ketika dulu cukup dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu kerana dijadikan kudapan serta bahan penjagaan kesihatan atau kini hanya menjadi penyeri atau hiasan set hantaran untuk majlis perkahwinan sudag ada produk hebat. Dilaporkan satu inovasi oleh penyelidik daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diketuai pensyarahnya, Datin Prof Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim bakal mengubah persepsi masyarakat moden kepada sirih kerana ia kini boleh dijadikan cecair pembunuh kuman atau 'sanitizer'. Ia berbeza dengan cecair pembunuh kuman sedia ada dalam pasaran kerana dapat mengelakkan masalah kulit merengsa berikutan penggunaan etanol iaitu bahan kimia alkohol yang asasnya dari petroleum. Didakwa dimana penyelidikan serta usaha inovasi itu dijalankan sejak 2008 apabila mereka mahu mencari formula khas yang boleh menjadi antiseptik untuk digunakan dalam kehidupan harian. Mereka menggunakan daun binahong dalam menghasilkan produk seperti sabun dan krim, bagaimanapun ia dianggap kurang berjaya kerana tidak kelihatan menarik yang mungkin menyebabkan ia sukar dipasarkan. Penyelidikan lanjutan untuk menghasilkan produk antiseptik mampu dipasarkan dan akhirnya berjayan dalam membangunkan inovasi sanitizer diperbuat daripada daun sirih. Hasil maklum balas adalah positif dan antaranya kulit pemakai lembap apabila memakainya tidak merengsa seperti produk lain. Penyelidikan lanjutan sedang dibuat bagi dapat mempelbagaikan perasa kerana setakat ini hanya ada perasa lemon. Kini statusnya adalah dalam proses mendapatkan pensijilan halal bagi cecair pembunuh kuman terbabit dan ia perlu melalui pelbagai proses termasuk perakuan pengurusan amalan terbaik daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Produk ini bakal menjadi salah satu produk pertama mendapat pensijilan halal bagi produk cecair pembunuh kuman sekiranya berjaya dimana pengguna tidak lagi perlu was-was menggunakannya. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
POKOK SIREH ... SENANG TANAMNYA... 
BELI BENIH .. DIPASANG SOKONGNYA...
DAUN DI PETIK...BANYAK GUNANYA... 
BACA ARTIKEL...MENDAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Safar 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...