Support My Blog

Friday, July 18, 2025

SEMBANG PASAL KELAPA LAUT

POKOK KELAPA LAUT AFRIKA
(Borassus flabellifera) atau Pokok Tal ialah sejenis pokok berbuah daripada jenis pokok kelapa laut iaitu dari jenis palma juga kenali sebagai pokok tal, pokok lontar, pokok tah, pokok tai, pokok ental dan pokok etal. Bagaimana pun minuman air kelapa laut menjadi kegemaran ramai pada penduduk di Malaysia terutama di musim panas sepertii sewaktu artikel ini ditulis. Air kelapa laut didakwa mampu menyejukkan badan dan baik untuk kesihatan. Pokok kelapa laut terdapat dengan banyak dibeberapa negara seperti di India, Myanmar dan Thailand. Pokok Kelapa Laut ini juga banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Dalam beberapa kajian menunjukkan pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Antara kegunaan pokok kelapa laut ini dilaporkan dimana nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula atau pun todi sama seperti pokok kelapa biasa. Masa dahulu kala juga dilaporkan bahawa bahagian daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul terutama dikawasan kampong dipendalaman. Kita di negara Malaysia cuma kenali kelapa laut yang di jadikan Ubat Batuk dan juga Minuman Air Kelapa Laut sebagai penghilang dahaga yang dijual digerai atau dalam tin. Penulis dapati tidak ada maklumat keluasan penanaman kelapa laut di Malaysia (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Bagaimana pun tumbuhan ini hanya terdapat tumbuh liar di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan Kelantan sahaja. Teknologi dan Amalan Agronomi mengenai tanaman ini juga amat sukar dicari dinegara kita kerana ia adalah tumbuhan yang kurang popular atau kurang diberikan perhatian untuk dikomersilkan. Bagaimana pun sering kita lihat setandan buah kelapa laut diletakkan di tepi gerai jualan minuman aie kelapa laut ini sebagai satu daya terikan kepada pembeli. Anda boleh baca info mengenai kelapa laut ini dalam artikel saya sebelumnya (Sila klik disini). Artikel sempena PKP 3.0 di Malaysia pada subuh dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan mempaparkan mengenai beberapa fakta berkaitan kelapa laut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.


Pokok Tal menghasilkan buah tal segar dan didakwa sesuai digunakan sebagai ubat batuk di Malaysia. Kegunaan buah tal adalah untuk dijadikan sumber nira yang berkualiti dimana disesetengah negara air nira akan ditapaikan untuk menjadi air todi (Banyak di India). Air nira yang manis ini apabila ianya ditapaikan mengandungi 5-6% alkohol dan jika di proses seterusnya mampu menjadi ethanol (Arak) yang memabukkan dan juga menjadi cuka makan. Air Kelapa Laut Afrika di Malaysia merupakan satu produk minuman sangat popular dimana ianya telah di komersilkan dengan dijual digerai-gerai di tepi jalan. Air Kelapa Laut Afrika apa yang penulis blog tahu dimana kebanyakkannya dijual dengan menggunakan mangkuk atau gelas dengan air batu yang sejuk. Wow, enaknya ketika kita sangat minum semasa kehausan!. Di Melaka penulis blog dapat ujirasa ir ini dengan harga RM 2.00 - RM 2.50 satu cawan bergantung kepada saiz cawan dan lokasi jualan seperti gerai di Jalan Bendahara, Melaka. Lazimnya penjual akan meletakkan satu tandan buah kelapa laut Afrika di hadapan sebagai satu tarikan pembeli. Dalam pada itu tinjauan penulis blog ke Baling, Kedah mendapati dimana ada peniaga buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama buah Thai oleh penduduk tempatan di sini dimana dia mampu meraih keuntungan sehinga RM300 sehari hasil jualan buah yang mendapat banyak peminat permintaan terutamanya dalam Ramadan. Buah yang berwarna kelabu kehitaman dan rata-ratanya dibawa dari wilayah Selatan Thai terutamanya Pattani yang pokoknya tumbuh subur di kawasan itu. Penulis pernah menebual Encik Azman Sudin berumur 50 tahun yang berniaga di pekan Baling dimana dia sudah lama membuat tempahan buah Thai dari peniaga di Pattani sejak dua minggu sebelum Ramadan tiba kerana tahu buat itu mendapat permintaan tinggi ketika bulan ramadan. Buah tal ini mempunyai isi seakan-akan agar-agar yang lembut dan rasanya adalah manis dimana biasanya dijadikan campuran dalam minuman serta mempunyai khasiat terbaik seperti mengurangkan panas dalam badan dan batuk.

 
Dalam portal berita hmetro.com yang bertajuk 'Kelapa laut dapat sambutan' memang wajar dikongsikan dengan semua pembaca. Seorang peniaga air kelapa laut afrika En Azman telah membuktikan dimana minuman buah kelapa laut afrika yang dijual ketika ditemui di Bazar Ramadan di Baling, Kedah memang mendapat sambtan baik. Peniaga ini yang menggunakan buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama buah Thai oleh penduduk tempatan di sini, mampu meraih keuntungan sehinga RM300 sehari hasil jualan buah yang mendapat banyak permintaan terutamanya dalam Ramadan (Sila lihat foto disebelah). Di nyatakan dimana buah yang berwarna kelabu kehitaman, rata-ratanya dibawa dari wilayah Selatan Thai terutamanya Pattani yang pokoknya tumbuh subur di kawasan itu. Bagi Azman Sudin (50 tahun) yang berniaga di pekan Baling dmendakwa dimana dia sudah membuat tempahan buah Thai dari peniaga di Pattani sejak dua minggu sebelum Ramadan tiba kerana tahu buat itu mendapat permintaan tinggi ketika musim ini. Buah ini yang mempunyai isinya seakan-akan agar-agar yang lembut dan manis dan biasanya dijadikan campuran dalam minuman serta mempunyai khasiat seperti mengurangkan panas dalam badan dan batuk. Buah segar tersebut dijual dengan pelbagai harga berbeza mengikut saiz iaitu RM8, RM5 dan RM4 dan menurutnya beliau dimana biasanya akan mampu menjual sehingga hampir 50 biji buah kelapa laut pada hari pertama Ramadan. Penulis blog pun suka minum air kelapa laut afrika yang memang lazat dan harga berpatutan.

 
Sementara itu akhbar sama dengan artikel bertajuk 'Buah Thai Laku Keras' yang dilaporkan dari Tumpat, Kelantan juga menarik ceritanya. Dilaporkan dimana keenakan buah kelapa laut atau dikenali sebagai buah Thai di kalangan masyarakat tempatan yang gemar memakannya bersama air gula melaka menyebabkan buah itu menjadi pilihan ramai terutama di bulan puasa. Isinya yang lembut seakan isi kelapa muda tambah lazat apabila dimasak bersama daun pandan selain dicampur bersama buah kabung bagi tujuan menghasilkan minuman. Seorang peniaga di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, Hanapi Ismail, 56, berkata, dia mampu menjual kira-kira 50 bungkus buah kelapa laut yang diambil dari pemborong di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, setiap hari (Sila lihat foto disebelah). Buah kelapa laut memang agak sukar ditemui di Kelantan dan hanya di beberapa tempat sahaja pokoknya tumbuh. Maka untuk jualan di bulan Ramadan ini maka ada pemborong terpaksa membelinya di negara jiran Thailand. Setiap unit bungkus buah Thai dijual pada harga RM7 dimana ia juga memang laris di bulan puasa kerana mungkin pembeli ingin mempelbagaikan juadah minuman mereka untuk berbuka puasa. Hanapi akan ke RTC untuk mendapatkan bekalan buah itu kerana ia tidak boleh disimpan melebihi tempoh dua hari. Buah ini jika tidak disimpan dalam peti sejuk akan menjadi kuning kemerahan dan dianggap rosak serta sudah tidak boleh dimakan. Kepada seorang pembeli iaitu Wan Ahmad Wan Ibrahim berusia 75 tahun berkata biasanya air buah ini akan dicampurkan dengan beberapa bahan lain termasuk buah kabung dan biji selasih. Dia dakwa suka rasa isinya yang lemak dan lembut. Walaupun pelbagai jenis minuman yang ada dijual sekarang tetapi ramai yang masih lagi memilih air buah Thai kerana rasanya lebih asli selain keenakan isinya yang sama seperti kelapa muda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA LAUT AFRIKA.. BUAH TAL SAMA...
SERING DI JUAL.. OLEH RAMAI PENJAJA...
BERKHASIAT... HILANGKAN BATUK JUGA...
BACA ARTIKEL... ILMUNYA DI TERIMA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Muharam 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...