Support My Blog

Saturday, July 19, 2025

SEMBANG PASAL POKOK GELAM

POKOK GELAM
(Melaleuca cajuputi Powell) merupakan sejenis tumbuhan di kawasan tropika yang terdapat dinegara Malaysia dan kawasan rantau ASEAN yang lain sebagai khazanah alam. Tumbuhan ini tumbuh secara semulajadi dibeberapa lokasi khususnya tanah dikawasan rendah yang lembab dan jenis tumbuhan daripada keluarga Myrtaceae yang menjadi sebahagian daripada tanaman dalam spesis perlindungan. Di Malaysia kawasan tumbuhan hutan gelam ini banyak terdapat dikawasan tanah lembab seperti dikawasan tebing sungai, kawasan tepi laut dan juga ada di kawasan pendalaman yang banyak air. Tumbuhan ini memang tidak dipedulikan oleh masyarakat tempatan dahulu kerana ia dikatakan jarang dimenafaatkan kecuali untuk dijadikan kayu api, bahan untuk buat perabot, kayu untuk kraf kayu, kayu untuk buat pondok kebun dan pagar kebun. Bagaimana pun kini ramai orang sudah tahu akan kepentingan hutan gelam sebagai sistem pengimbang alam sekitar dan juga sumber nektar yang amat baik untuk ternakan lebah madu. Kini industri penternakan lebah madu yang masih produktif adalah daripada kawasan hutan gelam dengan menggunakan Lebah Madu Impot (Apis mellifera), Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Kelulut (Trigona spp). Kawasan hutan gelam juga sering ujud sarang Labah Tualang (Apis dorsata) yang mana dikawasan hutan gelam memang banyak sumber makanan. Madu daripada bunga gelam juga dijual dengan harga premium sekitar RM70 - RM100 sebotol kerana kualiti yang amat baik berbanding dengan madu dari sumber makanan lain. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai pokok gelam sebelum ini yang boleh di baca dengan pautan (Sila Klik Disini)(Sila klik disini) dan beberapa lagi. Apa pun artikel pada kedinginan subuh ini saya sembang dengn menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pokok gelam dan faktur asas mengenai kepentingannya dengan alam sekitar untuk bahan bacaan semua.


Pokok Gelam mempunyai bentuk pokok yang tumbuh menegak dengan ketinggian sekitar 20 - 25 meter. Antara keunikan pokok gelam adalah bahagian batangnya yang dikatakan mempunyai kulit nipis seperti kertas yang berlapis-lapis dan kayunya adalah jenis kayu keras
 (Sila lihat foto dibawah). Pokok yang dikategorikan sebagai sederhana besar ini mempunyai banyak cabang dibahagian atas dengan banyak ranting-ranting terbentuk dimana dihujungnya ada banyak daun. Daun pokok gelam berbentuk kecil dan bujur tirus tajam dihujungnya dengan saiz daun sekitar 10 -12 cm panjang dan 3 - 5 cm lebar dengan warna hijau pekat. Daun muda lazimnya kecil dengan ujud seakan berbulu yang keluar berangkai. Pokok gelam lazimnya tumbuh disatu lokasi dengan banyak dan akan membentuk apa yang dikatakan sebagai 'Hutan Gelam'. Bagaimana pun terdapat beberapa Majlis Kerajaan Tempatan yang telah menanam pokok gelam dibeberapa lokasi tertentu seperti taman permainan atau taman rekreasi sebagai tanaman landskap yang menarik. Bagaimana pun kini ramai orang sudah tahu akan kepentingan hutan gelam sebagai sistem pengimbang alam sekitar dan juga sumber nektar yang amat baik untuk ternakan lebah madu. Kini industri penternakan lebah madu yang masih produktif adalah daripada kawasan hutan gelam dengan menggunakan Lebah Madu Impot (Apis mellifera), Lebah Keran (Apis cerana) dan juga jenis Lebah Kelulut (Trigona spp). Kawasan hutan gelam juga sering ujud sarang Labah Tualang (Apis dorsata) yang mana dikawasan hutan gelam memang banyak sumber makanan. Madu lebah daripada bunga gelam juga dijual dengan harga premium sekitar RM70 - RM200 sebotol kerana kualiti yang amat baik berbanding dengan madu dari sumber makanan lain. Pokok Gelam mempunyai bentuk pokok yang tumbuh menegak dengan ketinggian sekitar 20 - 25 meter. Antara keunikan pokok gelam adalah bahagian batangnya yang dikatakan mempunyai kulit nipis seperti kertas yang berlapis-lapis dan kayunya adalah jenis kayu keras.


Menarik kisah mengenai gelam dalam metrotv.com bertajuk '
Jana pendapatan menerusi khasiat minyak daun gelam' dimana minyak pati daun gelam yang tumbuh meliar boleh menghasilkan produk kecantikan, kebersihan, alahan kulit dan kesihatan, sekali gus menjana pendapatan lumayan. Daun pokok gelam atau nama saintifiknya 'Melaleuca cajuputi' turut mempunyai nilai komersial tinggi dan sudah lama digunakan secara tradisional oleh masyarakat zaman dahulu untuk kesihatan terutama menyembuhkan sakit saraf selain merawat luka kecil. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Padang Jejawi, di sini, Hashim Jusoh, 51, berkata, sejak dahulu lagi, penduduk kampung itu menggunakan daun gelam untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Menyedari ia boleh memberikan pendapatan sampingan, penduduk memproses daun itu secara tradisional untuk menghasilkan minyak sebelum dijual kepada masyarakat tempatan. Mereka kini memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sejak 2018 dan proses menghasilkan minyak ketika itu dilakukan secara tradisional dengan menggunakan dapur gas. Kalau pengeluaran ketika itu dilakukan berdasarkan permintaan selain menjual secara dalam talian sebelum dikembangkan dengan bantuan peralatan moden oleh ESERI (Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur) bertempat di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA). Kerjasama dengan ESERI bermula selepas kami mengadakan pameran di Pulau Warisan tiga tahun lalu dan menyedari esktrak daun gelam ini berpotensi untuk dikomersialkan, ESERI memberi peluang kepada kami untuk membekalkan minyak mentah untuk diproses menjadi pelbagai produk menggunakan kaedah saintifik dan kajian menyeluruh. Proses penghasilan minyak dilakukan secara saintifik oleh ESERI, sekali gus mampu menjana lebih pendapatan sampingan kepada penduduk kampung berkenaan. Dilaporkan semua urusan itu dikendalikan Kelab Belia Kampung Padang Jejawi menggunakan empat mesin untuk memproses minyak mentah dan sehingga kini terdapat 15 ahli mengusahakan projek berkenaan dengan pendapatan purata setiap ahli RM800 sebulan. Kuantiti minyak mentah dihasilkan bergantung kepada kitaran mesin berkenaan. Satu kitaran mengambil masa selama empat jam dengan kuantiti daun sebanyak lima kilogram boleh menghasilkan minyak mentah sebanyak 30 hingga 40 mililiter (ml). Proses selama dan setiap empat jam mereka kini boleh menghasilkan 120 hingga 160 ml minyak gelam mentah daripada empat mesin. Pengarah ESERI, Profesor Madya Hafizan Juahir dakwa yang pihaknya bekerjasama dengan komuniti kampung itu yang dikelilingi pokok berkenaan menyebabkan ia mudah diperoleh.


Fakta menarik dalam portl hmetro.com bertajuk '
Arang gelam rezeki warisan' berkaitan dengan sembang ini. Di Setiu Terengganu di laporkan kalau satu masa dulu dimana industri pembuatan arang sebagai bahan bakar menjadi antara perusahaan penting kepada masyarakat negeri ini sama seperti penghasilan atap nipah dan bot nelayan. Kini seiring dengan perkembangan masa dan teknologi, fungsi arang di dapur rumah kian pupus kerana digantikan dapur minyak sebelum penggunaan dapur gas dan elektrik yang semakin meluas kini. Namun, bagi beberapa keluarga di Kampung Saujana, Setiu dimana perusahaan arang masih menjadi sumber rezeki utama mereka yang diwarisi sejak berpuluh tahun lamanya. Bagi Mat Ayub Aziz, 45 dan isterinya, Maskah Ghani, 43, antara generasi yang masih gigih mengusahakan perusahaan tradisi itu walaupun berdepan kesukaran dan cabaran mengekalkannya. Perusahaan itu diwarisi turun temurun oleh keluarga suaminya sejak beberapa generasi lalu dan kekal sehingga kini kerana masih ada permintaan daripada pelanggan dalam dan luar Terengganu. Mereka dakwa dimana kini jumlah permintaan tidak sebanyak dahulu, penggunaan arang masih penting bagi pengusaha makanan seperti sate dan ikan bakar kerana memberi haruman dan rasa istimewa berbanding menggunakan pemanggang elektrik moden. Apa pun mereka masih mampu bertahan sehingga sekarang dan ia menjadi satu-satunya sumber rezeki kami lapan beranak yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang itu. Dalam tempoh tiga atau empat kali seminggu mereka akan meredah hutan sekitar Setiu dan Besut untuk mencari kayu gelam, sebelum dipotong dan dikupas kulitnya lalu dimasak dalam relau setinggi lapan kaki yang dipanggil 'gok'. Mereka memiliki lima relau yang masing-masing mampu memuatkan kira-kira satu tan kayu dengan proses memasak mengambil masa panjang iaitu kira-kira sebulan. Proses memasak arang bukan semudah disangka kerana ia memerlukan pengalaman dan kemahiran tinggi bagi memastikan hasil benar-benar berkualiti. Ada tiga peringkat proses pembuatan arang yang akan memakan masa kira-kira sebulan bermula daripada pembakaran api besar, api kecil dan penyejukan yang memerlukan kepada ketelitian dan tahap ketajaman deria hidu. Selepas pembakaran api besar dan kecil, semua lubang relau akan ditutup kecuali satu lubang bagi membolehkan dia menghidu asap yang keluar pada hari terakhir. Cara menghidu dan melihat rupa asap berkenaan, dia boleh mengesan sama ada arang berkenaan sudah masak sepenuhnya atau tidak dan di sinilah pentingnya pengalaman dan kemahiran tukang masak arang yang akan menentukan arang yang dihasilkan berkualiti. Bagaimanapun, berbanding semua peringkat itu, tempoh penyejukan yang memakan masa kira-kira 10 hari adalah paling kritikal kerana ia perlu dikawal rapi bagi memastikan ia benar-benar masak tetapi tidak hangus. Mereka setiap bulan mampu mengeluarkan kira-kira antara 2,500 hingga 3,000 beg arang yang djual kepada pembekal pada harga RM1.90 satu. Jumlah itu dilaporkan masih tidak dapat menampung permintaan tinggi daripada pelanggan terutama apabila tiba Ramadan dan musim perayaan. Di Kampung Saujana, kini hanya ada tiga keluarga masih mengusahakan perusahaan ini sedangkan permintaan daripada luar Terengganu agak banyak. Mereka tidak mampu membekalkan lebih banyak arang kerana sukar mendapatkan bahan mentah iaitu kayu gelam yang semakin pupus. Selain kayu gelam dan bakau, jenis kayu lain tidak berapa sesuai digunakan kerana beberapa faktor dan di sini, agak sukar untuk mendapatkan kayu bakau sebagai ganti. Semuga tulisan artikel dalam blog anim agro kali ini memberi maklumat berguna sebagai bacaan semua. Wasallam!!...
SEMBANG SANTAI... POKOK GELAM...
BANYAK GUNA.. IA TIDAK DI TANAM...
DI KAWASAN LEMBAB...AIR DALAM...
HASILKAN KAYU... NEKTAR JUGAKAN?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Muharam 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...