Support My Blog

Saturday, February 1, 2025

SISTEM RUMAH CENDAWAN - IOT PINTAR

INDUSTRI CENDAWAN
di Malaysia terus maju dengan lebih banyak usahawan bertukar daripada kaedah tradisional kepada penggunaan teknologi moden. Bagi penulis blog dimana sejak lebih seabad yang lalu industri cendawan diketahui sebagai makanan yang mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Kini, cendawan telah melangkaui fungsinya sebagai makanan melalui penghasilan kepelbagaian produk farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmeseutikal. Walaupun hampir 12,000 spesies cendawan dikenal pasti, hanya 35 spesies dikomersialkan dan 200 spesies liar digunakan untuk tujuan perubatan. Cendawan mengandungi kepelbagaian khasiat seperti vitamin larut lemak (ergosterol) yang dianggap sebagai satu-satunya sumber vegetarian untuk vitamin D, polisakarida (β-glucan) dan antioksidan (fenolik, tokoferol dan asid askorbik). Justeru, kaedah penanaman cendawan liar telah didomestik secara komersial untuk menampung permintaan dan memenuhi keperluan semasa. Cendawan yang paling terkenal dan paling mudah dipasarkan ialah cendawan tiram dan shitake. Cendawan tiram adalah kumpulan kulat saprotropik yang pelbagai dan tergolong dalam genus Pleurotus. Perkara ini secara tidak langsung menjadikan industri cendawan berkembang pesat. Cendawan tiram merupakan sumber karbohidrat bukan kanji yang baik dengan kandungan serat makanan yang tinggi dan kuantiti protein yang sederhana, termasuk kebanyakan asid amino, mineral dan vitamin. Kandungan protein dalam cendawan adalah berbeza iaitu daripada 1.6 - 2.5%, manakala aspek kandungan niasin adalah kira-kira sepuluh kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran lain. Cendawan tiram telah dilaporkan kaya dengan vitamin C, B kompleks dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia. Dengan kelebihan yang ada, menjadikan cendawan tiram antara cendawan yang dilihat ia mempunyai permintaan tinggi dan banyak diusahakan dalam kalangan pengusaha industri cendawan. Hasil pengeluaran cendawan oleh penduduk luar bandar mampu mengurangkan kadar kemiskinan dan pengangguran melalui pembangunan usahawan tani muda. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis semula hasil kajian pihak MARDI, Jabatan Pertanian dan laporan media bagaimana Sistem Rumah Cendawan Teknologi Pintar di perkenalkan dan dijadikan amalan pengusaha cendawan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Bagi penulis blog mendapati dimana dia
ntara dilema yang dihadapi oleh pengusaha industri cendawan adalah pengeluaran hasil yang rendah akibat perubahan cuaca yang mendadak, kualiti benih cendawan tidak konsisten berlaku (pergerakan miselium terbantut), penyakit kulat hijau dan serangan perosak (tikus, semut, biawak dan lipas). Ini menjadi isu utama yang memerlukan penyelesaian secara holistik. Justeru itu terkini diperkenalkan teknologi Rumah Cendawan Persekitaran Terkawal pintar (RCPT) telah dibangunkan sebagai langkah mengatasi masalah berkenaan dan cendawan tiram telah dipilih berdasarkan kelebihan yang ada untuk kajian ini. Rumah RCPT ini adalah satu transformasi rumah hijau persekitaran terkawal untuk pengeluaran cendawan dan pengujian benih cendawan terpilih berkualiti tinggi. RCPT merupakan bangunan yang dilengkapi Internet kebendaan [Internet of Things (IoT)] yang boleh berfungsi secara automatik mengawal parameter persekitaran dikawal dan mampu memanipulasikan persekitaran untuk tujuan bagi meningkatkan pertumbuhan cendawan. Cara ini memberi tumpuan kepada konsep dalam memenuhi keperluan asas pengeluaran pertanian moden dan prolifik khusus untuk pengeluaran cendawan terpilih dan pengeluaran benih cendawan berkualiti. Teknologi ini membolehkan cendawan dihasilkan dalam keadaan pertumbuhan terkawal serta tidak bergantung kepada faktor persekitaran luar. Sistem ini dilihat ia memberi kelebihan dalam menyaring dan mengenal pasti strain terbaik iaitu jenis Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulmonaris) yang popular di usahakan di Malaysia. bagi penulis blog mendapati dimana rumah atau sistem kawalan RCPT pintar yang dapat mengawal suhu persekitaran dan kelembapan relatif membolehkan pertumbuhan optimum cendawan tiram kelabu walaupun suhu persekitaran Malaysia yang mana suhu boleh meningkat sehingga 41 °C dan kelembapan relatif serendah 58% atau lebih rendah semasa musim panas. Faktor cuaca menjadi kekangan utama dalam industri cendawan tempatan. Justeru, melalui pelaksanaan RCPT pintar pelbagai jenis cendawan dapat diusahakan selain cendawan tiram kelabu. Ini akan merancakkan lagi industri cendawan tempatan di samping memberi nilai tambah produk cendawan di pasaran tempatan. Akhirnya rumah cendawan RCPT pintar turut menyediakan prasarana penyelidikan yang holistik dalam mengenal pasti strain baharu yang berpotensi untuk dibangunkan pada skala industri.


Dalam bharian.com dilaporkan dimana '
Penduduk usaha cendawan tiram guna inovasi IOT' sesuai di jadikan rujukkan. Kisah dari Pasir Mas, Kelantan dimana ada kerjasama penduduk kampung dalam kalangan pelbagai latar belakang kerjaya mencetuskan idea untuk mengusahakan Rumah Hasil Cendawan Tiram menggunakan pelaras suhu automatik (IOT) yang mampu menghasilkan produk sepanjang tahun. Kini pengusaha cendawan yang terdiri daripada mereka yang menjadi pendidik, pemimpin setempat, serta pesara kerajaan dan swasta di berganding bahu selain berkongsi modal bagi memulakannya projek cendawan tiram dengan menggunakan teknologi IOT yang juga dicipta oleh M. Syahmi Ahmad (31) anak jati kampung berkenaan di Kampung Beta, Pohon Buluh, Pasir Mas, Kelantan. Tanaman cendawan tiram yang sudah diusahakan itu dapat dihasilkan sepanjang tahun berbeza secara tradisional susulan terciptanya IOT yang pertama kali digunakan di negara ini. Proses permulaan terdapat 2,030 bongkah cendawan yang boleh dituai sebanyak enam kali untuk setiap bongkah. Cendawan dijual dengan harga RM10 sekilogram, manakala hasilnya turut digunakan untuk tujuan kebajikan penduduk. Projek Rumah Hasil Cendawan Tiram ini ia didakwa bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti pertanian tetapi dapat memberi peluang pekerjaan kepada belia dan juga penduduk yang hilang punca pendapatan. Hasil jualan digunakan untuk kebajikan dengan memberi sumbangan barangan keperluan serta kewangan bagi kelompok yang memerlukan. Mengikut Abdul Hafiz yang juga seorang guru berkata, cendawan memerlukan tempat yang lembap tetapi tidak basah, justeru memerlukan pengawalan suhu serta kelembapan yang baik bagi menghasilkan cendawan berkualiti. Kini dengan adanya sistem IOT berkenaan dimana mereka tidak lagi perlu menunggu musim tengkujuh untuk mengusahakan cendawan kerana sistem ini mampu dalam mengawal semuanya dengan baik. Mereka kini dalam proses perancangan mengembangkan usaha ini dengan 10 projek agro niaga seperti akuaponik, tanaman fertagasi, madu kelulut, penternakan ayam kampung organik dan pengurusan sisa pepejal. Melalui perancangan ini, penduduk boleh menjalankan aktiviti pertanian atau penternakan mengikut pilihan mereka sekali gus, menjadikan Kampung Beta sebagai ikon hub agro tani bersepadu di negeri ini. Sekarang ini mereka berharap permohonan kepada Telekom Malaysia (TM) untuk kemudahan akses internet diluluskan segera dimana ia memandangkan capaian internet yang kurang baik di kawasan ini bagi memudahkan urusan projek dan manfaat setempat. Apa pun dilaporkan rumah Hasil Cendawan Tiram tersebut turut mendapat perhatian  banyak pihak yang memberi sokongan kepada usaha penduduk selain membantu memberi dana kepada pengusaha cendawan tiram terbabit.


Dalam kes lain dilaporkan '
Penyelidik UMPSA bantu bangunkan sistem IoT bagi tingkatkan pengeluaran tanaman cendawan tiram' berkaitan dengan tajuk ini. Kisah dari Batu Pahat, Jjohor laporkan dimana usaha kolaborasi di antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan Ada Fresh Farm dalam melahirkan rumah cendawan berteknologi dengan sistem Internet of things (IoT) berjaya meningkatkan teknologi dalam industri pertanian, khususnya dalam penanaman cendawan. Penyelidikan yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr. Nur Huda dan Dr. Ahmad Syahiman dan ia turut dibantu oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif Dr. Ahmmad. Sistem IoT yang dipasang mampu memantau suhu, kelembapan dan tahap karbon dioksida di dalam rumah cendawan yang bertujuan memastikan persekitaran yang ideal bagi pertumbuhan cendawan yang lebih baik. Sistem penyejukan yang beroperasi secara automatik pula membantu mengekalkan suhu yang optimum, terutamanya ketika cuaca panas yang melampau. Rumah cendawan baharu di Ada Fresh Farm telah dibina dengan dana Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan dilengkapi dengan sistem penyejukan pintar serta teknologi IoT yang dibangunkan UMPSA di bawah Dana Program Penyelidikan Translasional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Penyelaras TUNAS Zon Selatan 2, MPOB yang hadir bagi merasmikan rumah cendawan baharu buat kerjasama dengan pihak Ada Fresh Farm dan UMPSA. Kini dengan penggunaan teknologi dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian, diharapkan rumah cendawan ini akan dapat menjadi model bagi pertanian moden di Malaysia. Bagi pengasas Ada Fresh Farm, Rasyadadimana dia turut berterima kasih kepada UMPSA atas kepercayaan kepada Ada Fresh Farm untuk menjalankan kolaborasi ini dan pihak MPOB kerana menyalurkan dana bagi rumah cendawan keempat di Ada Fresh Farm. Dengan adanya kerjasama seperti ini, diharapkan industri cendawan di Malaysia akan terus berkembang pesat dan menyumbang kepada ekonomi negara melalui inovasi teknologi terkini. Lawatan ke rumah cendawan baharu dilihat demonstrasi teknologi IoT yang telah dipasang, termasuk bagaimana ia dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran cendawan dan pastinya ia dapat mengurangkan tenaga buruh. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RUMAH CENDAWAN...IOT SUDAH ADA...
KAJIAN BANYAK PIHAK...IA BERJAYA....
RAMAI PENGUSAHA...BERGEMBIRA DIA...
MEMBACA ARTIKEL...HENDAK IKUT SAMA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Balai Panjang Mrni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Rejab 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...