Support My Blog

Tuesday, December 31, 2024

SEMBANG TEKNOLOGI FERTIGASI (Part 2)

TEKNOLOGI DAN SISTEM FERTIGASI adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan. Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilizer' dan 'irrigation'. Menerusi kaedah ini dimana sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Pada penulis blog dimana pada masa kini teknologi pertanian terus berubah. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan iaitu tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Umumnya, tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi di pasaran. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. Sistem Fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa mencemarkan alam sekitar dan pembaziran. Secara teknikalnya dimana diantara kelebihan Sistem Fertigasi ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Dalam Sistem Fertigasi ada beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa cara digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat dan sekam padi. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pertanian dan pelbagai agensi telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasa pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan aspek bioteknologi, malahan ia turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian. Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional. Terdapat banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global. Diharapkan agar golongan petani akan membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan. Dalaam aspek ini masih belum terlambat untuk lebih ramai menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan melalui pelbagai teknologi termasuk Teknologi Fertigasi. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai teknologi fertigasi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Teknologi fertigasi banyak disembangkan dalam media tempatan untuj di rujuk seperti laporan '
Manfaat teknologi fertigasi' dalam hmetro.com. Daripada jurutera kepada usahawan tani. Itu yang menjadi pilihan Mohd Najib (35) dimana kira-kira enam tahun lalu kerana dia berasakan bidang pertanian mampu memberikan kehidupan yang lebih baik berbanding bekerja makan gaji. Perkara itu tidak mudah dicapai dan dilhat dari mata kasar kerana kejayaan tidak datang dalam sekelip mata dimana sepanjang bergelar usahawan tani kini dia bukan tidak pernah berpaling kepada kerjaya sebelumnya kerana hampir putus asa dengan pendapatan yang tidak mampu mencukupkan komitmen bulanan. Perkara itu berlaku dua tahun selepas dia mengusahakan kebun seluas kira-kira 0.4 hektar yang disewanya. Asalnya dia sebenarnya tidak mempunyai ilmu langsung dalam bidang ini dan segala-galanya bermula daripada kosong selain hanya belajar dengan kawan berpengalaman. Melihat orang yang berjaya hari ini dimana ia sebenarnya bukan mudah kerana mereka juga melalui proses dari bawah yang sukar. Perkara paling penting ialah ilmu pengetahuan untuk mengusahakan tanaman yang diinginkan termasuk proses memasar dan menguruskan perniagaan. Apa pun pada dia hanya mengusahakan tanaman terung dan tidak tahu cara yang betul. Maksudnya memastikan bekalan tanaman tidak putus selepas hasilnya diperoleh. Setelah berkursus dimana dia mula belajar mengenai teknologi pertanian bagi mengusahakan tanaman sayur-sayuran yang lebih mampan. Dari mengusahakan tanaman secara konvensional pada 2015 kini dia sudah beralih kepada fertigasi untuk tanaman terung, cili, timun dan labu. Menerusi teknologi fertigasi dimana pemberian baja akan dapat disukat dengan lebih tepat sesuai dengan keperluan tanaman harian dan juga air. Cara ini ia lebih baik berbanding kaedah konvensional yang baja ditabur dengan banyak, apabila hujan terdapat pembaziran dan jika panas air tidak mencukupi. Apa pun teknologi fertigasi ini juga membantu memudahkan operasi siraman yang bersifat automatik dan tidak banyak ia membazirkan air. Hasil penggunaan teknologi ini membantu saya mendapatkan produk tanaman yang lebih bermutu daripada segi gred dan saiz. Malah tempoh matang juga lebih cepat dalam tiga hari berbanding secara konvensional. Kini dia sudah mengusahakan tanamannya di tanah seluas sekitar empat hektar yang disewa daripada Jabatan Pertanian sejak 2019 dan mengamalkan tanaman secara bermusim mengikut giliran sayur-sayuran. Setakat ini untuk musim cili dia mampu menghasilkan purata 1,500 - 2,000 kilogram (kg), terung 4,000kg dan timun sebanyak 4 tan. Tempoh matang setiap tanaman juga berbeza dimana pokok cili hanya memerlukan dua bulan setengah hingga tiga bulan dan timun sekitar 40 hari. Sebagai usahawan tani, kesabaran paling utama bagi memastikan usaha yang dilakukan tidak terhenti di tengah jalan. Dulu dia sudah hampir putus asa dengan kembali ke kerjaya asal, tetapi apabila difikirkan semula, ini adalah cita-cita saya dan perlu diteruskan walaupun terdapat cabaran.


Dalam laporan lain '
Fertigasi bantal tingkat produktiviti' memang menarik disembangkan. Inovasi dalam pertanian kini semakin berkembang. Antaranya adalah teknik fertigasi bantal yang memperkenalkan cara baharu dalam menanam sayur-sayuran dan buah-buahan pada kepadatan tinggi. Meskipun istilah 'bantal' sering dikaitkan dengan tempat tidur, namun dalam dunia pertanian, fertigasi bantal merujuk kepada kaedah tanaman apabila plastik besar diisi dengan media tanaman campuran cocopeat dan tanah kemudian diikat sehingga membentuk bantal. Fertigasi yang berasal daripada dua perkataan Inggeris menggabungkan teknik 'fertilization' dan 'irrigation' iaitu pembajaan serta pengairan yang dapat memberikan hasil yang tinggi serta keseragaman buah yang sangat baik. Melalui fertigasi bantal, pengairan dan pembajaan dilakukan secara serentak bagi memastikan larutan baja dititiskan terus ke zon akar tanaman yang secara tidak langsung menjadikan pembajaan lebih efektif dan efisien. Bagi Penolong Pegawai Pertanian Fakulti Pertanian(FP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohamad Fauzan Mohd Nasir dakwa dimana sistem ini membolehkan penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan pada kepadatan tinggi. Kini dengan kemampuan satu bantal dimana ia dapat menampung sehingga enam pokok berbanding satu pokok pada polibeg biasa. Kebaikan lain fertigasi bantal ini ialah penggunaan sistem automatik untuk pengairan dan pembajaan mengurangkan keperluan tenaga kerja manual, seterusnya mengurangkan kos buruh. Di Ladang 15 FP UPM, dia sudah berjaya menanam tomato dan golden melon menggunakan sistem ini. Di Cameron Highlands pula, teknik ini digunakan dengan baik untuk menanam strawber. Apa pun penerokaan sistem fertigasi bantal itu selari dengan mana ada penghasilan 'blue print' keterjaminan makanan UPM untuk meningkatkan sumbangan universiti itu kepada keterjaminan makanan negara. Kaedah fertigasi ini bukan sahaja mampu bagi meningkatkan hasil dan mutu tanaman, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit tanah dan serangan musuh perosak. Kelebihan penggunaan teknologi sensor Internet of Things (IoT) dalam sistem fertigasi bantal memberikan data masa nyata yang membantu petani untuk memantau kelembapan dan keperluan air baja secara automatik bagi memastikan tanaman mendapat penjagaan optimum sepanjang masa. Walaupun sistem ini meningkatkan produktiviti ladang, namun ia mempunyai cabaran tersendiri dimana cara penyelenggaraan adalah cabaran utama dan memerlukan pemantauan 24 jam kerana pertumbuhan tanaman sangat cepat. Setiap pokok akan berebut untuk mendapatkan cahaya matahari. Jadi, apabila pokok ditanam secara rapat dengan kaedah ini, setiap daun pokok akan saling berkembang untuk mendapatkan matahari. Kerja pemantauan dan penyelenggaraan daun pokok yang menjalar perlu berterusan untuk memastikan keberkesanan sistem. Risiko apabila penyelenggaraan lambat dimana ia boleh menyebabkan kualiti buah berkurangan dan merosakkan pokok di sebelah pula. Saiz pokok dan buah yang tidak seimbang perlu dipantau setiap hari dimana perlu dipastikan semua pokok mendapat air dan sumber matahari yang mencukupi. gangguan perosak tidak menjadi cabaran yang besar sekiranya dikawal daripada peringkat awal tanaman. Apa pun langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan adalah penggunaan racun untuk menghalau Lalat Putih yang lebih dikenali sebagai whitefly memandangkan kawasan tanaman itu pernah terdedah pada jangkitan serangga itu. Demi menjaga gred buah yang manis dan berkualiti, setiap pokok hanya perlu menghasilkan satu buah sahaja. Jika satu pokok ada dua atau tiga buah, saiznya akan kecil dan kurang manis untuk dimakan. Jika mahukan setiap pokok menghasilkan dua buah, maka erlu mengubah suai formula kepekatan baja dan hal ini menyebabkan kos semakin meningkat. Sistem fertigasi bantal dalam pertanian membantu petani lain di seluruh Malaysia untuk menjadikan negara sebagai salah satu pengeluar utama sayur dan buah yang berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa.


Berlainan kisahnya dimana '
Inilah derita kami pekebun cili fertigasi' penanam cili di Dengkil mengalaminya. Dilaporkan walaupun mengalami kerugian hampir RM100,000 selepas kebun cili fertigasi diusahakan di Dengkil, Selangor sudah ditenggelami banjir besar Disember tahun lalu, Ahmad Irham Mohd Noor tetap gigih bangkit semula mengusahakan tanaman berkenaan. Dia yang juga bekas jurugambar akhbar lokal ada memaklumkan, sebanyak 2,500 polibag membabitkan 5,000 anak pokok cili yang baru sahaja sebulan ditanam musnah dalam bencana banjir itu. Semua anak pokok rosak selepas ia ditenggelami banjir selama enam hari apabila banjir naik sehingga ke paras pinggang dewasa. Anggaran kerugian termasuk anak pokok cili, baja, racun dan lain-lain mencecah RM100,000. Untuk memulakan semula tanaman nya yang memerlukan sekurang-kurang RM15,000. Dia tidak mahu menunggu terlalu lama dan berusaha mengumpul modal semula untuk memulakan semula tanaman cili kerana ia adalah sumber pendapatannya. Terbaru setelah dia selesai menanam 2,500 polibag anak pokok cili di tanah seluas satu ekar dengan bantuan keluarga serta rakan-rakan. Kejadian banjir yang berlaku dimana dia berada di rumahnya iaitu di Putrajaya. Dia yang tergamam apabila laluan ke kebun cili dinaiki air keesokan harinya dan baru tahu tiada apa boleh dilakukan. Dia hanya mampu terduduk melihat semua pokok cili saya musnah termasuk baja dan racun yang baru dibeli. Saya memang sedih tapi itu sudah takdir dan saya perlu bangkit semula. Pokok cili berkenaan kebiasaan sudah boleh dituai selepas tiga bulan ditanam dan mampu mencecah 3,000 kilogram semusim. Dakwanya sudah dua bulan banjir berlalu dan sehingga kini dia masih menunggu bantuan kerajaan.  Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel  ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI FERTIGASI...APA BENDA...
MENANAM TANOA TANAH...ADA BAJA...
BANYAK KELEBIHAN... BERBALOI JUGA...
MENYEMBANG SUDAH...TIMBUL MINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,t
Senai, Johor Bahru
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1446H).
Posted from:
Room 273, Le Grandeur Golf Resort,
Senai, Johor.

Monday, December 30, 2024

SEMBANG TEKNOLOGI FERTIGASI (Part 1)

TEKNOLOGI DAN SISTEM FERTIGASI
 adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan. 
Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilizer' dan 'irrigation'. Menerusi kaedah ini dimana sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Pada penulis blog dimana pada masa kini teknologi pertanian terus berubah. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan kos buruh dapat dikurangkan. Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan iaitu tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan pokok hiasan. Umumnya, tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi di pasaran. Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah. Sistem Fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa mencemarkan alam sekitar dan pembaziran. Secara teknikalnya dimana diantara kelebihan Sistem Fertigasi ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Dalam Sistem Fertigasi ada beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa cara digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat dan sekam padi. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pertanian dan pelbagai agensi telah menguar-uarkan tentang aspek memperkasa pertanian baru. Ia bukan sahaja merangkumi aspek pertanian komersial dan aspek bioteknologi, malahan ia turut menekankan aspek pertanian sebagai satu perniagaan. Transformasi ini memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan bagi menerajui usaha merevolusikan bidang pengeluaran makanan dalam sektor pertanian. Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional. Terdapat banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global. Diharapkan agar golongan petani akan membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan. Dalaam aspek ini masih belum terlambat untuk lebih ramai menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan melalui pelbagai teknologi termasuk Teknologi Fertigasi. Artikel petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai teknologi fertigasi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Sembang tentang sistem fertigasi dimana ia adalah sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan dan pembajaan yang rapi. Media tanaman seperti cocopeat atau sekam padi diguna bagi menggantikan fungsi tanah dan sistem ini memerlukan cahaya matahari secara langsung sekurang-kurangnya 6 jam untuk tujuan proses fotosintesis.  Sistem fertigasi merupakan satu daripada cabang hidroponik di mana kaedah penanaman dilakukan tanpa tanah. Penulis blog dapati dimana ada beberapa jenis sistem hidroponik adalah seperti Teknik Aliran Cetek dimana konsepnya adalah larutan baja disalurkan dalam palung yang mengandungi akar tanaman. Kedua adalah Teknik Aliran Dalam iaitu konsep yang sama seperti teknik aliran cetek cuma perbezaannya hanya dari segi saiz palung iaitu lebih besar dan luas. Paling popular lama dulu adalah konsep ke tiga iaitu Teknik Takung dimana biji benih disemai pada media tanaman dalam bekas yang diletakkan di atas larutan baja pada takung. Seterusnya ke 4 adalah jenis Teknik Pasang Surut dimana dipasang sejenia alatan pengatur masa digunakan untuk mengawal pengaliran larutan baja pada tanaman. Sejak kebeakangan ini sudah mula diminati Jenis Aeroponik dimana akar tanaman yang bergantung di udara dalam ruang tanaman disembur dengan larutan baja secara semburan kabus melalui nozzle mengikut masa yang ditetapkan. Yang terakhir adalah dikenali sebagai Teknik Pengairan Titis (juga di namakan sebagai teknik agregat) dimana teknik ini paling berkesan kerana bekalan air dan campuran baja dapat disalurkan terus ke akar pokok mengikut masa yang ditetapkan. Apa pun asasnya dimana sistem fertigasi sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran sepertu tomato, cili merah. strawberi. melon dan pokok hiasan. Tujuan penanaman secara fertigasi adalah seperti berikut:Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat. Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman. Pemberian baja yang lebih berkesan kepada tanaman. Apakah dia kelebihan menanam secara fertigasi?. Sistem ini ada banyak kelebihan antaranya adalah penggunaan baja secara cekap, Penggunaan air secara efisien dan juga cara pemberian pembajaan dapat dilakukan serentak serta nutrien lengkap dibekalkan pada tanaman secara terkawal. Cara ini dilaporkan ia mampu menghindar masalah penyakit kerana menggunakan media tanaman dan persekitaran yang bersih. Ia dapat mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah kepada penyakit, dan perosak tanaman. Bagaimana pun perlu di ketahui dimana ada masalah merumpai sangat rendah serta kos operasi seperti penggunaan air, baja dan tenaga buruh dapat dikurangkan dan paling win dimana akan ada situasia iaitu peningkatan hasil tanaman.


Berdasarkan pengalaman dan kepakaran penulis blog dimana di Malaysia ada dua kaedah iaitu dengan Penanaman Struktur Perlindungan Hujan (SPH) atau Secara Terbuka. Pertama adalah Penanaman Struktur Perlindungan Hujan (SPH) dimana ada struktur bagi melindungi tumbuhan daripada hujan lebat dan pancaran sinaran matahari yang terik. Biasanya bumbung SPH selalunya diperbuat daripada plastik yang mempunyai lapisan perlindungan UV. Struktur rangka SPH boleh diperbuat daripada kayu, paip besi, plastik atau bahan-bahan kukuh yang lain. Apa pun SPH akan lebih berkesan sekiranya jaring kalis serangga dipasang pada dinding SPH dengan bahan terbaik. Kaedah Kedua adalah Penamaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan atau Kaedah Terbuka dimana aktiviti penanaman secara fertigasi secara terbuka diletakkan di tempat terbuka tanpa bumbung dimana apabila musim hujan air hujan akan mencairkan baja dalam polibeg. Penanam juga perlu menggunakan racun kulat dan racun serangga untuk melindungi tanaman mereka daripada serangan penyakit. Penulis blog kongsikan akan beberapa komponen utama sistem fertigasi dimana ia terdiri daripada tiga komponen asas iaitu Sumber, Medium dan juga Alur Keluar dimana terdapat komponen lain yang digunakan dalam sistem fertigasi komersial, Dijelaskan komponen sistem fertigasi komersial iaitu Tangki Nutrien yang berfungsi untuk menakung larutan baja dimana sistem pengairan dilakukan dengan bantuan pam air atau secara tarikan graviti. Kedua komponennya adalah  Pam Air yang berfungsi untuk mengepam larutan baja dan air dari tangki nutrien ke sistem pengairan. Ketiga adalah komponen Set penitis, tiub mikro dan nipple dimana selalunya bahan nipple dimasukkan ke dalam lubang paip yang telah ditebuk. Bahagian tiub mikro disambung pada nipple beralur dua dan satu bahagian di sambung pada penitis. Ke 4 adalah komponen Penapis Air yang berfungsi untuk menapis benda asing daripada masuk ke dalam sistem pengairan dan dipasang selepas pam air. Ke 5 adalah komponen iaitu Alat pengatur masa (Timer) dimana alat ini dipasang dan berfungsi untuk memastikan penyaluran larutan baja dilakukan pada masa, kekerapan, dan kuantiti yang telah ditetapkan. Ke 6 adalah komponen Paip Ladang yang terdiri daripada paip utama, paip sekunder, dan juga paip tertier dimana ketika membuat pemasangan, bahan-bahan mesti ia disambungkan dalam melengkapkan sistem pengairan tersebut.


Keperluan lain yang perlu ada untuk teknologi fertigasi dan penting di periksa dahulu adalah Bekalan Elektrik yang mana ia berfungsi untuk membekalkan kuasa ke pam air. Periksa juga akan Punca dan Sumber Air yang bersih diperlukan dalam kuantiti yang banyak, nilai pH yang sesuai adalah antara 5.5 - 6.5. Kepentingan kualiti air boleh ianya ditentukan dengan menggunakan pH meter dan EC meter, sumber air yang boleh digunakan adalah dari sungai, kolam, tasik atau telaga. Pengalaman penulis blog dimana gangguan kualiti air di musim hujan atau musim kemarau akan ianya menjejaskan pertumbuhan tanaman. Terdapat beberapa keperluan asas dalam sistem fertigasi iaitu perlunya ada Tangki Larutan Baja iaitu diperlukan sebanyak 2 tangki untuk menyediakan larutan baja stok A dan B. Perlu di jelaskan dimana asas larutan stok baja iaitu baja stok A dan B perlu dilarutkan mengikut sukatan yang betul. Penggunaan media tanaman disesuaikan seperti jenis coco peat, sekam padi, peat moss digunakan untuk menggantikan tanah. Aspek lain adalah bagaimana persiapan penyediaan anakbenih tanaman dimana perlu di pastikan menggunakan benih yang bebas daripada penyakit dan mempunyai rumah semaian khas terutama jenis tanaman Solanaceae dan Cucurbitaceae. Perlu disediakan Alat pengukur khusus iaitu untuk mengukur kualiti air pengairan sistem fertigasi. Apa pun jenis dan varieti tanaman yang baik penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan berkualiti di kaji dahulu mengikut pakej amalan agronomi dan varieti terbaik di pasaran. Pastikan pemilihan jenis tanaman dan varieti sesuai dengan persekitaran seperti suhu, kelembapan udara dan tahap pengurusan. Ada terdapat 3 jenis sistem pengairan iaitu Sistem pengairan percikan, Sistem pengairan kabus dan juga Sistem pengairan titis yang diperlukan untuk pengairan. Elemen reka bentuk sistem fertigasi adalah seperti menentikan rekabentuk Garisan, Bentuk, Tekstur, Saiz, Warna, Rupa dan juga Ruang dalam sistem fertigasi. Penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi boleh dilakukan dari segi elemen dan kriteria yang telah digunakan. Sebaiknya penilaian ini boleh dilakukan dengan menggunakan borang penilaian lakaran reka bentuk. Ujian penilaian objek dilakukan pada sistem pengairan fertigasi untuk mengenal pasti sama ada sistem yang dipasang menepati ciri-ciri rekaannya. Ia terdiri daripada ujian titisan model separa berfungsi dan ujian sambungan mock-up. Apa pun cara pengurusan tanaman terbahagi kepada 4 kategori, iaitu dengan cara Pengurusan prasemaian dan penanaman, Pengurusan semaian, Pengurusan penjagaan dan juga cara Pengurusan tanaman mengikut jenis tanaman, giliran tanaman dan juga varieti yang di tanam. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEKNOLOGI FERTIGASI...APA BENDA...
MENANAM TANOA TANAH...ADA BAJA...
BANYAK KELEBIHAN... BERBALOI JUGA...
MENYEMBANG SUDAH...TIMBUL MINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1446H).

Sunday, December 29, 2024

SEMBANG PASAL KENTANG

KENTANG (Potato)
atau nama botaninya Solanum tuberosum merupakan sejenis tanaman makanan penting di seluruh dunia dimana ia dijadikan sumber kobohiderat. Tanaman ini dilaporkan berasal dari Amerika Selatan dari keluarga Solanaceae yang menjadi makanan terpenting di Eropah dan banyak negara lain. Penanaman kentang yang mana ia tumbuh rendah dan berbunga putih hingga bunga ungu bergantung kepada varietinya. Bunganya mengandungi bahagian-bahagian aseks dan biasanya melakukan proses pendebungaan silang (cross pollination) dibantu oleh angin dan serangga. Kaedah pembiakan kentang paling mudah dilakukan secara vegetatif iaitu dengan menanam keratan-keratan ubi yang dipotong supaya merangkumi sekurang-kurangnya satu atau dua mata tunas. Bagaimana pun ada beberapa varieti kentang yang mampu untuk menghailkan biji (seeds) khususnya didalam proses biakbaka kentang. Apa pun tanaman kentang tidak popular dikalangan petani di Malaysia akan tetapi ia merupakan tanaman penting di negara jiran Indonesia. Tanaman kentang dilaporkan ia 
diperkenalkan ke kepulauan Melayu melalui oleh penjajah Belanda (Malaysia lama di jajah British) sekitar tahu 1784 dan di popularkan di Pulau Jawa. Penanaman kentang menjadi tanaman utama di beberapa lokasi di Indonesia untuk kegunaan sendiri dan ada juga di eksport
Apa pun di pi pasaran lazimnya kentang digredkan menurut saiznya iaitu Gred kualiti A, B, C dan D dimana gred A merupakan kualiti yang terbaik. Kepada semua pembaca blog ini ada petua bagaimana membeli kentang berkuaiti. Sebaiknya semasa membeli pastikan pilih kentang yang berbau harum (selalu ada yang busuk dalam guni), cuba elakkan yang sudah ditumbuhi ‘mata’ atau pun ia sudah berwarna hijau kelebaman. Carilah kentang segar dengan kulit yang tipis dimana sebaiknya menyimpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering atau sebaiknya kentang ini di dalam beg kertas serta jauh dari simpanan bawang-bawang. Cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan, manakala suhu di dalam peti sejuk pula kan menukar kanji kentang kepada gula. Kalangan pengguna pasti yang cuba berdiet dengan kentang untuk menjadi kurus dan sihat. APa pun jika kena pada gaya masakannya didakwa yang makanan kentang mampu menggantikan makanan ruji seperti nasi dan roti. Pelbagai khasiat ubi kentang terhadap kualiti kesihatan termasuk potassium (dua kali ganda jumlah berbanding pisang), Vitamin C (sumber kedua selepas buah oren) serta Vitamin B1, B2, B3 dan zat Lysine (untuk tujuan pertumbuhan badan dan otak). Kentang juga adalah pembekal karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah Pengawal tekanan darah dan juga kentang mengandungi protein dan zat besi. Artikel dalam "Anim Agro Technology" subuh ini daya sembang mengenai kentang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Fakta dan laporan mengenai '
Kebaikan kentang' memang mudah di cari dalam internet. Bagi penulis blog dan ramai penduduk Malaysia dimana makanan nasi yang mana ia sememangnya sudah menjadi makanan utama rakyat Malaysia sama ada ketika berbuka puasa atau bersahur. Namun ada kala pengambilan hidangan ruji ini membuatkan tubuh cepat lapar seolah-olah tidak bertenaga walaupun berjaya menghabiskan sepinggan nasi penuh. Mengambil nasi dalam jumlah yang banyak sebenarnya tidak memastikan seseorang itu kekal cergas sepanjang berpuasa. Ini kerana tanpa menu yang betul serta lengkap nutrisi sudah pasti matlamat utama mendapatkan badan yang cergas tidak tercapai. Dilaporkan makanan yang dapat menunda rasa lapar atau membuatkan kenyang lebih lama perlu tinggi protein kerana ia melambatkan proses pencernaan. Sesiapa yang memilih jenis karbohidrat kompleks kaya serat seperti roti gandum, nasi merah, kentang dan bijirin dengan saiz hidangan sesuai dapat bertahan lama. Dalam satu pinggan pastikan setengahnya adalah sayur-sayuran dan buah-buahan manakala satu perempat adalah lauk-pauk dan nasi. Ada kempen bagi membuktikan kebaikan kentang seperti dilaporkan dalam jurnal Nutrition Today terbitan USA yang ada mengatakan diet seimbang harus mengandungi bahan makanan kaya karbohidrat semula jadi dan berkualiti seperti kentang yang padat nutrisi. Makanan berasaskan kentang membuatkan seseorang itu lebih bertenaga dan kenyang lebih lama. Sebiji kentang mengandungi 620 miligram potasium iaitu lebih banyak daripada sebiji pisang berukuran sederhana. Apa pun dimana dengan memiliki kandungan potasium yang tinggi dilaporkan yang kentang dapat membantu fungsi otot, fungsi kardiovaskular dan sistem saraf ketika bersukan yang memerlukan daya ketahanan lebih tinggi. Ada terdapat cara atau pelbagai kaedah memasak kentang boleh dilakukan antaranya dengan membakar, merebus atau menggoreng. Selalu didengar akan pentingnya kentang dalam diet harian terutama untuk ahli sukan. Ini kerana kentang membekalkan karbohidrat, kalium dan tenaga yang diperlukan untuk dapat memberikan kecergasan dan ketahanan badan. Hasil laporan kajian dijalankan sepanjang 40 - 50 tahun lalu menunjukkan karbohidrat ialah mikronutrien utama untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi atlet. Di peringkat global pula memang makanan kentang semakin diterima sebagai jenis makanan berprestasi tinggi. Ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan dilaporkan pemakanan adalah sebahagian penting daripada strategi atlet untuk menang. Kentang baik bukan saja untuk makanan harian tetapi pengurusan berat badan. Kentang juga digunakan sebagai sumber tenaga untuk memperkasakan mereka yang menjaga kecergasan terutama jaguh sukan. 


Ramai dakwa akan 'Kenyang dengan kentang' sebagai amalan diet seseorang jika dia mengambil 
kentang pada jumlah sepatutnya. Kentang sering dijadikan pilihan sebagai pengganti nasi kerana ia mengandungi karbohidrat kompleks dan nutrien penting lain yang diperlukan tubuh. Kajian dapati sebiji kentang bersaiz sederhana seberat 213 gram (g) mengandungi 164 kalori yang memberikan 4.5g serat atau kira-kira 20% daripada  keperluan potassium harian, keperluan vitamin C (46%) dan 4.4g protein berasaskan tumbuhan. Kentang juga adalah sumber baik vitamin termasuk vitamin B6 dimana ada beberapa perkara perlu diketahui yang berlaku kepada badan apabila memakan kentang. Kentang membolehkan kesihatan usus mungkin bertambah baik dimana jika berasa bimbang kentang putar meningkatkan tahap gula dalam darah, maka biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum dimakan. Memakan kentang putar dalam keadaan panas, kanjinya cepat dicerna menjadi glukosa yang meningkatkan gula dalam darah. Bagaimana pun didakwa makanan kentang putar yang dibiarkan sejuk iaitu bahan kanjinya berubah kepada kanji rintang jenis tiga yang bertindak sebagai serat larut serta tidak larut. Kanji ini rintang daripada dihadam, maka gula tidak diserap dalam darah. Sebaliknya kanji rintang ini 'bergerak' dalam usus besar yang 'dipecahkan' oleh bakteria sihat sebagai prebiotik. Ia menjaga usus menjadi sihat seterusnya boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan termasuk sindrom usus besar dan barah usus. Apa pun rasa kenyang selepas makan kentang dan boleh membantu mengurangkan berat badan. Kentang yang rendah kalori, tinggi kandungan air, jumlah serat dan protein yang sederhana menjadikan kentang sebagai pilihan hidangan yang lengkap untuk proses menurunkan berat badan. Kentang rebus mendapat skor tertinggi dalam 'satiety index of common foods' sebagai makanan mengenyangkan daripada makanan mengenyangkan yang lain seperti telur, kacang dan ikan. Dalam pada itu didakwa kentang mungkin menyebabkan pertambahan berat badan dimana walaupun kentang rendah kalori, tetapi cara penyediaan makanan ini boleh menyumbang pertambahan berat badan. Sebagai contoh jika hidangan satu cawan 'potatoes au gratin' berasaskan mentega bersama keju cheddar dan serbuk roti mengandungi 323 kalori dan 11g lemak tepu. 

Pengambilan kentang goreng yang kerap juga boleh menyebabkan berat badan bertambah. Kajian 'American Journal of Clinical Nutrition' mendapati dimana cara makan kentang goreng dikaitkan dengan obesiti. Pertambahan berat badan mungkin menjadi lebih teruk sekiranya memakan kentang goreng bersama hidangan makanan segera lain seperti burger. Makan kentang boleh menyebabkan gula dalam darah mungkin meningkat sebab setiap kali memakan sumber karbohidrat, bacaan gula dalam darah mungkin meningkat. Bacaan gula dalam darah yang sentiasa tinggi boleh menyebabkan penyakit pra-kencing manis, rintang insulin dan kencing manis jenis dua. Sekiranya sering memakan kentang goreng, ia boleh meningkatkan risiko kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Segi lain didakwa makan kentang boleh sebabkan kulit mungkin menjadi lebih cepat tua terutama jika tinggi pengambilan kentang goreng. Menurut Pakar Diet Berdaftar Johna Burdeos RD, minyak suhu tinggi yang diperlukan untuk menggoreng kentang dan makanan lain boleh menghasilkan sebatian berbahaya dipanggil 'advanced glycation end products (AGEs)' yang terkumpul dalam badan seiring peningkatan usia. Sesiapa mengambil terlalu banyak makanan ini boleh mengakibatkan keradangan yang mempercepatkan proses penuaan. Tindak balas keradangan pada kulit boleh dilihat apabila keanjalan kulit berkurangan yang mana ia akan menampakkan kedutan pada kulit dan berjerawat. Apa pun pastinya makan kentang mungkin mempunyai banyak tenaga untuk senaman. Kentang bersaiz sederhana adalah sumber karbohidrat yang kaya dengan nutrien yang dilaporkan membekalkan 26g karbohidrat kompleks sebagai 'pemanas' untuk bersenam. Apa pun sebaiknya cara penyediaan kentang yang baik adalah rebus atau bakar. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepad semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANNYA KENTANG...PENTING DIA...
JADI MAKANAN...DISELURUH DUNIA...
LUAS DI TANAM...KECUALI MALAYSIA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Jamadilakhir 1446H).

Saturday, December 28, 2024

SEMBANG TENTANG 'BUAH ABIU'

BUAH ABEO
atau Abiu (Pouteria caimito Radlk) adalah sejenis buah tropika yang kurang dikenali di Malaysia dan merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae. Penulis blog telah mengenali tumbuhan ini setelah Istana Johor menyatakan amat suka makan buah ini dalam satu Maljis Rasmi di Tangkak pada tahun 2009. Buah ini di tanam di Stesyen Pertanian Jorak, Muar dan juga di Stesyen Pertanian Tangkak, Ledang Johor. Kajian menunjukkan buah Abeo ini berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah oleh penjajah dahulu. Keluasan tanaman ini di Malaysia tidak dapat dipastikan kerana tidak direkod dan saya menganggarkan sekitar 20-30 hektar CHE sahaja. Kawasan yang masih menghasilkan buah Abeo adalah disekitar Jalan Tapah-Cameroon Highland di Perak yang ditanam secara bercampur dengan buah-buahan lain. Pada masa dulu sekitar hujung 1980'an penanaman buah abeo ini menjadi 'kegilaan' ramai petani di sekitar Tapah Perak sehingga mencapai keluasan lebih 300 hektar. Pokok Abiu atau Abeo yang saya lihat di Stesyen Pertanian Jorak, Muar adalah sederhana besar dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter. Dahan pokok melempai jatuh ketanah dan agak lembut serta mudah sekah. Struktur daunnya tersusun secara berselang seli (alternate), berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Saya dapati bunganya jenis hermaprodit yang berwarna putih dimana bunganya keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Dalam lawatan saya ke kebun En Tan di Bt 12 Jalan Tapah-Ringlet mendapati ada sifat agak pelik mengenai buah Abeo ini dari segi bentukknya. Ada buah yang berbentuk bulat dan ada buah yang berbentuk lonjong. Bagaimana pun bacaan dari sumber lain menyatakan bahawa buah abeu yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai ‘nipple’ yang pendek sebelah bawah buah. Pemerhatian mendapati tangkai buah agak pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong. Buah yang di potong akan berubah warna kepada pucat setelah beberapa minit terdedah kepada udara walau pun rasanya tidak berubah. 
Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dan menulis mengenai buah abeo untuk dijadikan satu bacaan umum pembaca semua.


Sembang menarik di mana  
Buah Abiu (Pouteria caimito) yang dilaporkan ia berasal sekitaran sungai Amazon di Amerika Tengah dan Selatan khususnya dari negara-negara seperti Brasil, Peru dan Colombia. Ia telah menjadi buah yang penting dalam budaya setempat dan pengubatan tradisional sejak berabad-abad dulu. Apa pun kajian di makmal mendapati kandungan Nutrisi Buah Abiu bagii 100 g terdiri daripada 67 kcal kalori, Karbohidrat (16.3g), Bahan Serat (0.6g), Vitamin C (22.4mg), Vitamin A (67 IU), Kalsium (7mg) dan Fosforus 22mg. Sembang dimana ada yang ingin tahu apakah khasiat buah abiu yang sesuai di ketahui pembaca blog ini. Pertama ia dilaporkan membantu dalam Kesihatan Kulit sebab ada kandungan vitamin C yang tinggi, Buah Abiu membantu merangsang pembentukan kolagen yang menjadikan kulit lebih anjal dan berseri. Ini memberikan cahaya semulajadi pada wajah. Buah abiu juga dapat Membantu dalam Proses Penghadaman sebab ianya  mengandungi serat diet yang ringan dimana serat membantu memperlancar proses pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Ke 3 dimana buah ini mengandungi Antioksidan Semulajadi yang menyebabkan awet muda. Kandungan antioksidan dalam Buah Abiu membantu melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas yang merosakan dimana ini sekaligus menurunkan tanda-tanda penuaan dan menjaga kesihatan kulit. Makan buah ini Menjaga Kesehatan Jantung sehingga denyut jantung kukuh. Kandungan kalium yang seimbang dalam Buah Abiu membantu mengatur tekanan darah dan degupan detak jantung. Ini merupakan elemen penting dalam menjaga sistem kardiovaskular yang kuat. Ke 4 dimana buah ini Mengurangkan Risiko Diabetes dimana walau pun ia kaya dengan rasa manis semulajadi tetapi ia memiliki indeks glisemik yang rendah. Ini bermakna ia tidak memicu lonjakan bahan gula darah yang tinggi dan sesuai untuk individu dengan masaalah diabetes. Seterusnya ia adalah buah Penguat Tulang sebab ia mengandungi Kalsium dan fosforus yang penting untuk kesehatan tulang. Ini membantu mencegah osteoporosis dan memastikan tulang tetap kuat dan tahan lama. Ia juga Membantu Organ Penglihatan Mata kerana Vitamin A dalam Buah Abiu memelihara kesihatan mata dan mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan penuaan. Uniknya buah ini dapat juga ia  Membantu Pemulihan dan Proses Penyembuhan yang lebih cepat bila bahan Vitamin C membantu proses penyembuhan luka dan luka. Ini berkontribusi pada pemulihan yang lebih cepat setelah berlaku cedera atau pembedahan. Buah Abiu juga merupakan Sumber Tenaga Semulajadi yang menjaga viitaliti seharian. Karbohidrat asli didalamnya memberikan tenaga yang tahan lama dan ia menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang memerlukan tenaga tanpa mengambil gula yang berlebihan. Terakhir khasiat ke 10 adalah buah abiu ini dilaporkan ia mampu Menyokong Fungsi Otak dan aspek Kecerdasan yang Dipelihara. Khasiat Buah Abiu yang paling akhir adalah menyokong fungsi otak sebab ia mengandungi vitamin B kompleks yang membantu meningkatkan fungsi kognitif dan mempertahankan daya ingat yang baik.


Merujuk kepada portal trubus.id.com dimana '
Budidaya Abiu Organik, Buah Langka Berharga Tinggi' sesuai di sembangkan juga. Dikalangan petani di Katulampa, Kecamatan Bogor Timur, Kota Bogor, Provinsi Jawa Barat, penanaman atau budidaya tanaman abiu organik yang dijaga dengan intensif menghasilkan abiu organik yang langka dan berharga tinggi demi memenuhi permintaan pasaran tempatan. Petani bernama Victor Lie enanam 200 pokok abiu di lahan 5 ribu meter persegi dan jarak tanam 2.5 m x 2.5 m. Pokok yang tidak banyak dimamanfaatkan kebun tersebut dimana pokoknya dari keluarga famili Sapotaceae berumur 1-6 tahun dan menuai 3 kali setahun. Victor mendakwa ada sekitar 25% tanaman abiu miliknya menghasilkan 2 - 3 biji buah abiu sekilogram. Ia amalkan perkebunan secara organik dilokasi tanahnya berketinggian 400 meter di atas permukaan laut (m dpl). Mula-mula ia menggali lubang berdiameter 1 m x 1 m dan membenamkan sampah organik kering secukupnya dan 15 kg tahi kambing terfermentasi. Pembajana selanjutnya 2 minggu sekali untuk membantu fotosintesis. Ia menyembur baja foliar dicampur bahan enzim sisa organik buah-buahan. Setiap 10 titis cairan enzim buah yang dilarutkan dalam 10 liter air itu untuk semua tanaman dan dibuat penyiraman 2 kali sehari semasa musim panas. Buah abiu organik adalah usaha yang menguntungkan apabila kos menrawatnya cuma Rp200.000 sepokok (RM55.13/pokok) dan dalam setahun berbuah 3 kali sudah menutup kos pengeluaran. Dibuat cantasan untuk merangsang pertumbuhan dan memudahkan penuaian. Apa pun dilaporkan diantara perosak yang menyerang abiu adalah Lalat Buah dan Semut. Ia dikawal dengan menggunakan alat perangkap lalat buah dan racun serangga organik iaitu dibuat dari bawang putih atau serai wangi untuk semut. Victor juga menuai 50 kg abiu dari 100 pokok dengan buah grade A sebanyak 20 - 30 kg. Buah abiu grade A berharga Rp100.000 (RM27.56) yang ada sekitar 2 - 3 biji buah, buah grade B Rp50.000 (RM13.78/kg) yang ada 4 - 5 biji buah) dan grade C dijual pada harga  Rp30.000 (RM8.37 /kg( yang ada 8 -12 biji buah. Musim lepas dia menuai sebanyak 150 kg buah abiu dimana memuaskan. Sebanyak 75 kg buah habis terjual di pameran Semarak Perkebunan Nasional (Skena) dan sisanya dijual melalui pasarab lokal dengan harga beragam. Victor membuat juga 100 anakbenih abiu syang dalam masa  1.5 - 2 tahun lakan berbuah. Tanam dari anakbenih dari biji memiliki ketahanan lebih kuat. Buah abiu masak warna kuning abiu mencapai 80 -90% dan sebaiknya jualan buah abiu harus kurang dari 3 hari sebab ia mudah teroksidasi sehingga isi daging buah menjadi kecoklatan dan bertekstur lembik. 


Di Malaysia ada kisah dalam hmetro.com bertajuk 'Buah Abiu asal Amazon' juga sesuai di sembangkan. Dilaporkan dimana masih tidak ramai penduduk Malaysia mengenali buah abiu atau turut dipanggil buah mas yang berasal dari kawasan Amazon ini mempunyai khasiatnya tersendiri. Pokok abiu atau nama saintifiknya Pouteria caimito adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae iaitu satu keluarga dengan buah ciku. Disebabkan buahnya kurang dikenali berbanding buah-buahan lain, ia tidak dikomersialkan secara besar-besaran. Namun ada petani yang sudah mengusahakan tanaman itu selepas mendapat permintaan terutama dari Singapura dan China. Di Jelebu, Negeri Sembilan petani bernama Siow Kit Chon (73) adalah diantara satu-satunya petani yang mengusahakan tanaman berkenaan secara komersial selepas mendapati buah berkenaan mempunyai nilai khasiat yang tinggi seterusnya mendapat tempat dalam pasaran. Wartawan HM menemuipetani ini di kebun yang diusahakan di hadapan rumahnya dimana dia kini mempunyai 60 pokok abiu yang ditanam atas tanah seluas 0.8 hektar dan mengusahakan tanaman itu sejak tiga lalu. Tanaman ini tidak ramai yang mengusahakannya sedangkan buahnya sering kali dicari orang luar disebabkan khasiat yang ada pada buah berkenaan. Buah ini dipercayai membantu meningkatkan imuniti badan kerana mengandungi nutrien penting seperti protein, tenaga, kalsium,vitamin C, vitamin E, vitamin A dan fosforus. Pembabitan awal dalam tanaman pokok berkenaan bermula apabila dia membeli anak benih secara dalam talian dari seorang petani di Australia dengan harga RM3,000. Apa pun pembelian itu menyebabkan dia teruk disindir ahli keluarga kerana sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan anak benih itu sedangkan baru hanya mencuba tanaman itu. Apa pun bermula dengan satu pokok, kini ada lebih 60 pokok ditanam dan semua dibiakkan menggunakan kaedah tut. Kini berbanding menanam secara anak benih, kaedah tut lebih praktikal berikutan pokok cepat berbuah dan kuantiti serta kualiti buah yang dihasilkan juga lebih baik. Pokok berbuah ketika berusia dua tahun dan sentiasa berbuah kerana bukan pokok buah-buahan bermusim dengan setiap pokok boleh menghasilkan sehingga 300 buah bagi setiap pusingan. Dari segi keistimewaan pokok ini, buah baharu akan muncul biarpun buah lama belum habis dipetik dan disebabkan itu ia sangat berbaloi untuk ditanam. Kerja penjagaan pokok juga sangat mudah kerana tidak memerlukan banyak penggunaan racun serangga. Pokok berkenaan juga tahan penyakit disebabkan getah dihasilkannya tidak digemari serangga perosak. Selalunya bagi menjamin kualiti buah yang baik, pembajaan mengikut jadual perlu dilakukan dan jika membaja dengan betul, buah yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 500 gram setiap biji selain rasa yang sedap. Pokok akan mula putik sehingga buah masak yang mengambil masa kira-kira 100 hari sebelum ia dipetik dan dijual kepada pelanggan dari Johor, Kuala Lumpur dan Seremban, malah buah turut dihantar kepada pelanggan yang membeli dari Singapura serta China. Apabila masak maka buah menjadi kekuningan dan dipetik dengan mengunting hujung buah sebelum disimpan dalam bekas dan dibalut kertas bagi menjamin kualiti buah berkenaan. Semuga sembang kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH ABIU... RAMAI TIDAK KENALNYA....
DARI AMAZON... MUDAH TANAMNYA...
BERBUAH BANYAK... CANTIK WARNA...
KENA UJIRASA...BELI ADA DIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1446H).

Friday, December 27, 2024

SEMBANG TENTANG 'BUAH CERMAI'

BUAH CERMAI
(Phyllanthus accidus) adalah sejenis buah dari tumbuhan dalam keluarga Phyllanthaceae atau didakwa ia juga dibawah keluarga Euphobiaceae yang natif terdapat di Malaysia. Kegunaan buah cermai adalah pada bahagian buahnya yang dihasilkan sepanjang tahun dimana kini ia didapati semakin berharga. Buah ini memeng dikelaskan dibawah Buah Nadir di negara kita. Buahnya yang keluar daripada bahagian dahan dan batang dikutip untuk diproses dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang enak. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman. Penelitian penulis blog daripada beberapa buku dan pengalaman di lapangan mendapati dimana setiap 100 gram buah mengandungi 95.9 g air, Protin (0.155 g), Serat (0.18 g), Lemak (0.12 g), Ash (0.51 g), Kalsium (5.4 mg), Posforus (17.6 mg), Ferus (3.25 mg) ,Karotin (0.019 mg), Thiamine (0.029 mg), Riboflavin (0.013 mg) dan Niacin (0.0292 mg). Cermai didapati mengandungi 4.6 mg asid askorbik. Pokok Cermai ini dipercayai berasal daripada Madagascar dan tumbuh liar di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam serta Selatan India, Sri Lanka dan Jamaica, Cuba, Carribean serta Amerika Selatan. Pokok ini dari jenis tropika dan sub-tropika yang dipanggil 'Gooseberry". Nama lain ialah Malay Berrry ; Oteiberry ; Gooseberry ; Country Gooseberry (English), Cermai ; Cheremai ; charmella ; charmin-charmin ; Kemangor (Malaysia), cherme ; tcherme (Indonesia), cherembelier ; cham dot (Vietnam), mayom (Thailand), Mak-nkhom (Laos), charmori ; harphanori (India) dan Grosella ; Groselha (Kawasan Caribean, Costa Rica dan Brazil). Tanaman cermai ditanam dikeliling rumah di Malaysia dan jarang kita jumpa penanaman cermai secara meluas yang ditanam secara Monokrop. Artikel ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang fakta mengenai Cermai yang mudah di tanam dan kini menjadi sejenis buah nadir yang berharga untuk tatapan dan rujukkan anda semua.


Menarik di sembangkan jika hasil dari beberapa kajian dan penyelidikan pakar dimana did
apati buah cermai mengekalkan kadar kolesterol darah dengan kebolehan menurunkan LDL (kolesterol jahat). Ia turut mencegah aterosklerosis (mendapan plak di arteri) karena memiliki antioksidan yang kuat iairu sehingga dapat melindungi dari masaalah penyakit jantung. Selain itu hasil kajian menyatakan dimana buah cermai mengandungi kadar polifenol yang tinggi yang mana dapat melindungi tubuh dari sifat oksidatif gula darah yang tinggi dan mencegah berkaitan dengan urin. Buah ini juga dapat membantu dalam proses penyerapan insulin yang membantu penurunan gula darah pada penghidap diabetes. Buah Cermai juga kaya akan vitamin A yang penting dalam proses penghasilan kolagen. Kolagen adalah bahan yang diperlukan oleh kulit untuk tetap muda dan elastik dimana ia menjadikan seseorang akan awet muda. Buah cermai yang memang ia kaya serat, polifenol dan air masih kurang digemai oleh masyarakat umum jika dimakan mentah segar begitu sahja kerana kebanyakan buahnya adalah sangat masam. Perkara ini akan membuatkan dimana buah cermai yang dilaporkan ia mempunyai ciri anti-inflamasi yang membuatkannya sebagai penawar dari sakit perut. Amalan dengan mengambil satu sudu teh jus buah cermai pada waktu perut kosong didakwa akan dapat mengubati sakit perut. Kajian mendapati dimana diantara ingredien Aktif dalam uah cermai adalah seperti polifenol, flavonoid, asid tanin, crystalline, prolifenol, vitamin A dan lupeol. Menarik kongsi info bagaimana asas farmakologi tradisional Buah Cermai dimana diantara kegunaan lain pokok ini adalah bahagian kayu dan dahan kayunya adalah ia boleh digunakan sebagai bahan api. Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Di Malaysia dilaporkan yang akar pokok cermai yang direbus dengan air bersih dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati asma. Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan. Ia juga mempunyai banyak kegunaan antaranya meredakan pening kepala (selepas keguguran), melawaskan kencing, meredakan demam campak dan demam kuning, mengawal tekanan darah, rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan payudara, jantung, dan masalah batu karang, mengawal aras glukosa dan aras kolesterol dalam darah.


Kurang banyak pembaca blog ini yang mengetahui akan beberapa menafaat Buah 
Cermai untuk kesihatan awam. Pertama didakwa buah cermai mampu Menurunkan Kolesterol sebab ia adalah sumber serat yang luar biasa atau yang dikenal dapat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Serat ini membentuk suatu lapisan yang membantu menurunkan penyerapan kolesterol dari makanan. Konsumsi ini secara teratur dapat menjadi bagian penting dari strategi pencegahan penyakit kardiovaskular. Buah cermai juga akan Membantu Sistem Pencernaan bila kandungan serat yang tinggi dalam buah cermai tidak hanya baik untuk kesehatan jantung sahaja akan tetapi juga berperanan penting dalam membantu sistem pencernaan. Serat membantu melancarkan proses pencernaan, mencegah sembelit dan memastikan yang tubuh dapat menyerap nutrisi secara optima untuk dapat menjaga kesihatan dan kesegaran secara menyeluruh. Ia didakwa memgubatu Masaalah Diabetes dimana pokok cermai boleh dijadikan tambahan yang sangat baik dalam isu ini bila kandungan seratnya membantu mengatur kadar gula dalam darah dan membantu mengawal penyerapan gula dimana makan buah cermai pilihan yang bijak untuk menjaga keseimbangan gula dalam darah. Buah cermai dikaitkan baik untuk kawal Diuretik dengan meningkatkan pengeluaran bahan urin dan ini membantu membersihkan racun dari badan serta membantu fungsi ginjal yang optimal dimana ini akan mencegah timbulnya masalah kesihatan terkait ginjal. Buah cermai membantu Mencegah Penuaan Dini sebab ada zat ntioksidan dalam cermai yang melawan stress oksidatif dan kerosakan sel, memberikan perlindungan tambahan terhadap kesan buruk sinaran matahari. Kandungan vitamin C, vitamin E dan fitonutrien menjaga kulit tetap sihat dan bercahaya. Ia dilaporkan mampu Meningkatkan Kesuburan terutama dikalangan lelaki jika makan buah cermai akan menawarkan manfaat khusus dengan meningkatkan kesuburan. Nutrisi yang kaya dalam buah ini dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma serta membantu secara optimal bagi lelaki dalam kemampuan mendapatkan anak. Paling unik jik abuah cermai mampu Meringankan Kanser walau pun ia tidak dapat menggantikan pengubatan moden kanser dimana makan buah cermai secara rutin dapat memberikan kesan positif. Nutrisi yang terkandung di dalamnya dapat membantu meringankan beberapa keadaan kesehatan pesakit kanser.


Buah cermai tidak banyak di konersilkan atau di proses untuk dijadikan makanan seperti buah-buahan tropika yang lain. Bagaimana pun penulis blog selain pernag banyak kali makan buah cermai segar ada juga ujirasa sira buah cermai yang halwa buah cermai di kampong dahulu terutama musim perayaan Hari Raya Puasa. Kebanyakan buah cermai lokal jika di petik dan agak matang dan dimakan segar akan terpejam mata akibat kemasamannya (kecuali ada varieti buah cermai yang manis). Apa pun penulis blog kongsikan bagaimana cara untuk Sira  Buah Cermai yang enak, tahan lama, edible dan mudah membuatnya. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah 1 
kg buah cermai, Air garam, 1 cawan air dan juga 3 cawan gula serta alatan memasak. Buah cermai segar sebaiknya di rendam buah cermai ke dalam air garam semalaman. Kemudian air buahnya ditapis dimana didalam kuali boleh juga dimasukkan air dan gula. Rebus gula sampai mendidih dan kemudian di masukkan buah cermai yang sudah ditoskan tadi. Sebaiknya cara memasak adalah dengan memasak guna api sederhana dimana mesti dikacau sekali sekala. Apa pun lama kelamaan sira akan jadi lebih pekat dan dilihat yang buah cermai akan bertukar warna bila makin kering. Seterusnya apabila warna sudah gelap dan air gula sudah kering maka di matikan api dan diangkat keluar untuk disejkkan dan disimpan dodalam bekas. Sira Cermai yang masam-masam manis selalu menjadi hidangan yang disukai ramai oleh semua orang tidak kira umur atau jantina. Semuga tulisn ini memberi info berguna kepada pembaca log anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...Selamat mencuba!.
NAMANYA BUAH CERMAI...MASAM RASA....
MUDAH IA DITANAM...SENANG DI JAGA...
BANYAK KHASIAT... KENLAH DI BACA....
DAPAT ILMU... MULAKAN TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Jamadilakhir 1445H).

Thursday, December 26, 2024

SEMBANG TENTANG TERATAI (PART 2)

TUMBUHAN BUNGA TERATAI
(Nelumbium nelumbo Druce) merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang mempunyai beberapa nama lain seperti Seroja, Water Lily, Lotus, Padma, seroia, Eygptian Seeds, tarate, taratai besar dan beberapa lagi. Tumbuhan daripada famili Nelumbaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang boleh diambil sebagai bahan makanan dan juga tanaman oranmental yang menarik. Tanaman akuatik yang perlukan banyak air ini mampu tumbuh selama bertahun yang hasilkan keindahan dimana ia adalah sesuai di Asia. Teratai ditanam secara komersil terutama dibeberapa negara seperti China, India dan beberapa negara lain. Di China sahaja mereka menanam lebih daripada 300,000 hektar dimana rakyat China adalah pemakan hampir 70% teratai dunia daripada penggunaan untuk makanan terutama dimakan sebagai sayuran. Ia juga sesuai ditanam di kawasan berair atau pun didalam kolam, tasik cetek dan paya. Didalam keadaan liar tumbuhan ini akan hidup subur. Tanaman air yang tumbuh tegak. Rizomnya tebal bersisik dimana ia juga tumbuh menjalar. Daun dan bunga keluar terus dari rizomnya yang terikat pada lumpur di dasar kolam. Helaian daun lebar dan bulat disambungkan oleh tangkai yang panjang dan bulat berdiameter 0.5-1 cm dan panjangnya 75-150 cm. Daun tersembul ke atas permukaan air dan ia menegak seperti perisai. Permukaan daun berlilin dimana warnanya hijau keputihan, tepi rata, bahagian tengah agak mencekung, tulang daun tersebar dari pusat daun ke arah tepi dengan saiz diameter 30-50 cm. Bunganya berbau harum yang tumbuh menegak di atas permukaan air dengan tangkai bulat panjang dan kukuh dengan ukuran panjang tangkai bunga sekitar 75-200 cm. Diameter bunga 15-25 cm, dengan benang sari banyak kepala sari kuning, mahkota bunga lebar dan ada yang kelopak dimana ada dilihat lipatan dengan warna merah jambu, putih dan kuning. Bunga mekar sehari penuh dari pagi sampai petang. Setelah bunga layu maka mahkota bunga akan gugur sehingga tertinggal pangkal atau perdu bunga yang akan membekalkan buah dan biji didalamnya. Bentuk buah seperti Kon (cone) yang terbalik dengan mana pada permukaannya adalah mendatar seakan span mandi dan berlubang-lubang yang berisi 15-30 biji dengan warna buah adalah hijau kekuningan. Ia kemudian menjadi hijau dan akhirnya coklat hitam dimana ada garisan tengah 6-11 cm. Artikel petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya sembang fakta di media mengenai sejenis tumbuhan akuatik iaitu teratai sert untuk dijadikan rujukan semua pembaca blog.


Makanan berasaskan teratai amat kurang popular dikalangan orang Melayu dan kaum bumiputra lain di Malaysia. Bagaimana pun dalam portan bernama ada kisah '
Sup teratai' yang agak sesuai disembangkan. Foto sebelah adalah Hideaki Lim sedang menunjukkan sup teratai sajian sempena Tahun Baharu Cina.  Dilaporkan dimana bagi kalangan masyarakat Cina dimana sup menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga dan diantaranya ialah sup ubi teratai yang mana ia enak dinikmati ketika panas. Teratai adalah sejenis tumbuhan akuatik yang unik. Kuntuman bunganya mekar, mempesona. Mengikut mitos, bunga ini dikatakan menghidupkan suasana romantik khususnya kepada pasangan bercinta, melambangkan kesucian dua jiwa. Apa pun penulis blog faham jika tumbuhan dengan keluarga iaitu Nymphaeaceae juga dikenali sebagai lotus dimana fakta yang menariknya, daripada daun, bunga dan biji teratai, semuanya memiliki khasiat tersendiri. Dalam perubatan tradisional Cina, biji teratai yang rasanya manis dikatakan dimana ia dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan. Dipercayai juga bahagian biji teratai didakwa ia mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk bahan iaitu agen antipenuaan untuk kosmetik masa kini. Memanfaatkan khasiat teratai, pereka fesyen yang popular dengan rekaan berprestij siber dikenali Hideaki Lim berjaya menonjolkan sisi lain kehidupannya, dengan berkongsi cara masakan sup ubi teratai. Sajian ini mudah disediakan, enak dan paling penting melambangkan kerinduan terhadap keluarga. Selain tidak memerlukan banyak bahan, sajian kaya dengan khasiat. Ia didakwa mampu menggamit kerinduan kepada keluarga, mengingatkan kepada nostalgia kehidupan kecil dan resipi turun menurun itu adalah sajian kegemarannya. Sup Ubi teratai melambangkan kerinduan kepada keluarga, kemesraan dan kasih sayang dan menyajikan hidangan sihat untuk seisi keluarga. Bagi kepercayaan Cina, serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan. Dia yang lebih suka menyediakan sendiri makanan di rumah kerana mahu memastikan masakan yang disediakan adalah pilihan makanan sihat, tidak mengandungi perasa. Sup Teratai pilihan makanan sihat, kaya dengan khasiat, menyejukkan badan dan mudah disediakan tanpa bahan yang rumit. Apa pun bahan-bahan untuk memasak sup teratai termasuk  200gram (g) ayam, 10g kurma merah - direndam, 100g Ji zi (herba Cina) - direndam, 5g gula perang dan sedikit garam.  Cara menyediakannya dengan menghiris nipis ubi teratai. Kemudian ayam dipotong sederhana, anggaran untuk empat orang makan. Masukkan teratai yang dihiris ke dalam double boiler yang sudah dipanaskan. Masukkan ayam yang dihiris ke dalam double boiler (sebaiknya di tutup dengan guna penutup double boiler). Tambahkan empat mangkuk kecil air hingga melepasi bahan-bahan yang ingin dikukus. Tetapkan masa untuk mengukus bahan untuk sup teratai (masa yang dicadangkan adalah dua jam 30 minit). Selepas hampir masak, tambahkan kurma dan ji zi untuk memberikan rasa herba semulajadi, kemudian tambah gula perang. Tips iaitu buah kurma tidak tidak dimasukkan terlalu awal bagi mengelakkan kuah sup menjadi masam.


Menarik kes 'Maqis rampas 82 kotak akar teratai tercemar dari Singapura' untuk disembangkan. 
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 820 kilogram (kg) sayur jenis akar teratai dicemari tanah di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Maqis dalam satu kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan oleh pegawai penguasa mendapati akar teratai dimuatkan dalam 82 kotak bernilai RM7,000 itu dibawa masuk dari Singapura. Pemeriksaan terhadap sebuah lori yang membawa pelbagai jenis sayur-sayuran pada jam 2.50 petang itu juga telah menemukan muatan 1,060 sayur jenis akar teratai dan mendapati sebanyak 820kg sayur tersebut dicemari dengan tanah. Sebanyak 820kg sayur tersebut dimuatkan di dalam 82 kotak sayur bertanah yang disorokkan di bahagian bawah dan ditindih menggunakan kotak sayuran yang bersih bagi mengaburi mata pegawai pemeriksa dan telah ditahan. Apa pun kes mengimport produk pertanian dengan kehadiran perosak adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama. Dalam isu ini jika sabit kesalahan maka tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.


Paling kurang seronok ialah sembang mengenai teratai adalah kes dimana '
Tragedi bunga teratai' seperti dilaporkan beberapa media tempatan. Kes dimana foto sebelah menunjukkan para anggota bomba membawa naik mayat M Lurouthusamy Jayasingam (51) yang ditemui lemas ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar di tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, Sungai Siput, Perak. Apa pin dilaporkan dimana seorang lelaki ditemui lemas dipercayai ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar dalam kawasan tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya. Pihak jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menjumpai mayat M Lurouthusamy selepas dikatakan terjatuh tasik berkenaan. Panggilan diterima jam 8.27 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikejarkan ke lokasi. Sejurus tiba di lokasi kejadian, bomba dimaklumkan bahawa mangsa terjatuh ke tasik lombong terbabit oleh seorang saksi yang juga rakan mangsa. Mayat mangsa ditemui pada kedalaman satu meter dengan jarak kira-kira 15 meter dari tebing tasik, dengan ia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Laporan menyebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah carian di permukaan (surface searching) dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar.  Anggota bomba membawa naik mayat M Lurouthusamy yang ditemui lemas jam 10.15 pagi tadi ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar di tasik bekas lombong tersebut adalah dikelaskan sebagai 'kes mati mengejut'. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
BUNGA TERATAI...TERAPONG DIA...
DALAM AIR TAWAR...TUMBUHNYA...
PELBAGAI KISAH ... DAN CERITA...
SESUAI DI RUJUK...INFO BERGUNA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(24 Jamadilakhir 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...