Support My Blog

Monday, September 30, 2024

TANAM RUMPUT UNTUK KUCING PELIHARAAN (Part 1)

MENANAM RUMPUT UNTUK KUCING
dikawasan rumah adalah satu perkara yang sesuai diketahui oleh mereka yang hobinya memelihara kucing. Mungkin kalangan pembaca blog ini akan merasa pelik apabila melihat kucing kesayangannya makan rumput sekali sekala dikawasan rumah. Timbul juga persoalan kenapa agaknya kucing memakan rumput. Pakar haiwan menyatakan dimana masih tidak banyak penyelidikan dilakukan mengenai tabiat kucing suka makan rumput akan tetapi ia menjurus kepada sifat semujaladi kucing yang mana ia juga ada sejumlah penyakit seperti masaalah dihadapi iaitu gastrointestinal seperti sindrom usus besar dan juga 'parvo'. Dinyatakan dimana memakan rumput adalah salah satu cara bagi kucing untuk melegakan masalah pencernaan yang sedang dialaminya. Rumput mempunyai kandungan serat yang tinggi dimana ia akan membantu masalah sembelit pada kucing. Kucing terkenal dengan tabiat tidak gemar minum air dimana dengan dia memakan rumput maka ini akan dapat membantu mereka membuang air besar dengan lebih mudah. Selalunya faktor pemakanan yang sering diberikan pemiliknya juga boleh menjadi sebab mengapa kucing untuk dia makan rumput. Dilaporkan jika makanan mereka kurang vitamin, mineral atau nutrisi tertentu maka kucing ini mungkin cuba mencarinya di tempat lain termasuk memakan rumput. Agak pelik bagi penulis blog dimana kucing juga mengalami tekanan (stress) dimana kucing makan rumput akan dapat dan mampu memberikan ketenangan kepadanya. Apa pun ada dilaporkan kucing yang makan rumput ada kesan negatifnya kepada kesihatan kucing kerana rumput boleh tersangkut di dalam perut sekiranya kucing tersebut makan terlalu banyak rumput pula. Jika berlaku maka pilihan terbaik adalah dengan lakukan pembedahan bagi mengeluarkan rumput di dalam perut kucing yang bermasaalah seperti ini. 
Kucing merupakan haiwan karnivor (pemakan daging sahaja dimana lazimnya diantara makanan kesukaan kucing termasuk tikus, ikan, burung kecil dan serangga kecil secara semulajadi. Tabiat kucing untuk makan rumput tertentu perlu difahami agar ia mendapatkan jika ada ditanamd dikawasan rumah. Artikel subuh ini dalam kedinginan hujan dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa jenis rumput yang sesuai ditanam untuk di makan oleh kucing peliharaan dan aspek kepentingannya agar menjadi bahan rujukkan. 


Dalam beberapa laporan dinyatakan ada beberapa jenis rumput yang sesuai ditanam dan dusukai untuk dimakan oleh kucing. Antara jenis rumput tersebut adalah termasuk Rumput Helikopter (Rumput Pendul), Rumput Barli, Rumut Oat, Rumput Gandum, Rumput, Rumput Rai, Rumput Alfafa, 
Rumput Dactylis glomerate dan beberapa lagi. Masih ramai tidak percaya akan kelakuan kenapa kucing suka makan rumput. Apa pun apa yang penulis blog faham dimana secara teorinya diantara beberapa sebab kucing kesayangan untuk suka makan rumput ialah kerana dilaporkan cara ini akan dapat membantu mengeluarkan bahagian mangsa yang dimakan yang tidak boleh dihadam. Dalam pada itu rumput juga dapat membantu mengeluarkan ‘hairball’ yang masuk kedalam usus kucing dengan cara memuntahkan ia kembali. ‘Hairball’ ini apa pun pada kebiasaannya masuk kedalam perut kucing ketika kucing menjilat-jilat nulunya semasa sedang membersihkan diri atau memakan haiwan kecil lain yang berbulu. Dalam rumput dimana kandungan serat yang terdapat didalam rumput tersebut akan membantu didalam proses kitaran penghadaamn kucing. Sementara itu kandungan klorofil yang masuk didalam rumput memberi banyak manfaat kepada haiwan kucing seperti membantu untuk ia mengurangkan kesakitan, mengurangkan jangkitan penyakit lain termasuk masaalah anemia dan penyakit kulit. Rumput juga didakwa ia mengandungi asid folic yang membantu peredaran darah yang baik kepada kucing. Kalau nampak kucing makan rumput jangan hairan kerana ia adalah tumbuhan yang tiada bahan kimia lain yang boleh membahayakan kesihatan. Saya akan paparkan beberpa jenis rumput yang boleh ditanam sendiri dirumah untuk mengindahkan lokasi. Paling lszim adalah jenis rumput Helicopter atau rumput pendul yang saya tulis sebelu ini dan boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disini). 


(1) RUMPUT HELIKOPTER
Rumput Helikopter (Kyllinga brevifolia) daripada keluarga Cyperaceae atau dikenali dengan nama lain sebagai Rumput Pendul amat jarang dikenali secara saintifik dikalangan pembaca semua. Bagaimana pun ada beberapa sumber yang menyatakan dimana spesis rumpat ini sering dimanafaatkan untuk merawat haiwan seperti kucing dirumah atau haiwan peliharaan yang sakit. Sekilan pandang penulis blog dapati keunikan rumput ini adalah ia mem[unyai bentuk bunga seperti sebiji bola berwarna putih bulat yang kecil diatasnya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun rumput 
pendul adalah diantara rumput semulajadi yang boleh didapati dimana-mana dan menjadi kesukaan kucing. Rumput helikopter ini selalunya tumbuh liar dihabitat tanah lembap yang sesuai dan mampu mencapai ketinggian sehingga 20 cim yang menegak. Rumpai ini adalah mudah dilihat dan boleh ditanam dikawasan seperti ditepi jalanraya, tanah terbiar, belukar, padang rumput atau padang permainan, tepi parit dimana boleh tumbuh dari kawasan tanah rendah sehingga ketinggian 2,600 meter dari paras laut di iklim tropika. Penulis melihat dimana rumput ini akan tumbuh merimbun secara berkelompok disuatu kawasan dimana ia mampu tumbuh melalui rizom didalam tanah. Sebagai tumbuhan dari keluarga Cyperaceae ia mempunyai bentuk batang tiga segi yang agak keras dan selalu ianya akan mengeluarkan daun pada bahagian pangkal atau perdunya. Jika diteliti dimana daun pada pangkal batang berjumlah antara 2 - 4 helai dengan menegaj atau serong dengan ukuran panjang yang tirus di hujungnya (meruncing) 3/0 cm - 10.0 cm serta ukuran lebarnya 1.3 cm - 4 mm yang dilihat berwarna hijau tua. Bunga dari tanaman ini berbentuk bulat (bundar) dari tangkai yang naik keatas memanjang dengan warna hijau muda keputihan dengan ukuran 4 - 8 mm. Dalam beberapa rujukkan dimana rumput helikopter bunga putih ini juga akan dikenali dengan nama lain seperti Rumput Pendul, Rumput Kepala Lalat, Rumput Mata Lalat, Jukut Pendul, Sui Wu Gong, Bosikad dan Pakopako. Marfologi asasnya ia mempunyai batang tunggal dan daunnya 3 helai yang menjadikan struktur daun ini dilihat seakan 'Kipas Helikopter'.


(2) RUMPUT GANDUM
Rumput gandum (Triticum spp) adalah yang paling popular yang orang tanam untuk diberikan kepada kucing. Bahkan terdapat pelbagai kit dijual khas untuk menanam rumput ini. 
Rumput gandum disebut sebagai 'super food' kerana di dalamnya ada nutrien kandungan lengkap termasuk zat besi, kalsium, magnesium, berbagai enzim, 17 jenis asam animo, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, vitamin B kompleks, juga protein. Selain itu rumput gandum juga kaya antibakteria dan antioksidan yang sangat baik. Apa pun penulis blog dapati dimana rumput ini adalah tumbuh daripada biji gandum yang mudah disemai dan ditanam. Antara keistimewanya adalah ia mempunyai kandungan mineral dan mengandungi 70% klorofil. Ia juga merupakan tambahan makanan yang bagus untuk diet kucing kerana mampu membantu melawan masaalah keradangan serta meningkatkan kesihatan keseluruhan badan mereka. Dari beberapa laporan dinyatakan rumput gandum terutama pada daun hijaunya mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah. Ia juga merupakan sejenis tumbuhan halus yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim yang segar di dalam minuman ini mudah dicerna. Bahan klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan. Klorofil membantu menguruskan serta ia  juga memberhentikan pertumbuhan bakteria tidak mesra daripada tumbuh dan berkembang di dalam badan. Ia juga membantu menyeimbangkan tahap gula di dalam darah. Apa pun ia dianggap sebagai makanan berkhasiat lengkap kerana ia mengandungi spektrum penuh dengan vitamin, mineral dan unsur surih yang diperlukan oleh badan. Sebenarnya kucing secara asasnya pandai menilai jensi rumput yang sesuai untuk mereka diman ia kadang-kadang terdapat juga jenis rumput yang boleh memberi bahaya kepada mereka. Terutamanya rumput yang sudah tercemar dengan pelbagai jenis racun kimia.  Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini emberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM RUMPUT... YANG KUCING SUKA...
RUMPUT HELIKOPTER... GANDUM JUGA...
RUMPUT OAT... MUDAH MENANAMNYA...
JADIKAN AMALAN... KESIHATAN DIJAGA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persipangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Muharram 1445H).
Kemaskini pada 28 September 2024.

Sunday, September 29, 2024

TANAM RUMPUT UNTUK KUCING PELIHARAAN (Part 2)

MENANAM RUMPUT UNTUK KUCING
dikawasan rumah adalah satu perkara yang sesuai diketahui oleh mereka yang hobinya memelihara kucing. Mungkin kalangan pembaca blog ini akan merasa pelik apabila melihat kucing kesayangannya makan rumput sekali sekala dikawasan rumah. Timbul juga persoalan kenapa agaknya kucing memakan rumput. Pakar haiwan menyatakan dimana masih tidak banyak penyelidikan dilakukan mengenai tabiat kucing suka makan rumput akan tetapi ia menjurus kepada sifat semujaladi kucing yang mana ia juga ada sejumlah penyakit seperti masaalah dihadapi iaitu gastrointestinal seperti sindrom usus besar dan juga 'parvo'. Dinyatakan dimana memakan rumput adalah salah satu cara bagi kucing untuk melegakan masalah pencernaan yang sedang dialaminya. Rumput mempunyai kandungan serat yang tinggi dimana ia akan membantu masalah sembelit pada kucing. Kucing terkenal dengan tabiat tidak gemar minum air dimana dengan dia memakan rumput maka ini akan dapat membantu mereka membuang air besar dengan lebih mudah. Selalunya faktor pemakanan yang sering diberikan pemiliknya juga boleh menjadi sebab mengapa kucing untuk dia makan rumput. Dilaporkan jika makanan mereka kurang vitamin, mineral atau nutrisi tertentu maka kucing ini mungkin cuba mencarinya di tempat lain termasuk memakan rumput. Agak pelik bagi penulis blog dimana kucing juga mengalami tekanan (stress) dimana kucing makan rumput akan dapat dan mampu memberikan ketenangan kepadanya. Apa pun ada dilaporkan kucing yang makan rumput ada kesan negatifnya kepada kesihatan kucing kerana rumput boleh tersangkut di dalam perut sekiranya kucing tersebut makan terlalu banyak rumput pula. Jika berlaku maka pilihan terbaik adalah dengan lakukan pembedahan bagi mengeluarkan rumput di dalam perut kucing yang bermasaalah seperti ini. Kucing merupakan haiwan karnivor (pemakan daging sahaja dimana lazimnya diantara makanan kesukaan kucing termasuk tikus, ikan, burung kecil dan serangga kecil secara semulajadi. Tabiat kucing untuk makan rumput tertentu perlu difahami agar ia mendapatkan jika ada ditanamd dikawasan rumah. Artikel subuh ini dalam kedinginan hujan dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa jenis rumput yang sesuai ditanam untuk di makan oleh kucing peliharaan dan aspek kepentingannya agar menjadi bahan rujukkan.


(3) RUMPUT OAT
Rumput oat (
Avena sativamerupakan sejenis tumbuhan dari kumpulan bijirin (cereal crop) dimana ia digunakan bagi makanan manusia dan juga sebagai makanan bagi haiwan terutamanya bagi industri ternakan ayam dan kuda. Jerami oat digunakan sebagai tempat tidur bagi haiwan dan kadang-kala juga sebagai makanan haiwan. Rumput ini selalunya ditanam daripada biji oat. Rumput biji oat dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis berbanding rumput lain kerana kandungan nutrien. Ciri ini sesuai untuk haiwan kecil seperti kucing yang dikenali memang teliti didalam memilih makanan untuk menikmatinya. Apa yang penulis blog pernah lihat dimana adalah disarankan agar pemilik kucing agar memberi sedikit rumput oat kepada kucing sebelum menanamnya dengan lebih banyak. Agak mudah untuk menanam rumput oat ini dimana hanya perlukan biji benih yang berkualiti dan bekas menanam serta media tanaman yang sesuai. Apa perlu dilakukan dengan cara perlu merendamkan biji oat ini dengan air biasa selama dua jam. Ambil bekas sederhana dan boleh di letakkan tisu kemudian basahkan tisu tersebut atau boleh gunakan media cocopeat atau peatmoss dan seterusnya taburkan biji oat diatasnya.  Ia akan bercambah dan pastikan di lembabkan dengan air dimana kemuidan ia akan mengeluarkan akar bolehlah dipindahkan kedalam pasu atau bekas lain yang ada media untuk tumbesaran. Letakkan dilokasi yang mendapat sinaran matahari agar ia mampu tumbuh dengan baik. Berikan kepada kucing dengan meletakannya ditempat sesuai atau dipotong dan diberikan terus kepada kucing peliharaan.



4. RUMPUT RAI
Rumput rai atau Ryegrass (Loleum spp) merupakan sejensi rumput yang tumbuh dari bijian dari keluaraga Poaceae. Ada beberapa spesis rumput rai yang di kenalpasti iaitu Loleum perenne, Lolium multiflorum dan Lolium temulentum yang sesuai ditanam. Kita di Malaysia mudah menjumpai rumput ini kerana ia mudah tumbuh kiar atau pun ia ditanam. Pada penulis blog dimana r
umput rai atau lebih dikenali juga dengan 'rumput karpet' mempunyai ciri khas seperti ia adalah jenis rumput yag pertumbuhannya agak pendek dan berdaun halus dimana jika dijaga baik seakan karpet. Rumput ini biasanya ada ia dijumpai di kawasan taman-taman, kawasan halaman rumah dan hiasan kepada balkoni. Kucing adalah haiwan yang mana ia pasti suka berguling-guling diatas rumput ini. Apa pun bagi tujuan menanam rumput rai dimana memang ia biasa ada dijual dalam bentuk biji benih atau bentuk karpet kecil di beberapa premis seperti di kedai nurseri tempatan. Rumput rai merupakan tumbuhan yang mempunyai ketahanan suhu yang agak tinggi kepada takat suhu yang rendah. Oleh itu memang tidak hairan jika ia sertng dijumpai dikawasan yang bersuhu dingin. Ia bukan sahaja mampu mencantikkan taman-taman sebaliknya dilaporkan dimana haiwan kucing juga suka makan kepada rumput ini. Cara yang sesuai untuk membiakkan rumput rai adalah dengan memilih tempat yang redup dan tidak terkena langsung kepada cahaya matahari. Sebaiknya menanam pada waktu pagi ketika suhu masih rendah untuk menyemai benih rumput. Kambuskan benih dengan tanah untuk mengelakkan benih daripada dimakan burung atau serangga lain. kemudian apabila tumbuh sesekali gunakan baja yang sesuai seperti baja cecair )foliar fertilizer) untuk memastikan rumput hidup lebih segar dan gemuk dimana ia akan kelihatan cantik sambil kucing suka memakannya.


5. RUMPUT BARLI
Rumput barli (
Hordeum vulgare) merupakan sejenis rumput yang udah ditanam dirumah untuk pelbagai tujuan termasuk bagi dimakan kucing. Pada penulis blog mendapati dimana rumput barli umumnya adalah merupakan rumput yang digunakan untuk tujuan menghasilkan makanan kepada haiwan herbivor seperti kambing, lembu dan biri-biri. Dilaporkan selain mempunyai kadar protein dan tenaga yang tinggi dimana ia juga mempunyai kandungan vitamin, garam galian dan enzim untuk ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain. Barli dikenali juga sebagai beras belanda merupakan suatu spesies tumbuhan tergolong dalam keluarga rumput atau famili Poaceae. Biji-bijinya dimanfaatkan sebagai bijirin sumber makanan kesihatan yang penting untuk manusia dan sumber makanan haiwan ternakan. Pada penulis blog dimana memang tidak hairanlah jika kucing juga menyukai rumput ini. Kini penggunaan rumput barli yang meluas membuatkan semua pembaca blog ini sangat mudah untuk mendapatkan benihnya. Benih barli yang berkualiti boleh disemai bijinya sahaja untuk mendapatkan rumputnya dalam bekas yang sesuai dan diseram sehingga tumbuh dengan baik. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini emberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM RUMPUT... YANG KUCING SUKA...
RUMPUT HELIKOPTER... GANDUM JUGA...
RUMPUT OAT... MUDAH MENANAMNYA...
JADIKAN AMALAN... KESIHATAN DIJAGA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persipangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Muharram 1445H).
Updated 28 September 2024.

Saturday, September 28, 2024

TANAM RUMPUT UNTUK KUCING PELIHARAAN (Part 3)

MENANAM RUMPUT UNTUK KUCING
dikawasan rumah adalah satu perkara yang sesuai diketahui oleh mereka yang hobinya memelihara kucing. Mungkin kalangan pembaca blog ini akan merasa pelik apabila melihat kucing kesayangannya makan rumput sekali sekala dikawasan rumah. Timbul juga persoalan kenapa agaknya kucing memakan rumput. Pakar haiwan menyatakan dimana masih tidak banyak penyelidikan dilakukan mengenai tabiat kucing suka makan rumput akan tetapi ia menjurus kepada sifat semujaladi kucing yang mana ia juga ada sejumlah penyakit seperti masaalah dihadapi iaitu gastrointestinal seperti sindrom usus besar dan juga 'parvo'. Dinyatakan dimana memakan rumput adalah salah satu cara bagi kucing untuk melegakan masalah pencernaan yang sedang dialaminya. Rumput mempunyai kandungan serat yang tinggi dimana ia akan membantu masalah sembelit pada kucing. Kucing terkenal dengan tabiat tidak gemar minum air dimana dengan dia memakan rumput maka ini akan dapat membantu mereka membuang air besar dengan lebih mudah. Selalunya faktor pemakanan yang sering diberikan pemiliknya juga boleh menjadi sebab mengapa kucing untuk dia makan rumput. Dilaporkan jika makanan mereka kurang vitamin, mineral atau nutrisi tertentu maka kucing ini mungkin cuba mencarinya di tempat lain termasuk memakan rumput. Agak pelik bagi penulis blog dimana kucing juga mengalami tekanan (stress) dimana kucing makan rumput akan dapat dan mampu memberikan ketenangan kepadanya. Apa pun ada dilaporkan kucing yang makan rumput ada kesan negatifnya kepada kesihatan kucing kerana rumput boleh tersangkut di dalam perut sekiranya kucing tersebut makan terlalu banyak rumput pula. Jika berlaku maka pilihan terbaik adalah dengan lakukan pembedahan bagi mengeluarkan rumput di dalam perut kucing yang bermasaalah seperti ini. Kucing merupakan haiwan karnivor (pemakan daging sahaja dimana lazimnya diantara makanan kesukaan kucing termasuk tikus, ikan, burung kecil dan serangga kecil secara semulajadi. Tabiat kucing untuk makan rumput tertentu perlu difahami agar ia mendapatkan jika ada ditanamd dikawasan rumah. Artikel subuh ini dalam kedinginan hujan dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa jenis rumput yang sesuai ditanam untuk di makan oleh kucing peliharaan dan aspek kepentingannya agar menjadi bahan rujukkan.


6. RUMPUT DACTYLIS
Rumput Kebun ini atau Dactylis glomerata adalah merupakan sejenis rumput yang banyak tumbuh liar dimana sahaja dimana sahaja. Ia juga dikategorikan sebagai salah satu jenis 'Rumput kucing' memang yang juga sangat popular dalam pemilihan jenis rumut yang disukai oleh kucing. Dikenali juga sebagai 'Rumput kaki ayam' atau juga sebagai 'rumput dusun' dimana rumput ini sering dijumpai di dalam kenun atau dusun, dipadang bola, di tepi jalanan dan padang rumput. Dilaporkan dimana 
rumput kaki ini sebenarnya mempunyai rasa yang jauh lebih manis daripada rumput oat daripada testimoni dan pakar rumput. Apa pun didakwa dimana haiwan kucing selalu akan menjadikan tumbuhan ini sebagai salah satu menu suapannya untuk membantu mereka menjaga kesihatan perut yang lebih baik. Ada yang terfikir bagaimana untuk menanam rumput ini di rumah kerana ia agak berlainan dengan jenis rumput yang sebelum ini dibincangkan. Penulis blog dapati dimana cara yang paling senang ialah pembaca semua perlu cari pokok indukannya dengan memerhati sekeliling kawasan yang ada kelihatan rimbunan rumput ini. Memang jenis rumput ini tidak ada dikedai pertanian, nurseri swasta atau pun secara belian melalui online. Sebaiknya cara sesuai adalah perlu pembaca semua keluar kekawasan sesuai untuk pencari pokok induk yang sudah matang untuk mencari benihnya sendiri. Periksa biji yang sudah matang atau tua dimana ia perlu diambio dengan tangan dan dibawa pulang untuk direndam dan ditanam. Sebenarnya jika dapat bijibenih yang matang ia memang mudah untuk tumbuh dilapangan.


(7) RUMPUT ALFAFA
Rumput Alfafa (Medicago sativa L) adalah sejenis tanaman kumpulan rumput yang digunakan untuk makanan ternakan terutama haiwan jenis ruminan. Ini termasuk ternakan seperti lembu, kambing, bebiri, kerbau dan sebagainya. Rumput Alfalfa juga sering digunakan untuk sistem penggiliran tanaman pangan kerana akarnya dapat mengikat unsur nitrogen (N). 
Tumbuhan rumput alfalfa merupakan salah satu tumbuhan yang baik untuk kucing. Walaupun tidak ramai yang tahu mengenai tumbuhan ini, kebanyakan doktor kucing telah menyarankan rumput ini sebagai ubat terbaik bagi kucing peliharaan yang menghidapi CKD. Tumbuhan ini membantu menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah dan memang baik untuk pengidap CKD. Sama seperti tumbuhan yang lain, tumbuhan hijau ini juga mempunyai vitamin yang baik untuk kucing. Antara vitamin yang terdapat di dalam rumput ini ialah vitamin C, K dan Magnesium yang baik untuk kucing. Tumbuhan ini juga telah dikaji dan menunjukkan keberkesanan untuk membantu mencegah dan merawat penyakit buah pinggang pada kucing. Anda boleh membaca artikel mengenai kenali rumput alfafa dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini) tulisan saya sebelum ini. Sebaiknya untuk mendapatkan benih rumput alfafa ia boleh dibeli secara dalam talian online di internet sahaja.


Dalam memelihara kucing dimana walau pun ada yang memberikan vitamin bagi menjaga dengan baik tetapi cara berikan kucing memakan rumput juga dapat mengurangkan stress kucing. Isu inilah yang menyebabkan penanaman rumput bagi mereka yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaannya sangat penting. Walaupun begitu pada pendapat penulis bloh mendapati dimana haiwan ini tidak memakan semua jenis rumput dan terdapat beberapa jenis rumput yang dikhususkan dapat membantu sistem badan kucing. Lazimnya dilaporkan pemilik kucing akan menanam rumput yang sesuai seperti dibincangkan daam tulisan saya yang dikatakan ia akan memberikan banyak kebaikan pada kucing termasuk dengan membantu menyembuhkan penyakit. Adalah tidak perlu risau untuk membeli rumput yang baik untuk kucing kerana sekarang ini sudah ramai yang mula menjual rumput kucing bagi membantu kucing untuk terus sihat dan tidak stress dan paling mudah membeli secara on-line sahaja. Pada penulis blog dimana masih r
amai yang tidak tahu mengenai kebaikan rumput kucing. Sebagai haiwan peliharaan sudah pasti pernah melihat si manja ini memakan rumput. Lebih-lebih lagi ketika mereka tidak sihat dan sakit. Banyak manfaat rumput yang dapat membantu kucing anda merasa lebih sihat. Sebenarnya walaupun kucing dikenali sebagai haiwan karnivor akan tetapi memakan rumput dapat membantu kucing untuk mengeluarkan racun ataupun sari makanan yang tidak sesuai untuk badan mereka. Disebabkan inilah kebiasaannya, kucing yang memakan rumput akan memuntahkan kembali rumput tersebut bersama dengan racun yang terdapat di dalam badannya. Antara faedah menyediakan rumput kepada kucing termasuk ia membantu Peredaran Darah dimana rumput segar ini mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kucing. Antara membekalkan asam folat kepada kucing. Asid folat yang terdapat di dalam kencing kucing baik untuk membantu melancarkan darah. Tumbuhan ini juga membantu menghasilkan oksigen ke dalam darah kucing. Walau pun mungkin ada terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi kucing sekiranya mereka kekurangan asid folat. Isu ini akan menyebabkan anemia, dan pertumbuhan kucing muda yang terbantut sekiranya asam folat tidak mencukupi. Rumput didakwa mampu melancarkan pencernaan. Ada banyak kajian yang menunjukkan bahawa kucing akan memakan rumput bagi membantu melancarkan pencernaan. Sama seperti manusia yang mempunyai masalah susah membuang, kucing juga mengalami masalah yang sama. Kucing akan memakan tumbuhan ini untuk membuang cacing dan memuntahkan bulu yang terdapat di dalam badannya. Ia juga dianggap sebagai ubat kepada kucing. Kucing akan terus membersihkan badanya setiap hari. Disebabkan ini kucing akan sering muntah untuk mengeluarkan bulu badannya. Pencernaan kucing tidak seperti pencernaan lembu mahupun kambing yang mempunyai Regurgitasi dimana isu ini yang menyebabkan kucing sering muntah. Badan kucing juga tidak dapat memproses tanaman dimana disebabkan ini maka apabila haiwan anda memakan rumput maka ia akan dapat memuntahkan rumput sekali racun yang terdapat di dalam badannya. Apabila kucing memuntahkan racun dan bahan yang tidak boleh diproses oleh badannya, hal ini akan membuatkan mereka merasa lebih baik. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini emberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM RUMPUT... YANG KUCING SUKA...
RUMPUT HELIKOPTER... GANDUM JUGA...
RUMPUT OAT... MUDAH MENANAMNYA...
JADIKAN AMALAN... KESIHATAN DIJAGA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persipangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Muharram 1445H).

Friday, September 27, 2024

BULOH - TANAMAN JANGAN DI LUPAKAN

POKOK BULOH (Bamboo) adalah tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel tulisan saya mengenai buloh sebelum ini -(Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buloh di Malaysia dimana ada jenis yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris)Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Penulis blog merujuk laporan MTIB menyatakan dimana saiz pasaran nilai industri buluh dunia ialah USD68.8 bilion pada 2018. Malaysia pula hanya menyumbang nilai eksport sebanyak RM9.971 juta sahaja pada 2018 dan kemudian ia semakin merudum kepada RM9.164 juta pada 2019 dan turun lagi semasa pandemik covid-19. Dilaporkan jumlah ini sangat jauh kadar penurunan berbanding 2017 iaitu RM20.957 juta. Penulis blog mendapati dimana pembangunan industri buluh bukan sekadar sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil akan tetapi ia lebih jauh daripada itu ia sebagai program 'game changer' yang perlu diperkasakan sebagai satu lagi komoditi yang didakwa menjanjikan pendapatan kepada rakyat dan negara. Selama ini mungkin kadar pembangunan industri buluh agak terbantut kerana masalah kekurangan strategi khusus yang menyeluruh ke atas industri ini menyebabkan tiadanya jalinan, komunikasi dan koordinasi yang kuat di antara pelbagai jenis institusi berbeza yang terlibat dengan industri buluh di Malaysia. Selama ini penulis blog melihat dimana bekalan buluh sangat bergantung kepada hasil hutan yang dituai kebanyakannya oleh Orang Asli atau penduduk kampong dan macam tiada perladangan buloh komersial yang serius. Walau pun pernah mendengar ada Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) diperkenalkan oleh kementerian terlibat sejak 2007 akan tetapi amat jarang di laporkan status dan tahap kemajuannya. Dilaporkan dalam program ini setiap hektar kebun boleh ditanam sebanyak 400 rumpun. Selepas 3 - 4 tahun ia dijangka dapat dituai dengan hasil kasar sebanyak RM32,000 per hektar. Secara teknikalnya ia boleh dituai sebanyak 2 kali setahun untuk tuaian dimana pada tahun pertama dengan kadar penebangan sebanyak 40 peratus sahaja setiap kali tuaian. Kemudian untuk seterusnya pokok ini buluh boleh terus membiak untuk dituai setiap tahun bagi jangkamasa selama 100 tahun. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman buloh supaya tanaman ini tidak di lupakan di Malaysia sebagai bahan rujukkan untuk pembaca semua.


Tanaman Buluh adalah sejenis tanaman yang mempunyai prospek dalam industri pertanian di Malaysia. Ada peribahasa  ‘Bagai aur dengan tebing’ dan ‘melentur buluh biar dari rebungnya’ adalah peribahasa yang sinonim dengan masyarakat kita. Penggunaan perkataan aur atau buluh dan rebung dalam peribahasa di atas membuktikan penglibatan buluh dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia dalam pelbagai aspek telah wujud sejak dahulu lagi. Di negara kita taburan tanaman buluh biasanya boleh didapati daripada paras ketinggian 1000m di atas paras laut. Tanaman buluh boleh hidup di kawasan lereng-lereng bukit, tanah rata atau di tebing-tebing sungai. Pada keseluruhannya, negara kita sangat sesuai untuk penanaman buluh, kecuali di kawasan paya dan tanah terendam (terendam lama). Faktor penting dalam pemilihan tempat dan kawasan penanaman buluh adalah sumber air untuk penyiraman. Ini memandangkan keperluan air adalah sangat penting diperingkat awal penanaman buluh. Terdapat dua teknik penanaman buluh iaitu menggunakan biji benih dan juga pembiakan tampang (vegatatif) iaitu percambahan menggunakan rizom, pemotongan kulum atau dahan serta tisu kultur. Di Malaysia, buluh digunakan dalam penghasilan produk seperti perabot dan juga bahan proses untuk dibuat lidi sate, tooth pick atau chop–stick dan sebagainya. Selain dari itu rebung buluh sangat popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama dalam masakan. Di Utara Semenanjung Kedah dan Perlis, rebung buluh dibuat jeruk dan digemari ramai serta mendapat permintaan yang tinggi. Namun begitu, tanaman ini belum diusahakan secara meluas dan hanya didapati di pinggir-pinggir hutan atau di belakang rumah. Negara-negara seperti Taiwan dan Jepun telah lama memulakan penanaman buluh secara komersial. Malah mereka juga telah mengeksport produk-produk berasaskan buluh termasuk produk rebung yang ditinkan ke negara-negara Eropah. Maka sudah sampai masanya bagi pengusaha pertanian di Malaysia untuk menceburi perusahaan tanaman buluh secara komersil bagi menampung permintaan tempatan yang tinggi terhadap produk ini. Selain rebungnya dijadikan bahan makanan, pokok buluh akan cukup matang setelah berumur 4 tahun ke atas, dan sesuai untuk diproses menjadikan perabut atau lain-lain peralatan berasaskan buluh. Bagi sehektar tanaman buluh (belum dicuci kulit) boleh menghasilkan sekitar 4 hingga 5 tan rebung sebulan dengan harga pasaran diantara RM 2.50 hingga RM 4.00 sekilogram. Selain dari itu, perladangan secara agro-tourism boleh dijalankan dengan penjagaan ladang yang sempurna dan bersih, kawasan ladang buluh boleh dijadikan kawasan reakrasi yang unik dan cantik. Peluang begini seharusnya diambil oleh pengusaha pertanian tempatan dengan mengusahakan tanah-tanah sawah terbiar yang banyak di negara ini bagi menyertai industri ini seterusnya memberikan peluang kepada peningkatan ekonomi penduduk tempatan selain mengindahkan kawasan kampong.


Tindakan kerajaan dalam mempastikan industri buluh ini tidak dilupakan apabila dilaporkan 'Kerajaan giat kempen tingkatkan eksport produk buluh ke serata dunia' adalah relevan. Dilaporkan dimana Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030 diharap dapat memperkasakan Malaysia sebagai negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh untuk dieksport ke negara China, Indonesia, Thailand dan serata dunia. Pelan tersebut telah dilancarkan pada hari ini menerusi Majlis Perasmian Sambutan Hari Buluh Dunia (WBD) 2021. Kini walaupun Malaysia kini pernah juga berdepan dengan pandemik COVID-19, sektor agrikomoditi terus menjadi penyumbang kedua terbesar pendapatan eksport negara. Sektor ini mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan sosio ekonomi negara. Pihak KPPK akan terus memberi fokus untuk memantapkan lagi usaha-usaha pembangunan dan kemajuan sektor agrikomoditi agar ia dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dalam  Forum Pelestarian Industri Buluh Malaysia 2021 dan dua siri webinar berkaitan Penggunaan Buluh dalam Industri Binaan dan Perladangan Buluh juga akan diadakan untuk menarik minat lebih ramai orang awam mengenai potensi tanaman buluh di Malaysia. Buluh merupakan sumber bukan kayu penting yang turut menyumbang kepada pendapatan eksport negara. Malaysia mempunyai lebih kurang 70 spesies buluh dan 45 daripada spesies tersebut merupakan spesies tempatan yang tumbuh secara semulajadi di kawasan hutan liar. Dari segi taburan penanaman, sebanyak 31% tanaman buluh terdapat di Semenanjung Malaysia, 45% di Sarawak dan 24% di Sabah. Walaubagaimanapun kini jumlah yang direkodkan tersebut terlalu kecil berbanding saiz pasaran buluh dunia. Justeru, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan meneruskan kemudahan pinjaman mudah bagi penanaman buluh di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bagi memastikan bekalan sumber buluh berterusan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12(RMKe-12), program Bamboo Community Farming juga telah bermula sejak awal tahun ini sehingga 2025.


Terbaru dimana 'Transformasi industri buluh perlu dilakukan secara holistik' di umumkan oleh kerajaan juga wajar dikongsikan infonya. Transformasi industri buluh perlu dilakukan secara holistik bagi mewujudkan suasana yang kondusif agar peralihan struktur industri daripada berorientasikan kecil-kecilan kepada industri hiliran yang mengeluarkan produk buluh bernilai tambah tinggi dapat dicapai. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) menggesa agar semua pihak yang terlibat secara langsung dengan pembangunan industri itu mengambil langkah proaktif bagi memastikan pembaharuan berlaku dalam rantaian pengeluaran daripada industri huluan sehingga peringkat hiliran. Dalam konteks ini, penghasilan produk buluh yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi perlu diutamakan, menerusi inovasi, pembangunan modal insan dan teknologi yang terkini. Aspek ini hendaklah sentiasa diterapkan dalam kalangan semua pihak seperti usahawan, profesional, penyelidik, pereka bentuk, penggubal dasar dan pihak lain yang berkaitan. Beliau yakin dengan program penyelidikan, pembangunan dan galakan yang berterusan, industri buluh berupaya mengoptimumkan penggunaan sumber bahan mentah ini sebagai sumber alternatif dalam industri perkayuan,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Buluh Sedunia Malaysia 2023 (WBD 2023). Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata Malaysia mempunyai lebih kurang 70 spesies buluh, dan 45 daripada spesies berkenaan merupakan spesies tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan. Dari segi taburan penanaman, sebanyak 31 peratus tanaman buluh terdapat di Semenanjung Malaysia, 45 peratus di Sarawak dan 24 peratus di Sabah. Di Semenanjung Malaysia, keluasan taburan tanaman buluh adalah lebih kurang 229,122.57 hektar. Walaupun dari segi sumbangan nilai eksport produk ini tidak besar berbanding produk perkayuan lain, ia mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimajukan dan digunakan sebagai bahan altenatif kayu untuk pelbagai jenis aplikasi.  Beliau dalam pada itu menyarankan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dalam membangunkan industri buluh negara. Pada tahun 2022 dimana nilai eksport produk buluh berjumlah RM14.46 juta iaitu peningkatan sebanyak 66.1 peratus berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM8.7 juta, manakala nilai import produk buluh bagi 2022 adalah sebanyak RM129.18 juta dengan kebanyakannya diimport dari China, Indonesia dan Vietnam. Pada masa kini, terdapat sebanyak 577 pengusaha yang terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraf tangan. Bagi memastikan industri buluh terus berkembang maju, Kementerian Perladangan dan Komoditi menerusi MTIB membangunkan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 yang memfokuskan kepada lima teras strategik. Lima teras berkenaan ialah Pengukuhan Dasar dan Perluasan Sumber; Peningkatan Modal Insan, Kepakaran dan Kapasiti; Pengukuhan Inovasi, Teknologi dan R&D&C (penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan); Pemerkasaan Rantaian dan Jaminan Kualiti; dan Pengukuhan Strategi Pemasaran dan Perkongsian Pintar. Pada majlis itu turut melancarkan buku bertajuk “Industri Arang Buluh di Malaysia” yang diterbitkan bersama MTIB dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
TANAM BULUH... CARA BAGAIMANA...
JENIS BULIH... PELBAGAI YANG ADA...
TUGAS KPPK... PROGRAM DILAKSANA...
PASARAN DOMESTIK... EKSPORT JUGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulawal 1445H).

Thursday, September 26, 2024

DAUN SALAM - APA FAKTA MENARIK

DAUN SALAM 
(Syzygium polyanthum) dari famili Lauraceae   atau mudahnya di kenali sebagai 'Bay Leaf' merupakan sejenis tumbuhan herba yang di gunakan sebagai ramuan yang menyedapkan makanan. Selalunya daun salam yang digunakan dalam masakan Melayu, masakan India dan juga dalam masakan Barat merupakan daun daripada 3 kumpulan tumbuhan berbeza. Namun daripada perbezaan ini dilaporkan dimana ada di antaranya yang boleh menggantikan antara satu-sama lain. Dalam pada itu difahammkan dimana spesis dari jenis ‘Indian bay leaf’ memang ia mempunyai ciri-ciri yang sedikit berbeza terutama dari segi aromanya. Pada penulis blog mendapati dimana daun salam atau bay leaf tidak sering ia digunakan seperti rempah-rempah atau herba yang lain akan tetapi selalunya ia hanya dicampurkan di dalam jenis masakan terpilih. Dalam kes lain sebenarnya ia sendiri tidak boleh dimakan namun kehadirannya di dalam masakan akan memberikan aroma yang menyedapkan kuliner tersebut. Ia boleh digunakan dalam bentuk segar mahupun diproses sebagai daun salam kering. Di pasaran dimana kebiasaannya daun salam ini boleh didapati di dalam bentuk kering dimana lazimnya ia dikeluarkan dari hidangan setelah hidangan iaitu setelah hidangan siap dimasak atau selalu ia diasingkan semasa makanan akan dihidangkan. Dalam beberapa rujukan yang di buat mendapati ada beberapa jenis daun salam yang berbeza dari segi taburan geografi serta jenis tumbuhan dimana ia dikaitkan dengan gelarannya seperti ‘bay leaf’ sendiri atau dikenali sebagai Bay Laurel (Laurus nobilis). Ia merupakan tumbuhan natif di kawasan Mediterranean dan didapati di kawasan-kawasan di Turkey, Utara Syiria, Selatan Sepanyol, Utara-tengah Portugal, Utara Morocco, Kepulauan Canary dan di Madeira. Manakala daripada kumpulan famili lain adalah jenis ang sama juga terdapat di kawasan-kawasan yang lain dimana ia kebiasaannya berbeza kerana memiliki bentuk daun atau aroma yang sama dengan jenis Laurus nobilis dimana antara contoh yang paling ketara adalah jenis California bay laurel (Umbellularia californica) yang juga merupakan dari family Lauraceae. Dari keluarga laurel sendiri terdapat beberapa lagi spesies yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana seperti ‘Cherry laurel’. Janis kedua yang juga dikenali sebagai ‘Indian Bay Leaf’ atau ‘Malabatrum’ (Cinnamomum tamala) yang juga merupakan dari famili Lauraceae. Indian bay leaf merupakan keluarga terdekat kepada pokok yang digunakan untuk menghasilkan kulit Pokok Kayu Manis atau Cinnamon (Cinnamomum verum). Jadi aroma yang dihasilkan daripada daun Indian bay leaf ini  juga adalah seakan-akan kulit kayu manis yang agak lemah. Dalam pada itu jenis 'Indonesian Bay Leaf’ atau penulis blog kenali ia sebagai Daun Salam (Syzygium polyanthum) adalah dari keluarga Myrtaceae dimana daunnya sering ada ianya digunakan dalam masakan-masakan Melayu dan kawasan serantau. Ia mempunyai pelbagai nama tempatan antaranya seperti daun serai kayu, samak kelat, manting, maselengan selain dikenali sebagai 'Daeng klua' di Thailand. Daun salam digunakan di sekitar kepulauan tanah Melayu dan juga bagi masakan di Thailand yang mana kawasan ini mempunyai ikatan kebudayaan yang kuat. Namun begitu ‘Indian bay leaf’ juga adakalanya digunakan kerana perpindahan budaya daripada migrasi dari negara India ke rantau ini yang ketara. Dalam pada itu uniknya ada satu lagi daun yang mempunyai kaitan terdekat dengan daun salam iaitu ‘West Indian bay leaf’ (Pimenta racemosa) dari keluarga Myrtaceae yang turut digunakan untuk membangkitkan aroma masakan. Ia juga turut digunakan untuk menghasilkan pati haruman dan huga produk wangian. Berbeza dengan daun salam biasa dimana jenis ini mempunyai bentuk daunnya iaitu hujungnya yang agak bulat. Ia juga kini turut ditanam di kawasan-kawasan lain termasuk Oceania. Nampaknya bukan hanya ada daun salam yang selalu kita kenali di Malaysia sahaja tetapi ada banyak lagi seperti dijelaskan diatas. Artikel pada tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa fakta menarik mengenai daun salam untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Paling penting adalah mengetahui dan memahami akan apakan dia kegunaan Daun Salam. Pada penulis blog yang ada menanam sepokok daun salam didepan rumah memang sudah biasa dengan pokonya (Sila lihat foto paling atas sekali). Sebenarnya daun salam popular bukan sahaja kerana aroma yang dibangkitkan di dalam masakan malahan ia juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. 
Daun salam mudah digunakan dalam pelbagai masakan kerana ia tidak mengubah rasa masakan melainkan menambah aroma sahaja. Jadi ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan termasuk masakan jenis lemak, masak asam, tumis, kari, sup, nasi dan lain-lain jenis masakan. Jadi ia juga boleh dipadankan dengan bahan masakan seperti masakan ayam, daging, ikan dan sayuran. Apa pun dilihat penggunaan daun salam boleh disesuaikan dalam bentuk daun segar, daun kering mahupun serbuk daun salam yang telah dihancurkan dengan di kisar dahulu sebelum digunakan. Paling mudah adalah menyimpan daun salam kering yang tahan lama. Ini kerana lazimnya daun sakam ini cara penggunaannya ianya tidak dimakan bersama bahan makanan yang dimasak sebaliknya dikeluarkan sebelum makanan tersebut dihidangkan. Hasil kajian dilaporkan daun salam memang ia tidak memudaratkan sekiranya dimakan dimana didakwa yang pucuk muda daun salam juga biasa ia dijadikan ulaman yang dimakan bersama nasi. Apa pun selain digunakan untuk masakan dimana daun salam juga didakwa ia mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ia digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah berkaitan pernafasan seperti selesema dan batuk. Dalam kes atau masalah berkaitan pencernaan dilaporkan ia juga dapat membantu proses penurunan berat badan. Lain-lain khasiat kesihatan termasuk membantu mengubati masalah darah tinggi, mengawal masaalah kencing manis, meredakan stress, mencegah penyakit batu karang, membantu untuk dapat menguatkan jantung dan pelbagai lagi khasiat kesihatan. Dari aspek lain memang mudah untuk menanam sendiri pokok daun salam dirumah. Pergi sahaja ke nurseri dimana selalu akan ada anakbenih pokok daun salam yang dijual atau beli secara on-line sahaja.


Dalam membuat lebih pemahaman lagi mengenai pokok daun salam sebaiknya di rujuk beberapa maklumat tambahan. Ada maklumat yang dakwa p
okok daun salam yang dikenali dengan pelbagai nama dimana ada juga yang memanggilnya sebagai 'Pokok Serai Kayu' sebab ianya dikatakan daun yang dikeringkan berbau seperti serai tetapi dari pokok yang ada kayu. Ia dilaporkan mempunyai ciri seperti daun 'bayleaf' dari negara Mediterranean yang digunakan sebagai perisa dalam sos pasta atau pizza dimana daun salam ini juga selalunya ia digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara di Malaysia seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara. Memang mudah menggunakan daun salam ini memadai dengan memasukkannya kedalam kuali semasa memasak setelah dibasuh bersih (Sila lihat foto disebelah). Cara orang memasak rendang di banyak negeri mesti memasukkan sekali beberapa helai daun salam untuk menambahkan keenakan rasa dan aroma rendang tersebut. Bagaimana pun dikalangan maysarakat dunia dilihat mereka sebenarnya lebih mengenali akan Daun Bayleaf dari negara Mediterranean sahaja kerana ia banyak digunakan didalam makanan mereka yang juga sudah mendunia sekarang dimana sahaja. Tetapi sebaiknya jangan pandang rendah dengan Daun salam di sini atau boleh juga dipanggil sebagai 'Bayleaf Nusantara' dengan ada pelbagai khasiat yang baik. Jenis ini sesuai tumbuh dan mudah didapati di kawasan tropika ini. Ia sesuai diambil kerana khasiatnya baik kepada pesakit yang ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan berat badan. Cara mengambilnya juga mudah iaitu dengan membuat air rebusan sebagai minuman teh dimana diambil beberapa helai daun salam dan kemudian rebus dengan air sampai separuh dan suam panas boleh diminum. Boleh juga menggunakan daun segar atau daun yang telah dikeringkan. Dilaporkan dimana bagi sesiapa ada masalah urik asid juga boleh amalkan minum teh daun salam. Jika ada masalah cirit-birit pun boleh ikhtiar dengan rebus daun salam minum airnya. Paling terkini dilaporkan mereka yang ada ada masalah kulit gatal-gatal macam eczema maka diamalkan dengan cuba melumatkan daunnya dan tempek dekat tempat yang ada masalah kulit tersebut dan ianya boleh dirawat.


Dalam pada itu lebih baik mengenai beberapa jenis pokok daun salam dimana di Malaysia Pokok Salam ini dari jenis Syzygium polyanthum iaitu ia adalah adik beradik kepada buah-buahan nadir seperti jambu mawar (Syzygium jambos) dan jambu bol (Syzygium malaccense). Buahnya yang kecil-kecil mirip kepada jambu apabila ranum berwarna merah juga boleh dimakan dan manis rasanya. Apa yang banyak dibincangkan dimana persoalan timbul adalah a
pakah khasiat daun Salam kepada kesihatan. Khasiat dan kebaikan daun salam yang kandungan nutrisi dan kompaun sihat memang ada testimoni yang di tuliskan. Walaupun daun salam ini sering digunakana di dalam masakan namun ianya sering dibuang terlebih dulu dari makanan sebelum hidangan makanan tersebut dimakan. Kajian makmal menyatakan dimana kandungan nutrisi yang terdapat di dalam satu sudu kecil daun salam yang telah dihancurkan (0.6 gram) terdiri dari sebanyak 2kcal kalooti, 0.4g karbohiderat, 0g protin, 0g lemak dan juga ada komponen berkhasiat lain. Antara komponen adalah Flavanoid, Tannin, Eugenol, Asid sitrik, Alkaloid, Triterpenoid dan Minyak pati. Selain itu dilaporkan dimana ia turut mengandungi polifenol yang bersifat antioksidan. Apa pun sebenarnya kewujudan komponen minyak pati yang ada di dalamnya memberikan aroma dan bau bagi daun salam. Dalam beberapa laporn di dakwa ada 10 khasiat Daun Salam kepada kesihatan. Pertama adalah ia memperbaiki paras kolesterol darahKolesterol di dalam darah kita oleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kolesterol baik iaitu HDL dan kolesterol yang tidak baik iaitu LDL dan TG. Satu kajian telah dijalankan keatas sukarelawan yang sihat untuk mengkaji kesan pengambilan teh daun salam selama 10 hari ke atas paras kolesterol di dalam darah. Kajian ini mendapati bahawa pengambilan teh daun salam dapat meningkatkan paras HDL secara signifikan. Terdapat juga penurunan di dalam paras LDL dan TG namun penurunan ini adalah tidak signifikan. Namun begitu, lebih banyak kajian yang diperlukan untuk menyokong kajian ini. Kedua dimana daun salam mampu memperbaiki paras gula di dalam darah dimana masaalah diabetes atau dikenali sebagai kencing manis merupakan sejenis penyakit di mana paras gula di dalam darah menjadi tinggi dan melebihi paras normal. Satu kajian terhadap pesakit diabetes telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian daun salam ke atas kesihatan pesakit diabetes. Kajian ini mendapati bahawa pemberian daun salam sebanyak 1, 2 dan 3g dapat menurunkan paras gula di dalam darah mereka. Kehebatan ketiga dimana daun salam mampu untuk memperbaiki luka dimana selalunya proses untuk  penyembuhan luka merupakan salah satu proses yang akan dilakukan oleh tubuh badan kita ketika berlakunya luka untuk melindungi tubuh kita dari serangan mikroorganisma luar. Kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak daun salam ke atas penyembuhan luka haiwan di dalam kajian. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak daun salam mempunyai potensi untuk memperbaiki luka walaupun kesan yang ditunjukkan hanyalah sederhana.


Seterusnya yang ke 4 adalah daun salam sesuai untuk r
awatan cirit birit kerana ia dikatakan telah digunakan secara tradisional untuk merawat masalah cirit birit. Oleh itu untuk mengkaji hal ini, kajian telah dijalankan untuk melihat kesan ekstrak daun salam di kalangan haiwan. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak daun salam mempunyai sifat anti diarrhea (cirit-birit). Ke lima dimana daun salam mampu untuk ia mengurangkan paras enzim ureaseEnzim urease merupakan sejenis enzim yang diperlukan oleh bakteria H. pylori untuk menghasilkan perlindungan daripada asid perut. Aktiviti enzim urease ini juga akan menyebabkan penghasilan batu karang. Daun salam merupakan antara tumbuhan herbal yang didapati dapat mengurangkan kadar aktivit enzim urease sekaligus dapat mencegah batu karang. Seterusnya ke enam dimana daun salam yang bersifat anti epilepsi iaitu sejenis gangguan pada saraf otak di mana ianya mengeluarkan isyarat yang tidak normal. Dikatakan minyak pati daun salam mempunyai sifat anti epilepsi kerana kandungan komponen seperti bahan methyleugenol, eugenol dan pinene yang terdapat di dalam minyak patinya. Namun begitu lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menyokong kajian ini. Ke tujuh dimana daun salam mampu melindungi hati terutama bagi mereka yang mempunyai masalah hati, paras ALT, AST, ALP dan bilirubin akan menjadi sangat tinggi dan melebihi paras normal. Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian esktrak metanol daun salam keatas kerosakan hati yang disebabkan oleh parasitamol. Apa pun dilaporkan pemberian ekstrak ini didapati dapat mengurangkan paras ALT, AST, ALP dan bilirubin. Hal ini menunjukkan bahawa daun salam berpotensi untuk mencegah kesan toksik yang dapat merosakkan hati. Ke 8 dimana daun salam yang bersifat anti bakteria sememangnya berkesan untuk mencegah aktiviti termasuk bakteris jenis Staphylococcus aureus. Ke 9 dimana daun salam mempunyai ciri bersifat anti radang atau anti inflamasi di mana ekstraknya ditemukan dapat menyekat penghasilah IL-6 dan ekspresi protein COX-2 dimana kandungan sesquiterpene di dalam ekstraknya juga merupakan komponen yang bertanggungjawab ke atas sifat ini. Akhir sekali dimana khasiat daun salam adalah ia mampu untuk melindungi perut. Hasil kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan biji pokok daun salam ke atas ulser perut di kalangan haiwan kajian yang mendapati bahawa pemberian ekstrak ini menghasilkan kesan ulserogenik (anti ulser) ke atas haiwan terbabit. Semuga artikel panjang ini mampu memberi penjelaskan beberapa fakta menarik mengenai daun salam untuk difahami pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN SALAM...ADA BANYAK JENISNYA...
ENAKANAN MAKANAN...SEMUA SAMA..
MUDAH DITANAM... SENANG DI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL... MUDAH FAHAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Jamadilawal 1445H).

Wednesday, September 25, 2024

TEKNOLOGI HIJAU DAN APA MEDIA KATA

TEKNOLOGI HIJAU
(Green Technologi) masih menjadi tajuk yang hebat dalam kurun ini termasuk di Malaysia. Apa pun teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada cara aktiviti seharian untuk kegunaan manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Dalam pada itu secara umumnya antara ciri-ciri asas yang perlu dikaitkan dengan teknologi hijau adalah ia bo
leh dikitar semula atau melalui amalan 5R dimana kemudian penghasilan produk telah melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga keharmonian manusia dan juga alam persekitaran. Ia juga mempunyai reka bentuk asas iaitu yang berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu manusia agar ia dapat dan mudah digunakan dan baik serta pastima mesti ia selamat digunakan. Aspek penting ini termasuk aspek dimana kadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah atau sifar. Teknologi hijau juga menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api. Mengingas kembali adan beberapa contoh-contoh produk termasuk bagaimana cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil (seperti bahan bakar petrolium) dimana perlu ada jenis kereta hibrid, kereta elektrik, bahan bakar biodiesel dan kenderaan gas asli (NGV) di gunakan dengan lebih cekap. Sementara itu teknologi ini mrmberikan kesan yang kurang kepada alam sekitar. Dalam sektor pertanian memang sudah perlu di perbanyakkan penggunaan produk biodegradasi dan juga amalan gunakan baja kompos (kurangkan guna baja kimia). Di Malaysia sudah ada syarikat tempatan yang mencipta bekas makanan daripada ubi kayu yang tiada pembaziran. Apa pun dengan teknologi hijau maka kepentingannya berkait dengan memberikan kehidupan manusia mendapatkan kualiti udara yang bagus, mempau mengurangkan peningkatan suhu alam dan juga mengurangkan pencemaran bunyi. Kesan dari teknologi hijau terhadap ekonomi dilaporkan ia akan mampu untuk mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan, meningkatkan produktiviti pekerja, meneroka peluang mengeksport produk hijau dan juga akan berikan sumbangan kepada industri fotovolta. Teknologi hijau paling ketara dalam usaha menjana tenaga yang merangkumi sumber tenaga yang bersumberkan alam semula jadi dengan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak dapat diperbaruhi dimana ia mempromosikan tahap kecekapan tenaga yang selamat dan mesra pengguna. Apa pun akhirnya teknologi ini akan memelihara dan memulihara keadaan alam sekitar iaitu dengan cara meningkatkan kualiti udara dan air. Ia juga akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta mampu mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula. Akhirnya teknologi hijau ini akan dapat melindungi sumber semula jadi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa laporan dari media tempatan berkaitan denga teknologi hijau untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Dalam hmetro.com dengan tajuk 'Impak Teknologi Hijau' ia amat sesuai di kongsikan . Apa pun di laporkan oleh media tersebut dimana kemajuan dalam  teknologi pada hari ini sebenarnya banyak memberi kemudahan kepada semua pengguna dalam menghadapi rutin seharian. Keupayaan teknologi hijau yang lebih mesra kepada alam sekitar turut menjadi pilihan pengguna. Secara asasnya, teknologi hijau ini merujuk kepada pembangunan serta aplikasi produk, peralatan serta sistem yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar serta alam semula jadi, sekali gus mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar hasil daripada aktiviti manusia. Untuk jangka panjang, pengguna teknologi hijau ini dapat mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Kini pemain industri utama dunia juga sudah mengorak langkah dengan mempromosikan teknologi hijau ini untuk produk yang dihasilkan. Penghasilan satu perisian atau aplikasi yang dapat menyelaraskan penggunaan elektrik pengguna mampu memberi kesan positif bukan saja kepada kecekapan guna tenaga, malah pengguna tidak lagi dibebani pembayaran bil yang tinggi. Ia bukan saja tertumpu kepada rumah kediaman saja, penyelarasan guna tenaga pintar ini lebih memberi kesan kepada bangunan berskala besar serta rumah ibadat seperti masjid yang menggunakan pelbagai bentuk tenaga. Apa pun kewujudan aplikasi penyelaras pintar ini akan menghapuskan masalah pembaziran guna tenaga secara menyeluruh kerana semuanya boleh dikawal hanya menggunakan satu aplikasi. Kini kemajuan teknologi pada hari ini banyak memberi kemudahan kepada semua pengguna dalam menghadapi rutin seharian. Seiring dengan kemampuan teknologi berkenaan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memanfaatkan kepakaran yang dimiliki penyelidiknya menerusi pembangunan Sistem Masjid Pintar (SMP). Sistem yang dibangunkan sekumpulan penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN) diketuai Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad itu berfungsi untuk mengawal peralatan elektrik utama seperti lampu, kipas dan penyaman udara menggunakan capaian tablet menerusi akses Internet Kebendaan (IoT). Bagi Dr R Badlishah dakwa dimana melalui aplikasi itu dimana kini pihak masjid dapat memantau penggunaan peralatan elektrik dengan lebih mudah dan efisien, sekali gus dapat menyumbang kepada penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Ia juga selari dengan Agenda Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah turus Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 7: Tenaga Mampu Milik dan Bersih dan SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari. Sistem itu buat pertama kali digunakan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang terpilih dalam program perintis Rumah Ibadat Hijau yang dijalankan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) iaitu agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa). Melalui program ini dimana bangunan masjid akan dilengkapi elemen teknologi hijau yang akan menjadikannya bangunan cekap tenaga, cekap air, mesra alam sekitar dan rendah karbon. Antara inovasi lain yang dibangunkan UniMAP bagi program itu ialah Sistem Pengumpulan Sisa Pintar Berkuasa Solar, Sistem Penuaian Air Hujan dan Sistem al-Quran Digital.


Dalam portal bharian.com pula dilaporkan iaitu  'Beri pendedahan awal budaya teknologi hijau' ada kisah yang sesuai di rujuk. Dilaporkan dimana hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon menjelang tahun 2050 membuktikan kesungguhan untuk memacu pertumbuhan negara ke arah negara pembangunan lestari dan mesra alam sekitar. Isu perubahan iklim, kelestarian alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau perlu ditekankan untuk mencapai matlamat ini. Aspirasi bersepadu ke arah teknologi hijau dan neutral karbon akan meningkatkan daya saing negara pada peringkat global. Apa pun dilihat dimana teknologi hijau satu konsep luas. Ia merujuk teknologi mesra alam, tidak mencemarkan, boleh diperbaharui dan mempunyai nilai kecekapan tinggi. Ia amat penting untuk pelbagai bidang industri, pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan ekonomi mampan. Ada lima (5) elemen penting dalam teknologi hijau iaitu ia menjimatkan tenaga dan sumber asli, meminimumkan degradasi kualiti alam sekitar, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, menggalakkan penggunaan sumber boleh diperbaharui, serta selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan. Bagi tujunan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan dapat ia menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau, ia memerlukan komitmen semua pihak. Institusi pendidikan terutama sekolah rendah dan menengah boleh memainkan peranan menyediakan generasi masa depan yang mempunyai pengetahuan teknologi hijau. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah daripada rebung'. Justeru, asuhan dan didikan untuk generasi muda cara terbaik untuk merealisasikan hasrat ini. Pihak sekolah dapat memberikan maklumat kepada murid mengenai kepentingan, faedah dan kaedah amalan teknologi hijau yang boleh dilaksana. Kini dengan sokongan dan iltizam pentadbir sekolah dan guru, amalan teknologi hijau dapat diterapkan dalam diri murid. Aktiviti dan program yang dapat memupukkan minat dan kesedaran murid terhadap teknologi hijau seperti rakan alam sekitar, pembelajaran berasaskan projek serta pertandingan reka cipta dan inovasi. Di samping itu sebaiknya diadakan pertandingan melukis poster, mendeklamasikan sajak, menulis esei, pidato dan debat juga dapat melahirkan murid yang celik teknologi hijau. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan lawatan ke industri berasaskan teknologi hijau seperti ladang solar fotovoltaik, taman agroteknologi, stesen jana kuasa biojisim dan lain-lain. Agensi kerajaan dan swasta pula disyorkan membantu sekolah dengan mengadakan pameran dan memberi ceramah berkaitan teknologi hijau. Pihak sekolah juga disaran agar terus memperkasakan program 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula), membuat garis panduan untuk penjimatan air dan elektrik serta menghijaukan kawasan sekolah dengan pokok bunga dan buah-buahan. Program seperti ini sememangnya penting dalam mendidik tabiat sayang dan cintakan alam sekitar sejak di bangku sekolah lagi. Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam semua mata pelajaran. Pengetahuan terhadap kepentingan teknologi hijau akan membentuk etika murid untuk menghargai alam. Guru dapat memberikan pendedahan dan memantapkan pemahaman murid tentang amalan teknologi hijau serta hubung kaitnya. Sokongan dan dorongan ibu bapa penting bagi melahirkan generasi masa depan berjiwa dan berfikiran 'hijau'. Ibu bapa digalakkan mengasah minat dan bakat anak untuk menyertai pertandingan dan program berkaitan teknologi hijau. Ibu bapa mestilah dapat berganding bahu menyemai sikap dan amalan kelestarian alam sekitar dalam diri anak-anak mereka.


Akhbar bharian.com juga ada laporkan '
Perkasa teknologi hijau ke arah alam sekitar lestari' dimana pemeriksaan teknologi hijau seiring teknologi terkini seperti Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) untuk mengurangkan kesan pencemaran daripada sisa buangan sebagai contohnya kertas dan plastik. Contoh implementasi teknologi hijau ialah penjagaan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas dalam kehidupan seharian, termasuk di tempat kerja. Dunia juga mengiktiraf 6 November sebagai hari tanpa kertas. Apa pun kini penggunaan kertas tanpa had dan kawalan akan mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Jika tidak dibendung, ia akan meningkatkan penghasilan karbon dioksida yang menyebabkan peningkatan pemanasan global lebih pantas. Malaysia sendiri pernah digelar 'tong sampah dunia' apabila negara maju membuang sisa plastik mereka ke negara ini. Mengikut Bank Dunia, pada 2016 ada sebanyak 242 juta tan sampah plastik dihasilkan secara global, iaitu 12 peratus daripada semua sisa pepejal perbandaran. Sisa ini berasal daripada tiga wilayah iaitu 57 juta tan dari Asia Timur dan Asia Pasifik, 45 juta tan dari Eropah dan Asia Tengah, manakala 35 juta tan lagi dari Amerika Utara. Jika aktiviti pembuangan sisa plastik tak terkawal, ia akan mengakibatkan pembebasan kimia yang akan mendatangkan pencemaran dan penyakit. Bahan kimia dibebaskan daripada pembakaran plastik akan merosakkan organ dalaman manusia. Selalunya ekosistem hutan, air sungai dan laut serta haiwan menerima kemudaratan akibat pembuangan sisa plastik dan sisa buangan tidak terurus. Di ketahui dimana kepelbagaian kertas penting kerana ia digunakan setiap hari untuk pelbagai tujuan di seluruh dunia. Mengikut Statistik, pengeluaran global kertas dan kadbod berjumlah kira-kira 419.7 juta tan pada 2017. Apa pun dilaporkan lebih separuh pengeluaran disebabkan kertas pembungkusan, sementara hampir satu pertiga disebabkan kertas grafik. Tiga negara pengeluar terbesar dunia ialah China, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun dengan mereka menyumbang lebih separuh pengeluaran kertas dunia. Negara pengimport dan pengeksport pula Jerman dan AS. Bagaimana pun ada dasar untuk penjagaan alam sekitar yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) seperti Tindakan Cuaca, Tenaga Bersih dan Mampu Milik, Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab, serta Pendidikan Berkualiti. Pertama dimana penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab untuk pemulihan alam sekitar perlu difahami dan dilaksanakan. Smarcities World melaporkan strategi dan insentif Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk dasar tanpa kertas Dubai dilaksanakan bertujuan bagi mengubah perkhidmatan dan operasi menjadi 100 peratus digital dan mengurangkan penggunaan kertas dengan lebih daripada satu bilion lembar setiap tahun di sektor kerajaan. Dilaporkan yang projek ini akan menjimatkan 130,000 pokok dan 40 jam setiap orang setahun yang dibelanjakan untuk melaksanakan transaksi kertas, setara AED900 juta (RM1.01 bilion). Oleh kerana kertas diklasifikasikan sumber boleh diperbaharui, pemulihan sangat penting dalam industri ini. Kertas antara banyak bahan, mempunyai kadar kitar semula tertinggi. Di USA dimana hampir 53 juta tan kertas dan kertas karton pendek ditemui pada 2018. Kadar pemulihan kertas dan karton di AS adalah 68.1 peratus pada 2018, dua kali ganda berbanding 1990 dengan kurang daripada 34%. Kedua adalah dengan tindakan cuaca memastikan kitar semula kertas mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global dengan tiga cara penting mengikut Gabungan Kertas Kitar Semula AS. Kitar semula kertas menghalang pelepasan metana daripada tapak pelupusan. Apabila kertas tidak dikitar semula, 80 peratus kertas berakhir di tapak pelupusan sampah. Penguraian kertas di tapak pelupusan sampah menghasilkan metana, gas rumah hijau dengan 21 kali daya perangkap haba karbon dioksida. Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS yang mengenal pasti tapak pelupusan sebagai satu-satunya sumber pelepasan metana terbesar negara itu dan penguraian kertas penyumbang terbesar metana dihasilkan. Ringkasnya, semakin kurang kertas, semakin kurang metana dikeluarkan. Aktiviti kitar semula kertas menjadikan lebih banyak pokok hidup dan dapat menyerap lebih banyak karbon dioksida. Kertas kitar semula 100% tidak memerlukan pokok untuk dihasilkan. Ketiga dimana tenaga bersih dan mampu milik dikaitkan penggunaan tenaga daripada solar, angin, hidro untuk penghasilan tenaga elektrik yang berpotensi digiatkan dan dilaksanakan dengan lebih meluas di Malaysia. Didakwa dimana penghasilan kertas secara konvensional sudah pasti menggunakan tenaga elektrik tinggi. Keempat adalah dimana pendidikan berkualiti. Ia menekankan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar menerusi pembaziran kertas perlu dididik kepada anaksejak kecil. Cara mendidik secara aktiviti menggunakan teknologi digital tanpa kertas, pembuangan sampah yang betul, mengelakkan penggunaan bahan plastik dan menyantuni alam sekitar dan penjagaan kebersihan. Apa pun di samping itu, konsep 3R (Guna Semula, Kurang dan Kitar Semula) perlu ditekankan menerusi pelbagai teknologi digital dan kandungan multimedia yang mudah difahami masyarakat. 


Dalam konteks Malaysia dimana dalam Belanjawan tahun 2021 pernah ada dibentangkan berkait rapat pembiayaan Dasar Teknologi Hijau 3.0. 
RM2 bilion diperuntukkan mampu merangsangkan lebih banyak pelaksanaan dan inovasi untuk manfaat negara. Sektor perkhidmatan awam harus menyahut seruan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan kerajaan untuk implementasi teknologi hijau. Sebagai contoh, jabatan perlu melaksanakan penggunaan teknologi digital untuk menggantikan kertas sepenuhnya dalam jadual berkala. Ini lebih menjimatkan kos pembelian kertas dan memanfaatkan teknologi digital untuk menyimpan segala dokumen dan maklumat. Institut Jantung Negara (IJN) sebagai contohnya dalam pelaksanaan pelan tujuh tahun untuk beroperasi sebagai hospital tanpa kertas. Dicadangkan satu pangkalan data khusus dan seragam untuk menyimpan semua dokumen jabatan kerajaan dapat direka bentuk dan dibangunkan, diuji dan diimplementasi dengan hasrat mengurangkan akan cara penggunaan kertas. Segala memo, surat, dokumen, sijil, waran, dasar dapat disimpan dan dibuat salinan pada peranti pelayan di dalam pengkomputeran awan, serta boleh diakses bila-bila masa dengan cepat dan pantas. Penggunaan teknologi IR4.0, data raya menerusi aplikasi sains data, mekanisasi dan automasi, dapat dimanfaatkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengakses dokumen dalam bentuk kluster yang dipilih dengan lebih pantas bagi tujuan laporan dan audit. Ini semua tidak memerlukan kertas dicetak dan kaedah ini dapat mengelakkan pembaziran kos pembelian dan penggunaan kertas. Penggunaan plastik juga perlu dikurangkan dengan segera dengan pengenalan Dasar Plastik Negara. Ia perlu diperhebatkan kerajaan. Realitinya dimana tindakan melestarikan alam sekitar harus dipandang serius semua pihak. Aspirasi UNESCO yang seiring matlamat Belanjawan 2021 harus dikaji dan difahami, seterusnya diimplementasi untuk memperkasakan teknologi hijau. Apa pun nanti sasarannya ke arah Malaysia lebih sejahtera dan alam sekitar kekal terpelihara serta lestari untuk generasi sekarang dan akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembac ablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TEKNOLOGI HIJAU...ADA DI PERKATAKAN...
BANYAK KAEDAH... CARANYA DI NYATAKAN...
KUALITI HIDUP... ITU YANG DI SASARKAN...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DI GARAPKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Puyrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Mugarram 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...