Di Kedah pula di laporkan kisah 'Kail ikan puyu bukan petanda rakyat Kedah miskin' yang menjadi cerita viral. Selalu akan dilihat di mana ada sahaja aktiviti memancing ikan puyu yang dilakukan rakyat Kedah dimana ia tidak boleh dianggap sebagai indikator seperti kemiskinan kerana aktiviti itu dilakukan sebagai hobi secara turun-temurun. Pada penulis blog di Melaka juga dulu dan sekarang pun akan ada orang pergi memancing ikan puyu di kawasan sawah atau lubuk sebagai salah satu hobi. Menurut Menteri Besar Kedahdimana dia menjelaskan kepada media dimana aktiviti mengail ikan kerap dilakukan di kawasan tali air dan sawah padi sejak dahulu lagi kerana ia aktiviti kegemaran ramai terutama bagi penduduk kampung. Ada juga kemungkinan pemimpin yang lahir dalam keluarga mewah tidak dapat menghayati kehidupan tradisi rakyat Kedah yang menjadikan aktiviti mengail puyu sebagai aktiviti keluarga dan dijadikan bahan ejekkan. Aktiviti mengail ikan puyu bukan perkara baharu dimana ramai pendudk di Kedaj sejak kecil sudah mengail puyu untuk dimakan. Isu ini tidak pelik walaupun ada ikan laut dan udang di Kedah yang banyak dan murah tetapi ia adalah hobi mereka. Tambahan pula selalunya ikan puyu tidak dijual di pasar dimana kalau hendak makan kena mengail di parit dekat rumah sendiri. Ia bukan petanda rakyat hidup miskin sangat sebab ini aktiviti orang kampung. MB Kedah itu Muhammad Sanusi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mukhriz (Jitra-Pejuang) berkaitan tindakan penduduk yang terpaksa mengail ikan puyu untuk dimakan akibat kesempitan hidup di sebalik pengumuman pelaburan RM68.3 bilion ke Kedah. Apa pun selalunya indikator kemiskinan perlu dinilai berdasarkan kehidupan rakyat secara terperinci dan bukan dikaitkan dengan hobi. Dakwanya kalau nak tahu tahap kemiskinan maka boleh dilihat terperinci sama ada keluarga itu mampu bayar yuran sekolah atau langsung tidak bertukar pakaian sekolah, pakai kasut sekolah koyak sebab tak ada duit. Ada pemilik kereta mewah pun turun bendang pancing puyu dimana kalau kenal orang Kedah dimana itulah aktiviti petang penduduk.
Kisah bagaimana ramai penduduk kampong di Perlis yang dilihat 'Memancing ikan puyu sawah jadi hidangan' agak menarik ceritanya. Apa pun kalangan penduduk di Perlis dan Kedah dimana memancing ikan puyu atau ikan betuk adalah suatu perkara yang lazim. Di kangar, Perlis dimana sejak awal pagi lagi Hariza Abd Rashid bersama sepupu dan anak saudaranya sudah merayu di sekitar Kampung Simpang Geti, Mata Ayer untuk mencari keridik atau belalang, sementara adik lelakinya mencari sarang tebuan. Anak tebuan dan keridik amat sesuai untuk dijadikan umpan mengail puyu atau betuk, lebih-lebih lagi ketika sawah padi mula menghijau kerana ikan berkenaan amat banyak bersembunyi di celah pohon padi. Kalau dulu mereka menggunakan pancing panjang atau bok kai daripada batang buluh, pinpin atau bemban, tetapi kali ini joran teleskopik moden lebih panjang berbanding tradisional. Apa pun selalunya pada waktu petang selepas solat Asar masa paling sesuai untuk memancing puyu kerana cuacanya tidak begitu panas dan sedikit berangin. Mereka selalunya boleh juga memancing pada waktu pagi, tetapi biasalah orang kampung akan memancing pada waktu petang apabila segala urusan harian selesai. Jadi, sambil berehat ambil angin, kami memancing bersama anak-beranak. Selalunya pilihan seperti kawasan tali air, parit, sawah padi dan lopak besar menjadi sasaran kami. Bagaimanapun, sebelum turun memancing, kami akan meninjau lubuk-lubuk menarik berdasarkan riak air. Ada pelbagai jenis pelbagai umpan digunakan termasuk cacing, keridik dan anak tebuan bagi mengail puyu, semuanya pasti dibaham. Didakwa umpan keridik dan anak tebuan paling berkesan sebab ia mungkin ikan berkenaan berselera dengan umpan berkenaan. Bukan saja puyu sahaja yang sambar tetapi spesis ikan haruan dan keli turut ambil kesempatan menjamah umpan yang kami hulur. Selalunya mereka semua akan makan asam pedas ikan puyu dicampur ubi keledek. Agak jarang sekali dapat ikan puyu bersaiz besar atau saiz sebesar dua jari orang dewasa akan dilepaskan semula kerana musim menuai padi nanti ramai akan menggagau ikan lagi. Sesiapa orang ramai yang berminat memancing puyu atau haruan maka mereka supaya datang ke Kampung Simpang Geti dan bersama-sama meredah lumpur sawah padi untuk memenuhi hobinya.
Resepi memasak ikan puyu di kalangan penduduk kampong ada banyak jenis. Selalunya menu paling biasa adalah dengan menggoreng ikan puyu dengan kunyit atau dimasak sambal. Bagaimana pun penulis blog suka juga makan ikan puyu yang di masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ikan Puyu kali ini. Apa pun bagi mereka yang suka kedapur menyediakan menu ini memang mudah sahaja. Apa yang penting ada bahan-bahan yang mencukupii untuk memasaknya dan menikmatinya bersama keluarga. Antara bahan untuk 4-5 orang makan disediakan 3 - 5 ekor ikan puyu (Jumlah ikut saik ikan dan ikan ini perlu dibersihkan dan dikelar), 12 biji cili api, 3 ulas bawang merah, 1 inci kunyit hidup, ½ cawan air. Bahan seperti cili api, bawang merah, kunyit hidup dikisar halus bersama air sebagai ramuan. Selain itu perlu disediakan bahan iaitu 5 biji terung kampung (Terung siam), 5 tangkai daun kesum (Dipotong pendek), 3 keping asam gelugur, 1 cawan santan pekat dan garam secukup rasa. Cara memasaknya dengan membersihkan ikan puyu sehingga sesuai dimasak dan dimasukkan semua bahan tumis kecuali santan pekat ke dalam periuk. Sebaiknya kawal api agar dimasak sehingga mendidih. Seterusnya adalah memasukkan santan pekat dan garam. Masakkan lagi dalam periuk sehingga mendidih dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak dan ditutup api dan sedia dihidangkan. Enak dimakan dengan nasi putih panas pada waktu tengahari terutama semasa lapar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

PANCING MUDAH...UMPAN DIGUNA....
MENJADI HOBI...MASAK KELUARGA...
KALAU NAK BELI... CARI DIMANA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Jamadilawl 1446H)
Posted from
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi.