Support My Blog

Monday, May 7, 2018

CENDAWAN SISIR ORGANIK - HEBATNYA

CENDAWAN KUKUR atau KULAT SISIR atau JAMUR GERIGIT (Panggilan saya di Gersik, Muar, Johor) atau nama saintifiknya dikenali sebagai (Schizophyllum commune) sememangnya tidak asing dalam kalangan penduduk negara ini yang dijadikan sebagai juadah enak. Masa saya remaja dulu di kampong saya di Muar, Johor (Kini sudah menjadi Daerah Ledang), kami memang suka mencari cendawan kukur tumbuh liar ini pada batang pokok getah yang sedang dalam proses mereput selepas hujan (Sila lihat foto diatas sekali). Memang seronok dimusim hujan kalau ada batang kayu getah yang sedang mereput dikampong untuk projek tanam semula dan menghasilkan banyak cendawan ini dan ia dikutip penduduk kampong. Ada yang terus memasaknya pada hari yang sama dan ramai juga yang akan menjemur untuk dikeringkan dimana ia tahan lama disimpan. Pada penulis blog, resepi masakkan cendawan ini yang paling enak adalah dengan masak rendang jamur gerigit Jawa dimana enak dimakan dengan nasi dan juga Rendang Jamur Gerigit. Kepada mereka yang bukan berasal kampong seperti ramai rakan penulis blog, lazimnya mereka membeli cendawan kukur dari pasar tani atau pasar malam. Ini kerana ia akan tumbuh liar pada batang pokok kayu yang sedang menjalani proses pereputan iaitu selepas hujan. Di Malaysia saya dapati cendawan sisir dari pokok kayu getah paling popular dikutip untuk dijadikan masakan enak. Bagaimana pun setelah banyak penulisan saya didalam blog (ini adalah artikel ke 4,749) mendapati di Daerah Perak Tengah, Perak cendawan itu lebih dikenali dengan nama ‘Cendawan Syisyor’ yang dimasak rendang pedas selain lemak cili api. Penulis masih tidak pasti bagaimana perkataan 'Syisyor' ini diberikan tetapi penulis blog berpendapat dari perkataan 'Shisshh' bermaksud 'diam diri kalau jumpa cendawan ini takut orang lain datang ambil' dan juga perkataan 'Syok' maknanya memang enak makan rendang ini. Makna 'Gerigit' dalam bahasa jawa kampong saya bermakna 'Kulat yang melekat pada batang kayu atau gigit pada batang kayu'. Kini cendawan ini ada dijual dipasar tani, pasar malam, atau sesekali dikedai runcit yang berada dikawasan kampong tradisional. Kini penulis blog mendapati telah ramai juga usahawan tempatan mengusahakan cendawan ini secara komersil dengan teknologi yang lebih sesuai menggunakan beberapa spesis komersil. Artikel khas pada malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk cendawan Sisir Organik yang dihasilkan oleh beberapa usahawan tempatan untuk dijadikan sumber rujukan teknikal anda semua.


Kepada mereka generasi baru, penulis blog berpendapat mungkin mereka tidak kenal atau rasa keenakan cendawan sisir ini terutama penduduk dibandar. Bukan saja enak dijadikan masakan malah ia antara tanaman yang mudah biar pun pengurusan tanamannya agak rumit. Ada sesekali penulis blog jumpa menu Gulai Lemak Cendawan Sisir di beberapa restoren makanan tradisional di Melaka dan Muar (Sila lihat foto disebelah). Memang enak makan sayur lemak ini bersama dengan nasi putih yang masih panas dan lembut. Kebanyakan pemilik restoren seperti ini akan mendapatkan bekalan daripada penduduk kampong yang ada mengutip cendawan sisir liar atau pun mereka membeli cendawan sisir kering dengan kuantiti banyak atau membeli daripada usahawan cendawan sisir komersil. Kini daripada tinjauan penulis blog mendapati  tanaman cendawan ini telah pun mendapat sambutan menggalakkan hingga tidak dapat menampung permintaan pelanggan. Dari hasil tinjauan juga boleh dikatakan aktiviti ini mampu memberikan pulangan lumayan yang kini  boleh diusahakan secara komersial. Dalam menyedari faktor itu maka seorang suahawan muda dikenali dengan nama Mohamad Amin berusia 39 tahun dan isterinya menjadikan tanaman cendawan itu sebagai salah satu komponen utama perniagaannya selain cendawan tiram. Beliau memulakan aktiviti ini di Kg Parit Kadi, Muar, Johor semenjak beberapa tahun dulu. Beliau mula terbabit dalam tanaman cendawan sejak 2016 dengan menjadikan cendawan tiram sebagai produk utama sebelum ini. Idea untuk menanam cendawan ini datang setelah membaca sebuah blog Anim Agro Technology dan berhubung dengan penulisnya (Sila klik disini).  Beliau seterusnya membuat tinjauan mengenai potensi dan teknologi tanaman cendawan sisir dari beberapa sumber lain dan banyak membuat tinjauan kelokasi dimana ada diusahakan cendawan ini.


Beliau sebelum ini pernah berniaga di pasar malam dimana sering juga melihat ada orang menjual cendawan sisir tetapi tidak menentu masanya. Kadang kala ada tetapi selalunya tiada produk cendawan sisir dijual. Kalau ada dijual pun selalunya pengunjung pasar malam ini berebut membelinya kerana ia amat sukar diperolehi masa kini. Ia dijual sama ada dalam bakul plastik kecil, atau dalam sukatan tin susu atau sedikit dalam bungkusan plastik dipamerkan diatas meja jualan (Sila lihat foto disebelah). Maka dari situ timbul idea macam mana jika cendawan sisir ini ditanam dalam bangsal cendawan tiram dibelakang rumahnya. Beliau berusaha mencari info terutama untuk mendapatkan benih dan kaedah menanam cendawan sisir dengan skala komersil. Beliau juga ingin membekalkan cendawan sisir yang lebih berkualiti dan konsisten dimana pelanggan mamang sukakan cendawan sisir yang lebih bersih tanpa ada kulit kayu yang melekat dan ianya dijamin 100 peratus organik dan bebas daripada sebarang racun.


Akhirnya beliau mendapatkan anak benih dari seorang pengusaha di Negeri Sembilan dan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga ada membuat lawatan kebeberapa orang pengusaha cendawan ini di Negeri Sembilan dan di Perak. Akhirnya beliuau mencuba untuk melakukan proses menanam cendawan sisir sama dengan tanaman cendawan tiram cuma pengeluaran hasilnya saja yang berbeza (Sila lihat foto disebelah). Kini dia sudah faham dimana kalau cendawan tiram boleh mengeluarkan hasil hingga lapan kali tetapi cendawan sisir hanya dua kali saja malahan pengurusan tanamannya juga agak rumit. Dua tanaman ini tidak boleh berada dalam satu ‘rumah bongkah’ yang sama. Perlu difahami dimana oleh kerana spora cendawan sisir amat kuat maka ia boleh mematikan cendawan tiram. Sebelum ini pernah pembenihan dua cendawan dilakukan di tempat sama, biarpun dalam jarak masa seminggu dan sudah dibersihkan, namun cendawan tiram tidak sesuai hidup. Teknologi bancuhan beg media juga biarpun menggunakan bahan asas yang sama namun nisbahnya berbeza dan nisbah bahan makanan cendawan sisir lebih daripada tiram. Kesemuanya adalah berkonsepkan Organik. Sehingga kini dia sudah mempunyai 2,000 bongkah dan setiap 1,000 bongkah mengeluarkan 15 kilogram (kg) untuk tuaian pertama sementara tuaian kedua 10kg. Lazimnya selepas sebulan diperam beg media akan ditoreh dan dalam masa seminggu sudah boleh dikutip hasilnya namun cendawan ini hanya mengeluarkan hasil sebanyak dua kali saja.


Pengalaman beliau kini mendapati proses menuai untuk kali kedua dikeluarkan selepas lebih kurang seminggu kemudian dari kutipan hasil pertama namun saiznya agak kecil berbanding hasil keluaran pertama. Daripada sebanyak 1,000 bongkah yang dituai beliau dapati hasilnya kurang 20% daripada kutipan yang pertama dahulu. apa pun dengan harga jualaan yang tinggi menyebabkan dia berazam untuk meluaskan usahanya itu dan bercadang untuk berpindah ke lokasi lain bagi tanaman cendawan sisir saha tidak campur dengan cendawan tira kelabu kerana ia mempunyai potensi yang tinggi selain pulangan lumayan. Kini harga dikebun untuk cendawan sisir adalah sekitar RM50 sekilogram atau pun bagi yang telah dipek dalam bekas dijual dengan harga RM5.00 untuk 100 gram. Apa pun cendawan ini perlu dibersihkan dan dileraikan dahulu. Lazimnya jualan cendawan ini tidak sampai setengah jam habis semua cendawan yang dibawa. Cendawan ini amat berkhasiat kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengandungi ‘schizophyllan’ iaitu bahan antibarah. Dari rujukan penulis blog didakwa cendawan ini juga dapat meningkatkan tahap imun badan dan sebagai antibakteria dan parasit selain berupaya melindungi hati. Kini beliau telah memohon kepada Jabatan Pertanian Malaysia untuk proses persijilan MyOrganic bagi mempastikan produk cendawan dihasilkan dijamin kualiti dan pasarannya. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agri technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM CENDAWAN... BAGAIMANA CARA...
CENDAWAN SISIR... KUKUR SAMA SAHAJA...
HARGANYA MAHAL... ENAK DAN PERISA...
MENANAM SENDIRI... ANIM AGRO ADA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 1214, Hotel Classic,
Jalan Maharani, Muar,
Johor, Malaysia.
(19 Syaaban 1438H).
Posted from Room 905, 
Hotel Juta, Keningau, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...