PISANG KAKI (Diospyros kaki) merupakan sejanis buah-buahan dari keluarga EBENACEAE yang tumbuh dinegara mempunyai 4 musim dan dikawasan tropika yang sesuai. Dinegara kita penanaman pokok pisang kaki kurang popular dan mengimpot buah tersebut dalam bentuk buah segar dan buah proses. Pisang kaki juga dipanggil sebagai Persimmon Fruit, Kaki Persimmon, Japanese Persimmon, Shizi (China), Sharon (Israel) dan sebagainya. Buah ini ada dikaitkan dengan keagamaan oleh beberapa iaitu sebagai 'Buah Dewa' walau pun namanya di negara kita sebagai 'Pisang Kaki' tetapi bukanlah macam buah pisang dari kumpulan buah Musaceae. Terdapat lebih daripada 400 spesis pisang kaki yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya beberapa spesis sahaja yang di tanam secara komersil seperti Pisang Kaki Amerika (Diospyros virginiana), Pisang Kaki Hitam (Diospyros digyna), Pisang kaki Mabolo (Diospyros discolor), Pisang Kaki Kormaloo (Diospyros lotus) dan yang paling popular ditanam adalah spesis Pisang kaki Jepun (Diospyros kaki).


Dalam lawatan saya ke China (Disember 2011) dan ke Korea ( 2 kali pada 1990 dan 1993) mendapati pokok pisang kaki ditanam secara komersil dikebun dan kawasan keliling rumah. Jarak untuk penanaman 4 meter x 6 meter (penanaman yang agak jarang) dengan menggunakan anak benih yang disemai. Pokok pisang kaki perlukan cantasan dari peringkat awal penanaman untuk mendapatkan bentuk pokok yang seimbang dan ketinggian optima untuk aktiviti mengutip hasil. Pengurusan penanaman pisang kaki tidak jauh berbeza dengan pengurusan penanam pokok epal, buah kiwi dan buah pear. Tanaman tidak mempunyai masaalah serangan penyakit dan serangga yang kritikal. Baja organik dan pengurusan air disediakan dengan baik. Pokok pisang kaki yang diuruskan dengan baik mampu mengeluarkan bunga selepas 3 tahun ditanam. Buah yang telah masak akan dituai dan digredkan mengikut piawaian bagi tujuan jualan segar atau untuk dikeringkan atau diproses.
Negera China, Korea dan Jepun menghasilkan hampir 90% pengeluaran pisang kaki didunia walau pun negara lain ada menanamnya untuk keguanaan domestik dan juga ekspot. Buah Pisang Kaki yang segar dimasukkan dalam kontena sejuk sehingga dijual dimerata dunia sementara sebahagian besar lagi di keringkan dan di leperkan (foto sebelah) serta tahan lama. Cara makan buah pisang kaki segar boleh terus dimakan bersama-sama kulitnya atau dibuang kulitnya dahuluu sebelum dimakan. Kandungan unsur Tanin yang tinggi pada kulit pisang kaki menyebabkan rasa agak kelat jika dimakan segar. Buah pisang kaki kaya dengan zat Vitamin C, Beta Carotene (Pro Vitamin A), Zat galian dan bahan antioksidan yang lain. Buah pisang kaki yang diproses menggunakan air panas dan bahan lain dan dikeringkan secara manual atau menggunakan mesin pengering (Dryer). Buah kering akan disusun mengikut saiz dan gred sebelum dipasarkan dalam bentuk 'whole fruit' atau 'cut fruit'.
Pisang kaki dipercayai baik untuk kesihatan dimana ianya kaya dengan zat seperti Vitamin C, Sukros, Fruktos, Glukos dan Iodin yang sesuai dalam mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah serta melicinkan peredarannya dalam koronari. Buah ini yang dimakan segar dapat mengelakkan masaalah sembelit dan juga dapat meredakan masaalah sedu. Buah pisang kaki kering juga baik dimakan untuk kesihatan paru-paru dan jantung kerana mengandungi serbau warna putih iaitu bahan manitol, glukos dan vitamin C. Pengalaman saya ketika di Korea dulu memang suka makan buah pisang kaki masak dari pokok disekitar COTI, Seoul yang ditanam sebagai pokok hiasan keliling pusat tersebut.
PERSIMMON....DIPANGGIL PISANG KAKI...
POKOK RENEK....BERBUAH BELUM SALJI...
WARNA KUNING ...HARGA TIDAK TINGGI...
BANYAK KHASIAT...MARILAH KITA BELI...
By,
M Anem
Lian Hua Hotel,
Beijing, China.
(Ada jual pisang kaki segar di tepi Hotel).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.