POKOK ABEO atau Abiu (Pouteria caimito Radlk) adalah sejenis tanaman yang kurang dikenali di Malaysia dan merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae. Saya mengenali tumbuhan ini setelah Menteri Besar Johor menyatakan amat suka makan buah ini dalam satu Maljis Rasmi di Tangkak pada tahun 2009. Buah ini di tanam di Stesyen Pertanian Jorak, Muar dan juga di Stesyen Pertanian Tangkak, Ledang Johor. Kajian menunjukkan buah Abeo ini berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah oleh penjajah dahulu. Keluasan tanaman ini di Malaysia tidak dapat dipastikan kerana tidak direkod dan saya menganggarkan sekitar 20=30 hektar CHE sahaja. Kawasan yang masih menghasilkan buah Abeo adalah disekitar Jalan Tapah-Cameroon Highland di Perak yang ditanam secara bercampur dengan buah-buahan lain. Pada masa dulu sekitar hujung 1980'an penanaman buah abeo ini menjadi 'kegilaan' ramai petani di sekitar Tapah Perak sehingga mencapai keluasan lebih 300 hektar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sejenis pokok buah abeo untuk bacaan umum.
Pokok Abiu atau Abeo yang saya lihat di Stesyen Pertanian Jorak, Muar adalah sederhana besar dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter. Dahan pokok melempai jatuh ketanah dan agak lembut serta mudah sekah. Struktur daunnya tersusun secara berselang seli (alternate), berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Saya dapati bunganya jenis hermaprodit yang berwarna putih dimana bunganya keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Dalam lawatan saya ke kebun En Tan di Bt 12 Jalan Tapah-Ringlet mendapati ada sifat agak pelik mengenai buah Abeo ini dari segi bentukknya. Ada buah yang berbentuk bulat dan ada buah yang berbentuk lonjong. Bagaimana pun bacaan dari sumber lain menyatakan bahawa buah abeu yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai ‘nipple’ yang pendek sebelah bawah buah. Pemerhatian mendapati tangkai buah agak pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong. Buah yang di potong akan berubah warna kepada pucat setelah beberapa minit terdedah kepada udara walau pun rasanya tidak berubah.

En Tan membaja denan NPK 12:12:12:2 pada pokoknya yang telah berumur 10 tahun dan sentiasa memberikan baja organik tahi ayam sebanyak 1 guni setiap 6 bulan. Kawalan rumpai dijalankan dengan menyembur racun rumpai setiap 3-4 bulan sekali. Tidak ada masaalah serangan penyakit dan perosak yang serius menyerang pokok abeu. Cantasan sentiasa dijalankan pada dahan yang melempai ketanah dan dibuat cantasan atas (topping) apabila pokok terlalu tinggi kerana sukar untuk mengutip hasil. Buah yang hampir masak bagaimana pun sering diserang lalat buah (Daucus spp) atau Bactocera spp dan perlu dipasang perangkap feromon. En Tan juga ada mengawal serangan buah abiu dengan membalut buah menggunakan pembalut plastik (Lihat foto diatas). Buah yang diserang lalat buah akan busuk dan gugur disekitar pokok dan perlu dikutip dan dimusnahkan agar tidak menjadi perumah kepada lalat buah dan serangga lain.
Buah Abeo yang telah masak akan berwarna kuning dan dipetik dengan cara menggunakan tangan atau gunting yang ada bekas jika kedudukan buah agak tinggi. Buah yang dituai dikumpulkan didalam bakul plastik dan dibersihkan dengan mengelap menggunakan kain lembab. Buah abeo kemudian digredkan mengikut saiz dan rupabentuk. Lazimnya buah Gred A mempunyai saiz yang bulat, kulit berwarna kuning terang dan tidak ada kecacatan serta purata berat melebihi 150 gram sebiji. Buah akan disusun didalam kotak kertas dengan setiap lapisan akan dilapik dengan kertas suratkhabar untuk menjaga kualiti kulit buah abeo. Buah ini akan dihantar keluar dengan menggunakan lori sayur yang turun dari Cameroon Highland kepada pemborong di Kuala Lumpur. En Tan menyatakan harga ladang sekitar RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram dan sasaran pasaran adalah beberapa buah hotel antarabangsa di Kuala Lumpur (mungkin ada pelancong yang sangat berminat dengan buab Abeo ini).

BUAH BERGETAH...RENDANG POKOKNYA....
MUDAH DITANAM...BANYAK HASILNYA...
DIMAKAN SEGAR...ADUH ENAK RASANYA...
MUDAH DITANAM...BANYAK HASILNYA...
DIMAKAN SEGAR...ADUH ENAK RASANYA...
Related articles:
1. Buah Jambu Bol (klik disini)
2. Kedondong (Klik disini)
3. Jambu Mawar (Klik disini)
4. Jambu Batu (Klik disini).
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 619, New Pacific Hotel,
Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(24 Muharam 1433)
Room 619, New Pacific Hotel,
Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(24 Muharam 1433)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.