Dalam MalaysiaGazzete dilaporkan 'Beras tempatan hilang sebab dikampitkan jadi beras import – Syed Abu Hussin' dimana beliau dakwa punca sebenar kehilangan beras di pasaran disebabkan isu struktur harga kerana harga beras import tidak dikawal oleh kerajaan dan beras tempatan pula ditetapkan pada harga RM26 sekampit. Dakwanya walaupun terdapat perbezaan harga itu, hakikatnya beras putih tempatan dan beras putih import adalah beras yang sama, kata Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (PN-Bukit Gantang). Padahal negara ini mengeluarkan beras putih tempatan dan yang dibawa daripada luar negara secara import oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) juga beras putih. Kedua-dua beras ini tidak boleh dibezakan dan maknanya aktiviti percampuran ini sudah berlaku namun beras import tiada kawalan dari kerajaan. Bernas boleh menentukan harga jualan pintu gudang dan akibatnya beras import dijual sehingga RM40 sekampit dakwanya semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat. Isu seperti manipulasi harga beras menyebabkan rakyat terpaksa berbelanja lebih yang mana harga beras pempatan pada RM26 dan beras import RM40. Beras tempatan dikampitkan kepada beras import dan dijual pada harga RM40. Sebab itulah beras tempatan hilang dan sehari rakyat terpaksa belanja lebih RM7 juta. Sebagai cadangan menyelesaikan isu manipulasi harga beras, saya amat konsisten dan sekali lagi mencadangkan agar kerajaan memuktamadkan cadangan mewujudkan harga tunggal beras putih dengan gred tunggal yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani (BPMM). Ia akan hanya mempunyai satu harga siling tak kira beras import atau beras tempatan, satu gred satu harga. Maka dengan cara ini, peluang untuk manipulasi sudah tidak ada. Tetapi kalau kerajaan tidak dapat buat satu harga, satu gred, maka saya yakin manipulasi akan terus berlaku dan rakyat terpaksa beli dengan harga yang lebih mahal. Syed Abu Hussin turut memberitahu, pada 23 Februari 2024, dia telah berjaya membentangkan cadangan satu gred satu harga di dalam Mesyuarat Penuh NACCOL namun sehingga hari ini tiada keputusan muktamad yang diputuskan. Dia berharap kali ini kementerian perlu berani put a stop dan tegas dengan kawalan harga supaya boleh fokus untuk membanteras kartel rantaian industri padi yang selama ini memangsakan pesawah dan pengguna. Apa pun dakwanya sekiranya ada perjanjian konsesi beras bersama Bernas yang menghalang usaha bagi penyelarasan gred tunggal itu dibuat dipohon kementerian dedahkan butiran perjanjian tersebut.
Dalah portal bharian.com pula dilaporkan 'Beras Putih Tempatan masih hilang dari pasaran' dimana beras putih tempatan (BPT) masih tidak kelihatan dalam pasaran, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara. Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang dakwa dalam tinjauannya ke tiga pasar raya di Kota Kemuning hari ini pihaknya mendapati hanya beras putih import (BPI) yang dijual. Apa pun selepas 13 hari PMX (Anwar) membuat keputusan (untuk menyegerakan pengedaran BPT), beras putih tempatan itu masih belum kelihatan. Dakwanya malah Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Negara (Datuk Azman Mahmood) turut memberi jaminan bahawa 14 juta kampit akan berada dalam pasaran pada bila-bila masa, tetapi mana perginya?. Dilaporkan sebelum ini dari 105 lokasi yang dia tinjau bersama pasukan pemantau, daripada jumlah itu hanya ada lima lokasi menjual BPT pada harga RM26 itu pun dengan jumlah (bekalan) yang sedikit tidak sampai lima peratus. Mana penguatkuasaan terhadap isu-isu manipulasi bekalan beras putih? Jika ada, tunjukkan siasatan katanya ketika ditemui selepas meninjau bekalan beras termasuk BPT di tiga pasar raya sekitar Kota Kemuning, Shah Alam. Kalau sebelum ini, Mesyuarat NACCOL dipengerusikan Anwar pada 20 Mac 2024 lalu memutuskan empat perkara untuk mengatasi isu beras. Antara tindakan itu termasuk kerajaan mengarahkan supaya semua stok semasa padi dan beras yang dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik diproses serta dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan serta merta. Sementara itu, dalam isu manipulasi harga beras putih di negara ini, Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang juga ada mencadangkan kepada NACCOL supaya hanya satu harga bagi semua BPT dan BPI yang dipasarkan dalam negara ini. Cadangan itu antara lain dapat mengelakkan masalah manipulasi harga dalam kalangan pembekal. Manipulasi berlaku apabila wujud perbezaan harga antara kedua-dua gred beras putih ini. Misalnya BPT bagi 10 kilogram bernilai RM26 manakala BPI pula sehingga RM35. Situasi ini menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menukar pembungkusan kampit beras tempatan bagi mengaut keuntungan. Jadi cadangan terbaik adalah memperkenalkan 'satu gred beras putih satu harga' bagi menangani manipulasi dan bekalan harga beras import dan tempatan yang masih tidak kesudahan sehingga kini. Ketika ditanya mengenai cadangan penetapan harga beras putih itu, Syed Abu Hussin mahu ia ditetapkan pada kadar RM30. Apa pun untuk letak harga RM26, ia tidak munasabah kerana akan merugikan pengilang. Beras ada tetapi ia tidak boleh dilaksanakan kerana ia perkara merugikan. Dakwnya sebab itu kena ada satu perbincangan lebih khusus dengan semua pemegang taruh supaya harga yang munasabah serta sesuai dan diterima dapat dikeluarkan oleh pengilang dan industri.
Dalam portal sama sebelum itu dilaporkan 'Ke mana hilang beras?' dilihat berterisan sehingga tahun 2024 dan 2025. Dilaporkan dimana jumlah keperluan beras negara ialah 2.5 juta tan setahun menurut data BERNAS. Isu kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran masih lagi diperkatakan sehingga ada yang mengaitkannya dengan pelbagai faktor penghalang dan ketirisan dalam rantaian pengeluarannya. Persoalan yang membelenggu pengguna apabila pihak yang terbabit dalam industri pengeluaran beras iaitu dari pesawah, pengilang, pemborong dan peruncit hingga sampai kepada pengguna, dilihat saling salah menyalahi antara satu sama lain. Portal BH menyorot setiap rantaian pengeluaran beras negara dan di manakah kemungkinan wujudnya masalah ketirisan, 'tangan ghaib' atau manipulasi pihak tertentu sehingga ia memberi kesan dari segi bekalan dan harga pasaran. Bagi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) dimana dilema yang dihadapi ialah kebanyakan pengilang enggan menanggung kerugian yang disebabkan kos pengeluaran BPT yang dibeli daripada pesawah dan pembekal juga tinggi. menurut presiden PPBMM Mohamad Termizi Yop mendedahkan isu ini adalah kerana kos pengeluaran BPT kini mencecah RM2,800 satu tan metrik sehingga menyukar pekilang menjual pada harga RM26 sekampit yang dikawal kerajaan. Kenaikan harga padi pada Ogos 2023 lalu mencecah RM1,700 hingga RM1,800 setiap tan metrik dan apabila diproses harga beras boleh mencecah sehingga RM2,800 satu tan. Merujuk data Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyatakan, keperluan beras negara ialah 2.5 juta tan setahun dan 62 peratus atau 1.55 juta tan daripadanya adalah BPT, 27 peratus atau 675,000 tan diimport manakala selebihnya adalah beras jenis lain seperti pulut, wangi dan basmathi yang juga diimport. Bagi setiap satu tan padi yang diproses, biasanya hanya 50 peratus menghasilkan beras, kecuali di Selangor yang menghasilkan peratusan padi kepada beras mencapai 65 peratus. Satu lagi faktor halangan ialah apabila kilang gagal memenuhi kuota memproses BPT sebanyak 20 peratus kerana ia tidak menguntungkan, sebaliknya menumpukan kepada pengeluaran beras import yang lebih tinggi harganya. ifahamkan, pihak berkuasa juga ada memperuntukkan kuota 20 peratus pengeluaran BPT kepada setiap kilang bagi memastikan beras tempatan bersubsidi terus berada di pasaran. Di peringkat pengilang dengan pemborong pula, ada yang enggan membungkus PBT disebabkan keuntungan yang diperoleh amat kecil. Menurut pengerusi Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) Zon Selatan iaitu Khalil Ahmad mengakui segelintir pekilang enggan membungkus BPT dimana bagi sekampit beras tempatan dengan berat 10 kilogram (kg) yang dijual pada harga RM26, mereka hanya memperoleh keuntungan sekitar 50 sen. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.