Support My Blog

Sunday, March 9, 2025

SEMBANG BURUNG KAKAK TUA (PART 4)

BURUNG KAKAK TUA (PARROT) merupakan salah satu spesis burung yang sangat disukai ramai dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan (pets). Burung Kakaktua terdiri daripada 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae iaitu selain dari keluarga Psittacidae (parrot sebenar) yang membentuk dibawah order Psittaciformes. Apa yang penulis blog tahu dimana burung kakak tua mampu hidup agak lama berbanding burung peliharaan yang lain jika diuruskan dengan baik. Berbeza dengan haiwan yang tidak menentu yang hidup dalam kurungan dimana selalunya burung kakak tua dilihat sangat sesuai dibela kerana ia mampu hidup lebih lama. Dilaporkan dimana spesis burung nuri macaw dia boleh mencecah sehingga 20 - 60 tahun. Bagi spesis burung kakak tua kelabu dan Amazon biasanya boleh hidup selama 50 tahun sementara bagi jenis Conures dilaporkan ia boleh hidup selama 30 tahun. Bagaimana pun disebabkan habitat dan persekitaran burung kakak tua yang tinggal di kawasan bandar atau semi-urban maka biasanya lebih 70% tidak mencapai umur hidup yang panjang lagi. Pada penulis blog memang seronok melihat burung kakak tua yang cantik, aktif, menghiburkan dengan pergerakannya dan bunyinya. Itulah sebabnya burung kakak tua adalah burung yang palng awal dipelihara oleh manusia diseluruh dunia sejak lama dulu. Secara umum boleh dikatakan ciri-ciri burung kakak tua memang berlainan akan tetapi secara umumnya boleh dikatakan ia mempunyai ukuran badan diantara 30 - 40 cm dengan mempunyai ciri paruhnya yang melengkung cantik dan saiz kepala yang besar. Pernah dilaporkan sebagai juga 'Burung Paling Bijak' disebabkan gelagatnya apabila didekati oleh pemiliknya. Dalam dunia bebas lazimnya burung kakak tua mampu terbang dengan baik dan mudah pula hinggap diatas dahan pokok. Kemudian uniknya burung kakak tua ini boleh memanjat pokok dengan kaki yang ada kuku tajam. Artikel hari saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta menarik iaitu mengenai burung kakak tua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Kalau sudah hobi dan minat maka 'Belanja RM30,000 kemaruk kakaktua' pun tidak mejadi bebanan. Kisah ini adalah dari Kuala Terengganu dimana kalau terlalu kemaruk dengan burung kakaktua mendorong seorang pemuda membelanjakan lebih RM30,000 wang simpanannya bagi mendapatkan pelbagai jenis baka kakaktua selain membina sangkar burung itu untuk tujuan penternakan sejak 12 tahun lalu. Bagi Mohd Aliff (32) dari Kampung Buluh Gading sanggup membelanjakan lebih RM500 sebulan bagi memastikan 30 burung kakaktua pelbagai spesies termasuk Macau, Greater Sulphur, Ducorps dan Medium Sulphur-Crested mendapat makanan dan penjagaan yang sepatutnya. Dia mula menternak burung Budgerigar dan Lovebird kerana ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga mampu meraih RM1,500 sebulan hasil menjual anak daripada burung berkenaan. Kini sambutan terhadap burung itu dilihat ia kian berkurangan lalu saya cuba berjinak-jinak membela burung kakaktua dan burung pertama yang dibela adalah Parrot Kelabu Afrika (African Grey) dan ia dibiak sebelum saya mendapatkan spesies burung kakaktua lain. Dakwanya bukan senang untuk menternak burung kakaktua kerana proses dan cara pembiakannya berbeza berbanding burung biasa, malah semua burung yang dipelihara mempunyai lesen yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Dia terpaksa mencipta suasana hutan yang sebenar di dalam sangkar bagi memastikan ia membiak seperti di habitatnya dan paling lama sepasang burung kakaktua itu bertelur selepas empat tahun diternak. Dia juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi tujuan mendapatkan sepasang induk kakaktua yang berkualiti dan pernah membeli sepasang Macau dengan harga RM18,000. apa pun dakwanya bukan saja duit banyak dihabiskan untuk menternak burung kakaktua tetapi tenaga dan masa juga perlu dikorbankan bagi memastikan ia membiak dengan baik. Dia yang mula menguruskan ternakan seawal jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari dengan membersihkan najis burung di dalam sangkar terlebih dulu sebelum memberi makanan dan minuman kepada ternakan.


Sembang kali ini macam hendak ketawa membacanya apabila ada kes dimana '5 burung kakak tua kuat menyumpah dipindahkan' yang berlaku di London.  Spesies buruk kakak tua African Grey yang tinggal di sebuah taman hidupan liar Britain terpaksa memindahkan lima burung kakak tua spesies African Grey berkongsi sebuah sangkar selepas haiwan berkenaan terus mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengunjung. Taman Hidupan Liar Lincolnshire mengambil kesemua burung kakak tua itu kira-kira enam minggu lalu dan meletakkan haiwan terbabit dalam kuarantin. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) taman terbabit, Steve Nichols, berkata sepanjang tempoh itu, burung berkenaan saling berkongsi kebolehan untuk mencarut dan berbahasa kesat. Dia digelar 'Si Gemuk' setiap kali saya lalu dimana sejak 25 tahun lalu dia sudah menerima burung kakak tua yang gemar menggunakan bahasa kesat dan sudah biasa dengan keadaan ini. APa pun kini setiap kali akan ada seekor yang berkelakuan sedemikian dan ia agak menggelikan hati sebenarnya. Dakwanya hanya pada kali ini secara kebetulan mereka menerima lima burung kakak tua dalam minggu yang sama dan kesemuanya saling 'menyumpah' antara satu lama lain. Apa pun lebih kerap anda ketawa mendengar kata-kata itu, lebih banyak sumpah seranah dihamburkan.


Dalam kes lain 'Warga Singapura seludup 11 burung kakak tua' apabila ada pihak  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor merampas 11 burung kakak tua yang cuba diseludup seorang daripada warganegara Singapura. Rampasan itu hasil hasil dari pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan milik seorang warganegara Singapura di laluan pemeriksaan kereta masuk Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). PERHILITAN menemukan 11 ekor burung daripada lima lima spesies, antaranya empat ekor Burung Ara spp, Blue and Gold Macaw (Ara ararauna) (tiga ekor), Yellow-headed Amazon (Amazona oratrix) (seekor) dan Scarlet Macaw (Ara macao) (tiga ekor). Lelaki itu juga tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk memiliki 11 ekor spesies kakak tua, spesies haiwan yang dilindungi. Turut disita dalam operasi itu ialah 10 kotak kayu, sebuah sangkar yang menempatkan burung, kenderaan, telefon bimbit dan tempat burung bertenggek. Lelaki terbabit dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dari tarikh tangkapan dan didenda sebanyak RM80,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Kes siasatan dibuat mengikut Seksyen 60 (1)(a) dan Seksyen 68 (1)(a) di Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 [Akta A1646]. Adalah diminta orang ramai menyalurkan aduan dimana maklumat berhubung jenayah hidupan liar kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline. Artikel ini dituli dalam 4 segme iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Apa pun diharap semua pembaca blog ani agro technology mendapat manafaat membaca artikel kali ini. Wasallam!!!...

BURUNG KAKAK TUA... UNIK CIRINYA...
BOLEH BERCAKAP...TIRU IKUT MANUSIA..
RAMAI BERMINAT ...BURUNG DIPERLIHARA..
BACA ARTIKEL...SERONOK JUGA CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,

Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...