Support My Blog

Saturday, March 8, 2025

SEMBANG BURUNG KAKAK TUA (PART 3)

BURUNG KAKAK TUA (PARROT)
merupakan salah satu spesis burung yang sangat disukai ramai dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan (pets). Burung Kakaktua terdiri daripada 21 spesies burung yang tergolong dalam keluarga Cacatuidae iaitu selain dari keluarga Psittacidae (parrot sebenar) yang membentuk dibawah order Psittaciformes. Apa yang penulis blog tahu dimana burung kakak tua mampu hidup agak lama berbanding burung peliharaan yang lain jika diuuruskan dengan baik. Berbeza dengan haiwan yang tidak menentu yang hidup dalam kurungan dimana selalunya burung kakak tua dilihat sangat sesuai dibela kerana ia mampu hidup lebih lama. Dilaporkan dimana spesis burung nuri macaw dia boleh mencecah sehingga 20 - 60 tahun. Bagi spesis burung kakak tua kelabu dan Amazon biasanya boleh hidup selama 50 tahun sementara bagi jenis Conures dilaporkan ia boleh hidup selama 30 tahun. Bagaimana pun disebabkan habitat dan persekitaran burung kakak tua yang tinggal di kawasan bandar atau semi-urban maka biasanya lebih 70% tidak mencapai umur hidup yang panjang lagi. Pada penulis blog memang seronok melihat burung kakak tua yang cantik, aktif, menghiburkan dengan pergerakannya dan bunyinya. Itulah sebabnya burung kakak tua adalah burung yang palng awal dipelihara oleh manusia diseluruh dunia sejak lama dulu. Secara umum boleh dikatakan ciri-ciri burung kakak tua memang berlainan akan tetapi secara umumnya boleh dikatakan ia mempunyai ukuran badan diantara 30 - 40 cm dengan mempunyai ciri paruhnya yang melengkung cantik dan saiz kepala yang besar. Pernah dilaporkan sebagai juga 'Burung Paling Bijak' disebabkan gelagatnya apabila didekati oleh pemiliknya. Dalam dunia bebas lazimnya burung kakak tua mampu terbang dengan baik dan mudah pula hinggap diatas dahan pokok. Kemudian uniknya burung kakak tua ini boleh memanjat pokok dengan kaki yang ada kuku tajam. Artikel hari saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa fakta menarik iaitu mengenai burung kakak tua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.



Kisah dari luarnegara bertajuk 'Ribuan burung kakak tua ceroboh bandar' yang berlaku di Bueonos Aires, 
Argentina amat wajar di sembangkan. Bandar Hilario Ascasubi iaitu sebuah bandar di selatan wilayah Buenos Aires, Argentina, 'diceroboh' puluhan ribu burung kakak tua tebing setiap tahun yang dilaporkan ia menyebabkan kerosakan bernilai jutaan dolar. Portal lokal Oddity Central melaporkan dimana penduduk Hilario Ascasubi 'dikuasai' oleh kumpulan burung kakak tua selama beberapa tahun dan ramai yang mengadu keadaan semakin buruk setiap tahun. Populasi burung kakak tua itu didakwa semakin meningkat dan tahap kerosakan harta benda yang berlaku disebabkan haiwan itu. Burung berkenaan gemar menggigit wayar elektrik dan Internet hingga penyedia perlu sentiasa memastikan rangkaian berfungsi. Najis burung di kaki lima dan jalanan turut menjadi masalah besar, begitu juga dengan bunyi bising berterusan dari siang hingga malam. Keadaan itu juga mengundang rasa kurang senang kepada kira-kira 5,000 penduduk Hilario Ascasubi yang buntu dengan masalah itu dan mendakwa mereka tidak boleh terus hidup dengan gangguan burung. Masalah burung kakak tua di bandar itu bukanlah sesuatu yang baru, dan pihak berkuasa berusaha untuk menanganinya, tetapi tiada yang berhasil. Bom bunyi dan lampu laser digunakan untuk menghalau burung itu, tetapi haiwan berkenaan sudah terbiasa dan kini tidak terjejas dengannya. Oleh kerana burung kakak tua tebing adalah spesies yang dilindungi di Argentina, langkah lebih keras untuk menanganinya adalah dilarang sama sekali, jadi penduduk tempatan tiada pilihan selain bersabar dengan gangguan haiwan itu. Menurut laporan dari Universidad Nacional del Sur (UNS) di Bahía Blanca sekurang-kurangnya 70,000 spesis burung kakak tua tebing terdapat di Hilario Ascasubi dan apabila senja tiba, haiwan itu berkumpul di atas pokok dan tiang elektrik.


Apa sebenarnya kisah 'Salam dari dalam sangkar' apabila seawal jam 7 pagi dimana di kediaman milik Noor Azimah Yusof sudah kedengaran bunyi riuh-rendah dari lima ekor burung kakaktua yang masih berada di dalam sangkar. Sebaik melihat Noor Azimah maka kesemua burung kakaktua itu dilihat mula tidak duduk diam dengan mengeluarkan pelbagai bunyi meminta perhatian.  Sudah menjadi kebiasaan pada setiap pagi semua akan mengeluarkan semua burung itu daripada sangkar untuk dimandikan sebelum dijemur di bawah cahaya matahari pagi. Apa pun sambil membersihkan sangkar dia yang selesa membahasakan dirinya sebagai Mama dengan haiwan peliharaannya akan mengambil kesempatan berbual dengan burung kakaktua yang memiliki kebolehan mengajuk semua percakapannya. Perkataan 'Assalamualaikum,' 'Hello,' Buat apa tu? akan di ajuk Deigo salah seekor burung kakaktua peliharaannya. Rutin harian yang dilalui suri rumah berusia 49 tahun bersama ahli keluarganya pada setiap hari sejak mula memelihara lima burung kakaktua sejak enam tahun lalu. Apa pun bagi Noor Azimah, keluarganya dan jiran-jiran sudah lali dengan gelagat burung kakaktua yang cukup mencuit hati. Apapun lima burung kakaktua yang dipelihara terdiri daripada spesies Blue and Gold Macaw (Luna), dua Green cheek (Hejo dan Apple), Alexandrian (Chopper) dan Congo african grey (Deigo). Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia mula memelihara burung kakaktua sejak 2019 kerana tertarik dengan kemampuan spesies itu mengajuk percakapan dan bijak. Semua burung ini saya beli daripada pembiak yang berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kecuali Luna yang saya peroleh daripada pemiliknya selepas melalui proses menukar nama dan nombor lesen pemilik. Burung ini dibeli ketika masih lagi berada pada fasa 'anak suap' kerana ia lebih mudah dijaga dan jinak dengan pemiliknya. Semua burung kakaktua dilayan seperti anak sendiri, kerana spesies ini sentiasa memerlukan perhatian daripada pemiliknya. Setiap burung kakaktua ini mempunyai karakter berbeza, ada yang sentiasa inginkan perhatian, ada yang manja, nakal dan ada jenis tidak kisah. Dia perlu pastikan semua burung dibawa keluar daripada sangkar dan bersembang dengan mereka. Sekiranya pada sebelah pagi, saya mempunyai urusan dan tidak dapat keluarkan mereka dari sangkar, saya akan jumpa dahulu dan minta maaf sebelum keluar daripada rumah. Burung kakaktua memiliki karakter yang sentiasa inginkan perhatian dan komitmen daripada pemiliknya setiap hari. Sekiranya dua perkara ini diabaikan, burung akan mudah stres dengan mencabut bulu di badannya. Apabila bulunya sudah tiada, burung akan mencederakan diri sendiri sehingga boleh menyebabkan kematian. Setiap hari saya perlu bersihkan sangkarnya untuk elakkan sebarang jangkitan penyakit. Selain itu air perlu ditukar setiap hari dan untuk makanan saya berikan sayur, buah-buahan segar, pallet dan kekacang. Dia juga menasihati kepada sesiapa yang ingin memelihara burung kakaktua supaya membuat kajian mendalam terhadap keperluan haiwan berkenaan. Dia akui memang seronok pelihara burung kakaktua. Tapi kena tanya kepada diri sendiri, adakah anda bersedia untuk peruntukan masa dengan memberi perhatian terhadap burung ini di rumah dimana selain itu dipastikan anda mengikut peraturan yang ditetapkan dengan mendapatkan lesen daripada Perhilitan.


Agak kurang enak apabila membaca kes 'Jurugambar sambilan didakwa simpan, pamer burung kakak tua tanpa lesen' yang berlaku di Melaka dimana tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tiga tuduhan mengendalikan pameran dan menyimpan pelbagai spesies burung kakak tua tanpa permit dan lesen. Tertuduh, Hazmi Afandi (28), membuat pengakuan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas dibaca dan diterangkan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengendalikan pameran hidupan liar membabitkan 12 ekor burung kakak tua tanpa permit di Gerai Pesta Jom Makan Dataran MITC, Lingkaran MITC. Ia membabitkan dua burung Blue-and-gold Macaw (Area ararauna), Black-headed Parrot (Pionites melanocephala) dan Green-cheeked Conure (Pyrrhura molinae) serta masing-masing seekor burung, Medium Sulphurcrested Cockatoo (Cacatua galerita eleonora), Crimson Rosella (Platycercus elegans), Grey Parrot (Psittacus erithacus), Chestnut-fronted Macaw (Ara severus), Sun Conure (Aratinga solstitialis) dan Hahn's Macaw (Diopsittaca nobilis). Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut 66 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (APHL) 2010 (Akta 716) yang membawa hukuman hukuman denda maksimum RM70,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh didakwa menyimpan masing-masing dua ekor burung Green-cheeked Conure dan seekor Black-headed Parrot, iaitu spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama APHL 2010, pada tarikh, masa dan di tempat sama. Kes ini adalah pertuduhan adalah mengikut Seksyen 60(1)(a) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 60(1) akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.  Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Suhainariddah Abd Rashid dan Siti Hajar Atiqah Razali manakala tertuduh diwakili peguam Zulkifli Omar. Pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sekali sebulan. Peguam merayu jaminan dikurangkan kepada RM6,000 kerana tertuduh hanya bekerja sebagai jurugambar sambilan dan baharu berkahwin. Kes pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM9,000 berserta syarat dipohon pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Mei depan untuk serahan dokumen. 
Artikel ini dituli dalam 4 segme iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Apa pun diharap semua pembaca blog ani agro technology mendapat manafaat membaca artikel kali ini. Wasallam!!!...

BURUNG KAKAK TUA... UNIK CIRINYA...
BOLEH BERCAKAP...TIRU IKUT MANUSIA..
RAMAI BERMINAT ...BURUNG DIPERLIHARA..
BACA ARTIKEL...SERONOK JUGA CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,

Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...