Support My Blog

Wednesday, January 4, 2023

CIRI-CIRI NANAS JAMBUL MAS A18 (Part 1)

VARIETI NANAS NANAS JAMBUL MAS
 (AC15) telah pun berjaya didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia pada September 2022 dan kini sudah berada didalam Senarai Pendaftaran Varieti Umum Tanaman Malaysia. Pendaftar varieti nanas ini adalah Syarikat Jambul Mas Sdn Bhd yang mempunyai beberapa kebun di Negeri Sembilan dan Melaka. Bagaimana pun varieti nanas ini masih belum dilancarkan secara rasmi seperti beberapa varieti nanas lain isitu Nanas Crystal Honey dan Nanas Cobek dilancarkan semasa MAHA 2022 dan ianya dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023. Penulis blog yang telah ujirasa dan menjumpai varieti nanas tersebut sebagai 'Nanas Premium' yang mana asalnya hanya ada di tanam di Negeri Sembilan. Kemudian amat teruja untuk berusaha mendaftarkannya setelah melihat sendiri pokok nanas tersebut dan membuat ujirasa beberapa kali buah nanas Jambul Mas A18 yang telah masak. Belum banyak varieti nanas ini yang ditanam secara komersil kerana ia baharu sahaja ditemui dan berjaya didaftarkan dan syarikat ini sahaja yang ada pokok induk yang disahkan oleh Jabatan Pertanian. Pada pendapat penulis blog memang ia amat kemungkinan besar varieti nanas ini menjadi sebagai salah satu daripada Nanas Premium setanding dengan beberapa varieti nanas premium lain untuk dimakan segar mahupun untuk produk diproses. Kali pertama membuat ujirasa nanas ini penulis blog kagum dengan keunikan dan keenakannya kerana ia agak lebih baik daripada nanas MD2 dan Nanas Yankee (Selangor Sweet). Penulis blog mendapati dimana pokoknya juga lebih lasak dilapangan berbanding dengan nanas popular iaitu MD2. Waktu memetik buahnya juga sekitar 12 bulan membolehkan tanaman nanas varieti ini dipercayai akan menarik minat ramai pengusaha nanas komersil di Malaysia. Apa pun yang paling penting kini sudah ada sebanyak 15 varieti nanas yang didaftarkan di Malaysia untuk dijadikan pilihan kepada ramai penanam nanas di Malaysia. Penulis blog juga mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan yang berada di Jabatan Pertanian Malaysia terutama dari Bahagian Kawalan Kualiti Putrajaya yang datang membuat pemeriksaan varieti ini untuk proses pendaftaran varieti umum tanaman. Penulis blog yang beberapa kali ada bersama mereka mendapati beberapa ciri-ciri yang terdapat pada varieti nanas ini amat menarik untuk ia dikongsikan. Artikel pada subuh Ahad ini didalam blog "Anim Agro Technology" buat kali pertamanya ditulis pencirian varieti nanas Jambul Mas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. Kepada pembaca dan petani boleh mendapatkan sulur benih Nanas Jambul Mas A18 daripada syarikat tersebut dengan menghubungi Encik Amir pada hp 018-2880299.


(1)  MAKLUMAT ASAS:

Jenis Buah adalah Nanas (Ananas comosus) dimana ia telah didafyarkan oleh Syarikat Jambul Mas Trading Sdn Bhd. Kedudukan pokok induk untuk pemeriksaan adalah di Kebun Simpang Pertang, Mukim Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan. 
Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan teknologi keladang ini sebelum proses pendaftaran dijalankan dan semasa pemeriksaan dilakukan. Tanaman nanas ini di tanam sebagai tanaman selingan bersama durian Musang King dan beberapa varietiu premium durian yang lain. Penulis blog juga ada membuat tinjauan tanaman nanas Jambul Mas ini yang ditanam secara monokrop di Selangor dan Melaka. kemudian varieti ini telah didaftarkan dengan nana Jambul Mas A18 dengan rujukkan kod daftar varieti adalah sebagai AC15. Dilaporkan dimana tarikh lulus pendaftaran varieti ini di Jabatan Pertanian Malaysia adalah pada September 2022. Maklumat asas mendapati dimana asal varieti ini dari Taiwan dan telah ditanam dan dibuat seleksi baka selam 4-5 tahun dilapangan. Kali pertama penulis blog ujirasa buah ini dimana ia ada satu ciri unik apabila buah matang banyak yang 'Tiada jambul' dan ada bentuk 'cone shape' atau jambulnya bersaiz kecil. Sama seperti varieti nanas lain dimana cara pembiakan utama varieti nanas ini adalah daripada sulurnya. Nanas ini mempunyai jangkamasa Matang dan menuai sekitar 12 bulan. Selain itu dilihat nanas ini mempunyai ketahanan terhadap penyakit nnanas dan adalah tahan lasak. Bagaimana pun pada penulis blog agak kurang suka kerana pada bahagian daun adalah ia berduri tajam.


2.  CIRI-CIRI POKOK
Kali pertama melihat tanaman nanas varieti jambul ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan dengan nanas lain. Diteliti lebih lanjut dimana ia mempunyai sifat daunnya yang keadaannya adalaj- separa menegak (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang masih muda dilihat jelas dimana daunnya separa menegak tetapi bila pokok agak matang ianya masih separa menegak. Pokok yang tumbuh di tepii pagar zink ini telah berbuah dengan saiz buah sederhana besar. Varieti nanas Jambul Mas mempunyai bentuk pedunkel dimana umumnya secara saintifik pokoknya melentur dan mendatar. Apa pun apabila pokok telah matang ia mempunyai bilangan sulur tangkai purata sebanyak 3 sulur dimana pemeriksaan pada pokok matang dilihat jumlahnya diantara 1 - 6 sulur. Setelah memeriksa dengan alatukur kepada beberapa pokok yang ada di ladang dilihat iaitu purata tinggi dari tanah ke pucuk (iaitu diukur sehingga ke hujung atas daun) ukuran purata tinggi pokok adalah sekitar 78 cm (iaitu ukuran tinggi adalah diantara 73 - 75 cm).Dalam pada itu semasa diukur purata purata tinggi pokok ke pangkal buah adalah sekitar 42.5 cm (iaitu diantara 35 - 49 cm) semasa dibuat pemeriksaan.


3.  CIRI-CIRI DAUN

Pemeriksaan bersama pakar daripada Jabatan Pertanian mendapati dimana dilihat warna dominan bahagian atas daun adalah sebagai berwarna Hijau Gelap (Sila lihat foto disebelah). Ciri yang penting diperiksa pada daun nanas mengenai kehadiran Antosianin yang dilihat ada dipermukaan atas daun dengan agak ketara. Apa pun tahap kekuatan keamatan antosianin pada daun nanas Jambul Mas adalah Kuat. Diperiksa lanjut dimana keberadaan Antosianin adalah tersebar sekata dikeseluruhan permukaan daun. Dalam pada itu corak kehadiran antosianin dilihat sebagai ia memanjang sepanjang daun dari bawah keatas. Diantara ciri penting yang terdapat pada daun nanas varieti ini mengenai kehadirann duri yang berada ditepi sepanjang daun. DIlihat dimana daunnya berduri sepanjang margin dengan teratur susunannya. Jika diteliti lagi dimana kedudukan arah duri adalah arah keatas. Dalam pada itu didapati warna duri berlainan dari warna daun iaitu berwarna Merah. Apabila diukur panjang daun didapati purata panjang adalah 72.5 cm dan purata lebar daun adalah sekitar 2.95 cm. 
Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan kepada semua para pembaca blog anim agro technology. Terimakasih kepada pasukan pemeriksa varieti nanas Jabatan Pertanian Malaysia yang bersama saya hadir semasa pemeriksaan dijalankan.
NANAS JAMBUL MAS... DIDAFTARKAN...
BENIH TULEN... MUDAH PENJAGAAN...
POKOK INDUK .. . ADA DIBEKALKAN...
NANAS PREMIUM... SILA DAPATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1444H).
Kemaskini di Hotel Impiana, Senai, JB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...