Support My Blog

Monday, January 9, 2023

UNTUNG-RUGI TERNAK BURUNG WALIT

UNTUNG-RUGI TERNAKAN BURUBG WALIT
agak kurang dibincangkan kerana selalunya pengusha yang berjaya akan berdiam diri dan yang rugi akan menghilangkan diri. Industri penternakan burung walet atau nama saintifiknya adalah sebagai Aerodramus fuciphagus popular dirantau ini untuk mendapatkan sarangnya bagi pasaran domestik dan eksport.  
Potensi besar industri itu ke pasaran antarabangsa dimana pasaran dari negara China sahaja ratusan juta ringgit boleh dijana. Banyak kempen dilakukan dari media utama dan darai mulut ke mulut yang menyatakan dimana mengusahakan sarang burung walit mampu memberi pendapatan lumayan jika berjaya disebabkan faktur permintaan yang tinggi di luar negara. Pengusaha akan menyediaakan pembiayaan sendiri atau meminjam daripada pihak perbankan atau ada seegelintir juga melalui peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertujuan menggalakkan pelaburan di dalam industri berkenaan berikutan permintaan tinggi terutamanya di China. Umumnya penternakan sarang burung walit menghasilkan sarangnya yang diperbuat daripada air liur haiwan berkenaan dan mempunyai kualiti tertentu dengan nilai harga yang berbeza berdasarkan jenis dan warna. Pernah sarang burung berwarna hitam dijual pada harga RM1,500 sekilogram dan sarang yang berwarna putih RM3,000 sekilogram manakala sarang berwarna kuning dijual pada harga RM25,000 sekilogram dan sarang walit yang berwarna merah paling mahal iaitu pada harga setinggi  RM45,000 sekilogram. Pembaca perlu fikir sekilogram sarang walit ini sebelum di kompres agaknya banyak mana agaknya.  Dianggarkan sehingga kini terdapat lebih dari 10,000 premis membela burung walet di seluruh negara dengan mana nilai eksportnya lebih RM500 juta pada 2015 dan dilaporkan sebanyak RM1.15 billion pada 2021. Beberapa tahun lagi ia dijangka menyumbang sebanyak RM5 bilionsetahun kepada pendapatan negara. Sarang burung walet juga disahkan Kementerian Kesihatan sebagai bersih dan boleh dimakan serta burung itu tidak membawa vektor penyakit. Bagi tujuan menggalakkan industri berkenaan berkembang di Malayia pernah pihk JPV akan mewujudkan model rumah penternakan burung walet yang hanya bermodalkan RM50,000 kepada usahawan tempatan. Usaha yang dilakukan oleh JPV itu adalah untuk membuktikan bahawa projek penternakan itu tidak memerlukan kos yang tinggi dan boleh diceburi oleh masyarakat tempatan yang berpendapatan rendah. Dari segi lain penternak swasta komersial terpaksa mengeluarkan kos pembinaan rumah burung yang mencecah RM200,000 akan tetapi dilaporkan ada kes dimana mereka masih tidak berjaya menarik perhatian burung-burung ini untuk mendiami rumah tersebut. Artikel pagi Rabu Januari 2023 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan kisah bagaimana industri ini ada yang untung dan ada yang rugi sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Ramai pernah mendengar dimana ada pengusaha yang menjadi jutawan setelah berjaya menternak burung walit. Tetapi dalam 
akhbar Kosmo pernah ada berita tentang penipuan tentang penternakan burung walit. Ia sebenarnya memang sudah dijangkakan kerana penternakan burung walit adalah antara perniagaan asastani yang mendapat sambutan cukup tinggi dilalangan masyarakat yang berminat. Dilaporkan kes sendikit penipuan ini menawarkan untuk menjual tanah bagi tujuan penternakan burung walit ini. Kemudian mereka melarikan diri setelah mendapat wang daripada mangsa mereka. Bagaimana pun jika ada yang berminat untuk menceburi bidang ternakan adalah lebih baik merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) atau pengusaha lain yang lama dalam industri ini. Ini kerana ada beberapa syarat seperti proses untuk mendapatkan lesen menternak burung walit. Mereka yang menternak tanpa lesen boleh dikenakan tindakan undang undang dimana ada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi jika ingin membuka rumah burung walit seperti lokasi, sistem bunyi dan sebagainya. Apa pun sesiapa yang didekati oleh mereka yang meragukan tentang perniagaan dan penternakan burung walit ini maka boleh buat laporan polis kerana kumpulan ini mungkin adalah ahli sendikit penipuan sedang mencari mangsa. Akhbar Kosmo pernah melaporkan dimana orang ramai lebih berhati-hati dengan grup sindiket penipuan perniagaan burung walit dan penjualan tanah pada harga murah yang menjadikan pesara dan warga emas sebagai mangsa. Polis sehingga kini sudah ada menerima dua laporan mengenai kes itu. Polis nyatakan sindiket itu juga dianggotai empat orang terdiri daripada tiga lelaki Cina dan seorang lelaki Melayu berusia antara 30 - 40-an. Mereka dipercayai bergerak di seluruh negara bagi mengelak dikesan dengan menyasarkan pesara dan warga emas yang hendak menjalankan perniagaan sendiri. Dalam kes terbaharu dimana ada seorang pesara kerajaan berusia 58 tahun yang baru saja menamatkan perkhidmatan telah kerugian duit RM60,000. Dilaporkan anggota sindiket terbabit menghubungi mangsa pada 15 Julai dan mengadakan perbincangan mengenai perniagaan burung walit dan penjualan tanah pada 5 Ogos berikutnya. Mangsa diperdaya dengan kata-kata manis selain menawarkan penjualan tanah di Johor pada harga murah bagi tujuan projek burung walit itu. Pada esok harinya mangsa cuba menghubungi anggota sindiket terbabit, namun gagal menyebabkan dia membuat laporan polis. Kes pertama pula melibatkan seorang warga emas berusia 70 tahun yang mana dia ada menjalankan perniagaan sendiri dan dia kerugian RM35,000 menjadi mangsa.

Sukar untuk percaya kisah dimana '
Kos tinggi, hasil lumayan' dipetik dari suarasarawak.my untuk dikongsikan. Dilaporkan dengan modal permulaan mencecah puluhan ribu ringgit tetapi untuk mengurus dan menuai hasil amat mudah. Beliay adalah pengusaha rumah sarang burung walit di Gedong iaitu Lapau Tagok berusia 40 tahun ketika ditemubual wartawan (Sila lihat foto disebelah). Dia dakwa ia lebih mudah daripada memelihara ayam kampung dan itik serati yang mengusahakannya di Kampung Kepayang, Ulu Simunjan sejak enam tahun lalu. Pada mulanya, dia hanya membina rumah sarang burung walit itu sekadar cuba-cuba bagi mengisi masa lapang ketika tidak melakukan kerja di ladang sawitnya di kawasan berhampiran. Dia pernah hampir putus asa kerana burung walit tidak singgah di rumah berkenaan, sebaliknya hanya terbang berhampiran rumah sarang burung berkenaan. Tiada tanda menunjukkan burung walit itu akan singgah di rumah burung walitnya. Lapau banyak berusaha untuk menarik burung walit singgah dan bermalam dengan memasang alat bunyi elektronik yang menyiarkan bunyi suara burung walit berkicauan. Setelah bersabar untuk beberapa bulan, sekumpulan burung walit kelihatan singgah dan bermalam di rumah berkenaan. Sejak itu rumah itu dijadikan istana persinggahan burung walit pada setiap malam. “Beberapa bulan selepas itu, saya cuba memeriksa di dalam rumah berkenaan sama ada burung walit ini menghasilkan sarang atau tidak. Dia amat terperanjat bila melihat beberapa keping sarang burung walit melekat di dinding di atas bumbung rumah burungnya. Sarang burung yang telah dibersih itu dijualnya kepada seorang peraih sarang burung di bandar berhampiran dengan harga semasa antara RM3,400 dan RM4,800 sekilogram. Bagaimanapun harganya adalah berdasarkan mutu atau gred sarang burung berkenaan. Dinyatakan hasilnya mengikut musim kerana tabiat burung walit yang membina sarang mengikut musim dan keadaan. Dia kini terus aktif mengusahakan rumah sarang burung walit sehingga mendorongnya membina lima lagi rumah sarang burung di kawasan itu. Empat rumah sarang burung telah membuahkan hasil, manakala dua lagi belum mendatangkan hasil kerana masih dalam pembinaan. Pembinaan dua rumah sarang burung walit ini tergendala berikutan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ini juga telah menyebabkan kontraktor yang membina rumah berkenaan berhenti melakukan pekerjaan berikutan ketiadaan pekerja. Baginya untuk membina sebuah rumah sarang burung walit, dia perlu membelanjakan sehingga RM30,000 mengikut saiz bangunan dan jenis serta kualiti perkakas rumah yang akan digunakan. Setiap rumah sarang burung walit dipasang alat bunyi elektronik yang menyiarkan bunyi burung walit berkicauan. Alat bunyi ini mampu menarik minat sekumpulan burung walit singgah dan menetap di rumah berkenaan pada waktu malam. Manakala pada waktu siang burung-burung berkenaan akan terbang berkeliaran dan untuk mencari makanan. Setiap rumah sarang burung walitnya mampu menghasilkan satu hingga dua kilogram sarang burung walit dalam tempoh sebulan atau lebih. Ditanya masalah dan cabaran dalam mengusahakan rumah sarang burung walit antaranya adalah masalah sarang burung walit yang telah melekat pada dinding rumah ini diganggu makhluk perosak seperti cicak, semut dan burung hantu. Makhluk perosak ini sering menyebabkan keadaan sarang rosak, dan ada masanya saya hanya mampu mengutip hasil dalam jumlah yang kecil iaitu tidak sampai 300 gram dalam satu masa. Meskipun usaha memelihara burung walit ini dianggap mudah atau lebih mudah daripada memelihara kucing, namun seseorang itu perlu banyak bersabar. Burung walit dakwanya memang tidak dapat menjangka sama ada ia balik semula ke rumah atau adakah ia perlu makanan. Ini kerana dia tidak perlu menyediakan makanan untuknya, bukan seperti kucing yang perlukan makanan seperti ikan atau daging atau tidak seperti ayam yang perlukan makanan seperti jagung, hampas santan kelapa seperti haiwan peliharaan lain. Kalau dulu sarang burung walit terkenal sebagai santapan golongan bangsawan atau golongan mewah kerana mempunyai khasiat yang tinggi. Mungkin disebabkan itu harga sarang burung begitu tinggi. Bagaimanapun pada masa ini sesiapa sahaja boleh menikmati sarang burung walit apabila bahan ini boleh djadikan minuman ringan dan sedia dibeli di dalam tin di pasar raya. Bukan itu sahaja, sarang burung walit kini juga dijadikan bahan untuk membuat kosmetik kerana khasiatnya yang tinggi, selain baik untuk penjagaan kulit. Selain mengusaha rumah sarang burung walit, Lapau turut mengusahakan ladang kelapa sawit secara komersial.

Penulis blog juga kongsikan dimana ada  'Ternak burung walit ikut Nasib - Fung Shui' dimana amat sesuai dikongsikan kali ini. Walau pun ada testimoni (seperti diatas) dimana mereka 
mengatakan bukan mudah untuk menternak burung walit kerana didakwa segala kejayaan berpunca daripada NASIB, juga. Adakah pembaca percaya perkana ini berlaku?. Apa pun pada penulis blog rasa kalau macam inilah caranya kita berfikir terus terang boleh dikatakan jangan cuba-cuba kalau mimpi untuk menceburi bidang ini. Industri ini sejak dulu memang didominasi oleh kaum Cina yang dipercaya sudah ramai yang berjaya. Cara orang cina berniaga dalam industri ini juga dilaporkan berkait dengan apa yang disebut Feng shui dimana ia sebenarnya berkisar tentang pantang-larang dan ia bukannya NASIB. Apa pun sesuatu kejayaan kita dalam cara membina empayar Industri ini adalah terletak kepada berapa banyak ilmu ada pada pengusaha sendiri dan ia bukan mudah untuk menjalankan perniagaan sekiranya tiada ilmu didada.  Agak jarang dilaporkan walau pun mungkin agak ramai yang atau ada segelintir penternak burung walit yang mengalami kerugian menjalankan perniagaan tetapi mendiamkan diri. Apakah pernah terfikir akan sebab-sebak ia berlaku?. Dari banyak tulisan dan di media dilaporkan sebenarnya dinegara Malaysia dan Indonesia memang terdapat ribuah malahan jutaan ekor burung walit ini yang hendak dikaitkan dengan kegagalan dan nasib. Burung walit ada dimana-mana sahaja dipelusuk negara dimana sebenarnya kegagalan pengusaha didalam industri ini memang terdapat banyak faktor kesilapan yang dilakukan tanpa disedari. Sebaiknya bakal pengusha walit dapatkan ilmu dalam industri ini untuk hadirkan diri dalam beberapa kursus yang disediakan dan banyakkan bertanya. Pemilihan kawasan tepat, penggunaan alatan canggih, pengurusan yang betul, kawal musoh dan perosak serta pemprosesan sarang yang dihasilkan dengan tepat adalah diantara kunci kejayaan mentaenak walit di Malaysia.

Untung-rugi menternak burung walit dikaitkan dengan kos permulaan yang tinggi dan kecepatan rumah tersebut dihuni burung walit. Merujuk kepada kisah bagaiman bina rumah walit dengan hanya RM10,000 amatlah ia menarik dikongsikan kali ini. Sudah ada ramai kalangan penternak yang bermula dengan membina Rumah Burung Walit (RBW) dengan hanya bermodalkan pada permulaan sekitar
RM10,000 sahaja
Sudah ramai mereka yang menyatakan ia adalah perkara benar yang mana mereka berjaya menjadi usahawan berjaya sehingga kini melalui cara yang sedemikian rupa malahan sudah ada yang membina sehingga kos mencecah RM500 ribu bermula secara kecil-kecilan dahulu. Mereka sebenarnya asalnya kekurangan modal untuk dapat memulakan penternakan ini atau mungkin juga masih lagi rasa ragu-ragu akan kerugian yang bakal dialami sejurus selepas pembinaan rumah walit dijalankan. Kalangan pengusaha ini mulanya ada yang mengeluarkan modal sebanyak RM10,000 ini untuk tujuan ubahsuai rumah kedai tinggat atas namun masih mendapat untung sehingga ke hari ini. Ada yang buat secara ala-kadar sahaja dengan saiz dan infra yang minima tetapi dihuni oleh walit dan berjaya mendapatkan hasilnya. Apa pun kisah ini adalah kisah benar dan mereka yang berjaya hanya diam sahaja. Apa pun menternak walit dimana masalah terbesar yang akantimbul adalah kerana tidak mempunyai sebarang tanah atau lokasi milik sendiri yang menyumbang faktor kegagalan. Namun kepada meraka yang ada jumlah modal sederhana serta mempunyai tanah sendiri cara ini adalah tidak mustahil lagi untuk membuna RBW yang murah tetapi produktif dan yang pentinga RBW ini tidak akan menganggu penduduk kampong sekitarnya. Perlu ada kreativiti bagaiman untuk membina RBW yang murah sesuai dengan modal yang ada akan tetapi ianya terus dihuni dan kutipan hasil dilakukan sepanjang masa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG WALIT... INDUSTRI BERJAYA...
BERBILLION RINGGIT... IANYA DIJANA...
UNTUNG BESAR... MEREKA DIAM SAJA...
ADA YANG RUGI... APA HENDAK DIKATA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Jamadilakhir 1444H)
Bersamaan 4 Januari 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...