Support My Blog

Wednesday, January 18, 2023

MINYAK SAWIT - BEKALAN DUNIA

MINYAK KELAPA SAWIT
atau Crude Palm Oil (CPO) yang biasa kita sebut 'minyak sawit' merupakan produk yang dihasilkan daripada pokok kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang luas ditanam di negara kita dan negara jiran lain. Indonesia pada tahun 2022 adalah pengeluar terbesar minyak sawit dunia (60%) di ikuti oleh Malaysia (24%) dan Thailand. Di Malaysia i
ndustri sawit adalah antara industri yang penting kepada ekonomi negara. Ekosistem industri sawit melingkupi tiga sektor iaitu huluan, pertengahan dan hiliran. Sektor huluan mewakili aktiviti perladangan, sektor pertengahan melibatkan aktiviti seperti pengilangan serta pemprosesan dan sektor hiliran melibatkan aktiviti penghasilan produk akhir dan produk nilai tambah. Rekod menunjukkan pada 2019 dimana industri sawit menyumbang 234.48 juta tan iaitu 32% pengeluaran minyak sayuran dunia dan kini semakin menurun. Pada peringkat global, Malaysia adalah pengeluar sawit dan pengeksport sawit kedua terbesar iaitu masing-masing 26 peratus dan 34 peratus berbanding negara pengeluar Indonesia dan Thailand.  Ternyata dimana kini industri minyak sawit Malaysia adalah berorentasikan eksport. Negara-negara pengimport dan negara pengguna seluruh dunia pula mengutamakan produk sawit pertanian yang dihasilkan melalui pengeluaran mampan. Beberapa industri agrimakanan menetapkan Certified Sustainable Palm Oil (CSPO) untuk memenuhi permintaan pembeli sebagai bukti akan kemampanan dalam rantaian bekalan minyak sawit. Namun dilaporkan dimana hanya syarikat perladangan dengan berkapasiti besar mampu menanggung kos bagi memenuhi kriteria tahap kemampanan yang tinggi seperti pensijilan Rountable Sustainable Palm Oil (RSPO). Oleh itu, penting untuk Malaysia mendapat keyakinan pengguna antarabangsa terhadap pengeluaran minyak sawit mampan daripada Malaysia.  Minyak sawit didagangkan diseluruh dunia dimana komoditi ini juga merupakan hasil yang dijual dalam bentuk produk asas atau pun produk siap. Pada masa ini negara Indonesia merupakan penghasil minyak sawit terbesar di dunia dan ini diikuti oleh negara kita Malaysia. Bagaimana pun Malaysia terlebih dahulu berjaya memperkenalkan produk berasaskan CPO berdenominasi ringgit dibandingkan dengan negara Indonesia. Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayur boleh dimakan yang diperolehi dari buah dan isirong (benih) kelapa sawit. Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi beta-karotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah sejenis minyak sayur yang amat tinggi kandungan lemak tepu (seperti minyak kelapa) oleh itu ia selalu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik. Minyak kelapa sawit laris digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin dan juga bahan untuk membuat pelbagai makanan diproses. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam industri pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri dan juga digunakan untuk merawat luka serta juga menjadi bahan campuran biodiesel. Minyak sawit dan minyak isirong sawit terdiri daripada asid lemak yang kaya dengan gliserol seperti mana-mana lemak biasa yang lain. Kedua-dua minyak tersebut tinggi dengan asid lemak tepu, iaitu masing-masing ada 50% dan 80%. Minyak sawit juga mengandungi asid palmitik iaitu asid lemak tepu 16-karbon yang ditemui dalam minyak sawit  dan asid oleik mono-tidaktepu juga merupakan satu juzuk minyak sawit manakala minyak isirong sawit pula banyak mengandungi asid laurik. Minyak sawit ialah sumber semula jadi tokotrienol yang terbesar iaitu salah satu komponen dalam kelompok vitamin E. Minyak sawit juga tinggi dengan vitamin K dan zat magnesium diet. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai status bekalan minyak kelapa sawit dunia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Bernama laporkan dimana '
Dunia mula pilih minyak sawit, terima standard Malaysia' wajar dikongsikan. Dilaporkan dimana negara Indonesia dan Malaysia menyumbang hampir 80 peratus daripada jumlah pengeluaran minyak sawit global masa kini. Ada beberapa negara utama dunia kembali memilih minyak sawit susulan kesukaran yang dihadapi oleh perniagaan disebabkan perang Russia-Ukraine yang mana ia menjejaskan bekalan komoditi lain. Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) nyatakan keadaan mendesak itu turut menyaksikan negara-negara berkenaan menerima pakai piawaian yang ditetapkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) selepas menyedari operasi perniagaan semakin sukar akibat konflik terbabit.  Sesetengah negara sudah agak kurang tegas untuk mereka mendapatkan minyak sawit lestari, selagi mereka boleh mendapatkannya produk berkenaan dengan mudah susulan krisis Russia-Ukraine. Terkini beberapa negara maju perlu mengiktiraf piawaian seperti MSPO dan berfikiran terbuka dalam menilai dan menghargai sumbangannya kepada dunia. Malaysia bimbang piawaian penanda aras yang terus berubah dan sukar dipatuhi terutama bagi pekebun kecil akan turut menyebabkan persepsi dan dakwaan negatif terhadap minyak sawit tidak dapat untuk ia diperbetulkan. Standard baharu ini yang turut libat dimana ia merangkumi pensijilan MSPO tidak akan dapat mencapai tahap yang sama kerana apabila dicapai, Meja Bulat antarabangsa mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) akan diubah semula dan menjadi lebih ketat. Perubahan berterusan piawaian RSPO dan keperluan pematuhan akan menjadikannya lebih mahal dan standard mampan yang tidak lestari dimana ia seterusnya menyebabkan minyak sawit kehilangan daya saing dari segi harga dalam jangka panjang.  Indonesia, Malaysia dan juga Thailand adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia dimana data terkini sudah menunjukkan Indonesia dan Malaysia menyumbang hampir 80 peratus daripada stok pengeluaran minyak sawit global. Tiga negara utama itu eksport 8.2 juta tan minyak sawit ke Eropah yang mana ia turut digunakan sebagai biofuel untuk sektor pengangkutan.  Bagaimanapun kini terdapat kritikan yang ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu mengenai kesan negatif minyak sawit yang didakwa sering dikaitkan dengan pengembangan dan pembersihan tanah, aktiviti penebangan hutan dan juga ia mengancam hidupan liar. Selain itu, terdapat perbincangan mengenai isu pencabulan hak buruh termasuk buruh paksa dan isu buruh kanak-kanak yang membabitkan pendatang dan pekerja ladang di Malaysia dan Indonesia.

Dalam pada itu beberapa media juga ada laporkan bagaimana '
Prestasi industri sawit dijangka lebih baik tahun 2023, MPOB' yang wajar dikongsikan. Dilaporkan dimana prestasi baik industri sawit negara dijangka berterusan hingga tahun 2023. MPOB ada nyatakan stok minyak sawit diunjurkan sebanyak dua juta tan pada 2023. Ia lebih tinggi dari 2022 berikutan jangkaan bekalan minyak sayuran utama lain termasuk minyak sawit yang lebih tinggi. Permintaan yang lebih kukuh merupakan antara faktor yang dilihat menyumbang kepada prestasi industri berkenaan.  Konflik Rusia-Ukraine yang berterusan memberi impak rantaian bekalan minyak bunga matahari di seluruh dunia sekaligus melonjakkan permintaan minyak sawit sebagai pengganti minyak bunga matahari. Kenaikan harga minyak kacang soya dan minyak mentah Brent di pasaran dunia turut menyumbang kepada prestasi minyak sawit. MPOB juga kini  menjangkakan harga purata minyak sawit mentah (MSM) pada RM5,100 satu tan untuk tahun 2023 iaitu 15.7 peratus lebih tinggi berbanding RM4,407.00 satu tan pada 2021.  Sebagai rekod, harga purata MSM bagi Januari sehingga November 2022 adalah sebanyak RM5,167 satu tan. Jumlah itu meningkat 18.4 peratus berbanding RM4,363 satu tan bagi tempoh yang sama tahun lalu. Harga MSM mengalami penurunan mulai suku ketiga tahun ini berikutan musim pengeluaran MSM yang tinggi, peningkatan stok minyak sawit dan penurunan harga minyak kacang soya. Justeru MPOB menjangkakan harga MSM akan stabil pada purata RM3,800 satu tan pada 2023. Ini berdasarkan jangkaan pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi, keadaan cuaca yang dijangka bertambah baik terutamanya pada separuh kedua tahun depan dan ketersediaan bekalan minyak sayuran utama yang lain yang dijangka lebih tinggi. Sementara itu, harga minyak kacang soya yang dijangka rendah berikutan pengeluaran tinggi di Brazil dan Amerika Syarikat juga dijangka memberi impak kepada harga MSM. Selain itu, pengukuhan Ringgit Malaysia berbanding Dolar AS juga dijangka menjejaskan harga MSM. Ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik pada 30 September yang lalu juga bakal menggalakkan permintaan produk minyak sawit kerana ia meluaskan lagi aksesnya kepada pasaran baharu seperti Kanada, Mexico dan Peru.MPOB dakwa eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit lain bagi Januari hingga November 2022 meningkat 1.3 peratus kepada 22.43 juta tan berbanding 22.14 juta tan dalam tempoh yang sama 2021. Kadar pengeluaran MSM dijangka meningkat sedikit sebanyak 2.1 peratus kepada 18.50 juta tan bagi tahun ini berbanding 18.12 juta tan tahun 2022.

Portal hmetro.com melaporkan dimana '
Malaysia mampu tampung permintaan minyak sawit dunia' sesuai dengan tajuk artikel. Dilaporkan Malaysia yakin dapat menampung keperluan dan permintaan minyak kelapa sawit dunia susulan larangan eksport kelapa sawit yang diumumkan Indonesia. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melahirkan keyakinan dengan posisi Malaysia yang mampu memenuhi permintaan antarabangsa yang dijangka meningkat, terutamanya setelah Malaysia membuka sempadan antarabangsa semenjak 1 April 2022. Malaysia bersedia dan kita mampu menawarkan bekalan kelapa sawit kepada pasaran antarabangsa kerana produktiviti kita dijangka bertambah berikutan dengan pembukaan sempadan, yang mana pengambilan pekerja asing telah bermula. Prestasi industri kayu kayan negara dilaporkan turut terjejas akibat tuduhan ke atas industri kelapa sawit. Kerajaan mengambil pendekatan yang sama untuk industri kayu-kayan dengan cara bertemu dengan Kesatuan Eropah (EU) berkaitan isu buruh paksa dan minyak sawit.

Kisah bagaimana '
Indonesia kurangkan eksport minyak sawit untuk bekalan tempatan' berkait dengan isu bekalan minyak sawit dunia. Dilaporkan kini bagaimana negara Indonesia sebagai  pengeluar minyak sawit terbesar dunia akan mengurangkan eksport komoditi itu dan mengetatkan dasar yang mana sudah menetapkan syarikat menyimpan lebih banyak bekalan dalam negara. Kerajaan Indonesia mengurangkan jumlah yang boleh dieksport oleh pengeluar kepada enam kali ganda keperluan jualan domestik berbanding lapan kali ganda pada masa ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan Budi Santoso, Ketua Pengarah Perdagangan Luar di Kementerian Perdagangan Indonesia. Perubahan itu berkuat kuasa mulai 1 Jan 2023. VNA juga melaporkan Firman Hidayat, seorang pegawai di Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, berkata kerajaan Indonesia mahu memastikan bekalan domestik mencukupi semasa cuti Ramadan dan Aidilfitri pada April memandangkan pengeluaran akan merosot mengikut musim pada suku pertama. Pengurangan eksport minyak sawit di Indonesia sebaliknya telah menjejaskan harga di Malaysia, pengeksport kedua terbesar dunia bagi komoditi itu. Langkah itu mungkin mendorong Malaysia untuk menaikkan harga dan eksport. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BEKALAN DUNIA... MINYAI SAWIT ISUNYA...
INDONESIA TERBESAR... DIIKUTI MALAYSIA...
NEGARA EU... TIMBULKAN MASAALAHNYA...
INDUSTRI SAWIT... EKONOMI DI JANA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Jamadilakhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...