Akhbar HM melaporkan dengan rencana bertajuk 'Durian 'lockdown' Kampung Sungai Lui' wajar dikongsikan bersama pembaca. Apabila menyebut sahaja pasal Kampung Sungai Lui maka semua akan tahu ia adalah lokaliti kedua yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) pada 30 Mac 2021 lalu selepas ratusan pelajar tahfiz di situ dikesan positif Covid-19. Nama kampung di ceruk pedalaman daerah Hulu Langat itu tiba-tiba popular dan disebut dalam setiap kali sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menjadi tumpuan media dari pelbagai agensi berita. Disepanjang PKPD dilaporkan dimana ada kawasan kampung bermula dari Batu 21 hingga Batu 24 itu sunyi dari sebarang pergerakan, namun kini ramai tidak tahu ia kembali meriah dan dikunjungi ramai 'hantu durian' dari seluruh negara terutama Lembah Klang kerana keunikan dan kualiti 'raja buah' di situ. Ramai orang yang selama ini asyik memuji akan keenakan rasa durian dari Balik Pulau, Raub dan Batu Kurau, namun mereka tidak sedar bahawa kualiti durian kampung di Kampung Sungai Lui juga setanding dengan durian kahwin berkualiti tinggi yang mana ia dijual puluhan ringgit sekilogram. Wartawan Harian Metro pada mulanya agak skeptikal dengan cerita itu kerana sering disogok dengan keenakan rasa durian Musang King, Udang Merah dan pelbagai jenis durian klon lain. Namun apabila dia berkunjung sendiri ke kampung itu dan merasai beberapa biji durian yang disajikan pengusaha dusun di situ seperti oleh Mohamad Alias Ali yang salah tanggap itu telah ditepis jauh kerana nyata yang rasanya lebih unik dan memang 'mengancam'. Apa tidaknya dari dalam enam biji durian yang dibuka untuk dirasai didakwa kesemuanya mempunyai pelbagai rasa berbeza dan tidak satu pun mengecewakan selain kelembutan isinya yang membuatkan mulut tidak henti mahu terus menikmatinya. Benar seperti apa yang dikata oleh Mohamad Alias dimana jika durian klon maka kita sudah boleh mengagak apa rasa yang akan dirasa, namun durian Kampung Sungai Lui memang berbeza seperti ada yang pahit lemak, pahit manis, lemak berkrim dan ada yang seakan kopi. Durian Kampung Sungai Lui memang berbeza dengan durian kampung lain kerana ia bukan dari pokok baru. Kebanyakan pokok di sini sudah berusia lebih 100 tahun dan ia tumbuh di kaki banjaran. Itu belum lagi cerita mengenai durian hutan yang menjadi buruan orang Cina. Orang Melayu tidak suka tapi nilainya tinggi untuk orang Cina dan ia sama seperti durian hutan di Tanah Tinggi Cameron. Dalam selonggok durian dia boleh katakan hampir setiap satunya berbeza rasa. Dia jamin siapa yang cuba durian Sungai Lui akan terus mencari durian dari kampung ini dakwa Mohamad Ali sambil menunjukkan cara-cara mengenali durian yang baik (Sila lihat foto disebelah). Antara petua diajarnya untuk memilih durian ialah melihat kepada tangkainya dengan memastikan ia masih elok. Angkat durian dengan sekali henjut dan jika ia macam terasa terlalu berat ke bawah, ia kurang elok. Lalukan belakang tangan pada durinya dan jika bunyinya terlalu kuat juga maka ia kurang elok. Kemudian goncang dan cuba dengar. Jika ada bunyi isinya bergerak, ia menandakan durian itu sudah masak elok. Letak tapak tangan di atas kulit durian selama lima saat dan hidu dari atas tangan itu dengan nafas yang panjang. Bau yang enak maka eloklah isinya. Wartawan HM dibawa ke dusun durian miliknya tidak jauh dari pusat pengumpulan ladang Kampung Sungai Lui dan satu lagi bukti jelas kenapa durian di kampung itu sangat berkualiti tinggi. Cuacanya yang sejuk dan berada di kaki banjaran gunung mengesahkan kenapa durian di situ setanding durian lain yang selama ini menjadi sebutan. Durian di sini bukan durian klon. Ini memang durian kampung yang diusahakan secara tradisional tanpa ada bahan kimia. Tiada kategori atau nama khas untuk durian di sini tetapi semuanya sama. Jika tiada nama dia hendak gelar durian di sini 'durian lockdown'. Bagi seorang guru, Mohamad Tazri Mohd Ali yang menjadi antara pelanggan tetap di situ dimana keunikan rasa yang pelbagai durian Kampung Sungai Lui menjadi sebab utama dia tidak memilih durian dari tempat lain. Dia berani kata kualiti durian di sini susah untuk disangkal dan dia tidak perlu keluar jauh ke negeri lain atau bayar mahal untuk durian klon kerana durian kampung ini lebih unik rasanya. Memang harga durian Kampung Sungai Lui sedikit mahal berbanding durian kampung lain akan tetapi dengan harga RM12 sekilogram, rasa setanding durian klon yang bernilai puluhan ringgit sekilogram memang tidak akan mengecewakan sesiapa.
Akhbar KOSMO pula melaporkan 'Durian kampung tidak laku angkara PKPD' daripada Jelebu, Negeri Sembilan dimana ia angkara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur telah mengakibatkan jualan durian di daerah ini turut terkesan malah harganya juga turut jatuh. Salah seorang peraih durian di Kenaboi bernama En Khairil Anuar berumur 49 tahun mendakwa selepas pengumuman PKPD maka ramai pelanggan dan peraih mula membatalkan tempahan yang dibuat mereka sebelum ini. Dia telah terima tempahan seawal 23 Jun 2021 lalu apabila musim durian di Kampung Chennah ini dan sejak itu peraih sudah mula datang dan menempah durian dari dusun-dusun di kampung ini. Bagaimanapun, selepas pengumuman PKPD berkenaan maka ramai daripada mereka mula batalkan tempahan. Kini durian-durian itu kami terpaksa dijual dengan harga rendah kepada penduduk sekitar dan peraih-peraih dari daerah lain supaya buah ini tidak rosak. Beliau ditemui di sebuah dusun durian di Kampung Dusun Umbut, Chennah dan nyatakan jika sebelum ini dia mampu menjual durian kampung dengan harga paling rendah iaitu RM8 bagi setiap kilogram, namun kini terpaksa menjual pada harga serendah RM6.50 sekilogram. itu pun tidak semua laku. Dia yang sebelum ini mengambil durian daripada beberapa pengusaha durian dengan harga RM6.50 sekilogram, memang tidak berbaloi tetapi dia mahu ambil modal yang telah dilabur. Bagi seorang lagi peraih dikenali sebagai Muhammad Anis 54 tahun nyatakan dimana pada awal musim durian baru-baru ini dia boleh menjual sekitar 500 kilogram raja buah itu kepada peniaga di Kuala Lumpur dengan harga RM9 sehingga RM10 sekilogram. Dia adalah di antara enam orang peraih di Kg Chennah ini yang menjual terus kepada peniaga di Kuala Lumpur dan pada peringkat awal musim memang ia agak menguntungkan. Bagaimana pun, kini apabila PKPD sudah diumumkan, dia hanya menjual dengan harga serendah RM4 sekilogram bagi durian kampung. Walaupun harga agak rendah, namun ia terpaksa bagi mengelakkan buah rosak dan terbiar begitu sahaja.
Seterusnya HM juga laporkan berita 'Pelanggan kurang, harga durian jatuh' dimana di Bangi, Selangor akibat dari jumlah pelanggan yang semakin berkurangan susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun menyebabkan harga durian 'jatuh' sejak beberapa hari lalu. Bagi seorang peniaga durian iaitu Encik Muhammad Angya (29 tahun) mendakwa harga bagi semua jenis durian yang dijualnya turun antara RM5 hingga RM10 sekilogram sejak Jumaat lalu. Bagi durian kampung dinyatakan harga turun daripada RM15 sekilogram kepada RM10 sekilogram, manakala Musang King pula turun kira-kira RM10 apabila dijual pada harga RM45 sekilogram berbanding RM55 pada minggu lalu. Penurunan harga ini disebabkan oleh jumlah pelanggan yang telah berkurangan selepas berlakunya PKP dilaksanakan. Apatah lagi ada banyak lagi kawasan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Dia mendakwa demikian ketika ditemui di gerai jualan durian miliknya di tepi jalan Persiaran Bandar Baru Bangi. Muhammad Angya dakwa dimana kepada kebanyakan ramai dari pelanggannya memilih untuk membeli durian kampung berbanding durian gred premium disebabkan harganya yang lebih murah. Kebanyakan pelanggan tidak cerewet lagi mengenai harga yang telah of ditetapkan penjual kerana mereka faham situasi kami. Bagi memenuhi permintaan pelanggan dia juga menjual isi durian di dalam bekas. Namun sebenarnya membeli durian dengan timbangan beserta kulit adalah lebih untung untuk pembeli. Dia dakwa bekalan durian diperoleh dari beberapa kebun di Johor iaitu di Pagoh, Parit Jawa dan Muar sejak menjalankan perniagaan itu sejak tiga minggu lalu. Sementara itu bagi seorang pembeli durian, Muhamad Khuzairi Abdul Rashid berkata harga durian sudah menurun dalam tempoh PKPD. Dulu dia beli durian IOI pada harga RM45 sekilogram, namun kini dia lihat sekarang harga sudah turun hingga RM30 lebih. Penurunan harga ini mungkin disebabkan lambakan buah berkenaan ketika in. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
AKIBAT PKPD... JEJASKAN HARGA...
RAMAI NAK BELI... BAGAIMANA CARA...
INILAH NASIB... PENDUDUK MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomsit,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Zulkaedah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.