Support My Blog

Wednesday, July 7, 2021

BURGER NANGKA - APA DIA?

BURGER NANGKA?. Mungkin kepada pembaca blog agak bunyinya macam pelik kerana selalunya yang popular di makan oleh rakyat Malaysia adalah Burger Daging, Burger Ayam dan beberapa jenis burger lagi. Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus) menghasilkan buah nangka dimana apabila buah masak ia memberikan rasa manis dan aroma khusus buah nangka. Di Malaysia tanaman nangka dilaporkan seluas 4,557 hektar dengan menghasilkan sebanyak 36,455 metrik tan buah nangka pada tahun 2020 (Sumber: Booklet Ststistik Tanaman - Subsektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Kebanyakan tanaman nangka ini berada di Pahang (1,928 ha) diikuti dengan Negeri Sembilan (570 ha) dan Johor (518 hektar). Bagaimana pun dari segi penghasilan pula hasil nangka dari Negeri Sembilan tertinggi sebanyak 8,36 metrik tan dan diikuti dengan Pahang 7,570 mt (masih banyak pokok nangka belum berbuah) dan Johor 3,688 mt. Nangka di petik juga sebagai Nangka Muda untuk dijadikan sayuran da lauk yang popular seperti Sayur Nangka Masak Lemak serta ada juga yang membuat rendang nangka. Bagaimana pun beberapa pihak telah membuat penyelidikan mengenai kegunaan lain buah nangka yang kini dikomersilkan penanamnnya. Jika hendak menjual nangka masak sahaja maka masih banyak nangka muda perlu 'dibuang' atau dipanggil sebagai 'fruit pruning' di kebun untuk mendapatkan buah nangka yang lebih besar dan berkualiti. Buah nangka muda ini dilaporkan boleh dijadikan beberapa produk lain yang bernilai. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengrnai inovasi membuat burger nangka seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog merujuk beberapa media dimana mereka telah menjalankan kajian mengenai membuat burger nangka yang boleh dijadikan rujukkan. Dilaporkan iaitu d
engan hasrat memberi pilihan makanan berkhasiat kepada masyarakat dimana sekumpulan penyelidik dari universiti tempatan di Kuantan dilaporkan berjaya menghasilkan daging burger berasaskan nangka (Sila lihat foto disebelah). Produk yang terhasil dari penyelidikan yang dijalankan pakar penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diketuai oleh Dr. Ibrahim Abu Bakar bermula dari tahun 2013 dan telah melalui proses panjang sehingga berjaya dikomersilkan. Dilaporkan dimana pemilihan buan nangka muda berbanding buah-buahan yang lain adalah kerana rasanya seakan daging ayam yang dicarik dan boleh berfungsi sebagai pengganti daging. Penghasilan kepingan burger ini menggunakan nisbah 70% buah nangka muda dan 30% cendawan atau ayam atau daging lembu bagi memberi pilihan pada penggemar burger. menurut beliau dimana memang telah banyak kali percubaan dilakukan terutama dalam menyediakan formulasi kombinasi burger tersebut dmana akhirnya mereka mendapati formula formulasi 70:30 adalah paling sesuai. Antara formulasi adalah 70% adalah nangka dan sayur-sayuran dimana hanya 30% sama ada cendawan yang menghasilkan burger sayuran 100%. Formulasi disesuaiakan lain adalah 70% sayur-sayuran (dan) 30% ayam, ataupun 70% sayur-sayuran dan 30% daging merupakan kombinasi terbaik. Nangka muda yang berusia sebulan mempunyai biasanya ciri-ciri fizikal yang hampir serupa seperti daging biasa akan tetapi ia mengandungi serat dan air yang tinggi serta rendah lemak selain lembut ianya juga mudah dikunyah dan sesuai untuk semua pengguna termasuk kanak-kanak. Nangka turut mengandungi vitamin C dan A, kalium, kalsium dan besi yang berkaitan dengan pencegahan penyakit dan juga penghapusan kadmium iaitu sejenis logam berat. Kepingan burger ini mengandungi serat yang tinggi bertekstur lembut dan tidak mengandungi bahan pengawet dan ini sekali gus boleh menjadi pengganti kepada industri makanan segera lain.

Burger Nangka ini apabila dia makan burger ini yang mengandungi serat tinggi ataupun sayur-sayuran didakwa memang mengenyangkan sebab kombinasi dalam formulasi merupakan sejenis makanan yang juga sihat. Makanan ini dilaporkan mengandungi suku bahagian sayur-sayuran, suku bahagian buah-buahan, dan juga separuh lagi adalah bijiran-bijiran (cereal) yang terdiri daripada roti. Burger nangka ini juga telah dilapor mendapat pengesahan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan turut mendapat kelulusan skim dalam pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Produk burger nangka ini turut memenangi beberapa pingat emas dalam pameran International Invention, Innovation & Technology (ITEX) pada tahun 2013 dan Malaysia Technology Expo 2019. Terkini dilaporkan beberapa saintis dari UIA dan UPM meneruskan kajian berkaitan dengan formula daging burger yang akan disesuaikan dengan cita rasa masyarakat antarabangsa seperti di Jepun, China dan Eropah sebagai penyediaan permintaan membekalkanperingkat dunia.

Laporan media di Kuantan, Pahang melaporkan dimana hasrat untuk memberi pilihan makanan berkhasiat kepada masyarakat ternyata berhasil apabila sekumpulan penyelidik universiti tempatan berjaya menghasilkan burger daging berasaskan nangka.  Pakar penyelidik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pensyarah Kanan, Dr Ibrahim Abu Bakardakwa inovasi tersebut dilakukan selepas diminta oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi menyelesaikan lambakan nangka di negeri ini. Selepas dihubungi pegawai Fama maka dia mula memikirkan mengenai produk yang perlu dihasilkan agar tanaman hiliran ini dapat dipelbagaikan iaitu selain dimakan begitu saja. Ia bermula pada tahun 2013 dimana dia mula menjalankan proses pembangunan dan penyelidikan (R&D) selama beberapa tahun bagi menghasilkan produk burger berasaskan buah nangka. Penyelidikan ini dilakukan dengan mengolah bahan utamanya nangka dengan pelbagai campuran tepung untuk dijadikan sebiji burger yang berkhasiat dan ia bukan satu kerja yang mudah untuk dilakukan. Buah nangka muda digunakan untuk membuat burger nangka. Dalam teknologi menghasilkan burger itu apa yang penting adalah pemilihan buah nangka dimana ia perlu menggunakan nangka muda kerana rasanya seakan ayam yang mudah dicarik dan boleh berfungsi sebagai pengganti daging. Penghasilan kepingan burger ini juga menggunakan nisbah 70 peratus buah nangka muda dan 30 peratus bahan lain seperti ayam, cendawan atau daging lembu bagi memberi pilihan kepada penggemar burger. Nangka ini mempunyai tekstur yang hampir sama dengan ayam dan daging terutamanya nangka muda. Namun bagi penggemar burger sebaiknya perlu ada ayam dan daging juga. Nangka muda mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir serupa seperti daging biasa dimana ia mengandungi serat dan air yang tinggi serta rendah lemak dan selain lembut ia juga mudah dikunyah dan sesuai untuk semua kategori pengguna termasuk kanak-kanak. Burger yang sudah siap dihasilkan akan diuji terlebih dahulu bagi memastikan ia diterima pengguna. Ia juga mengandungi vitamin C dan A, kalium, kalsium dan besi, yang berkaitan dengan pencegahan penyakit dan juga penghapusan kadmium, sejenis logam berat. Kepingan burger itu juga mengandungi serat yang tinggi dan bertekstur lembut, di samping tidak mengandungi pengawet, pewarna dan perisa. Didakwa dimana burger ini amat berkhasiat dan boleh menjadi pengganti makanan segera lain. Burger yang dihasilkan ini adalah sangat sihat dan boleh membantu kanak-kanak yang sering mengambil burger sebagai makanan ketika disekolah mengantikan burger dan sosej. Kalau pelajar sekolah makan sebijik burger yang lengkap dilaporkan mereka boleh kenyang dari pagi ke tengah hari. Burger yang dihasilkan ini telah disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan turut mendapat kelulusan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Dilaporkan diman aia turut memenangi beberapa Pingat Emas dalam Pameran Teknologi Invention, Inovasi & Teknologi (ITEX) pada tahun 2013 dan Malaysian Teknologi Expo 2019. Terkini dilaporkan para penyelidik UIA ini sedang mencari formula 'patty burger' yang akan disesuaikan dengan citarasa masyarakat Jepun sebagai penyediaan permintaan membekalkan burger ke sukan olimpik Jepun 2020 walau pun sukan tersebut kini ditunda ketahu 2021.

Harian Metro dalam laporannya bertajuk 'Burger nangka enak dan berkhasiat' menarik utnuk dikongsikan. Dr Ibrahim menunjukkan nangka muda yang digunakannya bagi menghasilkan burger (Sila lihat foto disebelah). Siapa sangka buah nangka yang selama ini hanya dimakan begitu saja juga boleh dihasilkan sebagai bahan menghasilkan daging burger yang enak dan berkhasiat. Ia berjaya dihasilkan menerusi penyelidikan selama enam tahun dilakukan penyelidik kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan iaitu Dr Ibrahim Abu Bakar. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang belum dapa lagi ujirasa burger nangka ini sehingga artikel ini ditulis. Dakwa Dr Ibrahim dimana usaha menghasilkan produk makanan segera berasaskan nangka pertama di negara ini bermula 2013 hasil sokongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang yang mahu lebih banyak produk dihasilkan menggunakan buah tempatan. Menurutnya penyelidikan dilakukan dengan cara mengolah bahan utama iaitu nangka dengan pelbagai campuran tepung sebelum boleh dijadikan burger yang berkhasiat serta dapat diterima pengguna. Untuk tujuan bagi menghasilkan burger nangka berkualiti serta berkhasiat maka pemilihan di peringkat buah amat penting dan saya hanya menggunakan nangka muda segar saja. Rasa nangka muda seakan daging ayam, selain itu ia juga mudah dicarik halus yang menjadi sebagai pengganti daging. Dr Ibrahim bersama kakitangannya menghasilkan burger nangka yang pertama di negara ini (Sila lihat foto paling bawah). Beliau menggunakan nisbah 70 peratus buah nangka muda dan 30 peratus campuran cendawan atau ayam atau daging lembu sebagai pilihan kepada pengguna. Antara khasiat nangka muda adalah mengandungi serat tinggi dan rendah lemak selain lembut serta mudah dikunyah yang sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Ia juga mengandungi vitamin C dan A, kalium, kalsium dan zat besi selain mampu mencegah beberapa jenis penyakit dan penghapusan kadmium iaitu sejenis logam berat. Kepingan burger nangka yang dihasilkan ini mengandungi serat tinggi dan bertekstur lembut tanpa bahan pengawet, pewarna serta perisa tambahan yang sesuai menjadi pengganti makanan segera di pasaran. Burger nangka itu mempunyai sijil halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan kelulusan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Seterusnya adalah laporan METROTV yang melaporkan bagaimana 'Aroma burger nangka' sebagai tajuk rencana. Berita dari Kuala Lumpur ini menyatakan dimana dengan slogan 'makanan berkhasiat untuk manusia yang baik' maka sekumpulan penyelidik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan bersama sebuah syarikat pengeluar makanan, Biotrampil PLT menghasilkan daging burger berasaskan buah. Pengarah Operasi Biotrampil PLT Nurnadiah Madon berkata, bahan asas daging burger ini adalah nangka muda berusia sebulan yang mempunyai ciri fizikal yang hampir serupa seperti daging biasa. Katanya, pulpa nangka muda ini mengandungi serat dan air yang tinggi serta rendah lemak, selain lembut, mudah dikunyah dan sesuai untuk semua kategori pengguna termasuk kanak-kanak. Menurutnya, inovasi untuk menghasilkan makanan berasaskan tumbuhan itu tercetus daripada kajian mengenai bahaya makanan segera seperti nuget, sosej dan burger yang boleh menyebabkan kanser. Semuga produk ini akan terus berkembang di Malaysia an di komersilkan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!
BURGER NANGKA.... SUDAH ADA...
NANGKA MUDA... BAHAN ASASNYA...
SAINTIS UIA.. SUDAH MENCIPTA...
APA LAGI... CUBALAH UJI RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1442H).
Posted from:
Room 323C, Hosp Pantai Melaka,
Air Keroh, Melaka.
(7.7.2021).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...