Support My Blog

Friday, July 23, 2021

FAKTA NUTRISI KENTANG

KENTANG (Solanum tuberosum) atau Potato merupakan sejenis tanaman yang sangat penting didunia kerana ia menjadi bahan makanan berasaskan karbohiderat yang utama. Kentang antara bahan yang kerap digunakan dalam hidangan sama ada masakan Barat, Cina, India atau Melayu mengikut jenis menu disediakan. Penulis blog mendapati dimana penggunaan kentang dianggarkan oleh lebih satu bilion penduduk dunia yang menjadikan kentang sebagai menu utama harian mereka. Namun ada sebilangan individu yang cuba mengelak untuk makan kentang kerana mereka beranggapan kandungan karbohidrat dalam kentang boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Bagaimana pun tanpa disedari tindakan itu merugikan mereka kerana kentang mempunyai sumber karbohidrat yang di dalamnya kaya dengan pelbagai zat makanan. Merujuk kepada Jurnal Nutrition Today yang melaporkan dimana diet seimbang mengandungi makanan kaya karbohidrat semula jadi seperti padat dengan nutrien, berupaya menambah baik prestasi fizikal. Kajian terdahulu membuktikan karbohidrat penting untuk prestasi fizikal dan mental yang optimum, kaya mikro-nutrien sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Kentang sebagai sajian harian berkhasiat dan menjadi sumber tenaga dalam memperkasakan mereka yang aktif terutama atlet.  Jurulatih Kecergasan Malaysia iaitu Kimberly Yap mendakwa kentang menjadi pilihan atlet yang menggantikannya dengan pengambilan karbohidrat lain sebagai sumber tenaga utama.  Beliau yang juga pemenang pingat emas sukan triatlon pada dua temasya Sukan SEA dakwa sebagai ahli sukan masing-masing mementingkan berat ideal dengan mengamalkan diet seimbang. Kentang membekalkan karbohidrat, kalium dan tenaga yang perlukan tubuh. Khasiatnya jauh lebih baik berbanding makanan daripada sumber karbohidrat lain. Makanan tinggi tenaga ini mempengaruhi prestasi sukan kategori kompetitif. Kentang juga amat kaya dengan zat besi, vitamin C dan serat yang diperlukan tubuh. Selalunya kentang dipilih sebagai makanan terbaik bertenaga tinggi dalam menu diet atlit terutama bagi acara lasak. Ramai pakar pemakanan memilih menu yang berasaskan kentang untuk atlet peringkat global. Menu ini telah pun diputuskan pada acara Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan. Dalam 100 gram (gm) nasi biasanya mengandungi 0.3 miligram (mg) zat besi sedangkan dalam kentang pula mengandungi 0.8 mg  iaitu lebih tinggi. Dalam kuantiti 100 gm pisang mengandungi sebanyak 358 mg kalium iaitu jumlah lebih rendah berbanding kentang dalam kadar berat sama iaitu mengandungi sehingga 535 kalium. Kentang juga mengandungi 620 miligram kalium. Kentang dilaporkan sebagaii tanaman makanan ketiga paling penting di dunia selepas beras dan gandum iaitu di tanam di 125 negara tetapi tidak ditanam di Malaysia. Kentang mengandungi nutrien penting diet seperti Kalium, vitamin C dan serat pemakanan utama. Nutrien dalam makanan kentang mengelakkan tekanan darah dan kesihatan usus. Dilaporkan seramai 180 cef menyediakan 7,000 sajian dengan kentang sebagai antara menu utama atlet di sukan Olimpik Pyeong Chang 2018. Malaysia merupakan 'net importer' kentang segar dan pelbagai produk berasaskan kentang bernilai ratusan juta ringgit setiap tahu. Penanaman kentang di Malaysia perlu digalakkan seperti di negara jiran Indonesia yang mampu mengeksport hasil kentang mereka. Artikel pagi Isnin ini dalm blog "Anim Agro Technology" saya amenulis mengenai Fakta Nutrisi kentang yang boleh dibaca untuk dijadikan bahan  rujukan pembaca semua.

Ubi kentang yang mudah didapati dan murah ini sememangnya sedap. Banyak masakan yang boleh dibuat berasaskan kentang ini namun ada banyak khasiat daripada kentang ini yang perlu pembaca ketahui. Pertama didakwa makanan kentang adalah baik untuk kesihatan jantung kerana kentang memiliki bahan karotenoid yang mampu membantu jantung berfungsi dengan baik. Selain itu, kentang juga memiliki vitamin C dan B6 yang mampu melindungi radikal bebas daripada menjangkiti jantung. Kentang juga didakwa mampu menurunkan berat badan dimana jika kentang jika direbus sahaja tanpa menambah sebarang perisa seperti garam dan diamalkan ia mampu menurunkan berat badan (Sila lihat foto disebelah).  Kentang mengandungi serat yang tinggi. Justeru ia akan membuat anda rasa lebih kenyang dan bertenaga. Ada satu khasiat mengenai kentang iaitu ia mampu merawat kulit kering dimana tekstur kentang yang agar berair dan lembab mampu digunakan unutk mengatasi masalah kulit kering. Caranya adalah jadikan kentang sebagai masker wajah ia akan membantu memberi nutrien bagi melembabkan kulit. Hanya perlu potong nipis kentang itu rendam dalam air dan letakkan pada wajah dalam 10 minit. Anda akan rasa kelembapann pada wajah anda. Kentang juga didakwa akan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Dilaporkan dimana selain timun, kentang juga mempunyai satu iaitu sifat kesegaran dan sejuk. Ia sesuai untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Caranya hiris kentang, sejukkan ia seharian dan gunakan pada mata di malam hari sebelum tidur. Lakukan ini secara kerap untuk mendapatkan kesannya. Ia juga dilaporkan mampu melancarkan berkaitan pencernaan. Ini kerana kentang yang kaya dengan serat ini juga mampu memberi pelancaran untuk sistem pencernaan anda. Apabila pencernaan lancar anda juga mampu mengelak daripada mendapat kanser usus. Kentang sememangnya banyak khasiat dimana bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan juga. Jadi tambahkan menu kentang dalam pemakanan harian anda.


Memakan kentang dua kali sehari tidak akan menyebabkan pertambahan berat badan bahkan didakwa mampu dapat menurunkan tekanan darah. Paling penting bagaimana pun adalah cara penyediaan makanan kentang yang disajikan. Ini kerana sebaiknya kentang seharusnya tidak digoreng ataupun ditambahkan terlalu banyak garam atau mayonis dan krim keju (Sila lihat foto disebelah). Kentang goreng dengan banyak mayonis, sos cili, mayonis merupakan makanan yang sebaiknya dielakkan. Kentang juga tergolong dalam makanan mengandung zat yang tinggi didakwa kini semakin dihindari oleh mereka yang menjalankan permakanan diet rendah karbohiderat dan rendah indeks glikemik. Walau pun kentang mengandungi berbagai kandungan vitamin, mineral dan zat-zat bermanfaat lainnya akan tetapi kandungan tersebut berguna sebagai pertahanan tubuh dalam melawan penyakit dan berperanan pada kesihatan tubuh secara keseluruhan dimana ianya termasuk untuk mengendalikan berat badan. Kaitan bagaimana kentang mampu mengendalikan berat badan dimana kentang menghadkanselera makan dan ia mengandungi bahan serat (fiber). Ia adalah faktor penting untuk menurunkan dan mengawal berat badan iaitu bahan  serat. Dalam saluran pencernaan biasanya serat tersebut akan berfungsi sebagai pemangkin yang membuat rasa kenyang bertahan lebih lama. Ia juga melancarkan sistem pencernaan dimana walau pun kandungan serat di dalam kentang tidak tinggi akan tetapi serat yang terkandung di dalam kentang dapat membantu melancarkan pembuangan dari sistem pencernaan dan mencegah sembelit. Kentang juga mengandungi vitamin B6 yang tinggi serta bahan Vitamin B6 yang berfungsi memecah karbohidrat dan protein menjadi glukosa dan asam amino dan sebagai bahan bakar atau sumber tenaga bagi tubuh.  Sebiji kentang berukuran 100 gram mengandung sekitar 87 kalori, 20.1 gram karbohidrat, 1.9 gram protein, 0.1 gram lemak, 1.8 gram serat dan ia sama sekali tidak mengandung kolesterol. Kentang ukuran tersebut juga mampu memenuhi 2%n keperluan kalsium sehari, 51% persen vitamin C, 9 persen zat besi, 30 persen vitamin B6, 12 Magnesium (Mg) dan 25% bahan Kalium (K). Mineral lain didalam kentang adalah Phosforan, Niasin, Kolin dan Zink. Elakkan makan kentang goreng sebagai akanan ringan (fas food) yang mengandungi banyak garam. Bagi amalan tebaik mendapatkan nutrisi kentang terutama terkandung dalam kulitnya sebaiknya elakkan dari mengupas kulit semasa memakannya. Kentang panggang didakwa paling baik dimakan dimana amalan terbaik adalah memanggang kentang di dalam oven hingga berubah warna menjadi coklat dan garing.

Kebaikan makanan kentang telah banyak diperkatakan ramai di seluruh dunia. Walau pun di Malaysia dimana makanan nasi sememangnya menjadi makanan utama rakyat Malaysia sama ada ketika berbuka puasa atau bersahur, namun ada kala pengambilan hidangan ruji ini membuatkan tubuh cepat lapar seolah-olah tidak bertenaga walaupun berjaya menghabiskan sepinggan nasi penuh. Mengambil nasi dalam jumlah yang banyak sebenarnya tidak memastikan seseorang itu kekal cergas sepanjang berpuasa. Ini kerana tanpa menu yang betul serta lengkap kepentingan nutrisi sudah pasti matlamat utama mendapatkan badan yang cergas tidak tercapai. Makanan yang dapat menunda rasa lapar atau membuatkan kenyang lebih lama perlu tinggi protein kerana ia melambatkan proses pencernaan. Selain itu sebaiknya dipilih jenis karbohidrat kompleks kaya serat seperti roti gandum, nasi merah, kentang dan bijirin. Namun wajib diperhatikan juga saiz hidangan dimana sebaiknya dalam satu pinggan pastikan setengahnya adalah sayur-sayuran dan buah-buahan manakala satu perempat adalah lauk-pauk dan nasi. Bagi membuktikan kebaikan kentang seperti di dalam jurnal Nutrition Today terbitan Amerika Syarikat ada pakar menyatakan diet seimbang harus mengandungi makanan kaya karbohidrat semula jadi dan berkualiti seperti kentang yang padat nutrisi. Seperti apa yang diakui Cef selebriti Muhammad Naim yang lebih dikenali sebagai Cef Naem yang menerangkan makanan berasaskan kentang membuatkan seseorang itu lebih lagi bertenaga dan kenyang lebih lama. Sambil menyediakan tiga menu utama berasaskan kentang iaitu smoothie nangka kentang AS, tomyam hash brown AS dan kentang AS on the go, tiga hidangan ini bagus untuk memberikan tenaga berpanjangan terutama mereka yang gemar bersukan. Sebiji kentang mengandungi 620 miligram potasium iaitu lebih banyak daripada sebiji pisang berukuran sederhana. Dengan memiliki kandungan potasium yang tinggi, kentang dapat membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf ketika bersukan yang memerlukan daya ketahanan lebih tinggi. Kin sudah ada pat pelbagai kaedah memasak kentang boleh dilakukan antaranya dengan membakar, merebus atau menggoreng. Kentang AS on the go misalnya mudah disediakan terutama ibu berkerjaya, juga berkhasiat dan sesuai dijadikan hidangan untuk bersahur (Sila lihat foto disebelah). Dalam sesi pembentangan kepada media menerusi acara bertemakan Cergas Dengan Kentang AS di Pusat Konvensyen Sime Darby menunjukkan pentingnya kentang dalam diet harian terutama untuk ahli sukan. Ini kerana kentang membekalkan karbohidrat, kalium dan tenaga yang diperlukan untuk memberikan kecergasan dan tahap ketahanan badan. Kajian dijalankan sepanjang 40 - 50 tahun lalu menunjukkan karbohidrat ialah mikronutrien utama untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi atlet. Di peringkat global pula, kentang semakin diterima sebagai makanan berprestasi tinggi. Jurulatih Sukan dan Kecergasan Daily Muscle Lighthouse dikenali Noel Chelliah dan pemenang pingat emas triatlon, Kimberly Yap diundang untuk tujuan memberikan pendapat mengenai khasiat pemakanan kentang dengan penekanan kepada ciri dan nutrien penting untuk menambah baik prestasi atlet. Kentang baik bukan saja untuk makanan harian tetapi pengurusan berat badan. Kentang juga digunakan sebagai sumber tenaga untuk memperkasakan mereka yang menjaga kecergasan terutama jaguh sukan. Dalam soal penjagaan pemakanan, seseorang perlu mengira sukatan pengambilan makanan harian dan jumlah karbohidrat, protein dan lemak sewajarnya. Kentang menepati keperluan ini dan adalah makanan berkhasiat dan sesuai buat penggiat sukan lasak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MAKANAN KENTANG... DIMANA-MANA...
DIPANGGANG SAHAJA...SEBAIK CARA...
KENTANG GORENG... TINGGI GARAMNYA...
MAKANAN SEGERA... PERLU WASPADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
malaysia.
(3 Dzulkaedah 1442H).
Posted from:
Tmn Cendana, Air Keroh,
Melaka.. 23/7/2021

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...