Support My Blog

Sunday, October 6, 2019

PENGURUSAN KELULUT - AIR MIINUM!...

TERNAKAN KELULUT (Trigona spp) memang antara kaedah penggurusan yang penting diketahui penternak dimana kelulut perlu diberikan air terutama pada musim kemarau dan panas. Lazimnya daripada tinjauan penulis blog keseluruh negara ada dikalangan penternak kelulut kurang menyedari akan kepentingan air didalam ekosistem kehidupan kelulut yang dipelihara. Walau pun secara tradisinya kelulut lazimnya hidup membiak dikawasan hutan, kebun buah-buahan, semak belukar dan kini dikawasan khas menternak kelulut akan tetapi apabila musim panas atau kemarau sebahagian sumber air akan terjejas menyebabkan kelulut terpaksa mencari air dengan jarak yang sangat jauh daripada biasa. Keadaan ini menyebabkan akan berlaku beberapa kemungkinan dimana kelulut terpaksa juga terbang jauh mencari air dan kurang mengambil nektar atau kelulut akan meminimakan pergerakan mereka. Walau pun biasanya dipagi hari akan ada embun turun akan tetapi ia cepat kering dimusim panas dan memang kelulut memerlukan bantuan untuk bekalan air. Dalan beberapa tinjauan penulis blog dilapangan mendapati ada kes-kes dimana log kelulut akan 'kosong' pada musim kemarau sedangkan sumber makanan banyak disebabkan oleh faktur kesukaran mendapatkan air. Serangga kelulut yang kecil hanya perlukan sedikit sahaja air untuk kehidupannya. Kelulut akan sentiasa mencari sumber air bersih (clean water) daripada pelbagai sumber yang berdekatan dengan sarangnya seperti dari dedaun, parit, tasik, sungai, takungan ait, mata air dan sebagainya. Walau pun sebenarnya air yang diperlukan oleh kelulut itu datangnya daripada Nektar (kandungan air sehingga 80%) akan tetapi kelulut masih perlukan air terutama dimasa cuaca panas kering. Artikel mamal ini dari tingkat 12 Hotel Mega Mini dalam bilik Executive Suite saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' satu artikel menarik yang jarang ada didalam mana-mana penulisan mengenai keperluan sediakan kemudahan air untuk diminum kelulu sebagai bahan rujukkan anda.


Penulis blog merujuk banyak artikel dan jurnal mengenai keperluan Lebah Madu (Honey Bees) perlukan air dengan meminumnya terutama semasa musim puncak penghasilan nektar. Rujukan menunjukkan lebah Madu perlu minum air secara rutin untuk lebah mencairkan makanan gelatin (gelatinous food) yang dikeluarkan dari glands dibahagian kepalanya. Makanan ini akan diberikan kepada lebah ratu (queen bee) dan lebah larva sehingga ia tersedia untuk mengambilnya. Peranan air yang diminum oleh lebah sama juga halnys dengan kelulut. Cumanya untuk kelulut jumlah air yang diperlukan adalah sedikit berbanding dengan lebah. Lebah Madu ini biasanya akan menyedut air yang ada semulajadi atau yang telah pun disediakan oleh penternak (Sila lihat foto disebelah). Saintis mendapati lebah madu memerlukan sebanyak 8 gelan air bersih untuk menghasilkan sebanyak 1 kilogram madu. Semasa pengeluaran nektar pada tumbuhan (peak flow of nectar) lebah madu khususnya Apis mellifera (lebah import) yang produktif mampu menghasilkan sebanyak 2 - 5 gelen madu sehari di iklim temperate (khususnya musim bunga). Di Maryland USA dilaporkan satu koloni lebah madu mampu menghasilkan sebanyak 25 gelen anak lebah (brood), madu dan honeycomb dalam sehari. Sebenarnya koloni lebah aktif memerlukan air bersih (clean water) walau pun sumber utama air datangnya daripada NEKTAR. Oleh kerana lebah selalu mencari sumber air seperti daripada kolam, parit, takungan air, kolam mandi, sungai dan sebagainya yang penting ia berdekatan dengan sarangnya. Kajian saintis menunjukkan lebah madu yang tidak diberikan air akan mati dalam tempoh 8 jam bermakna air sangat diperlukan untuk penternakan lebah madu begitu juga pengurusan untuk kelulut.


Dalam dunia penternakan kelulut dan lebah madu, apa yang sangat penting dititikberatkan adalah kesihatan dan ekosistem kelulut. Hanya koloni lebah atau kelulut yang sihat, agressif, jumlah koloni yang besar dan aktif mampu mengantar pekerjanya mengutip nektar, debunga dan resin untuk dibawa pulang kesarangnya. Makanan nektar ini akan diproses daripada kandungan air sebanyak 60 - 70% dan disejatkan kepada 18 - 20% sahaja yang mana ia sudah dipanggil sebagai madu lebah matang atau madu kelulut matang. Madu ini akan disimpan dalam bekas madu (honeycomb) yang akan digunakan dikemudian hari. Madu inilah yang kemudian akan dituai oleh penternak dan diproses menjadi madu lebah atau madu kelulut tulin yang berkhasiat. Penghasilan madu paling baik adalah musim bunga (spring) dimana banyak sumber makanan didapati sepanjang musim tersebut. Pengurusan makanan dengan air dan lain-lain membolehkan penuaian madu dapat menguntungkan penternak lebah madu komersil. Namun bago kelulut senarionya agak berlainan kerana madu kelulut didakwa mempunyai nilai permakanan atau khasiat 2.5 kali ganda daripada madu lebah. Harga madu kelulut juga bergganda lebih tinggi daripada madu lebah kerana kuantitinya amat sedikit dan sukar diperolehi.


Bagi penternak kelulut di Rhu Tapai, Marang, Terengganu dikenali sebagai En Khairi yang menternak kelulut lebih dari 7 tahun menggunakan 'black netting' dikawasan ternakannya (Sila lihat foto disebelah). Menurut beliau semasa musim panas dengan suhu agak tinggi disetiap padi tengahari dan petang beliau akan menyembur netting hitam ini dengan air. Tujuannya adalah untuk menyejukkan kawasan ternakan kelulut beliau dan air yang ada akan disedut oleh kelulut yang kehausan dimusim panas. Menjejaak bagaimana idea ini datang setelah berjummpa dengan penulis blog beberapa tahun dahulu semasa membuat lawatan dimana penulis blog ada menerangkannya. Dakwanya sebelum dibuat bumbung netting hitam ini suhu dan cuaca dikawasan tanah bris tepi laun ini sangat panas dan kering dimana kelulut kurang aktif. Sebaliknya kini apabila benyak log kelulut disusun dibawah bumbung jaring hitam ini didakwa koloni kelulut semakin agressif dan produktif. Bagaimana pun sering kali juga bumbung jaring hitam ini menganggu pergerakan kelulut apabila ia terjatuh diatas log kelulut akibat tiupan angin kencang atau pengikat jaring pada bunbung ini terlucut. Kini ia diperkukuhkan dengan menggunakan struktur besi paip (GI) sebagai tiang dan juga struktur daripada katu kuat. 


Diatas jaring hitam dan beberapa lokasi dipasang sistem 'micro jet' yang mana ia menghasilkan semburan air sangat halus. Penulis blog dapati dilapangan ia disambungkan dengan pam letrik yang berada di tepi tong drum yang berisi air bersih. Pam ini dikawal dengan mana jangkamasa (Electrical Timer) yang akan berfungsi selama 10 minit pam berjalan untuk menyembur air kebahagian permukaan jaring hitam (Sila anda lihat foto disebelah). Jangkamasa semburan ini akan diperpanjangkan beberapa minit lagi katika suhu tinggi dan kering dikawasan penternakan. Memang dapat dilihat ada banyak ekor kelulut yang menghampiri jaring hitam untuk menyedut atau minum air diwaktu puncak. Dilihat kawasan susunan log kelulut yang diletakkan dibawah bumbung jaring hitam lebih agressif dari log kelulut yang terjemur panan bersendirian ditepi kebun. Kos pembelian dan pemasangan sistem 'micro jet' misting sprayer system ini murah dan mudah dipasang dilapangan. Apa pun perlu dibuat selenggaraan selalu agar paip tidak tersumbst dan air dapat dibekalkan.


Teknologi paling mudah menyediakan air minuman kepada kelulut adalah dengan memotong tong drum plastik yang dicuci bersih. Kemudain tong ini diletakkan ditempat strategik ditengah kawasan ternakkan atau dibuat beberapa lokasi. Pastikan tong tersebut di letakkan diatas 2 batang kayu agar tidak tergoleh atau airnya tumpah. Masukkan air bersih atau pun air hujan dan kemudian pastikan diletakkan batu atau kayu atau pokok kiambang didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Tujuan kayu, batu dan pokok kiambang atau pokok lotus ini adalah bagi membolehkan kelulut hinggap untuk minum air dalam bekas. Bagaimana pun perlu diingat jika tiada kemudahan hinggap tersebut makan kemungkinan akan ada kelulut yang lemas akibat terjatuh kedalam air. Penulis blog dapat meligat beberapa ekor kelulut pekerja dari log yang berhampran meminum air yang dibekalkan. Tong ini perlu diselenggara agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk (termasuk nyamuk aedes) yang merbahaya. Dimestikan dimasukkan beberapa spesis ikan seperti Ikan Guppi (Ikan Gapi) didalam air yang mana fungsinya untuk memakan jentik-jentik dan menapis air didalam bekas. Penyelenggaran dan pemerikssan perlu dibuat terhadap air minuman ini dan perlu ditukar airnya jika berbau, berkeladak atau kelulutmemang tidak mahu singgah. Ini menunjukkan kualiti air yang tidak sesuai. Semuga artikel malam ini dalam anim agro technology mempu memberi info berguna kepada anda semua...!! Wasallam!!..
MEMBEKAL AIR... KELULUT PERLUNYA...
AIR MISTING.. DISEMBUR JARINGNYA...
BUAT BEKAS AIR... KIAMBANG DALAMNYA...
KELULUT SIHAT.. MADU BANYAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak,
Malaysia.
(3 (Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...