Support My Blog

Wednesday, October 30, 2019

KEK LAPIS SITI PAYUNG - GLOBAL!...

KEK LAPIS SARAWAK SITI PAYUNG yang terkenal di Miri, Sarawak merupakan satu produk yang ini menuju kearah Global dari segi pasaran dan kualiti. Apa yang unik mengenai usahawan ini adalah mereka ada menyediakan sebuah Muzeum Kek Lapis Siti Payung yang unik dan unggul di Miri sebagai salah satu daya tarikan kepada pelancong ke bandar tersebut. Kedudukan muzeum kek lapis ini adalah di Tingkat 2 bangunan yang mana kilang membuat kek lapis di tingkat bawah sekali dan juga pejabat pengurusan di tingkat 1 bangunan kedai tersebut. Terdapat sebuah restoren bersebelahan dengan muzeum dan kilang membuat kek lapis Siti Payung ini. Pemilik syarikat ini tiada semasa kunjungan penulis blog kerana membuat tinjauan potensi pasaran di Afrika Selatan. Memang agak mengah menaiki tangga tetapi susunan pameran didalam muzeum kek lapis on dan hawa dingin aircong mengembirakan kami. Lawatan dimulakan dengan tayangan vodeo diikuti dengan pelbagai rekod pencapaian cemerang kek lapis keluaran usahawan ini. Ia diikuti dengan sejarah syarikat sehingga kini dan juga dipamerkan jenis-jenis kek yang dibuat. Sudut lain pemerkan bagaimana jenis-jenis pembungkusan kek lapis Siti Payung sejak dimulakan lama dahulu dilokasi dan premis lain. Ada sudut interaktif menyusun kayu blok bagi mendapatkan corak kek lapis yang amat menyeronokan kerana ia memang sukar dilakukan menunjukkan bertapa sukarnya menentukan corak-corak kek lapis ini. Artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan kisah hasil lawatan saya ke premis pembuatan Kek Lapis Siti Payung di Miri, Sarawak sebagai satu produk tradisional Sarawak yang berjaya sehingga ketahap global untuk bahan bacaan anda.


Pada penulis blog, Kek Lapis Sarawak adalah kek yang berlapis yang secara tradisinya dibuat di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Dalam pada itu biasanya ia juga dipanggil sebagai Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak ada yang senang panggilya sebagai Kek Lapis sahaja. Penulis blog kagum dengan corak-corak pelbagai warna warni dan menarik (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun rasa dan kemanisan serta ramuan tambahan akan dapat membezakan citarasa kek lapis ini. Kek Lapis Sarawak selalunya akan dibuat untuk perayaan agama dan budaya seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali serta semasa sambutan Hari jadi. Kek Lapis juga dijadikan bahan hantaran dan jamuan semasa majlis perkahwinan. Biasanya di Malaysia mereka akan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan. Salah satu ciri unik rumah terbuka di Sarawak adalah adanya hidangan kek berlapis yang moden. Sejarah Kek Lapis Sarawak Moden telah diperkenalkan kepada orang Sarawak daripada Indonesia secara rasmi sekitar tahun 1988. Versi Indonesia telah dikenali sejak zaman kolonial Belanda dimana antara beberapa jenis kek lapis yang paling terkenal dari dahulu adalah seperti Kek Lapis Legit, Kek Lapis Rempah dan juga Kek Lapis Surabaya.


Dalam pada itu penulis blog juga telah dimaklumkan dimana pada tahun 2011  sejarah Kek Lapis Sarawak sekali lagi diubah oleh generasi baru (Sarawak) dengan lapisan semulajadi yang inovatif yang dinamakan Kek Lapis Qalas. Apa yang perlu diketahui dimana dengan memperkenalkan reka bentuk moden dan tradisional dan ia digabungkan serta ia ditambah pula dengan rasa yang baru yang diilhamkan dari inspirasi buatan, setiap lapisan adalah menarik dengan pelbagai perisa asli di antara resepi asli, rasa yang moden dan pengetahuan dari nenek moyang mereka. Antara ciri-ciri kuih-muih Sarawak moden yang berlapis boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kuih-muih dengan lapisan biasa dan kek dengan corak, motif, atau bentuk dimana semua mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua warna. Kek ini boleh dibakar dalam oven atau ketuhar gelombang mikro. Biasanya adunan menggunakan mentega atau minyak sayur-sayuran, susu dan telur, dan memerlukan teknik atau pengadun elektrik hendaklah disediakan dengan betul.Kek yang dibakar mempunyai tekstur yang tinggi, kukuh dan lapisan diikat bersama-sama dengan jem atau bahan manis yang begitu juga melekit. 


Sistem penjualan dan pengedaran kek lapis Siti Payung mengikuti peredaran zaman. Bagi tujuan tempahan ia bolweh dibuat Online Kek Lapis Sarawak dimana pelanggan boleh memilih resepi yang digemarinya. Resepi terbaru yang paling lazat, sedap, popular dan murah biasanya akan mejadi pilihan apa lagi kalau ada promosi khas. Premis pengedaran dan jualan memang tersedia di Kuching dan Miri, Sarawak. Premis dan usahawan ini juda menerima penganugerahan serta juga pengiktirafan Sijil Halal Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Syarikat ini juga akan menerima tempahan secara Online 24 Jam di mana jua anda berada dimana sustem pembayaran perbankan internet disediakan adalah yang Selamat, Pantas dan memang Mudah. Ada jaminan penhantaran pantas dan dijanjikan sistem gantian produk secara percuma jika ada kerosakan nyata. Dilihat dimana kakitangan Siti Payung adalah amat mesra pelanggan dan mereka sedia mebantu pelanggan. Di Miri kedudukan premis dilokasi Outlet dan Kiosk yang amat strategik termasuk untuk kiosk di seluruh pelusuk Negeri Sarawak. Mereka akan sentiasa mengekalkan tahap kawalan pengeluaran Kek Lapis Sarawak dengan konsep serta cara pengilangan yang terbaik (GMP). Produk Siti Payung dapat memenuhi citarasa penggemar Kek Lapis Sarawak yang mana ia sinonim dengan kelazatan dan didakwa sentiasa pengiurkan peminat kek lapis.


Dalam premis membuat kek lapis ini didapati penggunaan mesin pembersih telur yang digunakan menjamin kualiti kek tersebut. Penggunaan mesin pencucian telur dan juga Mesin pemecah telur yang menjimatkan masa, tenaga kerja dan air telah digunakan (Sila anda lihat foto disebelah). Mesin ini mampu mencuci telur ayam dengan cepat, bersih dan cekap sebelum dimasukkan kedalam mesin pemecah telur dimana kulit dan isi telur diasingkan dengan baik. Alat yang dibeli dengan nasihat pihak pembuat makanan berasaskan bakeri ini canggih dan membolehkan kerja penyediaan bahan membuat kek lebih cekap dan suci. Mesin adunan yang besar menguli bahan tepong sebelum dibuat pelbagai kek lapis gulong dan kek lapis tradisional. Terdapat 8 buah oven membakar yang membakar kek lapis beroperasi. Kemudian unit pembungkusan akan menyediakan beberapa cara bungkus termasuk jens 'Ready to Eat Individual Pack' yang sesuai untuk tetamu yang mahukan kemudahan. cara pemasaran yang kreatif melalui penubuhan Galeri dan juga Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung pertama seumpanya buat Industri Kek Lapis Sarawak. Syarikat ini telah dicalonkan bagi tujuan Anugerah Inovasi sempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan HPPN 2019 bagi peringkat negeri dan memenagi banyak anugerah. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
PERGI KE MIRI...KEK LAPIS ADA...
JENAMA SITI PAYUNG...UNIKNYA...
ADA MUZEUM... ADA SEJARAHNYA...
BERBANGGA.... USAHAWAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 2, Mueum Kek Lapis Sarawak,
Lot 1314,Ground Floor,
Miri Waterfront Commercial Center
98000 Miri,Sarawak,
Malaysia.
(5 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...