Support My Blog

Monday, October 7, 2019

DODOL RAMLAH - PRODUK BUMIPUTRA

DODOL RAMLAH  merupakan satu perusahaan yang mengeluarkan beberapa perisa dodol di Kg Pulai, Merlimau, Melaka. Penulis blog sempat berkunjung ke SB Ramlah Food Sdn Bhd iaitu di premis tersebut untuk melihat dan berbincang operasi pengeluaran dodol sebagai sejenis makanan tradsional berasaskan tepong pulut, santan kelapa dan gula Melaka. Rombongan penulis blog diikuti bersama Pengarah Pertanian Melaka tiba di premis sekitar jam 10.30 pagi hari Jumaat disambut oleh pemiliknya En Najib berumur 38 tahun. Premis dilawati penulis blog hanya ada membuat aktiviti pembungkusan dan pengedaran sahaja sedangkan premis untuk memasak dodol berada di kampong lain kerana premis yang asal di lokasi ini sudah kurang sesuai akibat kawasan kecil dan banyak rumah telah dibangunkan oleh jiran dan penduduk kampung. Menurut Najib perusahaan ini dimulakan oleh ibunya bernama Ramlah semenjak lebih 20 tahun lalu secara kecil-kecilan. Berkat usaha gigih yang kini berterusan mereka ada beberapa premis membuat dodol jenama Ramlah untuk pasaran domestik dan eksport. Jabatan Pertanian diantara yang paling awal memberi bantuan berupa peralatan kecil dan khidmat nasihat teknikal sebelum ianya menjadi tarap komersil sehingga sekarang. Mendapat persijilan Halal, MeSTI dan berstatus produk Melaka Halal Hub (MHH) kini produl dodol mereka sudah diterima sebagai nakanan ringan (Snack Food) yang dimakan seharian dan dijadikan hadiah semasa Majlis Perkahwinan dengan pakej pembungkusan yang khusus. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan hasil tinjauan ke premis membuat dodol Ramlahs sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Menurut Agen Pengembangan Industri Asas Tani (APIAT) Jabatan Pertanian Daerah Jasin, pada masa ini ada 4 produk dodol yang dikeluarkan di kilang ini. Dodol tersebut adalah DODOL ASLI, DODOL PANDAN, DODOL DURIAN dan juga DODOL WAJIK SIRAT. Mereka juga ada mengedarkan hasilan gula Melaka yang diimport dari Indonesia kepada pelanggannya. Dodol Asli merupakan jenis dodol yang sejak dulu mendapat permintaan paling banyak (Sila lihat foto disebelah). Dodol ini dihasilkan dengan bahan asas iaitu santan, tepung pulut, gula Melaka, Gula Pasir dan pengawet yang dibenarkan. Semua ramuan ini akan dimasak menggunakan alatan kuali masak dodol moden selama 10 - 14 jam sehingga ia masak dan sedia untuk diangkat. Dodol ini dibungkus kemudian didalam beberapa jenis atau kotak pembungkusan daripada yang tradisional didalam plastik sehingga kepada jenis kon tiga segi yang kecil saiznya. Pada masa ini permintaan pada musim hari raya memang 3-5 kali ganda banyaknya dimana mereka perlu bekerja keras untuk memenuhi kehendak pelanggan. Dodol Asli ini diantara jenis dodol yang paling tahan lama disimpan sehingga melebihi 6 bulan tanpa ada kerosakkan. Menurut En NAjib antara masaalah sekarang adalah kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah seperti santan kelapa dan gula Melaka. Penulis blog di maklumkan santan kelapa diambil daripada pembekal (dipercayai ada hubungan dengan syarikat yang mengimport kelapa dari negara jiran). Bagaimana pun dakwanya jika ada santan segar daripada kelapa tempatan kualiti dodol dan aromanya adalah lebih premium.


Dodol Durian merupakan antara produk dodol yang semakin popular masa kini (Sila lihat foto disebelah).  Dodol ini mempunyai rasa dan juga aroma durian dengan pembungkusannya berwarna kuning dan sebungkus kotak kon mengandungi 15 biji kecil dodol durian berbentuk kon. Di tulis sebagai 'Dodol Berperisa Durian'  seberat 270 gram didakwa enak dimakan. Ramauan dodol ini adalah santan, tepung pulut, Gula Melaka, Gula Pasir, Bahan Perasa Durian dan juga bahan pengawet yang dibenarkan. Maklumat permakanan dodol ini bagi setiap 100 gram hidangan adalah tenaga sebanyak 379 kcal, protin (2 gram) , Karbohiderat  (73.4 gram), lemak (8.6 gram), Garam (32.7 gram) dan Gula (23.3 gram). Bahan perisa durian kini semakin sukar dan harganya semakin mahal dimana menyebabkan kos pengeluaran dodol ini juga meningkat. Dodol durian walau pun jangkahayatnya pendek sedikit daripada dodol asli akan tetapi permintaan yang baik menjadikan dodol ini cepat habis dipasaran. Penulis blog dapati dodol durian ini memang enak dengan aroma durian semasa ujirasa bersama pemilik kilang dan semua rombongan yang hadir.


Dodol Pandan merupakan dodol yang seakan berwarna hijau dengan campuran bahan essense pandan (Sila lihat foto disebelah)Dodol ini mempunyai rasa dan juga aroma pandan (Pandanus spp)  dengan pembungkusannya berwarna hijau dan sebungkus kotak kon mengandungi 15 biji kecil dodol durian berbentuk kon. Di tulis sebagai 'Dodol Berperisa Pandan'  seberat 270 gram didakwa enak dimakan. Ramauan dodol ini adalah santan, tepung pulut, Gula Melaka, Gula Pasir, Bahan Perasa Pandan dan juga bahan pengawet yang dibenarkan. Maklumat permakanan dodol ini bagi setiap 100 gram hidangan adalah tenaga sebanyak 379 kcal, protin (2 gram) , Karbohiderat  (73.4 gram), lemak (8.6 gram), Garam (32.7 gram) dan Gula (23.3 gram). Dodol pandan merupakan doaol yang juga mendapat permintaan baik. Wajik Sirat pula unik kerana ia merupakan sejenis makanan dicampur dengan bahan beras pulut yang dikisar kasar dan digoreng tanpa minyak (sangan). Makanan ini yang penulis blog paling suka makan kerana ianya manis dan mengenyangkan. Makanan wajik sirat ini merupakan hanya terdapat disekitar Negeri Melaka dan Muar sahaja dan sukar dijumpai di negeri lain yang mengikut citarasa penulis blog.


Dalam pada itu En Najib banyak bertanya tentang kesukaran untuk mendapatkan bekalan santan kelapa segar tempatan. Beliau nyatakan kos membeli santan segar kelapa tempatan adalah 2.5 kali ganda daripada santan yang diberli daripada pembekal (kelapa tua yang diimport daripada Indonesia). Ini kerana jika ada permintaan untuk dodol premium menggunakan santan dari kelapa segar tempatan beliau mahu membelinya. Penulis blog bincang kemungkinan beliau menghasilkan dodol perisa nanas yang mungkin boleh dipasarkan seperti juga dengan produk kopi nanas. Pada masa ini syarikat juga ada membuat sistem pemasaran francise dengan menyediakan peralatan dan dodol kepada usahawan menjual dodol panas. Kaedah ini didapati mendapat sambutan baik dimana dodol panas ini dijual dengan harga RM10.00 - RM15.00 bagi 500 gram bergantung kepada perasa. Usahawan ini beroperasi dibeberapa pasaraya, pusat membeli belah, pusat pelancongan, Medan Ikan Bakar dan beberapa lagi. Kini produk dodol Ramlah sudah mampu menjadi makanan tradisional di Melaka yang berjaya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini . Wasallam!!...
DODOL MELAKA... RAMLAH JENAMA...
DI KG PULAI, MELRLIMAU...LETAKNYA..
4 PERASA DODOL... ENAK SEMUANYA...
TINJAUAN PENULIS.. DAPAT MERASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak, Malaysia.
(3 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...