KETUM (Mitragyna speciosa Korth, Havil ) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu viral dalam media massa atau pun akhbar tempatan kerana kesan sedatifnya dengan bahan aktifnya Mitragynine. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau pun Thom yang merupakan tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae. Saya ada menulis mengenai ketum, daun ketum dan pelbagai topik lain didalam blog ini sebelum ini dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Di negara kita apa yang penulis blog tahu ia banyak tumbuh liar di bahagian utara Semenanjung Malaysia iaitu dikawasan hutan, sawah dan juga dipersekitaran kampong. Biasanya ia akan hidup subur dikawasan tanah agak lembab dan tidak mudah tenggelam air. Pokok ketum adalah jenis pokok saka yang mana ia boleh tumbuh meninggi sehingga melebihi 50 kaki. Dalam beberapa literature dinyatakan bahawa daun ketum telah digunakan secara tradisional untuk mengeluarkan angin dari dalam badan dan ia didakwa mampu meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja berat serta diambil oleh wanita yang lepas bersalin. Apa pun kini air daun ketum telah jadi menimbulkan isu dan masaalah kepada aktiviti meminum berlebihan yang menjadi masaalah ketagihan dan sedatif kepada mereka yang ada menyalah gunakannya. Artikel malam Sabtu ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kupas satu info berguna mengenai tumbuhan ketum yang perlu anda tahu hasil daripada info teknikal dari Jabatan Pertanian, Pengusaha Tempatan dan juga beberapa bahan rujukkan lain.
Di Malaysia pada zaman dahulu ketum digunakan untuk tujuan kebaikan dan kesihatan oleh nenek moyang kita seperti diambil untuk meningkatkan tenaga bagi melakukan kerja-kerja berat. Ia juga diberikan kepada ibu-ibu yang baru bersalin dan diminum semasa ada majlis kednuri kendarat rewang dalam majlis perkahwinan. Penulis blog pula dapati beberapa pekerja diladang nanas meminum air ketum untuk meningkatkan tenaganya di sebuah negeri utara yang ada menanam nanas MD2. Bagaimana pun genrgasi sekarang berlainan pula keadaanya mengenai daun ketum ini dimana ia kearah kerosakkan pula. Mereka telah membuat tonik ketum yang dipanggil sebagai ''Cakoroi'' yang memabukkan. Kesan dai ketagihan dari ketum ini menyebabkan kadar jenayah meningkat, pelajar sekolah poteng kelas dan kes yang teruk menyebabkan kematian pula. Malaysia telah mempunyai kawalan perundangan terhadap ketum iaitu Larangan dibawah Jadual Ke Tiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Larangan yang berkuatkuasa semenjak 1 Januari 2003 ini menyatakan kepada ''Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memilikki atau menggunakan bahan seperti Pscychotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (Disemak pada 1989). Hukuman jika sabit kesalahan denda tidak mlebihi RM10,000 atau penjar atidak melebihi 4 tahun atau kedua-duanya sekali.
Penulis blog merujuk kepada laporan akhbar dimana pihak berkuasa ada dinyatakan kes rampasan ketum meningkat dengan cara mendadak semenjak tahun 2005 sehinga 2014. Ketum kini menjadi masaalah nombor satu dalam tempoh tersebut dengan jumlah sebanyak 28,625 kg rampasan diikuti dengan Syabu (2,616 kg), Ganja (1,869 kg) dan Heroin ( 1,627 kg).Sumbr dari KDN ini juga menunjukkan jumlah rampasan dari 2012 - 2014 adalah sebanyak 36.84 mt dimana daun ketum mencapai peratu tertinngi iaitu 78%. dari jumlah keseluruhan. Statistik tersebut menyatakan jumlah tangkapan pada tahun 2012 sebanyak 5.22 tan dari 7.83 tan adalah ketum atau 67% daripada jumlah tangkapan. Ia terus meningkat kepada 69% dengan jumlah tangkapan sebanyak 7.87 tan daripada keseluruhan 11.32 tan pada tahun 2013. Apa yang hebat dimana pada tahun 2014 ianya terus meningkat kepada 88% dengan sejumlah 15.54 tan daripada 17.68 tan jumlah tangkapan. Isu sebenar mengenai industri ini adalah terdapat penanam atau pemungut daun ketum liar dan bertambah mereka yang menagihnya serta memebrikan pulangan yang amat baik.
Kes tangkapan pesalah ketum dalam Malaysia juga terus meningkat dalam tempoh yang sama (Sila anda lihat foto disebelah). Tangkapan oleh pihak berkuasa terhadap penyalahguna, penjual dan pemproses ketum ini menunjukkan trend yang drastik peningkatannya. Rekod menunjukkan pada tahun 2005 hanya terdapat 402 tangkapan dan meningkat kepada seramai 1,445 orang pada tahun 2012 atau pun ianya meningkat sebanyak 10% lebih tinggi. Tahun berikutnya iaitu 2013 seramai 1,708 tangkapan dilakukan pihak berkuasa juga kadar peningkatan sebanyak 18% daripada tahun sebelumnya. Pada tahun 2014 pula ia meningkat lagi sebanyak 53% dengan seramai 2,616 orang ditangkap iaitu perubahan naik mendadak yang sangat signifikan. Bekalan daun ketum yang bertambah dipasaran dan jumlah penagih serta pengedar dan pemproses yang semakin giat aktif menyebabkan trend yang menunjukkan peningkatan dengan drastik. Adakah bekalan mereka hanya mengutip daun ketum daripada pokok liar sahaja?. Pasti tidak kerana aktiviti penanaman pokok ketum ini dilapor ada di lakukan oleh mereka yang tahu mengenainya, mengutip hasil, memproses dan menjualnya dipasaran gelap. Mereka beroperasi dikawasan tertentu disebabkan orang awam pun masih ramai yang tidak kenal akan marfologi daun ketum ini sebenarnya. Pihak berkuasa pula perlu perancangan rapi untuk mengawal penanaman pokok keum yang mana ia sememangnya tidak mendapat bantuan atau galakkan daripada kerajaan. Saya juga ada menulis mengenai aktiviti penanaman pokok ketum dalam artikel lain untuk dirujuk (Sila klik disini) dan diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KETUM... LIAR TUMBUHNYA....
MITRAGYNINE ... ITU NAMA BAHANNYA...
RM10RIBU, PENJARA 4 TAHUN... KENA...
DIKOMERSILKAN... BAGAIMANA PULA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11/D14, Precint 11,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(12 JamadilAwal 1040H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.