Burung Emu biasanya memakan buah-buahan, biji-bijian, pucuk tumbuhan, serangga, haiwan kecil dan juga tahi haiwan lain di habitat semulajadinya. Antara tumbuhan yang dimakan adalah pucuk Casuarina, Acacia dan rumput-rumpai. Serangga yang dimakan terdiri daripada lipas, belalang, kumbang, ladybird, bogong dan juga larva cotton-ball. Biji acacia merupakan yang sering dimakan dan burung emu merupakan haiwan yang membawa biji acacia kemerata tempat untuk diberakkan dan kemudian ia bercambah menjadi agen pembiakan acacia secara semulajadi. Burung emu sama dengan burung unta tidak mempunyai gigi dan oleh itu ia akan menelan batu-batuan kecil bagi tujuan membantu proses penghadaman mereka. Selain itu uniknya burung ini juga akan makan arang (charchoal), kunci kereta, kaca, batu marmar, logam, barang kemas serta bolt and nuts. Ladang emu komersil memberikan makanan pelet moden yang diformulasi (Sila lihat foto disebelah). Burung emu minum sekali sehari akan tetapi pada musim kemarau ia boleh bertahan untuk tidak minum beberapa hari. Dalam habitat liar ia selalu berkongsi lubang air bersama haiwan lain seperti kangaroo dan burung dan haiwan lain. Ia tidak suka minum dikopak yang tanahnya lembut kerana jika kedua kakinya terbenam amat sukar untuk melepaskan dirinya yang besar badannya. Apa yang dilakukan oleh burung emu di Australia adalah dengan mencari makanan, berjalan sambil mengembara dan sesekali akan mandi didalam lopak atau mandi dengan debu dan juga berehat. Selain berjalan dan berlari dilaporkan burung emu mampu untuk berenang terutama jika berlaku banjir dimusim monsoon. Penulis blog Anim agro mendapat info dimana burung Emu akan berehat dan tidur diwaktu malam dan bangun diwaktu pagi untuk meneruskan perjalanannya. Dia tidur dengan kepalanya diatas sehingga terlena dan badannya direbahkan diatas tanah walau pun telinganya akan sentiasa 'allert' jika ada musuh yang datang (Tidur-tidur ayam). Biasanya masa tidur burung emu selama 7 jam.
Mengenai pembiakannya pula, burung emu membiak pada musim sejuk dimana burung emu jantan dan betia akan berpasangan selama 5 bulan. Ini termasuk proses mengawan, membuat sarang dan menjaga atau mengeram telunya oleh emu jantan. Sarangnya diperbuat dari longgokan kayu dan rumput kering setebal 10 cm dengan ukuran lebar 1-2 meter. Saiz telur emu besar berukuran sekitar 90 cm x 120 cm yang dieramkan dengan jangkamasa 2-4 hali sekali dimana warna telur yang hijau biru gelap akan terdedah kepada cahaya matahari menjadi terang. Emu Jantan akan menjaga telurnya dan menjadi garang kepada burung emu lain termasuk pasangannya. ini menyebabkan pasangannya emu betina akan mencari jantan lain meninggalkan emu jantan menjaga telur sehingga menetas (Apa lah punya perangai emu jantan ini... emu ..emosi!). Telur emu menetas menghasilkan anak emu berwarna krim dengan jalur coklat. Anak emu akan meninggalkan sarangnya apabila ia sudah boleh mencari makan dan tinggal bersama bapanya untuk selama 4 bulan. Selepas 6 bulan ia sudah dewasa dan jalur coklat akan bertukar kepada bulu berwarna coklat seluruh badannya. Ia matang selepas 12 bulan dan sedia untuk membiak apabila umurnya mencecah 20 bulan.
Walau pun masih ada burung emu liar tetapi kini telah ada penternakan burung emu secara komersil untuk penghasilan bulu, daging dan minyak. Hampir 95% daging burung emu boleh dimakan dimana kualiti dagingnya adalah rendah lemak (kurang dari 1.5% kandungan lemak). Bagagian daging pada kedua-dua otot peha burung emu mempunyai kualiti terbaik dengan kualiti daging merah (red meat) tetapi ia adalah lebih baik dari daging lembu. Minyak dari burung emu berkualiti digunakan untuk kosmetik, makanan suplement berkhasiat dan juga produk therapeutik.Selain mengandungi antioksijan tinggi, mintak burung emu tinggi kndungan asid linoleic, asid palmitik, asid oleic dan asid lemak yang baik untuk tujuan kesihatan. Kajian oleh USDA mendapati minyaknya amat baik untuk rawatan sistem pernafasan dengan kesan ciri inflamatory properties. Kulit burung emu mempunyai corak menarik sehinggakan ia dijadikan beg tangan, kasut, wallet, pakaian dengan harga premium. Bulunya yang cantik juga dijadikan produk kraft yang berharga. Malaysia mempunyai iklim yang mungkin sesuai untuk menternak burung emu secara komersil dengan pengurusan penjagaan yang disesuaikan sama denga ternakan burung unta. hanta dimana untuk mendapatkan baka burung emu ini yang semakin kurang dilapangan kecuali dari ladang emu negara lain. Semuga artikel kali ini benar-benar memberi info berfaedah kepada pembaca anim agro technology yang boleh dijadikan sumber rujukkan. Wasallam!!!...
BURUNG EMU...LAIN BURUNG UNTA...
BERASAL NATIF... DARI AUSTRALIA...
DAGING MERAH... RENDAH LEMAKNYA...
MEMBACA ATRIKEL...DAPAT KENALI DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,Putrajaya,
WP, Malaysia.
(20 JamadilAwal 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.