SUP BURUNG UNTA atau pun SUP DAGING BURUNG KASAWARI atau Oistrich Soup memang enak dimakan dengan nasi putih dan sambal kicap. Penulis blog beberapa kali makan sup burung unta di Sungkai Perak, Desaru di Johor dan juga di Sekayu, Terengganu. Paling selera apabila melalui jalan lama dari Putrajaya ke Ipoh dan singgah di kedai Mus Tomyam waktu makan tengahari. Restoren ini menyediakan pelbagai masakan panas di waktu tengahari seperti nasi ayam dan juga masakan berasaskan daging burung unta. Pada saya menu sup daging burung unta dan aging unta masak kicap mmemang amat menyelerakan dimakan dengan nasi putih. Harga semangkuk sup daging burung unta di kedai makan ini adalah RM8.00 sahaja. Sup ini disediakan dengan cepat dan mudah kepada mereka yang pandai memasak Antara bahan-bahan diperlukan untuk memuat sup ini seperti 500 gm daging burung unta yang dipotong, rempah tumis 4 sekawan 1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 2 biji pelaga, 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 sudu kecil lada hitam dimana ramuan ini perlu ditumbuk halus dahulu. Sebaiknya disediakan juga 1 sudu makan rempah sup, 2 biji kentang yamg di belah empat, sedikit garam, sedikit daun bwang dan sup serta bawang goreng, sedikit minyak masak dan air secukupnya. Cara penyediaan dengan memanaskan minyak, masukkan rempah tumis dan kacau hingga harum. ianya kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan rempah sup dan tumis hingga wangi. Kemudian dimasukkan daging burung unta tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masak daging unta tersebut sehingga empuk (biasanya daging burung untaa lembut dan tidak perlu masak lama). Akhir sekali dimasukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut dan di tambah garam secukup rasa. Kemudian ditabur hirisan daun sup serta daun bawang dan bawang goreng. Ia sedia untuk dihidangkan. Artikel pada tengahmalam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technoloy" mengenai sup daging burung unta sebagai makanan yang enak dan berkhasiat.
Sebenarnya industri ternakan burung termasuk ayam (poultry) merupakan industri paling cekap didalam usaha penghasilan protin. Ia meliputi banyak segmen iaitu penghasilan ayam pedaging, telur, ayam turki, itek termasuk juga angsa, puyuh, burung merak dan juga terkini burung unta. Daging burung untua yang berwarna merah berlainan dengan kebanyakan burung lain yang berwarna putih dan amat kaya dengan asid lemak tidak tepu. Ia mengandungi rendah rendah kolesterol berbaaning dengan daging lembu yang memunyai rasa yang sama. Dagin buung unta juga mengandungi sodium lebih rendah tetapi kandungan zat besi tinggi membolehkan ianya amat baaik kepada mereka yang ada masaalah darah tinggi dan masaalah anemia. Ini bermakna daging burung unta amat berkualiti dan disyorkan kepada individu yang inginkan gaya hidup yang ada kelas. Industri ternakan burung unta juga dapat menghasilkan produk lain seperti bulu, telur dan sebagainya yang mendatangkan pendapata. Sila baca tulisan saya mengenai burung unta dalam blog sama dengan membuat pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi artikel. Harga daging unta dipasaran Malaysia berbeza-beza mengkut kualiti, jumlah dibeli dan finishing daripada RM42.00 sehingga RM100.00 sekilogram. Memang ada daging burung unta sejuk beku yang dijual dipasaran untuk kita menikmatinya.
Kita terus mengenali akan burung unta dimana ia asalnya atau natif dari negara Afrika iaitu spesis burung yang tidak boleh terbang sama seperti penguin, emus, kiwi dan juga Orville. Mempunyai berat badan diantara 63 - 145 kg seekor atau dua kali lebih berat daripada manusia atau hampir 3 kali daripada berat badan penulis blog. Burung unta jantan pula mampu mencapai berat badan sehingga 1157 kg dengan ketinggian mencecah 3 meter.Bila berlari ia mampu mencapi kelajuan sehingga 44 batu sejam (70 km sejam) yang merupakan haiwan berkaki dua paling pantas dimukabumi. Ia juga haiwan yang agressif terutama apabila diancam dan mampu membunuh manusia. Burung unta tiada gigi tetapi biasanya menggunakan batuan didalam mulut untuk mengunyah makanan. Makananya terdiri daripada tumbuhan renek, bijian, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaany dikawasan habitat liar termasuk juga memakan serangga. Semenjak zaman Roman lagi dilaporkan manusia membunuh burung unta untuk diambil dagingnya selain daripada untuk kulit dan bulunya. Kulit burung unta dijadikan produk kraft yang berharga seperti beg tangan, kasut dan sebagainya. Ia pernah menjadi pupus pada kurun ke 18 lagi akubat pemburuan tetapi kini telah ada dijadikan industri ternakan burung unta yang komersil. Daging burung unta mempunyai rasa yang sama dengan dging lembu dengan berwarna merah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun ia rendah kolesterol, tinggi kandungan kalsium, protin dan zat besi. Ia mempunyai sekitar 145 kalori bagi setiao 100 gram daging burung unta. Kandungan lemak lebih rendah dari ayam turki yang sesuai dijadikan stew dan sebagainya. Kenapa daging burung unta berwarna merah?. Ini disebabkan ia mempunyai otot-otot dipanggil 'slow-twitch' yang mengandungi bahan Myoglobin tinggi membolehkan ia menyimpan oksijan banyak ketika ia bergerak apa lagi untuk berlari pantas. Myoglobin adalah berwarna merah menyimpan banyak oksijan berbeza dengan otot burung lain termasuk ayam dan turki yang kurang bergerak. Ototnya juga mengandungi Glycogen yang berwarna merah gelap menjadikan ia adalah jenis daging berkualiti, Jika hendak buat perbandingan diantara ayam daging (kurang bergerak) berbanding dengan ayam kampong (kuar berlari dan berjalan) dimana daging ayam kampong adalah berwarna kemerahan.
Kepada mereka yang ke Sungkai, Perak jangan lupa untuk singgah di kedai Mus Tomyam untuk menikmati sup burung unta dan dging unta masak kicap. Kedai ini yng terletak di jalan besar Sungkai mudah diakses dan mudah untuk parkir. Waktu operasinya diantara jam 10.00 pagi sehingga jam 3.00 petang setiap hari kecuali ditutup pada hari Ahad. Pada penulis blog sup burung unta yag dhidangkan disini memang menyelerakan dengan harga semangkuk adalah RM8.00 (Sila lihat foto disebelah). Daging burung unta yang digunakan diperolehi daripada pembekal tempatan dan ada yang diimport dari luar negara berstatus halal. Walau pun kepada mereka yang kali pertama makan sup daging burung unta ini disini akan tetapi mungkin tidak dapat membezakan antara sup burung unta dengan sup daging lembu biasa. Inii kerana dari segi tekster, warna, kekenyalan dan sebagainya memang ia adalah hampir sama sahaja. Bagaimana pun hanya mereka yang memang ada 'taste preferance' yang tinggi sahaja boleh merasa dan juga membezakannya. Selain daripada sup burung unta disini disediakan juga menu daging unta masak kicap juga satu menu hidangan yang mesti dicuba. Nasi Ayam Mus Tomyam juga menjadi satu menu yang popular direstoren ini selain daripada beberapa masakan panas lain seperti sayur campur.
Berlainan pula laporan akhbar bertajuk "Sajian sup burung unta goda pengunjung Sekayu Cafe" dimana dipaparkan chef Abdul Razak Hamid menunjukkan masakan burung unta masak lada hitam di Sekayu Kafe, Hotel Seri Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Berita dari bandar Kuala Terengganu ini paparkan dimana adakalanya selera seseorang itu terasa ingin mencuba masakan yang berbeza dengan apa yang dinikmati sebelum ini. Keinginan merasakan kelainan bagaikan menggoda selera untuk mencuba sajian di luar, setelah puas memakan masakan sendiri. Mungkin apa yang dicari itu sukar diperoleh di tempat biasa seperti hidangan berasaskan daging burung unta dan rusa. Jika masakan itu yang dicari maka mereka perlu ke Sekayu Cafe di Hotel Seri Malaysia di sini yang menyediakan pelbagai hidangan yang berasaskan daging tersebut. Hidangan yang paling digemari ialah sup daging burung unta yang sememangnya pasti akan menjanjikan kelainan berbanding sup biasa. Warnanya yang gelap kepekatan dengan campuran rempah ratus membuat pengunjung tidak akan melupakan semasa saat menghirup sup yang sememangnya lazat. Bagi penggemar daging burung unta mereka bolehlah mengunjungi Sekayu Cafe untuk mencuba hidangan tersebut. Menurut dakwaan Chef Eksekutifnya Abdul Razak, di Sekayu Cafe menawarkan pilihan menu yang pelbagai kepada pelanggan. Pelanggan juga boleh memesan apa sahaja hidangan yang ingin dicuba semesti tidak akan dihampakan. Beliau yang dibantu oleh enam lagi pembantu tukang masak lain mengakui, hidangan kedua-dua masakan tersebut hanya boleh didapati di kafenya setiap hari. Hanya kafe ini sahaja yang menyediakan hidangan yang berasaskan daging burung unta dan daging rusa di sini.
Stiap minggu dia akan memesan lima kilogram untuk daging rusa dan daging burung unta untuk keperluan hotel dari pembekal tempatan. Bagi memastikan masakan daging tersebut berkualiti dia hanya memesan daging tersebut dalam kuantiti yang sedikit. Bekalan tersebut senang diperoleh cuma masakan sahaja yang jarang diperoleh. Pada masa ini pelbagai hidangan lazat lagi unik terdapat di sini melalui masakan tersebut antara yang menjadi tumpuan ialah sup kurma daging burung unta, dalca daging burung unta, gulai ros burung unta, kari daging burung unta dan juga daging burung unta masak lada hitam. Biasanya pelanggan juga boleh memesan apa sahaja masakan berasaskan daging tersebut, pastinya ia akan menyelerakan. Memang ada antara masakan yang terdapat di Sekayu Cafe sukar ditemui antaranya masakan sup daging rusa berempah. Sup itu hanya terdapat di Sekayu cafe dakwanya selain itu memang di sediakan menu daging rusa masak lada hitam, rusa masak halia, rusa masak merah dan banyak lagi masakan berasaskan rusa juga jarang ditemui di restoran-restoran di negeri ini. Ini adalah kelebihan cafe ini yang menyajikan masakan lain daripada yang lain. Bagi penggemar rusa masak lemak cili padi, cubalah kelainan masakan ini di Sekayu Cafe yang menjanji tahap kepuasan dalam setiap hidangan (Sila lihat foto disebelah). Hirisan dagingnya yang nipis lembut membuatkan ramai pengunjung pasti mengingati dan mengunjunginya kembali. Selain menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang dibuat sendiri termasuklah rempah sup membuat pengunjung tidak melupai kelazatan hidangan daging tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SUP BURUNG UNTA... ADUH ENAKNYA...

PANAS LAGI... NASI PUTIH LAWANNYA...
IA BERKHASIAT... BERPATUTAN HARGA...
KEGEMARAN PENULIS... TAMBAH IDEA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.