KUMBANG DEBUNGA atau juga selalu dipanggil sebagai KUMBANG POLLEN (Haptoncus luteus) dari keluarga Nitidae merupakan sejenis serangga yang sering berada pada bunga tumbuhan. Serangga ini diketegorikan sebagai serangga berfaedah kerana membantu didalam proses pendebungaan tumbuhan. Bagaimana pun kini serangga jenis kumbang yang sangat kecil ini telah dilaporkan menyerang ternakan kelulut terutama dikawasan akasia dan persisir pantai. Penulis mendapati serangan serius berlaku di kawasan ternakan kelulut komersil kepunyaan Cikgu Wan yang terletak di tanah Jabatan Pertanian, Tanah Putih, Pekan, Pahang pada 4 Ogos 2016. Sebanyak lebih daripada 60 log kelulut telah dibakar sebagai langkah kawalan daripada sejumlah lebih 500 log yang terdapat dikawasan ini. Daripada beberapa rujukkan yang saya rujuk, kumbang ini merupakan salah satu daripada spesis kumbang Nitidulid yang dikelaskan sebagai koloni lebah bersosial (Ellis et al. 2008) dan dalam kumpulan tidak merosakkan (harmless associates) sama seperti Cychramus luteus (Neumann dan Ritter 2004). Kumbang ini juga ada dikaitkan dengan lebah lain yang menyerang beberapa jenis buah-buahan seperti strawberi dan kurma (Yunus and Ho 1980; Audisio et al. 1990). Kejadian serangan kumbang debunga hanya berlaku selepas musim kemarau dan panas panjang daripada Januari sehingga April 2016 dan diikuti dengan hujan dan panas silih berganti. Kejadian serangan kumbang debunga ini hampir sama waktunya dengan serangan oleh BSF (Black Soldier Fly) yang kini banyak merosakkan dan menyerang koloni kelulut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kumbang debunga yang kini dilaporkan menyerang log atau sarang kelulut dimana ia adalah ancaman merbayaha industri ini.
Kumbang Debunga yang amat halus ini berwarna coklat kekuningan bergantung kepada persekitaran (Sila anda lihat foto disebelah). Mata kasar biasa amat sukar untuk lihat rupa bentuknya dan jika diperbesarkan berkali ganda baru anda dapat lihat seperti foto disebelah. Ia merupakan jenis kimbang dari keluarga Nitidae dengan mempunyai sesungut, 3 pasang kaki dan sepasang kepak yang membolehkan ianya terbang. Lazimnya ia berada pada bunga tumbuhan untuk makan debunga dan membantu didalam proses pendebungaan tumbuhan dalam keadaan semulajadi. Ia merupakan perosak yang serius kepada tanaman strawberi, kurma dan dilapor memusnahkan industri perlebahan di Eropah. Mempunyai 4 peringkat kehidupan iaitu Telur, Larva, Pupa dan Dewasa dan membiak dengan cepat. Telurnya berbentuk 'saussage' berwarna putih dan lutsinar berukuran 0.57 mm lebar dan 0.67 mm panjang. Telur ini menetas cepat iaitu dalam masa 1.5 - 2 hari sahaja. Peringkat Larva merupakan peringkat paling aktif mencari makanan dan menyorok dibawah brood atau propolis atau pollen. Peringkat larva yang baru menetas ia berwarna putih krim berukuran 0.82 mm panjang dan 0.21 mm lebar (sangat halus untuk dilihat dengan mata kasar). Penulis kecik-besar biji mata pun tak dapat lihat dengan jelas dan dibawah kanta pembesar baru nampak. Larva dewasa pula juga berwarna putih krim yang berukuran diantara 3.28 - 3.95 mm panjang dan 0.97 - 1.00 mm lebar (Sumber rujukkan: Dr Kumara Thevan a/l Krisnan , UMK). Beliau nyatakan kumbang ini sebagai 'Pemusnah Sarang Kelulut' di Malaysia.
Peringkat ke 2 adalah peringkat pupa yang berada didalam propolis. Penulis lihat pupa dengan jelas gunakan kanta pembesar selepas mengorek propolis kelulut yang dilihat iaitu berwarna putih mutiara dan kemudiannya menjadi putih. Rujukkan menyatakan ia kecil dan sebenarnya sangat halus dengan ukuran 2.51 mm panjang dan 1.21 mm lebar. Pada peringkat ini ia tidak merosakkan sarang kelulut secara langsung. Peringkat dewasa kumbang debunga ini berwarna coklat dengan berukuran 2.51 mm panjang dan 1.38 mm lebar (Sila lihat foto disebelah). Kerosakkan akibat serangan kumbang debunga agak teruk pada sarang kelulut Trigona itama berbanding dengan Trigona thoracica daripada apa yang penulis dapati. Ini berkemungkinan jenis T. thoracica selalunya terbang lebih tinggi diatas tumbuhan dimana kewujudan kumbang debunga pada tumbuhan lebih tinggi adalah kurang berbanding dengan debunga dipokok yang rendah. Hampir kesemua sarang kelulut T. thoracica yang ada dalam kawasan pemerhatian tidak diserang lagi. Sebanyak 60 log kesemuanya adalah terdiri daripada jenis T. itama sahaja. Bagaimana pun kemungkinan untuk kumbang debunga ini menyerang masih terdedah. Apa yang penting adalah akktiviti pemantauan perlu dijalankan setiap masa. Dalam usaha memantau kehadiran kumbang debunga ini sebaiknya pengusaha kelulut menghadiri kursus atau membuat lawatan dilokasi lain yang telah ada serangan. Bertanya kepada pegawai pengembangan atau rakan lain juga mampu menambah pengetahuan selain daripada buat rujukkan diinternet.
KUMBANG PENDEBUNGA... APA DIA...
BERSAIZ KECL...KELULUT SERANGNYA...
CEPAT MEMBIAK... AMAT MERBAHAYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT MAKLUMATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut,
Kg Terap, Lipis,
Pahang, Malaysia.
(4 Zulkaedah 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.