KUMBANG DEBUNGA (Haptoncus luteolus) merupakan serangga terbaru yang menyerang kelulut di Malaysia dengan serius semenjak Julai 2016. Penulis kali pertama menjumpai kes serangan teruk kumbang kecil ini pada 4 Ogos 2016 di Projek Komersil Ternakan Kelulut oleh Cikgu Wan di Tanah Putih, Pekan , Pahang. Dalam membuat rujukkan, ada didapati laporan kumbang debunga ini dibuat kajian oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengenai kumbang berfaedah ini yang dikatakan membantu proses pendebungaan tumbuhan ada potensi menyerang kelulut. Semasa lawatan tersebut dilaporkan sebanyak 63 log kelulut telah dan sedang dibakar sebagai satu kaedah dimana ia didakwa amat berkesan untuk cara kawalan yang dijalankan. Pada masa artikel ini ditulis banyak laporan akan kerosakkan koloni kelulut di beberapa negeri seperti di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan beberapa negeri lain disebebkan oleh Black Soldier Fly (Hermatia ilucens) atau singkatannya BSF atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai Lalat Soldadu Hitam. Di Pahang sahaj dilaporkan beratus-ratus log kelulut telah dibakar akibat serangan BSF seperti di Daerah Temerloh, Bentong, Kuantan, Maran dan beberapa lagi. Serangan BSF berbula serius semenjak Jun - Julai 2016 iaitu semasa bulan puasa apabila tamatnya musim kemarau panjang dan bermula hujan. Kini serangan oleh Kumbang Debunga atau ringkasnya dipanggil sebagai Kumbang Pollen (KP) telah serius menyerang long kelulut di Tanah Putih, Pekan, Pahang. Dalam sibuk-sibuk orang bercertita akan serangan Black Soldier Fly (BSF) rupanya serangga iaitu Kumbang Pollen yang dulu dikategorikan sebagai serangga berfaedah membantu proses pendebunggan menjadi ancaman serius perusahaan ternakan kelulut. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu penulisan dirujuk oleh semua pembaca blog ini.
Kumbang Debunga yang amat halus ini berwarna coklat kekuningan bergantung kepada persekitaran (Sila anda lihat foto disebelah). Mata kasar biasa amat sukar untuk lihat rupa bentuknya dan jika diperbesarkan berkali ganda baru anda dapat lihat seperti foto disebelah. Ia merupakan jenis kimbang dari keluarga Nitidae dengan mempunyai sesungut, 3 pasang kaki dan sepasang kepak yang membolehkan ianya terbang. Lazimnya ia berada pada bunga tumbuhan untuk makan debunga dan membantu didalam proses pendebungaan tumbuhan dalam keadaan semulajadi. Ia merupakan perosak yang serius kepada tanaman strawberi, kurma dan dilapor memusnahkan industri perlebahan di Eropah. Mempunyai 4 peringkat kehidupan iaitu Telur, Larva, Pupa dan Dewasa dan membiak dengan cepat. Telurnya berbentuk 'saussage' berwarna putih dan lutsinar berukuran 0.57 mm lebar dan 0.67 mm panjang. Telur ini menetas cepat iaitu dalam masa 1.5 - 2 hari sahaja. Peringkat Larva merupakan peringkat paling aktif mencari makanan dan menyorok dibawah brood atau propolis atau pollen. Peringkat larva yang baru menetas ia berwarna putih krim berukuran 0.82 mm panjang dan 0.21 mm lebar (sangat halus untuk dilihat dengan mata kasar). Penulis kecik-besar biji mata pun tak dapat lihat dengan jelas dan dibawah kanta pembesar baru nampak. Larva dewasa pula juga berwarna putih krim yang berukuran diantara 3.28 - 3.95 mm panjang dan 0.97 - 1.00 mm lebar (Sumber rujukkan: Dr Kumara Thevan a/l Krisnan , UMK). Beliau nyatakan kumbang ini sebagai 'Pemusnah Sarang Kelulut' di Malaysia.
Peringkat ke 2 adalah peringkat pupa yang berada didalam propolis. Penulis lihat pupa dengan jelas gunakan kanta pembesar selepas mengorek propolis kelulut yang dilihat iaitu berwarna putih mutiara dan kemudiannya menjadi putih. Rujukkan menyatakan ia kecil dan sebenarnya sangat halus dengan ukuran 2.51 mm panjang dan 1.21 mm lebar. Pada peringkat ini ia tidak merosakkan sarang kelulut secara langsung. Peringkat dewasa kumbang debunga ini berwarna coklat dengan berukuran 2.51 mm panjang dan 1.38 mm lebar (Sila lihat foto disebelah). Kerosakkan akibat serangan kumbang debunga agak teruk pada sarang kelulut Trigona itama berbanding dengan Trigona thoracica daripada apa yang penulis dapati. Ini berkemungkinan jenis T. thoracica selalunya terbang lebih tinggi diatas tumbuhan dimana kewujudan kumbang debunga pada tumbuhan lebih tinggi adalah kurang berbanding dengan debunga dipokok yang rendah. Hampir kesemua sarang kelulut T. thoracica yang ada dalam kawasan pemerhatian tidak diserang lagi. Sebanyak 60 log kesemuanya adalah terdiri daripada jenis T. itama sahaja. Bagaimana pun kemungkinan untuk kumbang debunga ini menyerang masih terdedah. Apa yang penting adalah akktiviti pemantauan perlu dijalankan setiap masa.
Serangan kumbang debunga ini berlaku berkemungkinan selepas kurangnya bunga dan nektar akibat hujan yang berlaku selepas kemarau panjang dari Januari - pertengahan April 2016. Kes ini amat jarang dilaporkan sebelum ini kerana belum ramai usahawan menternak kelulut sampai beratus-ratus malahan ribuan sarang dalam satu lokasi. Kumbang debunga ini amat tertarik kepada cuka makan kerana 'bau masam' yang ada pada cuka makan. Antara cara memasang peragkap adalah dengan masukkan cuka makan kedalam mangkuk plastik dan dibuat beberapa lubang didindingnya. Letakkan perangkap ini dibeberapa kawasan penternakan kelulut dan ianya akan masuk. Kumbang dewasa akan masuk kedalam mangkuk dan terapong mati. Cuka makan dan mangkuk plastik seperti foto disebelah. Selain itu boleh masukkan debunga bersama propolis dalam mangkuk plastik berlubang untuk tujuan memerangkap kumbang debunga. Bagaimana pun kumbang dewasa akan suka masuk mangkuk yang mengandungi propolis dan debunga ini kerana ada makanan. Antara tanda sarang kelulut telah diserang kumbang debunga dari luaran adalah dengan melihat corong. Jika pintu masuk corong agak tertutup kecil atau ada lubang-lubang pada corong bermakna ia mungkin sudah diserang. Tanda lain dimana bilangan kelulut yang keluar dan masuk amat sedikit dan lemah.
Daripada lebih 500 log atau sarang kelulut yang diternak oleh Cikgu Wan di Tanah Putih, Pekan, Pahang kini sebanyak 60 buah loh telah dibakar (Sila lihat foto disebelah). Kini daripada rujukan dari UMK dan di Facebook memberitahu kaedah kawalan yang sesuai dilakukan adalah dengan membakar log. Ini kerana kedudukan telur, larva dan pupa kumbang debunga ini berada dalam beberapa lapisan propolis dalam sarang kelulut. Amat sukar untuk kerja mengeluarkan dan mencuci atau membersihkan telur dan pupa serta larva dalam log kayu atau celah-celah papan dalam kotak super. Kaedah cara membakar log ini akan mempastikan semua kitaran hidup kumbang debunga dewasa akan musah. Penulis mencadangkan agar Cikgu Wan mengambil log yang diserang dan direndam dalam air laut beberapa jam sebelum merendam semula dalam air tawar mengalir dan dikeringlan. Ini mungkin akan dapat membunuh semua koloni kelulut dan log berlubang tersebut boleh dikitar atau guna semula. Dalam kes lain penulis juga dimaklumkan log yang dihuni oleh Trigona thoracica tidak diserang oleh kumbang pollen ini. Hipotesis penulis semasa membuat penerangan kepada pengusaha adalah dengan nyatakan kelulut T. thoracica hanya memgunjungi bunga dan mengambil nekatar dari pokok akasia yang lebih tinggi berbanding dengan spesis T. itama. Bunga dan nektar dipokok yang lebih tinggi kurang ujud kumbang pollen ini menyebabkan spesis ini kurang diserang. Bagaimana pun penulis berpendapat potensi kumbang pollen ini menyerang T. thoracica masih terbuka apabila berlaku suatu keadaan persekitaran sesuai. Perlu ada kaedah kawalan sesuai dengan tidak membakar log yang perlu dikaji. Ini kerana kos membeli kayu log amat mahal. Diharap artikel inik ini dapat memberi info berguna kepada usahawan kelulut, saintis dan juga pegawai pengembangan pertanian diseluruh negara. Sila pastikan anda juga membaca artikel dalam 'Anim Agro Technology' mmengenai BSF (Sila klik disini) untuk menambah ilmu pengetahuan. Wasallam!!!.
MERBAHAYA,,,,KUMBANG DEBUNGA...
SAIZNYA KECIL...CERAT SERANGNYA,,,
CEPAT MEMBIAK... 1.5-2 HARI SAHAJA...
TERUS BERTELUR... AMBOI CEPATNYA...
LOG DIBAKAR... CARA KAWALANNYA...
ADAKAH KAEDAH LAIN..SUDAH CUBA?..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Komersil Kelulut,
Pusat Pertanian Tanah Putih,
Pekan, Pahang,
Malaysia.
(4 Ogos 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.