Support My Blog

Friday, July 15, 2016

KACIP FATIMAH - HERBA UNTUK KULIT

KACIP FATIMAH (Labisia pumila) adalah sejenis tumbuhan herba daripada keluarga Myrsinaceae yang dikatakan natif di Malaysia. Terdapat beberapa spesis kacip fatimah tetapi paling popular adalah L. pumila Sinonim  Ardisia pumila Blume, Labisia pothaian Lindley yang sering dijumpai di Malaysia, Thailand, Indochina. Nama Lain tumbuhan herba ini adalah seperti Mata pelandok rimba, bunga belangkas hutan (Malaysia), Kelimparan tuli (Belitung) dan juga Udu mudung bio’ (Indonesia).  Kacip fatimah merupakan sejenis herba berkhasiat yang dikaitkan dengan kegunaan untuk perempuan sementara bagi lelaki adalah Tongkat Ali. Kacip Fatimah kebiasaannya digunakan secara ubat-ubatan tradisional bagi memudahkan dan mendorong untuk bersalin serta selepas bersalin dimana ia diguna kalangan wanita Malaysia sejak dulukala. Kacip fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu kecil dan tumbuh liar di hutan hujan tropika pada ketinggian 150 kaki dari paras laut. Tumbuhan ini akan membiak dengan 2 cara iaitu melalui biji benih dan boleh juga debfab cara keratan akar. Pusat Pertanian Parit Botak di Batu Pahat, Johor merupakan antara nurseri pembiakan herba kacip fatimah terbesar dan terbanyak di Malaysia. Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. Daun kira-kira 20 sentimeter panjang berwarna hijau dan mempunyai buah bertangkai warna merah di bahagian pangkal batangnya, dan biasanya digunakan sebagai sejenis minuman teh oleh kaum wanita yang mengalami kehilangan libido. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai herba kacip fatimah sebagai bahan rujukan dan bacaan.


Terdapat 3 jenis variasi kacip fatimah yang telah dikenalpasti ujud di Malaysia iaitu (a) Labisia pumila var. alata, (b) Labisia Pumila var. Pumila dan (c) Labisia Pumila var. lanceolata. Ketiga-tiga varieti ini telah didokumenkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada perbezaan marfologi nyata diantaranya. Antara kesan atau khasiat daripada produk ekstrak tumbuhan Kacip Fatimah (Labisia pumila) dilaporkan ujud berkaitan kadar pertumbuhan sel-sel fibroblas untuk kulit manusia (HSF 1184). Didapati bahan ekstrak tumbuhan telah digunakan sejak zaman purba bagi aplikasi kosmetik dan farmaseutikal. Bahagian yang berlainan tumbuhan termasuk daun, bunga buah-buahan, batang, kulit kayu, tunas dan akar digunakan untuk aplikasi ini. Dalam dunia kosmetik, ekstrak tumbuhan dan tumbuhan digunakan kerana terbukti akan potensinya dalam menyediakan bahan pelembap, pemutih, penyamakan, kosmetik mewarna, pelindung matahari, pembersih-radika, bahan anti-oksida, perangsang imun, pembasuh, pengawet dan kesan pemekat. Seebenarnya pada tahun ada penyelidikan baru dijalankan ke atas ekstrak tumbuhan yang berbeza-beza bertujuan untuk mendapatkan seberapa banyak pemahaman yang boleh didapati dari profil kimia dan bio-aktivitinya. Semua jenis penyelidikan asas ini adalah sangat penting kepada masyarakat secara saintifik untuk mereka meneroka dan menentukan potensi dan manafaat ekstrak tumbuhan untuk penggunaan kosmetik atau farmaseutikal. Salah satu kajian adalah berkait dengan fibroblas kulit manusia digunakan sebagai bahan analisa kerana ia merupakan setu sistem mantap untuk menganalisa in-vitro pertumbuhan sel, pemindahan, dan metabolisma kolagen. 


Kajian terkini telah menunjukkan bahawa ekstrak tumbuhan mempunyai potensi yang besar dalam memberi tindakan photoprotective kepada kulit manusia. Kulit adalah organ terbesar pada badan manusia iaitu beratnya kira-kira empat kilogram dan meliputi kira-kira dua meter persegi. Kulit manusia sebenarnya terdiri daripada beberapa lapisan iaitu Lapisan Stratum corneum, Lapisan Epidermis dan Lapisan Hypodermis. Setiap lapisan kulit manusia akan memainkan peranan yang amat penting dalam melindungi badan manusia daripada agen persekitaran yang berbahaya terutamanya organisma berjangkit (bakteria atau virus - 'kuman'), kotoran, habuk dan cahaya matahari. Mengapa kita perlukan bahan ekstrak tumbuhan mejnadi persoalan. Sebenarnya ekstrak tumbuhan telah digunakan semenjak zaman purba lagi bagi aplikasi kosmetik dan farmaseutikal. Dari segi keberkesanan dan penggunaan beberap bahagian tumbuhan herba seperti daun, bunga buah-buahan, batang, kulit kayu, tunas dan akar boleh digunakan. Dalam dunia kecantikan atau kosmetik, tumbuhan dan ekstrak daripada tumbuhan telah digunakan kerana kemampuannya telah terbukti dapat memberi kesan pelembap, pemutih, krim pelindung matahari, antioksida dan sebagainya. Herba Kacip Fatimah (Labisia pumila) didakwa mempunyai kesan yang sangat ketara ke atas pertumbuhan garis sel HSF 1184 . Ini adalah benar dalam kedua-dua keadaan dimana didalam media pembentukan Serum Bovine Janin (Fetal Bovine Serum - FBS) dan dalam media tanpa Serum Bovine Janin. Pengantaran sahaja (medium alone) tanpa FBS tidak akan menyediakan persekitaran yang lengkap bagi sel untuk terus hidup. Biasanya jika garis sel dikulturkan dalam medium tanpa kewujudan FBS, ia hanya akan mengambil masa beberapa hari sahaja sebelum sel-sel sepenuhnya mati. Ini mencadangkan bahawa Labisia pumila mungkin menjadi pengganti serum pertumbuhan. Pertumbuhan harian sel-sel boleh dipantau dan bilangan sel-sel dikira menggunakan haemocytometer dari hari 0 sehingga hari ke-14. Selalunya kepekatan ekstrak tumbuhan berkesan telah ditentukan dan kepekatan yang dipilih adalah 1 x 10-4 ug/ml. Pada kepekatan ini, rangsangan pertumbuhan sel hampir dua kali ganda dan ia tidak menunjuk sebarang sel-sel. 


Penambahan ekstrak Labisia pumila telah menyebabkan peningkatan yang ketara dalam pertumbuhan sel-sel. Kebiasaannya sel-sel mengambil kira-kira 14 hari untuk mati sepenuhnya bagaimanapun selepas penambahan ekstrak tumbuhan dilaporkan sel-sel masih hidup pada hari ke-14. Walaupun bilangan sel menurun pada hari yang sama (hari ke-7) pada kedua-dua keadaan dan keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengumpulan bahan buangan dalam medium kultur sel. Bilangan sel akan bertambah hampir dua kali ganda dari hari pertama sehingga hari ke-6 untuk sel-sel yang dirawat dengan ekstrak tumbuhan. ini jelas menunjukkan bahawa herba kacip fatimah mempunyai kesan langsung ke atas jumlah masa bilangan dua kali ganda sel-sel. Kesan Dari Ekstrak Kacip fatimah keatas organ Buah Pinggang, Hati, dan uterus Tikus Putih degan gunakan akar kacip fatimah yang belum direndam-kecut adalah signifikan. Kacip Fatimah adalah sumbangan semulajadi terbaik kepada kaum wanita dalam membantu memudahkan bersalin dengan selesa secara semulajadi dan mengukuhkan otot-otot perut. Digunakan secara tradisional oleh kaum asli, dalam menyediakan kitaran dan kelancaran haid secara selesa bagi kaum wanita nya. kesan-kesan Aphrodisiac dari Kacip Fatimah, membuatnya salah satu herba yang paling penting yang menawarkan remedi semulajadi yang lengkap untuk menambah keseksualan.


Penggunaan Kacip Fatimah dapat meningkatkan tahap kesihatan dengan cara mendorong dan memudahkan kelahiran anak. Ia juga membantu menegangkan dan melaraskan otot perut di kalangan wanita serta berupaya membantu mengetatkan otot faraj dan membantu pada perkembangan kesihatan pembentukan payu dara agar lebih pejal dan tegang. Kesan kacip fatimah juga mengurangkan kesakitan dan kesukaran kitaran haid dimana ia digunakan untuk merawat cirit birit dan sakit sendi. Ia juga didakwa membantu mewujudkan satu kitaran haid yang tetap apabila tempoh gagal hadir diatas sebab-sebab seperti tekanan, penyakit atau apabila pil dihentikan. Ia mencegah kesan kepada kekejangan, menahanan air dan kerengsaan semasa kesakitkan haid serta mengimbangkan, membina dan serta mengharmonikan sistem pembiakan wanita bagi tujuan menggalakkan komutan sihat. Kacip Fatimah berguna dalam menyokong kesegaran kesihatan bauan faraj (vaginal flora) dan mengelak kerengsaan dan jangkitan. Ia dapat menghilangkan keletihan, memudahkan gejala menopaus dan menggalak kesejahteraan emosi serta mampu untuk memanjangkan jangka tenaga semasa intiman suami isteri. Dalam kes lain ia didakwa membantu menyelesaikan masalah sembelit serta dapat menegangkan kulit dan dinding faraj. Kacip fatimah akan bertindak sebagai Anti Kesakitan haid (Anti-dysmenorrhoea) serta dapat membersihkan dan mengelak kesakitan atau sukaran haid. Selain itu khasiatnya seperti dijadikan bahan anti-kembungan, mengusir dan menghalang pembentukan gas. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Cara untuk penggunaan untuk selepas atau sebelum bersalin ialah dengan merebus (keseluruhan dari pokok) kedalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Diharap garapan artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
KACIP FATIMAH... BANYAK DIGUNA...
HERBALIAR... DIHUTAN DUDUKNYA...
OLEH DITANAM.. IKUT TEKNOLOGINYA...
BERKHASIAT.. PEREMPUAN KHASNYA...



By,
M Anem,
Room 207, Hotel King,
No 30, Lebuh Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(20 Rejab 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...