SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG adalah satu daripada peribahasa Melayu yang menggunakan haiwan lembu sebagai subjek dimana peribahasa ini ada diajar disekolah sejak dahulu. Peribahasa ini memberi makna 'Orang yang selalu menurut kemahuan orang'. Ini bermaksud apabila seekor lembu telah dicucuk hidungnya dan kemudian dimasukkan besi atau tali yang diikat, apabila lembu tersebut ditarik talinya ia akan terus mengikutinya tanpa melawan. Hidung merupakan organ yang sensitif pada haiwan lembu dimana apabila tali lembu yang melekat pada hidung ditarik, maka lembu tersebut akan rasa sakit dan mengikuti sahaja gembalanya atau sesiapa sahaja yang menariknya. Lembu yang besar atau garang ini apabila diikat hidungnya dengan tali maka ia akan mengikut sahaja bila dicucuk hidungnya. Perkara ini telah diperhatikan oleh bijak pandai bahasa yang kemudian menjadikannya peribahasa yang mejadi amalan atau adat dalam masyarakat. Lazimnya akan ada orang yang mengikut apa sahaja kemahuan orang yang memberi arahan atau perintah serta menurut sahaja tanpa soaljawab atau mudah dikatakan dia sebagai 'Pak Turut'. Dalam masyarakat dahulu mungkin ada orang atau kelompok seperti ini sama ada dalam usaha menangani beberapa isu atau masaalah didalam masyarakat kampong atau memberi sebarang arahan oleh ketua kampong. Ia boleh menjadi satu kelebihan atau kelemahan masing-masing bergantung kepada sesuatu isu dan keadaan. Pihak Ketua Organisasi akan mudah untuk menjalankan sesuatu perkara baru atau cadangan apabila semua ahli-ahli dalam kelompoknya menurut sahaja untuk dilaksanakan dan ianya akan dapat dilakukan dengan cepat. Bagaimana pun jika cadangan itu tidak baik maka ia akan menjejaskan keseluruhan masyarakat. LEMBU (Bos taurus L) merupakan haiwan berkaki empat dari keluarga Bovidae yang terdapat dikebanyakan negara didunia kecuali kawasan sejuk dan gurun. Lembu juga mempunyai nama saintifik lain iaitu Bos primigenius dan Bos indicus yang mempunyai banyak spesis. Dalam bahasa lain lembu juga dipanggil sebagai Cattle, Cow dan sebagainya. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang peribahasa seperti lembu dicucuk hidung dan kaitannya dengan sektor pertanian dan perkara yang berkaitan dengannya untuk bacaan anda.
Lembu adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia atau didalam bahasa Inggerisnya cattle atau cow. Di Malaysia ternakan lembu merupakan haiwan yang penting dipelihara semenjak dahulu lagi. Penulis juga maklum iaitu pada zaman dahulu lembu menjadi harta yang sangat berharga sehingga ujud bidalan "lembu kerbau penuh sepadang" yang memberi makna harta yang banyak dipunyai seseorang atau telah bersiap sedia (Sila lihat foto disebelah). Lembu juga menjadi alat yang penting bagi sektor pertanian dan pengangkutan di mana lembu juga pernah digunakan bagi membajak sawah dan sebagai haiwan penarik kereta lembu. Semasa lawatan penulis ke Myanmar pada 2009 melihat bagaimana lembu merupakan haiwan utama untuk membajak sawah padi dan penarik kereta lembu untuk pengangkutan di kawasan kampong. Haiwan lembu mempunyai nilai ekonomi yang penting kerana banyak daging serta bahagian lain digunakan sebagai sumber protin yang penting untuk manusia. Daging lembu, hati lembu, limpa lembu, usus lembu, perut lembu dan lain-lainya dijual berasingan dengan harga berbeza. Daging lembu (Beef) adalah sejenis produk dihasilkan daripada ternakan lembu pedaging yang terdiri daripada jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umumnya ia digunakan untuk keperluan makanan. Saya dapati cara penggunaan daging lembu ini berbeza-beza iaitu ia bergantung kepada cara pemotongannya dan tujuan kegunaannya. Sebagai contoh didapati daging rusuk, daging batang pinang dan T-Bone sangat banyak digunakan sebagai bahan mentah untuk masakan Stik (Steak). Anda boleh membaca artikel mengenai pemotongan daging lembu dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Daging lembu adalah bahan utama dibuat sate, burger lembu, hotdog selain daripada sate ayam yang lazat di Malaysia.
Rekod daripada Kementerian Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veriterinar (JPV) menunjukkan terdapat seramai 43,310 orang penternak Lembu dan 3,925 penternak Kerbau yang terlibat dalam industri ini sama ada berskala besar sederhana dan berskala kecil (Sumber: Laporan Agro Makanan MOA 2010). Penternak kambing tempatan atau kambing biri-biri pula direkodkan sebanyak 25,509 orang sementara penternak Ayam seramai 76,925 orang, penternak itik seramai 8,779 orang dan penternak babi seramai 887 orang. Info tersebut menunjukkan pada keseluruhannya negeri Kelantan merupakan negeri paling ramai bilangan penternak lembu iaitu seramai 26,186 orang tetapi kebanyakannya adalah penternak yang berskala kecil-kecilan dengan purata pemilikan kurang dari 5 ekor lembu diikuti dengan Negeri Terengganu seramai 5,283 orang. Negeri Johor merupakan negeri paling banyak menyumbang sektor ternakan negara terutama dalam Ternakan Ayam (Lebih 60 juta ekor setahun), Ternakan Kambing (70,000 ekor/ tahun) serta jumlah sembelihan lembu dan kambing di Malaysia. Industri Ternakan Lembu di Malaysia direkodkan sebanyak 909,910 ekor Lembu pada tahun 2010 dengan sebanyak 97,580 ekor telah disembelih dirumah-rumah sembelih termasuk semasa aktiviti Korban. Kebanyakan lembu diternak secara kecil-kecilan dikawasan kampong atau secara sederhana besar dikawasan padang ragut berkelompok atau di Stesen-stesen JPV seluroh negara. Lembuh jenis KK Cross (Kacukan Kedah-Kelantan) merupakan yang paling banyak diternak selain daripada lembu impot kacukan. Terdapat sebanyak 130,090 ekor Kerbau direkodkan di negara kita pada tahun 2010 dengan sebanyak 9,130 ekor disembelih. Sabah mempunyai bilangan kerbau terbanyak iaitu 44,133 ekor diikuti dengan Pahang (17,533 ekor) dan Perak (16,951 ekor). Jumlah pengeluaran daging segar tempatan direkodkan sebanyak 46,510 metrik tan pada tahun 2010 yang bernilai RM 819.6 juta pada tahun 2010 berbanding cuma sebanyak RM 535.4 juta pada tahun 2005. Penggunaan daging oleh penduduk Malaysia sebanyak 162,360 mt sedangkan bekalan dalam negara cuma 46,510 mt setahun. Saya kira perbezaan ini iaitu sebanyak 115,850 mt daging lembu/ kerbau perlu diimpot.
Lembu juga digunakan sebagai kenderaan 'kereta lembu' yang masih popular di Melaka sebagai satu tarikan pelancongan di negeri tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kereta Lembu menjadi ikon negeri tersebut dimana kita boleh naik kereta lembu di kawasan Air Keroh, Melaka (Berdepan dengan Zoo Melaka). Lembu-lembu ini biasanya dua ekor yang diletakkan dihadapan kereta lembu tang mempunyai dua roda dan ditarik dua ekor lembu yang dicucuk hidungnya. Pengendali kereta lembu (bukan pemandu kereta) akan memberikan arahan kepada dua ekor lembunya untuk bergerak, membelok, berhenti dan sebagainya hanya dengan suara dan tali yang bersambung dengan cucuk hidungnya. Hanya pengendali dan lembu sahaja yang faham bahasa yang digunakannya. Penumpang akan dikenakan bayaran untuk menaiki kereta lembu di bahagian belakang kereta lembu dengan kadar ditentukan (Caj dikenakan 5 tahun dulu saya naik seorang sekitar RM10.00). Walau pun perlahan pergerakan kereta lembu berbanding dengan kereta bermotor, ada yang memasang lagu dikereta lembu untuk memberikan hiburan kepada pelancong atau penerangan mengenai sejarah kereta lembu di Malaka. Lagu Helen Velu pada tahun 1960'am bertejuk 'Kereta Lembu' ada frasa yang mengatakan kelajuan kereta lembu adalah 'satu (1) jam sebatu'. Lembu-lembu ini adalah juga jenis lembu yang dicucuk hidungnya agar ia menurut apa sahaja diperintahkan oleh tuannya. Ia akan diikat pada pokok disekitar taman tersebut dan diberi makan dimana tali yang diikat pada hidung akan menjamin ia tidak lari kemana-mana ada malam hari. Maka sesuailah peribahasa 'Seperti Lembu Dicucuk Hidung' yang membawa makna orang yang sestiasa menurut kemahuan orang lain. Semuga artikel ini saya berikan info berguna kepada anda. Wasallam!.
SEPERTI LEMBU...DICUCUK HIDUNG...
MENURUT ...IKUT ARAHAN ORANG...
LEMBU BESAR... TIDAKLAH GARANG..
ADAKAH ANDA... SALAH SEORANG?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Puncak Saujana,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(19 Muharam 1437GH)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.