Support My Blog

Tuesday, January 12, 2016

LIPAS - PEROSAK

LIPAS (Cockroach) merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea yang sering dijumpai dimana-mana lokasi terutama didalam rumah lita. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki dimana ia amat menjijikan dan menakutkan ramai orang. Daripada laporan, terdapat kira-kira 4,500 spesis lipas diseluruh dunia dimana sekitar 30 spesis selalunya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dimana ia menjadikan habitat sebagai tempat tinggal. Dari jumlah tersebut sekitar empat (4) spesis lipas memang terkenal sebagai serangga perosak. Lipas adalah sejenis serangga kuno yang melalui proses adaptasi sehingga hari ini walau pun ujud semenjak 320 juta tahun dahulu. Lipas merupakan serangga yang sangat lasak dalam semua jenis keadaan daripada tahap sejuk di Artik sehingga suhu yang panas dikawasan tropika. Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar dan bahan organik lain yang boleh dikunyah dan dihadamkan. Sebenarnya keujudan lipas menyebabkan ia menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit dengan banyaknya syarikat swasta beroperasi tetapi masih gagal menghapuskan lipas sepenuhnya. Dimana-mana termasuk pasaraya, pasar malam, kedai runcit akan anda lihat dimana ada dijual pelbagai jenis perangkap lipas bagi tujuan untuk menghapuskan lipas tetapi masih gagal. Perangkap jenis bergam dengan umpan hormon atau makanan merupakan yang paling biasa dibeli dan digunakan. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai lipas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Lipas mampu hidup diseluruh dunia dengan tumpuan utama populasi dikawasan sub-tropika dan tropika. Hebatnya lipas adalah ketahanan dikawasan suhu sejuk dimana dilaporkan pada suhu -122 Celcius pun ia masih hidup dengan mengeluarkan lapisan penebat dari bahan Glycerol. Ia mempunyai pelbagai julat habitat untuk hidup daripada diloteng rumah, dalam tanah, dalam batang kayu, runtuhan bangunan, longgokan sampah dan sebagainya. Ia juga terdapat dikawasan yang amat kurang dengan air atau dikawasan lembab berdekatan dengan air banyak. Terdapat juga spesis lipas mempunyai sistem menyimpan gelembong udara untuk ia menyelam dalam air buat beberapa lama yang mempunyai sifat 'aquatic cockroaches'. Lipas merupakan serangga sosial yang hidup secara berkumpulan dilokasi tertentu yang ujud banyak makanan. Ia mengeluarkan feromon yang akan membezakan antara satu kumpulan lipas dengan kumpulan yang lain. Lipas adalah serangga Nocturnal iaitu apabila terdedah kepada cahaya terang ianya akan larikan diri. Kebanyak jenis lipas aktif dalam gelap terutama di waktu malam untuk keluar bergerak dan mencari makanan.

Badan Lipas boleh dibahagikan kepada 3 bahagian seperti serangga lain iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Bahagian abdomen lipas mempunyai 10 segmen. Bahagian paling luar badan lipas adalah exoskeleton agak keras yang mengandungi Kalsium carbonate yang melindungi organ dalaman lipas. Ia disambung dengan otot-otot yang akan membolehkan pergerakan lipas. Istimewanya lipas adalah dibadan lipas adalah ada lapisan lilin (coated with wax) yang menyebabkan ia kalis air dan terapong dipermukaan air apabila jatuh diatasnya. Air juga tidak melekat pada mana-mana badan dan organ lipas. Sepasang sayap lipas dari bahagian tengah thorax membolehkan ia berkembang dan terbang bagi beberapa spesis tertentu. Bagaimana pun ada jenis lipas yang tidak mempunyai kepak untuk terbang seperti jenis lipas tanah. Dari 3 pasang kaki yang mempunyai coxae besar dan 5 kuku dikakinya. Kaki dibahagian hadapan adalah pendek daripada kaki dibahagian badan lipas. Pada abdomen terdapat 10 segmen yang mana setiap segmen mempunyai spiracles untuk pernafasan. Untuk tujuan pembiakan lipas jantan mempunyai organ dipanggil 'Aedagus' dan lipas bentina mempunyai organ spermatheca untuk mengeluaran sperma. 

Keujudan lipas dalam rumah memang amat mengerunkan dan menakutkan ramai orang. Ada yang akan menjerit ketakutan melihat lipas lalu dikakinya dan ada puna yang tiada masaalah apabila nampak lipas. Apabila kita mengalih almari, buku lama atau susunan baju dalam almari sering ada terjumpa lipas. Lazimnya ramai akan meletakkan 'Ubat Gegat' yang mengurangkan serangan dan populasi lipas dlam almari baju. Ubat gegat ini adalah signifikan dalam menjauhi lipas. Pada penulis apa yang paling tidak menyeronokkan dalam hidup adalah apabila terkena 'Kencing Lipas' pada bahagian bibir ketika tidur malam. Bahan kimia yang kena pada mulut menyebabkan bibir bengkak, pecah, pedih dan menjadikan malu untuk jumpa orang lain. Ia memerlukan rawatan segera untuk mereka yang kena mengurangkan kompleksiti kesan kencing lipas. Lipas merupakan serangga yang boleh membawa penyakit jangkitan dimana ia sebaiknya dihapuskan atau dikawal populasinya. Syarikat-syarikat swasta memberikan tawaran untuk kawal lipas, anai-anai dan sebagainya dengan kos yang mahal tetapi jika jiran sebelah rumah kotor dan menjadi sarang lipas tidak ada makna kita buat kawalan sendiri. Lebih baik beli 'Racun Serangga Aerosol' seperti Baygon, Shelltox, H2O dan sebagainya dan sembur terus kepada lipas yang berlari. Ia akan membunuh dengan baik dan cekap.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
NAMA LIPAS... SERANGGA BAHAYA...
DALAM RUMAH... DIKEBUN PUN ADA...
CEPAT MEMBIAK... AMPUH HIDUPNYA...
PERLU DIKAWAL... BERSAMA-SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(26 Rabiulawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...