Support My Blog

Saturday, October 18, 2014

CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 3)

CASHFLOW LEBAH IMPOT (Apis mellifera) merupakan satu ringkasan aliran wang tunai dalam perlebahan untuk kita membuat persediaan dalam usaha memulakan projek ternakan lebah madu. Terdapat 3 jenis lebah madu yang menghasilkan madu dan produk lain berasaskan lebah di negara kita iaitu Lebah Impot (Apis mellifera), Lebah Keran atau Lebah Tempatan (Apis cerana) dan juga  Lebah Tualang (Apis dorsata). Lebah Tualang merupakan jenis lebah liar yang lazimnya membuat sarang pada pokok tualang dikawasan hutan didahan yang tinggi. Lebah liar ini memang tidak boleh diternak kerana sifar semulajadinya memang begitu. Bagaimana pun lebag impot dan lebah keran boleh diternak secara moden menggunakan haif atau kotak lebah dan boleh mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu kini telah popular penternakan Stingless Bee atau Kelulut (Trigona spp) dikalangan usahawan tempatan. Bagi mereka yang ingin menceburi aktiviti penternakan lebah madu sebaiknya menghadiri kursus asas teknikal dan pengurusan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian atau lain-lain agensi kerajaan atau anjuran swasta. Cara ini akan membolehkan seseorang itu mendapat pengetahuan asas bagaimana teknologi penternakan lebah madu. Kursus-kursus lanjutan boleh menambah kemahiran usahawan lebah dalam beberapa teknik khusus seperti penyediaan ratu lebah, royal jelly, pemprosesann produk dqan sebagainya. Penulis fikirkan antara komponen penting dalam kursus perlebahan dan persediaan memulakan penternakan lebah madu adalah mengenai cashflow. Artikel petang Sabtu ini selepas balik dari memberi ceramah kursus lebah di Kuantan saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cashflow ternakan lebah untuk dijadikan bahan rujukan.



Jadual diatas juga menunjukkan bahan untuk perlindungan iaitu Penutup Muka atau Veil dengan harga runcit sekitar RM25 seunit sama ada dibuat sendiri atau dibeli dari pembekal. Hanya 1 unit sahaja diperlukan untuk seorang pengendali koloni lebah. Alatan penting yang perlu disediakan semasa menguruskan koloni lebah adalah pengasap (Smoker). Alat ini dibuat daripada logam zink dan pengepam berharga RM 135.00 satu unit yang tahan lama. Pengasap akan diisikan dengan kayu atau sabut kelapa yang dibakar bagi tujuan menghasilkan asap untuk mengurangkan kadar serangan oleh lebah pekerja semasa aktiviti membuka kotak lebah. Amatlah tidak berbaloi jika kita 'tunjuk terrer' semasa membuka haif lebah dan kena sengat dibahagian muka terutama kawasan mata dan bibir. Sudahlah ianya akit dan membengkak, kita juga malu untuk berjumpa dengan rakan-rakan jika disengat. Anda dinasehatkan pakai pakaian penutup muka atau veil dan gunakan smoker setiap masa.


Bahan lain yang diperlukan untuk menternak lebah madu adalah Pahat dan Berus (Sila lihat foto disebelah). Pahat yang dibuat daripada besi logam digunakan untuk membuka haif atau bingkai kom yang melekat sebelum diangkat. Jenis Pahat (Scraper) ini tahan lama kerana diperbuat daripada logam kuat dengan harga runcit sekitar RM40.00 satu unit dan perlu dibawa selalu dan pastikan tidak hilang. Satu hujung pahat adalah leper dan tajam untuk mencungkil bingkai atau penutup lebah yang melekat. Satu lagi hujungnya mempunyai jejari yang digunakan untuk mencabut paku yang dipasang pada dinding haif setiap kali membuka kotak. Berus Lebah merupakan berus bersaiz besar yang digunakan untuk mengalihkan lebah pada bingkai ketika diangkat keluar untuk melihat koloni dalam haif. Berus ini mempercepatkan proses mengalihkan lebah diatas haif untuk dimasukkan kedalam kotak atau ditanah. Cara menggunakan berus ini juga perlu berhati-hati agar ia tidak mencederakan lebah yang hendak dialihkan. Harga berus ini sekitar RM 20.00 sahaja dan memang tahan lama jika dijaga dengan baik. Satu lagi alat yang perlu ada adalah pisau tajam untuk memotong permukaan penutup frame yang dipenuhi madu lebah.


Peralatan penting yang mesti dipunyai dan dibeli oleh usahawan lebah adalah Alat Pengempar Madu (Honey Extractor) jenis semi- manual yang dibuat daripada bahan logam (Sila lihat foto disebelah). Alat ini dijual dengan harga RM1,300 satu unit dan terdapat beberapa saiz tetap yang sesuai digunakan adalah sebaiknya mudah dibawa masuk kedalam kawasan haif dibawa dengan motorsikal atau kereta. Frame super yang penuh madu dipotong sedikit penutup madu dengan pisau tajam dengan berhati-hati. Kemudian frame madu ini akan dimasukkan kedalam alat ini sebelum dipusing gandar pemusing dan membolehkan madu keluar. Setelah semua madu telah keluar maka iaperu untuk diterbalikkan frame madu dan pusing lagi sehingga semua madu keluar dari frame madu. Madu yang terkumpul didalam pengempar akan terus dikumpulkan dalam kontena (bekas simpanan madu) dengan kapasisti 25 - 30 kg daripada bahan yang sesuai berharga sekitar RM16 - RM25 satu unit. Madu ini adalah masih bercampor dengan lilin kom, anak lebah atau kekotoran lain dan ia perlu ditapis dahulu sebelum dibotolkan. Pembotolan boleh dilakukan dikawasan ternakan lebah atau dibuat didalm pusat memproses dengan lebih mudah dilakukan. Kelengkapan bahan untuk memulakan aktiviti perlebahan perlu disediakan dengan menggunakan modal sendiri atau pinjaman. Sila baca artikel berikutnya dalam Part 4. Wasallam!.
 CASHFLOW LEBAH... BAGAIMANA...
ALIRAN WANG MASUK...BANYAKNYA...
HASIL MADU... PRODUK LAIN JUGA...
JADI PANDUAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kursus Latihan Lebah Madu,
Pusat Pertanian Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(13 September 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...