Buluh Betong Hitam (Gigantochloa atroviolacea Widjaja) memang kena dengan namanya kerana ia merupakan satu-sayunya buluh yang batangnya seakan berwarna hitam (Sila lihat foto disebelah). Buluh ini mempunyai warna batang menarik dan sering digunakan sebagai tanaman hiasan dilokasi-lokasi tertentu. Nama lain spesis buluh ini adalah seperti Buluh Hitam, Buluh Wulung dan Hitam Kilat yang tumbuh menegak dari perdu rumpun yang besar. Buluh ini mampu naik setinggi lebih 2 meter bergantung kepada umur, kesubiran tanah dan penebangan pokok. Ia merupakan jenis buluh besar sama seperti buluh betung biasa. Batangnya seperti kelihatan berbulu tipis atau halus dengan warna berkilat dan upih. Ketebalan isi buluh ini dalam kategori jenis tebal iaitu sekitar sehingga 8 mm. Ketebalan ruas pula adalah 6-8 cm dan jarak antara ruas adalah 40-50 cm, Jika dilihat dari jauh batangnya seakan berwarna hitam tetapi sebenarnya ia berwarna hijau-coklat tua-keunguan atau memang betul-betul hitam. Buluh ini juga mampu tumbuh dikawasan tropika terutama dikawasan tanah rendah yang lembab dan kawasan tepi sungai. Ia perlukan kawasan tanah subur berpasir dengan keperluan curahan hujan setahun mencapai 1,500,-,3,700 mm. Kawasanyang mempunyai kelembaban relatif sekitar 70% dan suhuu antara 20-32 Celcius sangat sesuai untuk pertumbuhan buluh ini. Ia juga dapat tumbuh di tanah kering berbatu atau tanah merah. Jika ditanam di tanah kering berbatu selalunya warna ungu pada batang akan kelihatan semakin jelas.
Di Malaysia kita amat jarang mendengar orang menanam buluh betung hitam sebagai tanaman komersil. Oleh kerana ia merupakan jenis buluh yang bersaiz besar sama seperti buluh betong maka jarak tanam disyorkan adalah sekitar 8 m x 7 m (memberikan kepadatan tanaman sebanyak 200 rumpun/ha). Jika ditanam secara komeril maka selalu perhatikan tentang aspek pengairan, pembersihan rumpai dan aktivitii penggemburan tanah secara terus-menerus selama 2-3 tahun daripada awal peringkat penanaman. Pembersihan dibawah rumpun tua dan penggalian berulang tanah akan meningkatkan pengeluarani rebung. Alat seperti 'terjah' atau parang panjang sering digunakan ketika memetik rebungnya. Kajian penyelidikan menyatakan penuaian hasil buluh betong Hitam dapat dimulai setelah tanaman berumur 4-5 tahun. Anggaran penghasilan bagi sebanyak 20 batang per 3 tahun (atau purata dengan 200 rumpun/ha dapat menghasilkan sekitar 4,000 batang/ha dalam 3 tahun). Manfaat buluh betung hitam selain dijadikan tanaman landskap yang menarik juga diambil rebungnya untuk dijadikan sayuran. Selain itu bahagian batang buloh sering digunakan untuk bahan pembuatan alatan muzik seperti alat Angklung, Gambang dan Celempung. Juga berfungsi untuk bahan industri kraftangan dan pembuatan perabut. Rebungnya dapat dimanfaatkan sebagai sayuran. Sesiapa berminat menanam rebung ini cuba dapatkan Info lebih terperinci. Wasallam!.
MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH BETUNG HITAM.. DICERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH BETUNG HITAM.. DICERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.