CEMPEDAK (Artocarpus cempeden) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika daripada keluarga Moraceae yang diketegorikan sebagai buah-buahan bermusim. Pokok Cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun (midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun cempedak berbentuk akut hingga obtuse manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Ciri benih pokok Cempedak hampir menyerupai dengan pokok nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun di mana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui. Terdapat beberapa varieti popular yang biasanya di tanam oleh pengusaha nurseri di Malaysia. Antaranya CH 28, CH 30 dan CH 33. Pokok chempedak lazimnya mempunyai kadar ketinggian sekitar 20 meter dimana ia bersifat tumbuh secara dahan menegak. Pokok ini mempunyai bentuk kanopi seperti bentuk 'Kon' dengan saiz ukuran helaian daun sekitar 5-25 cm (panjang) dan 2.5-12 cm (lebar). Penulis dapati purata bilangan buah cempedak sepokok sekitar 16 - 25 biji buah sepokok pada peringkat produktif. Pemerhatian juga mendapati iaitu purata ulas setiap biji buah cempedak sekitar 90 Ulas. Daripada beberapa lokasi penelitian, saya dapati anggaran potensi hasil cempedak di Malaysia adalah 6,000kg sehektar dan lazimnya kepadatan atau densiti tanaman adalah 123 pokok/ha. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa pencirian anakbenih tanaman cempedak untuk varieti Ch28, CH30 dan CH33 untuk rujukkan anda semua.
1. CH28
Nama Varieti : Tiada (Saya siasat ia varieti Paya Jaras)
Pendaftaran varieti : 1978 (Berasal dari Selangor)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan
Atas), Hijau Muda (Permukaan Bawah)
Warna Petiol Daun : Hijau
Permukaan Lai Daun : Licin
Bentuk Daun : Eliptik
Bentuk Pangkal Daun : Akut Hingga Obtuse
Bentuk Hujung Daun : Kupsidat
Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Sederhana
Kilatan Atas Permukaan Daun : Kilat
Tunas Sisi : Sedikit
Bahagian Bawah Urat Daun (Midrib) ,Terdapat Pubese
2. CH30
Nama varieti : Kuang 5
Pendaftaran varieti : 1978 (Berasal dari Selangor)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan Atas),
Hijau Muda (Permukaan Bawah)
Warna Petiol Daun : Hijau
Permukaan Lai Daun : Licin Dan Pudar
Bentuk Daun : Eliptik
Bentuk Pangkal Daun : Akut
Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Lemah
Kilatan Atas Permukaan Daun :
Tunas Sisi : Lebih banyak daripada CH 28
3. CH33
Nama Varieti : Chin
Pendaftaran varieti : 1989 (Berasal dari Kedah)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan Atas), Hijau
Muda (Permukaan Bawah)
Warna Petiol Daun : Hijau
Permukaan Lai Daun : Licin Dan Berkilat
Bentuk Daun : Eliptik
Bentuk Pangkal Daun : Obtus
Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Sederhana
Kilatan Atas Permukaan Daun : Kilat
1. CH28
Nama Varieti : Tiada (Saya siasat ia varieti Paya Jaras)
Pendaftaran varieti : 1978 (Berasal dari Selangor)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan
Atas), Hijau Muda (Permukaan Bawah)
Warna Petiol Daun : Hijau
Permukaan Lai Daun : Licin
Bentuk Daun : Eliptik
Bentuk Pangkal Daun : Akut Hingga Obtuse
Bentuk Hujung Daun : Kupsidat
Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Sederhana
Kilatan Atas Permukaan Daun : Kilat
Tunas Sisi : Sedikit
Bahagian Bawah Urat Daun (Midrib) ,Terdapat Pubese
2. CH30
Nama varieti : Kuang 5
Pendaftaran varieti : 1978 (Berasal dari Selangor)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan Atas),
Hijau Muda (Permukaan Bawah)
Warna Petiol Daun : Hijau
Permukaan Lai Daun : Licin Dan Pudar
Bentuk Daun : Eliptik
Bentuk Pangkal Daun : Akut
Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Lemah
Kilatan Atas Permukaan Daun :
Tunas Sisi : Lebih banyak daripada CH 28
3. CH33
Nama Varieti : Chin
Pendaftaran varieti : 1989 (Berasal dari Kedah)
Warna Daun : Hijau Tua (Permukaan Atas), Hijau
Muda (Permukaan Bawah)
Warna Petiol Daun : Hijau
Permukaan Lai Daun : Licin Dan Berkilat
Bentuk Daun : Eliptik
Bentuk Pangkal Daun : Obtus
Keratan Rentas Kelengkungan Daun : Sederhana
Kilatan Atas Permukaan Daun : Kilat
Laporan diatas disediakan berdasarkan e-buletin Jabatan Pertanian Malaysia yang disesuaikan dengan pemerhatian dan penelitian penulis. Walau pun ada foto dipaparkan tetapi ketepatan mengenal pencirian ini perlukan kemahiran ditapak semaian. Adalah penting bagi petani dan pihak berkepentingan memahami dan mengenali pencirian anak benih cempedak varieti popular iaitu CH28, CH30 dan CH33 dimana anda boleh merujuk kepada tulisan saya sebelum ini iaitu dengan pautan Cempedak (Sila klik disini), Cempedak clones in Malaysia (Sila klik disini), Varieti Cempedak Durian (Sila klik disini), APC-2 Alat Pembalut Putik Cempedak (Sila klik disini), Varieti Cempedak di Malaysia - Part 2 (Sila klik disini) dan Cempedak CH35 (Sila klik disini). Semuga artikel sumbangan penulis kali ini akan memberi info berguna untuk rujukan anda. Wasallam!...
BENIH CEMPEDAK... KENAL DIA...
BENIH CEMPEDAK... KENAL DIA...
VARIETI CH38 ... IA ISTIMEWA...
ADA KELAINAN...CH30 JUGA...
BACA ARTIKEL... NAMPAK BEZA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Plot Tanaman Cempedak,
Stesuen Pertanian Buit Goh,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(15 Syawal 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.