Support My Blog

Friday, August 1, 2014

UBI KAYU - PEROSAK & PENYAKIT

UBI KAYU (Manihot esculenta) merupakan sejenis tanaman kontan yang semakin kurang popular ditanam di Malaysia. Sekitat tahun 1980'an keluasan tanaman ubikayu mencecah seluas 20,000 hektar tetapi pada tahun 2013 hanya seluas 2,970 hektar sahaja ditanam dengan jumlah hasil sebanyak 25.8 metrik tan (Laporan statistik Jabatan Pertanian 2013). Bagaimana pun dari segi produktiviti Malaysia mencatatkan jumlah tinggi berbanding dengan produktiviti negara jiran kerana kebanyakan hasil ubikayu di berikan pembajaan mencukupi. Tanaman ubikayu di Thailand dan Vietnam banyak diproses untuk dijadikan produk lain seperti kanji dan biodisel. Menanam ubi kayu dikatakan senang dan mudah kepada mereka yang selalu menanamnya. Tanaman ini mudah tumbuh dikawasan tanah subur dan dijaga dengan baik. Siapa sangka bahawa tanaman ubi kayu sebenarnya mempunyai musuh dan perosak semulajadi yang perlu dikawal agar kita mampu mendapatkan hasil yang banyak dan berkualiti. Antara beberapa jenis serangga dan haiwan perosak mampu menjejaskan kesuburan tanaman ubi kayu. Dari segi penyakit pula memang perlu dikenalpasti dan dikawal dengan cara yang betul untuk mengurangkan kadar kerosakan tanaman. Artikel petang ini saya menulis seterusnya dalam "Anim Agro Technology" tanpa penat untuk rujukan anda mengenai apa dia perosak dan juga penyakit tanaman ubi kayu.

Serangga Perosak yang menyeran tanaman Ubikayu ada dua jenis iaitu Ulat Putih - Uret (Xylenthropus) dan Tungau Merah. Ulat Uret ini berada didalam tanah dimana ia akan menyerang bahagian akar tanaman ubi kayu terutama diperingkat awal penanaman. Ulat ini boleh menyebabkan akar pokok ubi rosak dan menyebabkan tanaman ubi kayu akan mati pada peringkat masih pokok muda. Kaedah kawalan dengan cara kita perlu membersikhan kawasan penanaman ubikayu daripada sisa tanaman berkayu yang mereput (ia merupakan sumber makanan ulat ini) dan jika serangan pada kadar serius boleh disembur dengan racun serangga seperti Sevin semasa menyediakan kawasan sebelum menanam untuk membunuhnya. Serangan Tungau Merah (Tetranychus bimaculatus) pula menyerang pada permukaan bawah daun dengan pokok ubikayu dengan menghisap cairan daun (air sap daun) pokok tersebut. Serangan ini akan lebih ketara ketika musim kering dan panas dan sanitasi ladang tidak dibersihkan. akibatnya bahagian daun diserang akan menjadi kering dan tidk produktif. Kaedah kawalan yang disyorkan adalah dengan menanam varieti ubikayu yang tahan serangan ini dan buat semburan dengan air dengan kuantiti banyak sehingga tungau ini jatuh ketanah. Lazimnya jika berlaku hujan lebat serangan serangga tungau ini akan terkawal.

Walau pun ia tanaman ubikayu sahaja tetapi masih ada serangan penyakit berlaku. Beberapa penyakit layu menyerang tanaman ubikayu seperti Bintik Daun Bakteria, Layu Bakteria, Layu Duan Coklat dan Bintik Daun Berpusar. Bagi Penyakit Bintik Daun Bakteria ini disebabkan oleh Xanthomonas manihotis atau Cassava Bacterial Blight (CBG) . Tanda serangan dimana ada bintik-bintik bersudut pada daun lalu bergerak dan mengakibatkan pada daun kering dan akhirnya mati. Cara kawalan adalah dengan menanam variet ubikayu yang tahan serangan atau kita memotong atau memusnahkan bahagian tanaman yang sakit. Cara lain adalah dengan melakukan pergiliran tanaman dan sentiasa membuat sanitasi kebun. Penyakit Layu Bakteria pula disebabkan oleh Pseudomonas solanacearum. Tanda serangan bermula pada bahagian daun, akar dan batang dimana tiba-tiba atau dengan mendadak daun ubikayu akan menjadi layu seperti tersiram air panas. Bia disiasat dibahagian akar dan batang dan umbisinya akan didapati telah menjadi busuk. Cara kawalan adalah dengan kita melakukan pergiliran tanaman, menanam varieti yang tahan serta mencabut dan memusnahkan tanaman yang teruk diserang dengan membakarnya.

Penyakit ubikayu seterusnya adalah Bintik Daun Coklat yang disebabkan oleh kulat Cercospora heningsii. Ia adalah disebabkan dengan cendawan yang hidup di dalam daun. Serangan ini akan terus menyebabkan daun berbintik warna coklat kemudian akan mengering dimana ada lubang-lubang bulat kecil dan jaringan daun mati (Sila lihat foto sebelah). Cara kawalan adalah dengan menambah jarak penanaman dan menanam ubikayu dari varieti yang tahan serangan. Aktiviti cantasan boleh dibuat pada daun yang berpenyakit serta melakukan sanitasi kebun dengan sebaiknya. Penyakit ubi kayu yang ke 4 lazim dijumpai adalah seperti Bintik Daun Berpusar disebabkan oleh kulat Phoma phyllostica yang hidup pada bahagian daun. Tana serangan dimana adanya bintik berpusar kecil dan titik-titik  terutama pada daun pokok ubikayu masih muda. Kaedah kawalan boleh dilakukan dengan menjarakkan jarakk penanaman diperingkat awal dan sentiasa menjaga kebersihan kebun tanaman ubi kayu. Kaedah lain yang boleh diamalkan adalah dengan memangkas bahagian tanaman yang sakit dan dimusnahkan dengan membakar atau membuang sejauh mungkin, Begitulan penulisan petang ini yang sudah masuk waktu hampir berbuka. Selamat Berbuka Puasa Ramadan !. Wasllam!.

UBIKAYU DITANAM...KENA DIJAGA...
SERANGGA PEROSAK... ADA DUA...
PENYAKIT UBI... EMPAT SEMUANYA...
POKOK SIHAT... HASIL BANYAKNYA...

By,
M Anem,
Seior Agronomist,
Ladang Singkong,
Wonosobo, Jawa Tengah,
Indonesia.
(17 Ramadan 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...