UBI KAYU (Manihot esculenta) merupakan sejenis tanaman kontan yang semakin kurang popular ditanam di Malaysia. Sekitat tahun 1980'an keluasan tanaman ubikayu mencecah seluas 20,000 hektar tetapi pada tahun 2013 hanya seluas 2,970 hektar sahaja ditanam dengan jumlah hasil sebanyak 25.8 metrik tan (Laporan statistik Jabatan Pertanian 2013). Bagaimana pun dari segi produktiviti Malaysia mencatatkan jumlah tinggi berbanding dengan produktiviti negara jiran kerana kebanyakan hasil ubikayu di berikan pembajaan mencukupi. Tanaman ubikayu di Thailand dan Vietnam banyak diproses untuk dijadikan produk lain seperti kanji dan biodisel. Menanam ubi kayu dikatakan senang dan mudah kepada mereka yang selalu menanamnya. Tanaman ini mudah tumbuh dikawasan tanah subur dan dijaga dengan baik. Siapa sangka bahawa tanaman ubi kayu sebenarnya mempunyai musuh dan perosak semulajadi yang perlu dikawal agar kita mampu mendapatkan hasil yang banyak dan berkualiti. Antara beberapa jenis serangga dan haiwan perosak mampu menjejaskan kesuburan tanaman ubi kayu. Dari segi penyakit pula memang perlu dikenalpasti dan dikawal dengan cara yang betul untuk mengurangkan kadar kerosakan tanaman. Artikel petang ini saya menulis seterusnya dalam "Anim Agro Technology" tanpa penat untuk rujukan anda mengenai apa dia pengurusan rumpai dikawasan tanaman ubi kayu.
Penanaman Ubikayu perlukan kawasan bebas rumpai untuk mendapatkan hasil optima dan berkualiti. Sistem pembersihan rumpai secara menyeluruh dengan mempastikan tiada rumpai dan tumbuhan pain (noxious plants) dikebun tanaman ubikayu (Sila lihat foto sebelah). Kaedah bagaimana cara mengawal rumpai bergantung kepada banyak faktor tetapi penggunaan racun rumpai perlu dikurangkan dikebun ubi kayu. Ada petani yang membakar atau memasukkan kedalam lubang untuk rumpai yang ditajak. Kawalan rumpai dikawasan penanaman ubi kayu adalah kritikal pada peringkat awal penanaman dimana kanopi pokok ubikayu masih kecil dan rumput mudah tumbuh dicelah barisan. Kawalan peringkat ini perlu dijalankan agar ia tidak menjejaskan pertumbuhan anak pokok yang sedang membesar. Bagaimana pun kadar pertumbuhan rumpai tidak menjadi masaalah apabila pokok ubikayu membesar dan membentuk kanopi yang rapat menyebabkan pertumbuhan rumpai dibawah pokok terkawal. Apa pun akan ada rumpai yang tumbuh dikawasan tepi kebun, kawasan perparitan dan lorong perjalanan dikebun dimana ia boleh dikawal dengan racun kimia atau gunakan kaedah manual sahaja.
Terdapat banyak jenis rumpai yang mungkin tumbuh dikawasan tanaman ubikayu bergantung kepada jenis tanah dan persekitaran kebun. Anatar rumpai yang biasa terdapat dukawasan kebun ubikayu seperti rumput menerong dan jenis sendayan. Rumput rusiga ini (Cyperus sp.) memang sukar dikawal dimana lazimnya cara kawalan adalah secara manual dengan menajak yang dilakukan 2-3 kali setiap musim tanaman. Menajak rumput ini dilakukan sampai akar tanaman tercabut. Jika mampu lakukan semburan racun rumpai dari golongan 2,4-D amin dan sulfonil urea atau yang seruma (jenis sistemik) yang dilakukan mengikut sukatan dan berhati-hati diperingkat awal penanaman sahaja atau jauh dari pangkal tanaman ubikayu. Rumput lain yang ada dikawasan tanaman ubikayu seperti Rumput Sambau (Eleusine indica), Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum), Selaput Tunggul (Mikania micrantha), Senduduk (Melastoma malabraticum), Pokok Kapalterbang (Eupatorium odorotum), Rumput Tuton (Echinochloa colona), Rumput grintingan (Cynodon dactilon), Rumput Pahit (Paspalum distichum) dan sebagainya. Cara pembasmian rumpai dari golongan rumput akan dilakukan dengan cara manual iaitu menajak, menebas atau dengan menyembur racun rumpai yang sesuai. Racun seperti Basta dan yang serupa dengannya boleh digunakan menikut peraturan yang ditulis pada label.
Kesan rumpai pada tanaman ubi kayu juga kritikal jika ada Lalang (Imperica cylindrica) dalam kawasan tanaman ubikayu. Lalang mudah membiak dikawasan lapang di Malaysia dengan mudah melalui bunga lalang (Lihat foto sebelah) yang selalu diterbangkan oleh angin. Bunga lalang yang berwarna putih serta ringan apabila matang akan gugur dari tangkainya dan diterbangkan angin beberapa kilometer sehingga jatuh ketanah. Apabila keadaan sesuai benih lalang tumbuh secara rumpun dan akarnya mempunyai rizom yang cepat membiak. Rizom atau akar lalang ini mampu membiak dalam tanah terutama dalam keadaan tanah lembut selepas hujan. Lalang mampu tumbuh diatas pelbagai jenis tanah di Malaysia seperti tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Liat apa lagi tanah mineral yang subur. Walau pun telah terbakar setiap kali pada musim kemarau, namun rizom akar lalang dalam tanah akan terus tumbuh dengan lebih subur apabila tiba waktu hujan. Akar atau rizom lalang terletak dalam tanah yang sukar untuk di musnahkan. Rizom akar lalang yang menembusi umbisi ubikayu boleh menyebabkan kecederaan yang menyebabkan ubi akan menjadi luka dan rasanya pahit. Kawasan lalang yang terlalu banyak juga menyebabkan hasil ubikayu menurun dan kualitinya juga kurang baik.
Menuai ubikayu merupakan satu aktiviti yang sukar dan perlukan tenaga kerja mahir. Ubikayu dari pokok matang dapat dikenali mengikut umur dari mula ditanam atau dengan melihat pokok ubikayu dimana pertumbuhan daun bawah mulai berkurang. Warna daun mulai menguning dan banyak yang yang telah gugur. Umur untu mula menuai ubikayu setelah jangkamasa tanaman telah mencapai 6 - 8 bulan untuk varieti jangkapendek dan selama 9-12 bulan untuk vkebanyakan varieti tempatan seperti Medan, Sri Pontian dan sebagainya. Ubikayu dituai dengan cara mencabut batangnya dan umbisi ubikayu yang tertinggal dalam tanah akan diambil dengan cangkul atau dengan tangan. Hasil tuaian dikumpulkan di lokasi yang cukup strategik dengan mudah diambil menggunakan kenderaan untuk dipasarkan. Aktiviti menggred ubikayu untuk pasaran segar sebenarnya dapat dilakukan pada masa mencabut ubi lagi. Susun semula batang ubikayu yang dicabut dan letakkan disatu sudut kebun setelah diambil sebahagiannya untuk dijadikan keratan benih pada pusingan penanaman akan datang. Batang ubi yang bersepah diatas kebun akan menjadi 'Rumpai' pada penanaman akan datang. Wasallam !.
UBIKAYU DITANAM...KENA DIJAGA...

SERANGGA PEROSAK... ADA DUA...
PENYAKIT UBI... EMPAT SEMUANYA...
POKOK SIHAT... HASIL BANYAKNYA...
By,
M Anem,
Seior Agronomist,
Ladang Singkong,
Wonosobo, Jawa Tengah,
Indonesia.
(17 Ramadan 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.