Wednesday, August 20, 2014

TANAM BULOH - SATU POTENSI (Part 5)


BULUH BETUNG HITAM (Gigantochloa atroviolacea Linn) merupakan satu buluh yang boleh ditanam dalam usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mempunyai kawasan sesuai. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung adalah satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang berpotensi menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Betung Hitam (Gigantochloa atroviolacea), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong Besar (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman buloh betong hitam sebagai satu usaha saya untuk menambah lagi koleksi artikel berkaitan teknologi pertanian untuk anda.

Buluh Betong Hitam (Gigantochloa atroviolacea Widjaja) memang kena dengan namanya kerana ia merupakan satu-sayunya buluh yang batangnya seakan berwarna hitam (Sila lihat foto disebelah). Buluh ini mempunyai warna batang menarik dan sering digunakan sebagai tanaman hiasan dilokasi-lokasi tertentu. Nama lain spesis buluh ini adalah seperti Buluh Hitam, Buluh Wulung dan Hitam Kilat yang tumbuh menegak dari perdu rumpun yang besar. Buluh ini mampu naik setinggi lebih 2 meter bergantung kepada umur, kesubiran tanah dan penebangan pokok. Ia merupakan jenis buluh besar sama seperti buluh betung biasa. Batangnya seperti kelihatan berbulu tipis atau halus dengan warna berkilat dan upih. Ketebalan isi buluh ini dalam kategori jenis tebal iaitu sekitar sehingga 8 mm. Ketebalan ruas pula adalah 6-8 cm dan jarak antara ruas adalah 40-50 cm, Jika dilihat dari jauh batangnya seakan berwarna hitam tetapi sebenarnya ia berwarna hijau-coklat tua-keunguan atau memang betul-betul hitam. Buluh ini juga mampu tumbuh dikawasan tropika terutama dikawasan tanah rendah yang lembab dan kawasan tepi sungai. Ia perlukan kawasan tanah subur berpasir dengan keperluan curahan hujan setahun mencapai 1,500,-,3,700 mm. Kawasanyang mempunyai kelembaban relatif sekitar 70% dan suhuu antara 20-32 Celcius sangat sesuai untuk pertumbuhan buluh ini. Ia juga dapat tumbuh di tanah kering berbatu atau tanah merah. Jika ditanam di tanah kering berbatu selalunya warna ungu pada batang akan kelihatan semakin jelas.

Di Malaysia kita amat jarang mendengar orang menanam buluh betung hitam sebagai tanaman komersil. Oleh kerana ia merupakan jenis buluh yang bersaiz besar sama seperti buluh betong maka jarak tanam disyorkan adalah sekitar 8 m x 7 m (memberikan kepadatan tanaman sebanyak 200 rumpun/ha). Jika ditanam secara komeril maka selalu perhatikan tentang aspek pengairan, pembersihan rumpai dan aktivitii penggemburan tanah secara terus-menerus selama 2-3 tahun daripada awal peringkat penanaman. Pembersihan dibawah rumpun tua dan penggalian berulang tanah akan meningkatkan pengeluarani rebung. Alat seperti 'terjah' atau parang panjang sering digunakan ketika memetik rebungnya. Kajian penyelidikan menyatakan penuaian hasil buluh betong Hitam dapat dimulai setelah tanaman berumur 4-5 tahun. Anggaran penghasilan bagi sebanyak 20 batang per 3 tahun (atau purata dengan 200 rumpun/ha dapat menghasilkan sekitar 4,000 batang/ha dalam 3 tahun). Manfaat buluh betung hitam  selain dijadikan tanaman landskap yang menarik juga diambil rebungnya untuk dijadikan sayuran. Selain itu bahagian batang buloh sering digunakan untuk bahan pembuatan alatan muzik seperti alat Angklung, Gambang dan Celempung. Juga berfungsi untuk bahan industri kraftangan dan pembuatan perabut. Rebungnya dapat dimanfaatkan sebagai sayuran. Sesiapa berminat menanam rebung ini cuba dapatkan Info lebih terperinci. Wasallam!.

MENANAM BULUH... ADA CARA...
PILIH JENIS... KEGUNAAN APA...
BULUH BETUNG HITAM.. DICERITA...
DAPAT ILMU... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gerisek, Ledang,
Johor, Malaysia.
(16 Syawal 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.