Support My Blog

Wednesday, September 25, 2013

UBI JAGA - APA DIA

UBI JAGA (Smilax myosotiflora) merupakan sejenis herba dari keluarga Smilacaceae yang kini semakin popular dan telah ditanam secara komersil. Tumbuhan ini dahulunya hanya tumbuh liar didalam hutan belukar yang kurang dikenali kecuali oleh mereka yang berminat untuk mencarinya bagi tujuan perubatan dan makanan kesihatan. Foto diatas saya paparkan bentuk umbisi ubi jaga yang diperolehi daripada internet. Kali pertama saya melihat tanaman ubi jaga yang ditanam secara komersil sekitar tahin 2004 dikebun Pak Janggut di Labis semasa mebuat lawatan rasmi bersama Pengarah Pertanian Negeri Johor (Tuan Hj Adnan). Selain daripada tanaman ubi jaga, saya dapati banyak jenis herba lain yang ditanam seperti pokok Mahkota Dewa, Buah Pinang, Tuba, Kacip Fatimah, Pasak Bumi, Pecah Beling, Halia Bara, Senduduk Putih, Sireh dan banyak lagi. Didalam banyak rujukkan. ubi jaga juga mempunyai banyak nama lain seperti Ding, Itah besi, Akar Ali, Akar Tanding, Kerating, Itah, Ubi Jaga, Ubi Besi, Dedawai Berisi, Sedawai, Caring, Ali Bertinggung, Akar Dedingin, Akar Restong, Keleh, Manto dan Maso. Produk yang berasaskan kepada ubi jaga kini telah banyak dipasaran untuk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan oleh usahawan tempatan dan yang diimpot dari seberang. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tumbuhan ubi jaga yang boleh kita rujuk jika berminat untuk menanamnya atau memprosesnya.

Tumbuhan ubi jaga adalah dari jenis yang memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat. Jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan daun yang berwarna hijau gelap dengan bentuk seperti 'hati' atau daun daun sireh. Saya melawat ladang ini di Labis dimana ia diberikan sokongan dengan kayu (Lihat foto sebelah) yang ditanam dibawah naungan. bahagian batangnya berbuku-buku dengan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jika diamati, jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm. Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun. Selain tumbuhan ini dijumpai di Malaysia, ia juga ujud di Thailand dan di Pulau Jawa Indonesia dalam keadaan liar. Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Penanaman ubi jaga yang dijalankan oleh usahawan tempatan belum banyak dilakukan. Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) dipercayai satu-satunya agensi yang ada maklumat tanaman ini berdasarkan kepada kepakaran penyelidik mereka. Di luar sana kebanyakan petani akan merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian bagaimana untuk mendapatkan benih, kaedah penanaman, amalan agronomi dan juga kawalan musuh dan penyakit. Pemerhatian penulis mendapati kebanyak pengusaha akan menanam ubi jaga dengan menggunakan rizom ubi jaga dewasa yang dipotong. Rizom ini dipastikan mempunyai mata tunas dan akan ditanam diatas tanah sekitar 6- 10 cm dalam tanah. Ada juga yang menanam dengan menggunakan keratan batang yang disemai dahulu dalam tapak semaian sehingga ia mengeluarkan akar dan tunas daun. Jarak penanaman 0.5 m x 0..8 m atau lebih jauh sedikit mengikut kesuburan tanah dan kadar naungan. Lazimnya baja organik diberikan untuk tanaman ini dan jarang menggunakan sebarang racun kimia.

Kegunaan atau khasiat Ubi Jaga masih diperingkat kajian walau pun banyak testimosi yang telah dibuat oleh pengeluar produk. Saya dapati di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak iaitu tertumpu untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini bahagian akar ubi jaga merupakan paling mujarab untuk gunakan. Dalam banyak produk yang dihasailkan, apabila dibaca pada label mereka membuat dakwaan bahawa produk ubi jaga mampu mengatasi masalah kesihatan dan meningkatkan tenaga serta mampu memulihkan tenaga batin termasuk membantu edaran darah dalam badan. Selain itu didakwa ia mampu meningkatkan tenaga seksual lelaki dan sering diminum sebagai tonik umum untuk lelaki. Ia boleh membantu menambahkan keinginan seks (sex drive) dan menambahkan sesitiviti, menguatkan kekerasan dan membolehkan lelaki pelbagai umur untuk menikmati seks yang lebih kerap dan lebih lama. Khasiatnya yang lain juga termasuk mengimbangkan mood, membantu tekanan darah yang sehat dan meningkatkan tahap tenaga. Ianya sudah tentu akan membantu didalam perhubungan intim. Sains perubatan kini mula menyedari kebaikan herba tradisional ini. Wasallam!

NAMANYA PELIK... ITULAH UBI JAGA...
JARANG DITANAM...PRODUKNYA ADA...
MENGUATKAN SEK...LELAKI SAHAJA...
AMAT DICARI.... TIDAK KIRA HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 207, Hotel De' Spring,
Jalan Hj Abd Rahman,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...