Support My Blog

Thursday, September 5, 2013

DAGING KAMBING - HEBATNYA DIA

DAGING KAMBING (Goat meats) merupakan satu daripada hasil ternakan Kambing (Capra aegagrus hircus) yang dijadikan makanan popular dikalangan banyak masyarakat dunia. Selain daripada daging kambing, produk lain terhasil daripada ternakan kambing adalah susu kambing, tahi kambing (dibuat baja), Kulit Kambing (dikeringkan untuk dibuat Kompang) dan Bulu Kambing. Ramai orang Malaysia yang takut makan daging kambing kerana katanya akan pening kepala selepas memakannya dan tidak suka dengan bau hamis kambing yang kuat. Dakwanya bau kambing jantaan (Dipanggil juga 'kambing bobok') amat kuat dan busuk yang menyebabkan mereka tidak sukan untuk makan daging kambing. Anehnya mereka hanya menggemari daging kambing yang diimpot dari luar negara (kebanyakannya dari Australia) dalam bentuk daging beku (Frozen) untuk kegunaan majlis yang dimasak sebagai Nasi Beryani Kambing, Kuzi Kambing, Kari Kambing dan sebagainya. Saya juga semasa remaja dulu pernah memelihara lebih dari 40 ekor kambing di kampong Muar Johor  dimana ianya akan dimakan sendiri tetapi sebahagian besarnya adalah untuk dijual juga. Daging kambing sebenarnya mempunyai banyak cara untuk dijadikan sebagai makanan 'premier' di negara kita jika kita mempunyai teknologi untuk memproses dan memasaknya. Pada masa ini memang tidak dapat dinafikan ramai yang gemar menikmati daging kambing walau pun masih ramai juga beranggapan daging tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Sebenarnya banyak sungguh manfaat dan khasiat serta kesan daripada makan daging kambing. Artikel petang Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi menghilangkan bau hamis daging kambing untuk dijadikan panduan kepada anda semua.

Tahukah anda bagaimana ingin mengurangkan bau hamis kambing yang mana kita tahu daging kambing mempunyai rasa dan bau yang agak kuat. Daripada tinjauan saya kepada ramai rakan-rakan dan taulan mendapati bau hamis daging kambing yang kuat pasti akan mematikan selera untuk menikmatinya. Daging kambing sebenarnya adalah amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Nabi kita juga amat gemar makan daging kambing sebagai satu daripada hidangan yang berkhasiat. Kajian juga mendapati bahawa daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.

Kajian menunjukkan kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita ada dalam daging kambing. Walaupun daging kambing merupakan daging terbaik terutama kambing panggang (Lihat foto sebelah), namun kepada pesakit darah tinggi dinasihatkan untuk tidak mengambilnya. Ini disebabkan kandungan kolesterol kambing boleh menguraikan kolesterol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolesterol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolesterol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isi padu darah seperti pening kepala. Bagaimana pun kalau hendak 'rasa' sedikit tidak mengapa asalkan sentiasa makan ubat yang diberikan oleh doktor. Siapa tidak kecur bila melihat jiran sebelah membuat hidangan daging panggang semena rumah terbuka hari raya. Mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Khasiat daging kambing juga sesuai untuk wanita dimana bagi mereka yang sering menjaga kecantikan kulit, daging kambing mungkin boleh dijadikan satu terapi kecantikan untuk anda. Amalan memakan daging kambing adalah salah satu cara mudah untuk mendapatkan kulit yang lebih gebu dan cantik. Vitamin C semula jadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mencantikkan kulit. Bagaimana pun kajian penulis mendapati apabila ada hidangan daging kambing, 7 orang dari 10 wanita tidak akan suka makan daging kambing. Ini saya fikir berkaitan dengan persepsi tentang daging kambing yang negatif oleh kaum wanita agaknya.

Ramai mungkin menghadapi masaalah bau hamis daging kambing mentah sebagai kekangan. Kalau kita trlibat dengan aktiviti menyembelih, melapah dan membasuh daging kambing lazimnya kurang suka makan daging kambing. Beberapa teknologi untuk menghilangkan bau hamis dan rasa yang kuat daripada kambing perlu dipelajari. Beberapa tips atau petua boleh diamalkan jika anda benar-benar hendak makan daging kambing yang tidak hamis. Lazimnya cara masakan daging kambing juga mempengaruhi bau masakan kambing. Amalan terbaik untuk masakan daging kambing yang sangat popular adalah dibakar atau dibuat gulai. Jika anda memilih untuk membakarnya bahan ramuan untuk diperap perlulah dari rempah-rempah yang bersesuaian. Gunakan lebih larutan berasid seperti cuka, perahan jus lemon atau yogurt supaya ia dapat mengurangkan bau hamis kambing.

Antara menu masakan daging kambing yang saya paling suka adakah kari kambing atau dipanggil juga sebagai gulai kambing (Lihat foto sebelah). Cara untuk membuat hidangan gulai atau berkuah kita boleh melakukan beberapa teknik penting diantaranya adalah setelah kita menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Kemudian barulah dibersihkan daging dan diperah jus limau kasturi atau lemon. Biarkan dan simpan daging kambing selama 30 minit dan sebelum dibilas. Kemudian ditapis dan tos air basuhan tersebut dan daging kambing  tersebut telah sedia untuk dimasak. Selain itu kita boleh rebus daging hingga mendidih sehingga berbuih. Buangkan buih tersebut hingga habis dan kemudian barulah dimasak mengikut resipi anda. Cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging. Sebagai tip bonus, kita boleh perapkan daging dengan tepung dulu sekurang-kurangnya satu jam untuk menghilangkan bau hanyir. Daging kambing dimasak sebagai lauk untuk Nasi Beriyani Gam memang menjadi kegemaran saya semenjak dulu. Jangan lepaskan kelazatan daging kambing!

Nasi Beryani Gam Batu Pahat.
DAGING KAMBING... HEBAT KHASIATNYA...
KOLESTEROL BAIK... ADA DIDALAMNYA...
HILANGKAN HAMIS... ADA CARANYA...
DIMASAK DIPANGGANG...ADUH ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Room 301, Parkland Hotel,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(26 Ogos 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...